Laman Webantu KM2A1: 3630 File Size: 7.1 Kb * |
B1: Mahathir Masih Tak Sedar Taringnya Sudah Tercabut!! By Amin Sapiro 19/1/2001 6:22 pm Fri |
Amin Sapiro (masih bergigi 32 batang lagi)
[Ekonomi Amerika kini sudah menampakkan kelembapan. Gergasi IT
termasuk IBM dan HP sudah meramalkan kemerosotan keuntungan. Syarikat
seperti Gateway sudah memberi amaran akan membuang ribuan pekerja
di seluruh dunia. Perubahan kuasa pemimpin Amerika dari Clinton
kepada Bush dalm pertarungan sengit baru-baru ini menyebabkan
dunia politik dan niaga Amerika bergegar.
Menurut Daniel Kunstler, seorang analis dari J.P. Morgan H&Q,
"Things simply started sliding faster than they anticipated. It
looks more like an economic rather that a supply-specific or
execution thing". Kelembapan ekonomi Amerika tentu akan meresahkan banyak negara,
termasuk Jepun juga. Dan ia turut membuatkan Malaysia terketar-ketar
kerana kedua-dua negara di atas akan mengecilkan operasi jika mereka
tidak mengangkat kaki. Daim baru-baru ini sudah mula membuat kenyataan agar pelabur tidak
panik. Satu strategi baru sedang dirangka untuk meningkatkan FDI.
Mahathir baru ke Burma dan dia kini ke Jepun pula. Satu idea
baru ala 'IMF' untuk timur Asia dicadangkan beliau.
Mahathir melancarkan buku 'Reflections on Asia' di Jepun. Dalam
buku tersebut beliau mengatakan ekonomi Jepun merosot kerana
terlalu mengikut barat. Dia juga mencadangkan Jepun mengenakan
kawalan modal untuk pulih. Tindakkan tersebut seolah-olah mahu
menunjuk pandai kepada Jepun. Sepatutnya Mahathir hormat dan
malulah sedikit. Jika Jepun mengikut rentak Malaysia, Jepun
pun akan lingkup. Kita dengar apa komen Wak....
- Editor (simpan komen dulu)] Bahagian: 1
Seseorang 'avid reader', tidak akan melepaskan peluang
membaca apa saja yang releven mengenai Malaysia tanpa
mengira siapa penulisnya. Mungkin ramai yang cuba
mencari buku 'hasutan' Mahathir pertama 'The Malay
Delimma' di dalam simpanan. Mungkin sudah berdebu atau
sudah carik dimakan kepoyok (lipas). Anak Muda Melayu Telah Mengalami 'Anjakan Paradigma'
Dari situ, pembaca akan dapat membuat kesimpulan
bahawa Mahathir telah menjadi seorang pemimpin
stereotype, cuma taat dan taksub mengakuri pendapat
yang diluahkan dalam 'kitab' beliau itu saja. Beliau
tidak sedar bahawa apa yang beliau tulis mengenai
orang Melayu 30 tahun dulu sudah tidak releven dan
tidak boleh diterimapakai lagi. Dr. Mahathir harus membaca perkembangan politik,
ekonomi, sosial dan minda orang Melayu dan rakyat
negara ini hari ini dan bertindak selari dengan
kemahuan rakyat yang semakin maju dan punya daya
berfikir yang terbuka. Sementara tempoh itu, minda anak-anak muda lahiran
selepas 13 Mei dan beberapa tahun sebelumnya, sudah
mengalami 'anjakan paradigma' yang cukup ketara -
sudah jauh berbeda dari pemimpin berusia melebihi
tujuh (7) dekad (dan mereka yang terpuruk dicelah
ketiak beliau). Menjana Pertentangan 'Stereotype' Dr. Mahathir dan 'Anjakan paradigma'
pemimpin muda sekarang telah membawa satu pertentangan
yang hebat dan sengit. Antara beliau (Dr. Mahathir)
dan UMNO yang dibaru(A)kannya vs majoriti rakyat muda
yang berminda terbuka, pertentangan itu mencetuskan
gelombang besar semacam Tsunami (meminjam istilah
oceanografi). Dr. Mahathir tidak sedar dan masih bermimpi bahawa
bakal pengundi muda yang menganggotai suatu Barisan
Pembangkang yang makin menghebat; ternyata punya
kemungkinan besar berkemampuan melenyapkan UMNO/BN
dari muka bumi bertuah ini. Mahathir juga mungkin tidak sedar bahawa pemimpin
Pembangkang yang lebih muda usia dari beliau yang
menerajui Barisan Alternatif telah menguatkan iltizam
dan telah mengeras (hardened); berpotensi besar
mentadbir negara secara telus, bersih, berwibawa dan
bervisi. Mereka terdiri dari golongan rakyat yang terpelajar,
berpendidikan dan berilmu agama, dan berminda terbuka.
