Laman Webantu KM2A1: 3636 File Size: 12.8 Kb * |
TJ MT MGG: Bila Gunung-ganang Bergema By M.G.G. Pillai 23/1/2001 8:07 am Tue |
MGG1801 [Mahathir memang takut ledakkan gunung berapi yang terpendam.
Patutlah dia tidak menyentuh kabinet sedia ada, tetapi menambahkan
potfolio sahaja. Dia mungkin telah dapat membaca reaksi akar-umbi
dalam persidangan khas Umno baru(a) tidak lama dulu dan membaca
air-muka yang berubah sejak khabar dihembus oleh angin yang berlalu.
Tindakkan Mahathir itu bukan hanya akan mempercepatkan dia sahaja
berkubur, malah Umno sendiri. Kita perhatikan banyak perjumpaan
atau pamiran Umno diadakan sejak akhir-akhir ini untuk membasuh
fikiran ahli. Dia juga tidak merubah kementerian yang mengagihkan
projek mewah (kewangan, industri, tanah, luarbandar dll.) kerana
kroni belum cukup selamat lagi. Oleh itu tambahan kabinet kali ini
lebih merupakan strategi untuk menyelamatkan dirinya sendiri,
bukan untuk menyelamatkan Umno. Beberapa orang baru(a) yang dilantik
itu memang pakar putar belit - patutlah mereka diketengahkan. Soalnya
mampukah mereka memutar jika bercakap pun terketar-ketar?
- Editor] Bila Gunung-ganang Bergema Gunung-ganang bergema sehingga seekor tikus keluar menjelma. Inilah
kiasan terbaik yang dapat kita berikan terhadap apa yang dikatakan
rombakan kabinet Mahathir Mohamed seperti yang diumumkan semalam,
sebelum beliau berlepas ke Jepun. Rancangan awalnya untuk melakukan
rombakan besar terpaksa dilengahkannya setelah menyedari betapa
mereka yang digugurkan masih mempunyai sokongan akar umbi dan
berkemungkinan melancarkan cabaran terhadap parti.
Tetapi, kalau mereka terus dikekalkan, kabinet barunya itu masih boleh
ditumbangkan dengan kuasa terpendam. Dia memang mahu merombak
kabinetnya, tetapi tidak mampu untuk melakukannya. Dengan lain
perkataan, dia sudah menjadi kekalutan apa juga yang perlu dilakukan.
Dia telah mencipta sebuah kementerian baru, melantik dua menteri baru,
dua timbalan menteri, seorang setiausaha parlimen, tidak menyingkirkan
sesiapa ataupun melakukan perubahan kepada portfolio yang sedia ada.
Semua muka baru adalah senator. Kejengkelan orang UMNO terhadap
perlantikan Tan Sri Musa Mohamed masih belum reda lagi. Beliau bukan
sahaja tidak ada keahlian dalam parti, dilantik pula menjadi menteri
pendidikan selepas pemilu 1999 selesai dilaksanakan.
Timbalan menteri di jabatan perdana menteri, Shahrizat Abdul Jalil
menerima kenaikan pangkat mengepalai kementerian hal ehwal wanita. Hanya
beliau yang pernah memenangi kerusi pemilu, di kalangan yang baru
dilantik itu. Ketua Pengarah Pusat Islam, Abdul Hamid Zainal Abidin,
adalah seorang panglima bersara yang menjadi imam besar angkatan
tentera. Kini dia menggantikan Dato Abdul Hamid Othman, yang telah
meletakkan jawatannya. Semua ini menunjukkan Perdana Menteri memang kaget dengan sokongan
rakyat yang semakin merudum. Seperti yang jelas berlaku di Kelantan dan
Kedah undi wanita telah menekan Barisan Nasional. Untuk memperbaiki
keadaan dia tubuhkan Puteri UMNO dan kini satu kementerian mengenai hal
ehwal wanita diwujudkan pula. Islam sudah merupakan isu yang hangat. Mahathir masih beranggapan dia
mampu mengganyang PAS, walaupun dia menyedari adanya usaha bersemuka
untuk membincangkan perpaduan Melayu, seperti yang amat difahami oleh
Abdul Hamid. Mahathir pada mulanya mahukan Mufti Johor, tetapi dia tidak
berjaya memujuknya. Abdul Hamid pernah berlagak angkuh di satu majlis
Jumaat di Masjid Negara sehingga ramai manusia bingkas bangun sebaik
sahaja dia cuba memberikan khutbah. Ini akan mencetuskan beberapa isu
yang lebih hangat lagi: Apakah Islam mesti dijadikan alat pertelagahan
di antara UMNO dan PAS, ataupun mungkinkah agama itu dihormati sebagai
wadah penyatuan ummah? Perlantikan Abdul Hamid setelah dia dilantik
sebagai seorang senator akan hanya mampu memburukkan suasana.
