Laman Webantu KM2A1: 3635 File Size: 12.7 Kb * |
TJ MT MGG: Rencana Pengecut Super Bumiputera yangSemakin Mengecut By M.G.G. Pillai 23/1/2001 8:28 am Tue |
MGG1701 [Krisis SRJK Cina Damansara akan menjerut BN lagi. Pak Lah pula hanya
akan memusnahkan lagi kredibiliti BN dengan mengirim polis ke situ. Sebagai
TPM Pak Lah tidak harus 'berbincang' dengan membawa binatang bersenjata api,
kerana pelajar hanya berbekal lidah dan gigi sahaja. Sepatutnya binatang itu dihantar untuk mengnyahkan Vincent Tan dari mengambil tanah sesuka hati,
barulah polis boleh dipercayai. Tan Sri Musa nampaknya telah belajar sesuatu
walaupun matanya masih kelabu. Tetapi Pak lah buta terus walaupun projek
Vincent Tan itu budak sekolah pun sudah tahu. Patutlah Mahathir memilih Pak Lah
sebagai timbalannya kerana dia masih belum betul-betul bersekolah lagi.
Mungkin Vincent Tan perlu membina sebuah tadika segera buat Pak Lah, jika
tidak Umno akan lebih cepat gulung tikar.... - Editor]
Rencana Pengecut Super Bumiputera yang
Semakin Mengecut (The Super Bumiputra's Hot Iron: The Plot Chickens)
Timbalan Perdana Menteri, Dato. Sri Abdullah Ahmad Badawi, naik berang
kerana pelajar-pelajar berdemo untuk menyelamatkan sekolah mereka. Dia
menuduh para ibubapa pelajar itu mengajar anak-anak mereka dengan
kelakuan yang tidak senonoh. Tetapi, menteri pendidikan, Tan Sri Musa
Mohamed telah pun membuat keputusan bahawa SRJK(C) Cina di Damansara itu
tidak perlu dipindahkan lagi. Mengikut menteri itu, kalau 1,000 pelajar
yang telah berpindah ke kawasan sementara tidak mampu memujuk 100
pelajar yang bertegas enggan berpindah mereka semua terpaksa berpindah
balik ke sekolah lama. Tanpa syarat itu bolehkah beliau berlembut? Lagi
pun polis sedang berkawal di depan pintu masuk sekolah untuk menyekat
yang 100 pelajar itu daripada memasukinya.
Kisah pengalihan sekolah ini, sebenarnya menguntungkan satu kumpulan
manusia yang bergelar 'Super-Bumiputra' ataupun (aka) seorang peniaga
antarabangsa yang tidak ada tolok bandingnya, yang bernama Tan Sri
Vincent Tan dan adiknya Dato' Daniel Tan. Inilah caranya mereka menimbun
satu empayar hutang besar di Darul Boleh. Inilah caranya mereka
bermuka-muka untuk menjadi kroni yang diperbadankan. Peranan Super
Bumiputera dalam usaha mengaibkan Insan yang Mesti Dimusnahkan Dengan
Apa Cara jua mesti didedahkan. 'Kejayaaan' yang dicapainya secara
berkesinambungan dalam Darul Boleh bergantung kepada beberapa peranan
yang terpaksa dilakukannya untuk menerima kerugian dan kekalahan.
Demikianlah 'kejayaan' yang dicapainya setiap projek penswastaan yang
diserahkan kepadanya di atas dulang kencana menghadapi kegagalan, dan
seperti kisah Oliver Twist, dia akan datang mengadap lagi untuk
mendapatkan habuan baru lagi. Dia terus disokong dan diberikan
kemudahan kerajaan walaupun dia kerap menunjukkan kebebalan untuk
melaksanakan janji-janji yang dituturkannya.
Kenapa? Dasar yang dirangka oleh kerajaan adalah laksana sebiji bawang. Pada
kulitnya, ia kelihatan seperti sesuatu yang dilakukan untuk kepentingan
awam. Tetapi apabila kulit itu dikopek dan isinya dilihat, seseorang
akan dapat melihat penglibatan peribadi pihak yang memegang kuasa.
