Laman Webantu KM2A1: 3631 File Size: 9.4 Kb * |
B2: Mahathir Masih Tak Sedar Taringnya Sudah Tercabut!! By Amin Sapiro 20/1/2001 3:15 am Sat |
Amin Sapiro (masih bergigi 32 belum tinggal guri)
[Sebelum Mahathir hendak menulis sesuatu di Jepun, dia
sepatutnya memandang dahulu ke Singapura. Tidak ada dasar
yang pelik-pelik pandang sini sana. Yang ada pandang diri
sendiri dan cungkil keistimewaan yang terpendam selama
ini. Begitu jugalah orang melayu. Kita terkenal sejak dulu
sebagai pusat perniagaan penting dimana emas dan rempah
bertukar tangan. Kepandaian berniaga dan budi bahasa
rakyat tempatan membuatkan pedagang terpesona. Mereka
sanggup meredah lautan beribu-ribu batu untuk tiba
dan berniaga ke sini. Ada yang terus menetap untuk
menjadi kaum cina, india, mamak, serani, dll lagi
untuk mengecap kemewahan itu sehingga anak cucu.
Melaka akhirnya ditakluk kerana penjajah pun tidak
mahu tertinggal untuk membolot semua kekayaan yang
istimewa itu. Ekonomi Malaysia hanya naik mencanak dan memecahkan
rekod ketika Anwar menjadi menteri kewangannya.
Walaupun terpaksa beralah dalam beberapa perkara,
Anwar masih dapat mengemudikan ekonomi dengan jaya
sehingga bank dunia amat menghormati beliau. Mahathir
sebenarnya mewarisi kekuatan kewangan yang diasaskan
oleh lain, malangnya dia mengaku dialah hero yang
menyelamatkan Malaysia. Dia lupa Malaysia sebenarnya
paling banyak berhutang selepas Anwar terkeluar.
Takkan Jepun yang pintar pun tidak sedar? Jangan
buat pandai kepada budak besar, nanti ditenyeh
boleh terb*rak dalam seluar.... - Editor
(sedang kembara ke jamuan raya)] Bahagian: 2
NAMUN dari apa yang berlaku disepanjang 'Dasar
Pandangan Ke Timur' (DPKT) itu dilaksanakan; Dr.
Mahathir secara peribadi tidak langsung samasekali
menerapkan budaya Jepun itu sebagai amalan budaya
kerja dan falsafah mentadbir yang dibudayakan orang
Jepin; sebagai aspirasi untuk diri beliau
mengapplikasinya. Puncanya ialah, beliau sebagai Perdana Menteri tidak
percaya dan tidak yakin. Beliau cuma mahu bikin
eksperimen semata-mata. Rakyat tidak langsung nampak
beliau membudayakan ciri-ciri keterampilan budaya
kerja, pengurusan dan sikap yang menjadi tunjang dan
teras nadi perkembangan politik, ekonomi, sosial dan
pentadbiran masyarakat Jepun itu. Memang ada nampak Dr. Mahathir memakai baju kerja
warna biru tua dan 'topi lekup bercepiau' mencontohi
pakaian seragam pekerja Jepun dan Korea; namun
'Mahathir tetap Mahathir'. Hidungnya masih besar
seperti yang dilukis oleh Zunar dalam karikaturnya;
dan temberang Mahathir masih saling tak tumpah lagak
ragam Samy Vellu, tarian beliau masih berentak Shah
Rukh Khan dan 'kencing beliau masih pencong'..!
Hihihih. Budaya Jepun Berpaksikan Samurai
Sebagai sebuah masyarakat yang sudah matang, Jepun
sudah mengalami pembangunan minda dan fisikal sebelum
Mahathir lahir ke dunia. Jepun telah terlibat dalam
'League of Nations' dan menjadi 'big power' sekian
lama. Sebelum Mahathir cuba berlagak 'heroic' mengajar Jepun
supaya mengahayati budaya Asia (seperti dalam
bukunya), Jepun sudahpun menerapkan slogan 'ASIA UNTUK
ASIA' yang paling terkenal sebelum Perang Dunia Ke-2.
Slogan itulah yang telah membawa kepada penjajahan
rantau Tenggara Asia oleh Jepun. Kerana karenah
tentera Jepun begitu aib, maka negara-negara Asia
Tenggara benci dan bangkit menentang Jepun mengikut
kemampuan masing-masing. Indonesia adalah negara paling mengutuk Jepun.
Presiden Soekarno meminta pampasan gantirugi dari
Jepun kerana kemusnahan yang ditanggung oleh rakyat
dan negara Indonesia. Malaysia tidak terkecuali.
Begitu juga Burma (Myanmar). Kecuali Thailand, sebuah negara yang selamanya
Meredeka dan berkerajaan sendiri; negara itu tidak
mahu menentang bagi mengelak diri dari terjebak dalam
kancah peperangan Asia. Tetapi negara-negara dibawah
takluk penjajahan British dan Belanda teraniaya kerana
negara penjajah terbabit merasa ego mereka diperlekeh
oleh Jepun. Mujur baik bom Atom meletup di Hiroshima. Jepun
mengaku kalah dan sorot ke belakang. Secara otomatis
Dasar Jepun bertukar. Jepun tidak yakin dengan
'penjajahan menggunakan senjata' (ala falasafah
Samurai); sebaliknya beriltizam menjajah Asia dan
dunia dengan kepintaran sains perdagangan, pelaburan
berpaksikan kemajuan teknologi. Falsafah Pemimpin Jepun Rakyat dan para pemimpin yang menerajui Kerajaan Jepun
beriltizam tidak mau mengulangi sejarah pahit
Peperangan Dunia Ke-2. Mereka beriltizam mentadbir
secara bersih, telus dan berwibawa mengikut peredaran
dunia bertamaddun. Mereka adalah kelompok pemimpin yang beramanah dan
pantas memantau 'mood' rakyat terhadap kewibawaan diri
masing-masing jika mereka seorang pemimpin. Seseorang
pemimpin yang didapati bersalah atau tercium sebagai
melanggar tata budaya yang diterimapakai itu; mereka
akan dihukum dan wajib menerima hukuman rakyat.