Dua timbalan menteri terbaru dan seorang setiausaha parlimen adalah
muka-muka yang menjadi senator terlebih dulu. Setiausaha kerja UMNO,
Tengku Adnan Mansor, menjadi timbalan menteri di jabatan perdana
menteri; Presiden PPP, M. Kayveas menjadi timbalan menteri perumahan dan
kerajaan tempatan; bekas ketua pengarang Utusan Malaysia, Zainuddin
Maidin menjadi setiausaha parlimen di kementerian penerangan.
Sebagai seorang wartawan saya terkejut betapa ZAM sanggup menerima
perlantikan itu. Sebagai seorang ketua pengarang, dia memang tidak ada
tolok bandingannya di negara ini, tetapi kini dia hanya merupakan
seketul besi tempelan dalam satu roda yang besar. Lagipun berapa besar
sangatkah nanti peranan yang akan dimainkannya? Dia seorang yang baik
dan sepatutnya diberikan jawatan yang lebih tinggi lagi. Dia mungkin
boleh menjadi seorang menteri yang lebih berkesan daripada mereka yang
pernah mewarnai jawatan itu. Kabinet baru ini menunjukkan tidak akan berlaku perubahan besar. Cuma ia
menyerlahkan betapa keberkesanan Mahathir sebagai seorang pemimpin
sudah banyak menurunnya. Kalau diamati senarai yang ada, ia seolah-olah
memudahkan tugas timbalan perdana menteri, Abdullah Ahmad Badawi untuk
memperteguhkan kubunya. Sekarang ini dia disakat oleh akar umbi kerana
menjadi timbalan presiden UMNO secara di Brahminkan.
Kalau di lain masa, perkara ini mungkin dianggap remeh sahaja. Tetapi,
perkara itu semakin penting sekarang ini. Sepatutnya rombakan kabinet
itu tidak mempunyai sebarang unsur-unsur sandiwara seperti yang
terbayang kini. Segala teka-teki mengenai perubahan besar itu laksana
gunung-ganang yang akan bergema sehingga mencetuskan tikut-tikus yang
datang menjelma sepatutnya menjadi satu drama. Malangnya, tidak pula.
Sifat keangkuhan Mahathir yang muncul seiring dengan melakukan
perubahan kabinet tidak menjadi satu perkara yang menghambat perasaan
rakyat marhaen. Semua pihak menyambutnya sebagai satu perkara biasa
sahaja, yang melecehkan. Apa yang akan berlaku seterusnya menjadi lebih
penting lagi. Akan berlakukah beberapa perubahan kecil ataupun sikap,
dalam usaha menutup rahsia yang sentiasa terbocor; merupakan
kerja-kerja di sebalik tabir yang dinanti-nantikan untuk diamati.
Mahathir tidak melakukan perubahan seperti yang sepatutnya untuk
membolehkan beliau diterima kembali oleh arus politik orang Melayu.
Yang lebih pelik, beliau berkemungkinan mengundurkan diri lebih awal
daripada persaraan yang dijangkakan. Kalau dia terus kekal di
kerusinya, segala usaha untuk menonjolkan kewibawaan penggantinya
Abdullah Ahmad Badawi akan menjadi tawar hambar. Kalau dia enggan
undur, tekanan agar jawatan presiden UMNO mesti dipertandingkan; akan
membuatkan salah seorang mereka menolak pencalonan yang sengaja dicetus
oleh akar umbi. Sesungguhnya, perubahan kabinet itu bukannya sesuatu yang akan
memperteguhkan kedudukan Mahathir, kabinetnya ataupun Barisan Nasional
ataupun sesiapa yang bakal menggantikannya. Lainlah, kalau perubahan
itu mengambil tindakan spontan, yang pasti tidak akan dilakukan, untuk
menentukan agar kemelut Anwar Ibrahim diselesaikan mengikut kehendak
budaya Melayu yang selama ini didesak oleh para penyokong parti itu.
