Laman Webantu KM2A1: 3637 File Size: 11.6 Kb * |
TJ MT MGG: Hu, Ha, Hi!!!! Timbalan Menteri India Sudah Mari By M.G.G. Pillai 23/1/2001 11:58 am Tue |
MGG1901 [Perlantikkan Kayveas tidak mengindahkan apa-apa melainkan
ia semakin mengaibkan semua pemimpin kaum India yang ada.
Mengapa Mahathir memilih Kaveaus sedangkan masih ramai
pemimpin India, khususnya wakil rakyat mereka (walaupun MIC)
yang lebih banyak berjasa kepada kaum India. Nampak sangat
Mahathir mahu mengajar Samy Vellu kerana menyandarkan kekalahan
di Lunas kepadanya. Perlantikkan itu turut menaikkan satu tetapi
menjatuhkan seribu. Campur tolak, tindakkan Mahathir seperti
memberi susu masam yang dicampur sesudu gula kepada anak yang
menangis siang malam. Sampai bila pun anak itu tidak akan duduk
diam. Dia akan terus meragam dan mengerang kesakitan. Sudah tentu
Mahathir akan menutup telinganya dan terus beredar dari situ.
- Editor] (MGG Hear! Hear! The Indians Have A Deputy Minister)
Saya menerima berdozen emel sebaik sahaja saya mengirimkan artikel
untuk 'chiaroscuro' mengenai rombakan kabinet di malaysiakini/Sang
Kancil semalam. Mereka mencemuh saya kerana tidak mahu membicarakan
mengenai 'orang kita', Dato' M. Kayveas, yang dilantik menjadi timbalan
menteri baru kepada kementerian perumahan dan kerajaan tempatan. Di satu
majlis makan malam diplomatik malam tadi, saya diberitahu perlantikan
seorang timbalan menteri baru seharusnya memberi kebanggaan kepada
masyarakat India, walaupun presiden MIC, Dato' Seri S. Samy Vellu
terpaksa memeram dendam mengenai perlantikan itu. Dato' Kayveas secara
peribadinya, merasa bangga dan terhutang budi kepada Perdana Menteri
kerana memberikan 'kepercayaan besar' kepadanya. Apa jenis kepercayaan
yang dimaksudkan itu, agaknya? Penghormatan apakah yang dibanggakan oleh masyarakat India kalau seorang
timbalan menteri pernah satu ketika dulu dituduh mengutip RM100,000
daripada pegawai partinya untuk satu perhiasan kecil yang cantik
tetapi tidak berharga? Sama ada perkara itu ada kebenarannya ataupun
tidak, bukan menjadi soalnya. Di Darul Boleh apa juga boleh berlaku,
sehinggakan tuduhan semacam itu tidak pun merunsingkan sesiapa. Cuma
kebebalan insan yang membuat bayaran yang tinggi semata-mata dijanjikan
satu bintang penghormatan daripada istana, tentulah patut direnungkan
juga. Dia sepatutnya membersihkan dirinya dulu. Selagi dia tidak berbuat
begitu, keraguan itu akan terus terpaku.
Baiklah, eloklah kita singkap cerita daripada mulanya. Siapakah
namanya? Kayveas adalah satu satu mainan bunyi daripada abjad namanya
K.V.S. Perkara semacam itu memang tidak boleh dianggap pelik. Lagi pun
bukannya jawatannya itu hasil daripada pilihan rakyat; kalau dia
diberikan kerusi negeri ataupun persekutuan, siapakah di kalangan
marhaen yang akan mengetahui ejaan nama sebenarnya? Sepatutnya kalau
Perdana menteri mahu memberi penghormatan kepada masyarakat India dia
tentu boleh membuat pilihan daripada ramai lagi calon yang lebih
berkelayakan dan menjadikannya seorang senator. Tugas perdana menteri
tidak akan menjadi lebih hangat kalaulah dia melantik seorang ahli
Parlimen yang sedia ada, walaupun di kalangan MIC. Terdapat beribu insan
yang lebih berkelayakan dan lebih berwibawa untuk mengisi kekosongan
itu. Kenapakah Dato Kayveas dipilih? Yang pertama, Dato Seri Samy Vellu ada
membuat sindiran di satu majlis sambutan Krismas betapa Perdana Menteri
bertanggungjawab di atas kekalahan di Lunas. Sindiran ini telah
disampaikan ke telinga seorang diktator tua dan membuatkannya bertindak
untuk memberikan satu pengajaran kepadanya. Lagi pun, dia tidak mahu
seseorang yang akan menggoncang perahu politik yang ada. Dia lebih
pentingkan kesetiaan daripada anjing ribaan yang mengharapkan
sepinggan makanan kini menerima jemputan bankuasi sebagai balasan.