Itu adalah budaya kerja dan cara berfikir pemimpin
Jepun. Falsafah itulah yang mendorong mereka maju
'with leaps and bounds' dalam tempoh yang amat
singkat. Dr. Mahathir Menempelak Diri Sendiri
Mahathir sendiri dalam rencananya dalam buku itu
menyebut iaitu: seseorang pemimpin tidak sewajarnya
bertahan selama-lamanya; sebaliknya harus tahu bila
dirinya sudah tidak berupaya lagi. Waktu itu, ia
hendaklah redha undur dan turun takhta!
Hari ini bukan saja rakyat negara ini kehairanan dan
menggaru kepala asyik bertanya, malah satu dunia sudah
gatal biji mata tergarok-garok sambil bertanya: Adakah
Mahathir sendiri telah membudayakan 'Dasar Pandang Ke
Timur' itu? Mengapa Dr. Mahathir 'tak bikin serupa
cakap'? Makin diteliti perkembangan terkini terhadap
pergolakan dan senario politik, ekonomi dan sosial
yang dialami negara dan rakyat Malaysia, semakin dunia
nampak bahawa pembudayaan 'Dasar Pandang Ke Timur'
oleh Mahathir secara peribadi dapat diumpamakan
sebagai seorang jurutera otomobil yang tahu setakat
mencuci 'plug' cuma. Kerana itu 'mobil' yang dibaiki di bengkel Mahathir
itu berjalan 'Tiga Silinder'. Banyak injin dan
injap-injapnya yang terlalu kotor dan perlu
di'decarbonised'. Injin itu semakin teruk dan tidak
mampu memacu laju dan tidak 'economical' lagi.
Ia sudah tamat tempoh 'usiapakai'nya. Sebaik-baik cara
ialah dengan membuangnya dan dijadikan besi buruk
untuk dilebur semula dipercairi di dalam dandang
pelebur. Logiknya Iltizam Rakyat Nah!! Disitulah wajar dan logiknya injin buruk
berjenama UMNO Baru(A)/BN itu segera dilebur supaya
daki-daki Nepotisme, Kronisme, Korupsi dan segala
macam jenayah dan pemecahan undang-undang yang
dilindungi Mahathir sendiri; habis terkikis sebelum
membudaya ditengah-tengah masyarakat Malaysia 1000
milinium lagi. Itulah faktor buruk yang membentuk kewibawaan regim
Mahathir yang direstui pemimpin UMNO Baru(A)/BN itu
yang amat perlu diubah ganti 100% dengan wujudnya satu
barisan rakyat yang terbaru. Semakin terserlah bahawa
Barisan baru itu sungguh-sungguh beriltizam memberi
pilihan dan khidmat terbaik kepada rakyat.
Seperti nama yang sepadan dan selari dengan
keperluan, kepentingan dan masa depan rakyat dan
negara - ia dinamakan BARISAN ALTERNATIF.
NAH..!! Di sinilah terletakkan kehebatan seorang anak
rakyat yang berpandangan jauh yang dipelopori oleh
Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau jugalah seorang yang paling dicemburui oleh Dr.
Mahathir, dan kini sedang merengkok sebagai tahanan
politik; dipurukkan oleh Dr. Mahathir dan para
Konspirator yang dibayar upah diberi ganjaran
kedudukan dalam Kabinet oleh beliau (Mahathir).
Anwar jugalah penulis 'Asian Renaisance' yang menjadi
semacam bahan ciplakan Mahathir untuk menulis rencana
beliau di Mainichi Daily News itu; walaupun pendekatan
Mahathir lebih berbau adu-domba dan memperkecilkan
kebijaksanaan (wisdom) pemimpin matahari terbit itu.
Mahathir Semakin Ternggelam Punca
Mahathir semacam tidak senang dan mungkin cemburu
melihat negara matahari terbit itu cuba condong kearah
matahari mati. Jika benar, Mahathir adalah berjiwa dan
berperangai seorang 'saddist'. Seharusnya, sebagai
seorang yang berjiran dalam dunia globalisasi,
Mahathir sepatutnya 'wishes others well', kerana
seorang yang berjiran sehat walafiat saja seseorang
itu akan hidup lebih selesa dan sejahtera.
Hematnya, seseorang yang membaca buku Dr. Mahathir itu
akan terdorong untuk membuat kesimpulan bahawa
sebenarnya Dr. Mahathir bukan setakat mengajar 'Itik
berenang' saja; malah beliau sendiri sedang 'tenggelam
punca'. Wajar dibuat kesimpulan - membaca buku dan
rencana-rencana tulisan Dr. Mahathir itu seakan-akan
kita nampak bahawa beliau 'menempelak diri sendiri'.
Mungkin cendekiawan dan pemimpin Jepun dan dunia sudah
dapat menjangka dan berkata, "Mahathir is a dreamer.
He's talking SHIT..!!". Hehehehehe!. Dengan itu, jika Dr. Mahathir sudah TERCICIR, beliau
harus UNDOR saja. |