-MGG Pillai- 18 Januari, 2001. Rencana Asal: CHIAROSCURO MGG Pillai The mountains roared, and out jumped a mouse. This is the
best description one can put on the alleged cabinet
reshuffle Dr Mahathir Mohamed announced yesterday, a few
hours before he left for Japan. His earlier plans for a
major reshuffle took a back seat when he realised that those
dropped still had much ground support and could well move
towards UMNO challengers. But if they retained them, his new cabinet would bring
the government down by inertia. He must reshuffle his
cabinet, but he cannot. He is, in other words, worse off
either way. He created one new ministry, appointed two new
ministers, two deputy ministers, one parliamentary
secretary, dropped no one nor reshuffled portfolios. The
new faces are all Senators. The UMNO anger at Tan Sri Musa
Mohamed, then not an UMNO member, appointed education
minister after the 1999 general elections can only increase.
The deputy minister in the prime minister's department,
Shahrizat Abdul Jalil, is promoted to the newly created
women's affairs ministry. Of the new appointees, she is the
only elected. The director-general of Pusat Islam, Abdul
Hamid Zainal Abidin, a retired brigadier-general who was
chief imam of the armed forces, succeeds Dato' Abdul Hamid
Othman, who resigned. This reflects the twin concerns the Prime Minister has
to wean declining support. The last election showed,
especially in Kelantan and Kedah, that women turned the tide
against the National Front. Which is why he formed Puteri
UMNO, and now creates a women's affairs ministry.
Islam is the other contentious issue. Mahathir still
believes in confronting PAS, despite the forthcoming talks
on Malay unity, and Abdul Hamid is known for that. He would
have preferred the mufti of Johore, but he could not
obviously get him to come. Abdul Hamid so defends his turf
that it angers the congregation at the National Mosque that
worshippers leave the prayer hall when he rises, as
occasionally, to deliver the "khutbah".
This raises an even more contentious issue: should
Islam be confronted, as now, between the forces of UMNO and
the forces of PAS, or should it be viewed in context with
both joining hands to making Islam the religion of the land
by acclamation? Abdul Hamid's appointment, for which he
becomes a senator, would only grate. The two new deputy ministers and one parliamentary
secretary, all Senators, are the UMNO executive secretary
(PSE CHECK), Tengku Adnan Tengku Mansor, who becomes deputy
minister in the prime minister's department; the People's
Progressive Party president M. Kayveas as deputy minister of
housing and local government; the former Utusan Malaysia
editor-in-chief Zainuddin Maidin as parliamentary secretary
in the information ministry. As a journalist, I am appalled Zam, as he is popularly
known, took the job. As editor-in-chief, he is equal to the
best in the land, now he is a minor cog in a big wheel.
Besides, how important a role would he play in this role? Or
is it a reward for political loyalty? He is good man, and
should have been entrusted higher office. He would have
been a far better minister than many we have.
This cabinet evinces no major policy changes. If
anything, it reduces Mahathir's effectiveness as leader.
It would seem, looking at the new list, that the minimal
changes is to make it easier for the deputy prime minister,
Abdullah Ahmad Badawi, to strengthen his forces. He is
already under pressure from the UMNO ground as successor
because he is an unelected deputy president of UMNO.
This would not have mattered at other times. It is
crucial now. This cabinet reshuffle should have gone beyond
the "sandiwara" is is. The guessing game of major changes
-- the mountains roaring -- to what is -- the mouse -- could
be high drama. But it is not. The supercilliousness with which Mahathir treated the
changes did not work this time. The general reaction this
morning is one big yawn. But what happens now is more
serious: little change in policy or attitudes while
scurrying behind the scenes to stop the leaks that occur.
Mahathir did not make the changes he should have to
give him a fighting chance to return to the Malay
mainstream. Curiously, what this envisions is his earlier
than expected retirement. If he now stays on too long, it
would all but neuter his chosen successor, Abdullah Ahmad
Badawi. Even if he does not, the pressure for an elected
UMNO president could be one either could refuse.
On balance, the changes are not one which would
strengthem him, the cabinet, the National Front, or his
successor, whoever he is. Unless it takes immediate steps,
which it would not, to ensure the Anwar Ibrahim affair is
settled to the demands of the Malay cultural ground.
|