Lantikan itu dianggap sebagai satu penghormatan, kepada PPP (People's
Progressive Party) sedangkan apa yang sebenarnya diterima ialah
perlantikan presiden parti menjadi seorang senator dan dilantik menjadi
timbalan menteri pula. Selepas kepimpinan parti dilepaskan oleh mendiang
Seenivasagam dan juga adiknya, kualiti pemimpin yang mengambil-alih
memang bertahap selekeh. Malahan salah seorang pemimpin yang
mendahului Kayveas telah dijatuhkan hukuman tidak boleh mengamalkan
kelulusan guamnya. Apakah Perdana Menteri sememangnya mahukan kaum India mendapat
perwakilan yang secukupnya di dalam kerajaan beliau? Tidak. Dia sedang
dirundung lebih banyak masalah yang besar-besar untuk beliau
memikirkan jenis kualiti wakil kaum India yang sepatutnya mewarnai
kerajaannya. Perlantikan Dato Kayveas adalah bertujuan untuk menyindir
Dato' Samy Vellu betapa kesetiaan yang menyimpang, walaupun dilakukan di
kalangan sahabat rapat, adalah sesuatu yang tidak mudah dimaafkan.
Nampaknya, masyarakat India mendapat seorang pemimpin yang dilantik
untuk membolehkan seorang pemimpin India yang lagi satu merasakan
aibnya. Apakah perkara semacam ini akan mendatangkan faedah kepada
masyarakat India? The New Straits Times telah secara gelojoh memberitahu kita betapa
perlantikan beliau itu merupakan pertama kali ianya berlaku kepada
jawatan kerajaan persekutuan sejak 1952. Adik beradik Seenivasagam, SP
dan DR, merupakan tokoh politik di Ipoh yang memimpin PPP dan mampu
menonjolkan kepimpinan yang unggul dan menyemarakkan harapan golongan
rakyat marhaen dengan jayanya. Terutama sekali DR yang mampu berpidato
dengan berapi-api, walaupun SP lebih merupakan seorang ahli politik
yang lebih berhati-hati. Kematian DR telah merungkai keunggulan PPP dan
selepas tragedi 13 Mei, SP telah bersetuju membawa PPP untuk bergabung
dengan BN. Tetapi dia tidak pula bersedia memegang sebarang jawatan
apabila ditawarkan oleh Tun Abdul Razak.
Kilauan api yang menyemarakkan PPP padam serta merta. Kerangka parti
yang tinggal telah diambil alih oleh beberapa pemimpin MCA yang pernah
dipecat daripada parti mereka. Namun PPP tidak pernah menerima sebarang
peruntukan kerusi untuk dipertandingkan di Ipoh. Pada pemilu 1969 dulu
satu koalisi yang dipimpin oleh SP telah berjaya memenangi setengah
daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan dalam Dewan Undangan Perak,
seperti juga yang pernah berlaku kepada koalisi yang dipimpin oleh
Gerakan di Selangor. Inilah yang menggerakkan arus gelombang ketuanan
Melayu ciptaan Tun Abdul Razak. Sejarah berikutnya melihatkan ketua
PPP diberikan darjah gelaran 'Datuk', sedangkan pemimpinnya yang sebelum
itu sudah pun dijatuhkan hukuman kemuflisan.