Mereka berpotensi dan mampu membawa negara ke satu era
baru selari dengan kemajuan yang dituntut bagi
menghadapi cabaran globalisasi melinium ini. Senario
dan perkembangan ini semakin nyata. Tetapi, melihat senario politik orang Melayu dan
politik negara yang semakin bergolak (hasil
kesembronohan penulis buku itu membaca keadaan
semasa), mungkin ramai yang ingin mengetahui di mana
silapnya dan siapa yang buat silap. Dengan itu, maka dapatlah kita sebagai rakyat membuat
kesimpulan, seterusnya membuat perkiraan untuk membuat
keputusan muktamat. Itu amat penting - tambahan pula,
tahun 2004 semakin dekat. Mahathir: Bagai Ayam Mengajar Itik Berenang
Seseorang yang membaca siri tulisan Dr. Mahathir di
akhbar Jepun, Mainichi Daily News; seseorang akan
dapat melihat Mahathir adalah seorang penciplak ide
orang lain. Tidak dapat dinafikan seolah-olah pembaca
sedang mebaca ide wadah tulisan Datuk Seri Anwar
Ibrahim dalam buku beliau 'The Asian Renaissance' yang
menjadi bacaan pemimpin antarabangsa. Bezanya, Dr. Mahathir membawa pendekatan yang tidak
mencerminkan budaya Asia dan Ketimuran. Mahathir
lebih mirip berlagak sebagai 'seekor ayam yang cuba
mengajar itik berenang' dan 'Kokok berderai tapi ekor
bergelumang taik'. Dalam kompilasi rencana-rencana beliau yang dibukukan
dalam "Reflections on Asia", satu bab bertajuk 'Japan
Must Regain Confidence'; sesorang akan dapat membuat
kesimpulan bahawa Mahathir tidak sedar bahawa beliau
seolah-seolah melupakan bahawa Jepun tidak seharusnya
beliau nilai setaraf sebuah negara di benua Afrika
(yang lazim beliau lawati dan berpidato).
Mahathir pasti ingat bahawa beliaulah pemimpin negara
ini yang mengarahkan 'Dasar Pandangan Ke Timur (DPKT)'
yang satu masa dulu cuba beliau canang-canangkan di
negara ini supaya diterapkan menjadi satu Dasar dalam
pelbagai aspek dan bidang dalam pentadbiran regim
beliau. Mungkin beliau akan memberi alasan bahawa kerana
kehebatan budaya bekerja Jepun itulah maka DPKT itu
dijadikan dasar perlaksanaan segala bagai budaya dalam
aspek cara bekerja dan perlaksaan sektor perindustrian
di negara ini. Mahathir mengarahkan sektor swasta dan awam
membudayakan cara berfikir dan bekerja ala Jepun.
Mahathir semakin membenci Barat dan sentiasa celupar
mulut mengutuk tradisi dan budaya bekerja dan falsafah
negara Barat. Mahathir cuba membuat eksperimen
sendiri. Persolan: Di mana silapnya dan siapakah yang bikin
silap? Kita akan teliti di Bahagian Ke-2 Amin Sapiro |