Setiap kali sesuatu lapisan isi itu diperiksa, persis mengopek bawang,
akan semakin jelas kereputan dan kepentingan diri pihak yang sedang
berkuasa, yang melibatkan para kroni, suku-sakat dan juak mereka. Pada
satu ketika kerajaan terlalu angkuh terhadap sesiapa yang menyanggah
mereka. Kini, keangkuhan itu tidak laku lagi. Setiap dasar rasmi
kerajaan menjadi satu titik pendedahan yang melumpuhkan pihaknya kerana
disanggah. Lagi banyak kisah mempertahankan kepentingan peribadi,
lebih banyak lagi arang keaiban yang akan terconteng di muka ketokohan
kerajaan. Kumpulan Super Bumiputera dan para kroni, suku-sakat, dan juak mudah
mengeluarkan belanja sogokan untuk membuat yang memperlekehkan rakyat
marhaen dengan tujuan memberi ruang kepada orang lain untuk meraih
keuntungan besar daripada projek itu. Kerana itu, walaupun dia diaibkan
dalam kisah SRJK (C) itu, dia masih mampu berlenggang ke bank untuk
menyelesaikan hutangnya. Ada lagi cerita dalam kisah ini yang
membabitkan padang sekolah yang luasnya hanya 0.38 hektar. Di sebelah
padang itu terletak satu kampung setinggan yang luasnya sekitar enam
hektar. Ini adalah satu perkampungan setinggan yang dihimpunkan di situ
di zaman darurat dulu sebagai taktik mengnyahkan bekalan makanan kepada
kumpulan pengganas. Seperti penghuni perkampungan baru (kem perkampungan
darurat), mereka menetap di situ atas syarat pajakan sementara, yang
sudah pun pupus tarikhnya. Para penduduk di situ, sepatutnya diberikan
hak milik tanah mengikut hukum undang-undang, tetapi dalam hal ini,
mereka dinafikan hak itu. Kerajaan memang tidak berminat melunaskan
janji-janji lama kepada setinggan itu kerana adanya kumpulan terpilih
yang akan meraih keuntungan maha besar dalam perkara itu. Saya
diberitahu betapa semua geran hakmilik telah sengaja diperam. Apa
tidaknya, kalau harga semasa tanah di situ adalah sekitar RM300 bagi
setiap satu kaki padu. Pengalihan sekolah di situ adalah langkah pertama untuk menjolok
penduduk di situ keluar dari situ. Tanpa melakukan tindakan itu, ibu
bapa kanak-kanak yang terbabit sudah tentu merasa tergigit oleh kenaikan
tambang bas yang naik menyungkit. Sekolah yang baru dijanjikan itu
sepatutnya akan dibina berdekatan dengan Tropicana Resort yang terletak
beberapa kilometer jauhnya daripada sekolah yang ada. Pemiliknya ialah
kumpulan Super Bumiputera itu. Inilah caranya yang dilakukan dengan
jayanya di masa yang lalu. Kali ini ia tidak mudah dilakukan kerana
semua kejijikan ini telah didedahkan dalam akhbar bertulisan Cina.
Akhbar media yang lain tidak mempunyai agenda begini kerana lebih suka
memberi tumpuan kepada berita dongeng yang dikatakan lebih sensasi.
Semakin jelas kini, apa yang diluahkan oleh Menteri Pendidikan itu
adalah sesuatu yang tidak berniat suci. Begitulah juga kalau ada
pembabitan kementerian yang lain. Itu sebabnya semua orang
tertanya-tanya kenapakah MCA, Gerakan dan para menteri sekelian
tiba-tiba bersikap berdolak-dalik ataupun bersikap mengelak semata.
Kalaulah benar kerajaan merancang memindahkan sekolah itu disebabkan
laluan lebuh raya yang diperbesarkan, kenapakah sekolah yang baru itu
tidak mula dibina sebaik sahaja kerja-kerja persediaan membina lebuh
raya itu bermula? Bukankah para pelajar itu sudah boleh dipindahkan di
sekolah yang sudah siap terbina? Buat masa ini, perpindahan dilakukan
kepada kawasan sementara, dalam satu sekolah cina kerajaan yang padat
dan tumpat kesesakannya. Yang lebih mengaibkan siapa boleh memberi
jaminan bahawa sekolah yang dijanjikan itu tidak akan terbina langsung?