Latar belakang seperti ini sudah pasti tidak akan menceriakan masyarakat
India walaupun mereka kini sudah mempunyai seorang timbalan menteri
yang baru. -MGG Pillai- Rencana Asal: Hear! Hear! The Indians Have A Deputy Minister!
I had a dozen emails, after I posted my Chiaroscuro column
on the cabinet reshuffle in malaysiakini (http://www.malaysiakini.com)
on Sang Kancil yesterday, berating me for not saying
something about "our" new deputy minister of local
government and housing, Dato' M. Kayveas.
At a diplomatic dinner last night, I was told this new
Indian deputy minister should make Indian community proud,
even if the MIC president, Dato' Seri S. Samy Vellu, sulks
at it. Dato' Kayveas himself is proud and grateful for the
Prime Minister's "great trust" in him. What trust is that,
I wonder? What honour do Indians acquire with a deputy minister
not long ago accused of collecting RM100,000 from a party
official for a minor bauble? Whether it is true or not is
beside the point. But like much that happens in Bolehland,
such accusations do not raise an eyebrow, though the
naievity of the man who willingly paid such huge sums for
what he thought was a title is touching indeed. He should
clear himself of that. He has not. The doubts remain.
Let us begin from the beginning. What is his name?
Kayveas is a literal rending of his initials K.V.S. There
is nothing wrong with that, and since he could never ever
elected, or for that matter given a state or federal seat,
one would never know. If the Prime Minister wanted to
honour the Indian community he should have chosen some one
more fitting and bring him in through the Senate. It would
have taken some of the heat off him if he had appointed an
MP, even if from the MIC. If he had wanted someone outside
the MIC, there are literally thousands better qualified and
with more honourable intentions who would fit the bill.
Why was Dato' Kayveas chosen? For one thing, Dato'
Seri Samy Vellu's remark, at a Christmas party, of the Prime
Minister's responsibility for what happened at Lunas must
have reached him, and had to be taught a lesson. For
another, he wanted someone who would not rock his boat.
Poodle-like loyalty he can expect from someone who wanting a
meal gets a banquet instead. It is said to be a great
honour for the People's Progressive Party, whose only
benefit in the National Front is for its president to be
given a senatorship and appointed a dato'. As for the
quality of its leaders, after the Seenivasagam brothers,
none who followed could hold a candle to them. One of his
immediate predecessors is disbarred as a lawyer.
But does the Prime Minister want the Indians to be
adequately represented in his government? He does not. He
is mired in far too serious problems which he tries to shake
off to be bothered about the quality of Indian
representation in his government. Dato' Kayveas is
appointed to tell Dato' Samy Vellu that disloyalty, even
amongst close friends, is verboten. So, the Indians have a
man appointed so that the Indian leader could be given a
black eye. How does that benefit the Indian community?
The New Straits Times gushingly tells us he is the
first to attain federal political office since 1952. The
Seenivasagam brothers, SP and DR, were giants in Ipoh and
the PPP represented their ideals and hopes, went out to root
for the underdog and, especially DR, fiery parliamentarians;
SP, on the other hand, was more calculating and less prone
to histrionics as his brother was. DR's death robbed the
PPP of its vitality, and in the aftermath of May 13, SP
brought the party into the National Front but refused to
hold office when Tun Abdul Razak offered it to him.
The PPP fire dimmed permanently, its carcass taken over by dismissed MCA leaders but it never got a seat to contest even in its once-stronghold of Ipoh. In the 1969 general election, a coalition it led under SP won half the seats in the Perak state assembly, as the Gerakan-led coalition in Selangor, that led the move to "ketuanan Melayu" (Malay dominance" of Tun Abdul Razak. In the revolving door leadership that followed they came into the public eye when its president made a dato' or appointed a former president became a bankrupt. This is not the kind of background that would the Indians proud that it has a new deputy minister. |