Sebagai perbandingan cuba kita lihat cerita lama membabitkan Sekolah
(terkenal) MGS di bukit Bintang. Tapak tanah sekolah itu telah pun
diagihkan kepada seorang kroni bernama Tan Sri Francis Yeoh yang amat
memerlukan tapak tanah itu dengan segera. Sebaliknya dia mengambil satu
masa yang panjang untuk membina satu sekolah gantian yang baru di
Cheras. Kerajaan terlalu kerap memberitahu kita bahawa pendidikan ialah
'nadi pendidikan negara'. Kalau begitu kenapakah saluran darah itu
selalu sangat dicemari oleh AIDS?
-MGG Pillai- Rencana Asal: The Super Bumiputra's Hot Iron: The Plot Chickens
The deputy prime minister, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi,
is annoyed that pupils demonstrate to save their school, and
accuses their parents of teaching them bad civic habits.
Indeed. But the education minister, Tan Sri Musa Mohamed,
decided after it the SRK (C) Chinese school in Damansara
should not be relocated after all: if the 1,000 pupils who
have moved to temporary premises cannot persuade the 100 who
stay put, they would have to move back to the old school.
Without it, would he have relented? After all, police
guarded the locked gates of the school to prevent the 100
turning up. In this school's relocation, the immediate
beneficiaries are the "Super Bumiputra" aka international
business man of unequestioned repute, one Tan Sri Vincent
Tan, and his brother, Dato' Daniel Tan. This is how they
built their empire of debt in Bolehland. This is how they
ingratiated themselves into the establishment's cronies.
The Super Bumiputra's role in the humiliation of He Who Must
Be Destroyed At All Cost remains to be told. His continued
"success" in Bolehland depends on such roles for which he
occasionally has to take the fall. And so "successful" is
he that every privatisation given him on the proverbial
platter is in trouble, but, like Oliver Twist, comes seeking
more. But, unlike Oliver Twist, gets it. He is propped up,
and given continued government largesse even after he proved
himself incapable of producing what he promised. Why?
Government policies are like an onion. On the surface,
it looks one done in the public interest. But as one looks
closely, one finds a personal involvement of those in office
and power. As each layer of policy is checked, as one peels
an onion, the rot and self interest of those in power, their
cronies, siblings and courtiers becomes clearer. At one
time, the government could ride roughshod over those who
question it. Now it cannot. So official policy unravels
into defeat with each challenge. The more the
self-interest, the more mud eventually on the government's
face. The Super Bumiputra and other cronies, siblings,
courtiers go along for a substantial fee in the form of
projects and public ridicule so that others could make a
great killing. So, he takes the fall for the SRK (C)
school and laughs all the way to the bank to settle his
debts. There is more. The school grounds comprise a mere
0.38 hectares. It is attached to a squatter settlement of
about six hectares, an old new village of squatters
resettled during the Emergency to cut off supplies to the
communists. Like all new villages, they were on temporary
leases which have since expired. The squatters, which is
what they are in law, are not given their titles to the
land. There is no interest in government to carry through
their frequent promises when its favoured supporters can
make millions of ringgit out of it. The land titles, I am
told, are now held back. At RM300 a square foot, they would
continue to be. The transfer of the school was the first step to move
out those who live there. Without it, and the added cost of
sending their children to the new school which the
government would build for them near the Tropicana resort a
few kilometres ahead - owner: the Super Bumiputra's
brother; who else did you think it was? -- those in the new
village could be forced out. At least, that is how this has
worked out in the past. Not this time. The Chinese press
report this. The other language newspapers have other fish
to fry, like shooting themselves in the foot, do not even
attempt to report it. What becomes clear is that the
education minister's intentions in the transferring the
pupils are impure. As the other ministries involved. This
is why everyone asked about it, the MCA, the Gerakan,
ministers, suddenly are evasive or defensive.
If indeed the government had planned to transfer the
school because the expanding highway made its location
unsuitable, why was not the new school built when work on
the highway and ancilliary works began so that the pupils
would have moved to the new school now? As it is, it moves
to temporary premises, in another overcrowded government
chinese school, with the prospect of no school at all for
years to come. The MGS school in Bukit Bintang, given to a
crony business man for the land, still does not have a
proper school promised it to transfer. As in every case,
the crony, Tan Sri Francis Yeoh, needed the land immediately
and took his time to build an indifferent school in Cheras.
If, as the government regularly informs us, education is the
"lifeblood of the nation", why is this lifeblood almost
always infected with AIDS? M.G.G. Pillai |