Laman Webantu KM2A1: 3627 File Size: 11.5 Kb * |
Siri 2: BPMP Bila Suka Menjadi Duka By Kapal Berita 19/1/2001 8:35 pm Fri |
Siri 2: BPMP BILA SUKA MENJADI DUKA Harapkan pagar, pagar memakan padi. Itulah yang berlaku
kepada mandat yang telah diberi oleh rakyat kepada pemimpin
negara masakini. Institusi polis menjadi sekumpulan samseng
berlesen yang ditakuti. Gejala lesen terbang dan video haram
berakhir dengan tiada seekor pun gajah tertangkap. Sebaliknya
ikan bilis yang halus-halus diserkap. Pejabat JPJ dibakar
tetapi isu lesen terbang tidak pula terbang bersekali.
Kalau dulu polis disayangi dan dihormati, mereka kini
digeruni kerana belantan dan seksaan yang ngeri. Hati siapa
tidak hiba melihat mak cik tua diterajang masuk longkang dan
Pak Din nyaris buta. Itu belum dikira lagi nasib seorang ibu
yang kehilangan ayahnya (selama-lamanya) selepas ditemuduga
sahaja kununnya. Bagaimana pula nasib anak-anak Anwar yang
terpisah dengan seorang bapa angkara dalil yang samar belaka?
Semenjak September 1998, kita menyaksikan ramai wira negara
pergi meninggalkan kita. Ada yang menulis buku sebagai tanda,
dan ada yang terbunuh tetapi diperapkan sahaja. Ada juga 'hero'
yang mati tiba-tiba setelah muncul dua gambar seantero negara.
Yang peliknya penyangak negara masih tidak mati-mati tetapi
disambung lagi nyawa mereka (dengan wang pastinya). Tetapi
wang siapa sebenarnya? Kita kepingin untuk berdialog 'chit-chat' dengan
Mahathir di alam siber, tetapi asyik tertangguh pula.
Sejak September 1998, laman pro reformasi tumbuh
laksana cendawan musim hujan dan pelbagai rahsia dan
jenayah kerajaan Mahathir telah didedahkan. Fakta-fakta
tersebut dianggap fitnah belaka dan kerajaan mengugut
dengan akta hasutan. Tetapi sampai sekarang tiada seorang
pun ditangkap atau dituduh kerana memberi maklumat songsang!
Kita ingin tahu kenapa Hakim Aidid tidak dituduh menyebar
fakta palsu. Apakah itu bermakna perilaku badan kehakiman
yang memakan rasuah dan melanggan melacur mewah adalah
satu kebenaran? Mengapa juga AG Baru(a) tidak mencabar
kenyataan Datuk Shapei di mahkamah jika ia satu kepalsuan?
DIMANA UMNO BERPERANG SEBENARNYA
Orang yang benar ialah orang yang sentiasa bersedia
untuk memberi jawapan. Malangnya itu semua tidak ada dalam
kamus Mahathir dan Umno. Sebaliknya mereka hanya pandai
menendang pintu dan mencuri semua bukti yang ada. Yang
timbul di padamkan sahaja dari berita dengan hakim sebagai
juru bicara. Nampak jelas BN dan Umno berperang untuk menggelapkan semua
bukti yang ada. Kemunculan pasukan bertopeng yang bersenjata
hidup menangkap Anwar 2 tahun dulu menggambarkan Mahathir tidak
menghargai nyawa. Mengapa tidak dihantar FRU kesana atau polis
biasa kerana selama ini rakyat tidakpun membunuh polis, tetapi
'polis'lah yang membunuh polis dan rakyat yang tidak berdosa.
Era Mahathir mengerikan kita dengan jenayah yang luar biasa
yang berakhir dengan pembunuhan. Ramai yang terkorban tetapi
kes mereka digelapkan begitu sahaja. Bukti dibakar tidak kira
ia sebuah diari atau sebuah bangunan. Yang tinggal hanyalah
nama Jalil Ibrahim, Mustakizah, Ja'far Puteh dll. Kita masih
belum lupa pembunuhan seorang polis di Johor baru satu ketika
dulu dan bagaimana dua mayat di Sauk disiksa. Tidak ada sesiapa
dapat dibuktikan membunuh mereka. Perbicaraan al Maunah tidak
menyentuh pembunuhan ini, jika tidak hukumannya mestilah
lebi dari penjara! Kisah Memali dulu masih segar dalam ingatan. Nama-nama polis yang
terlibat menggambarkan mereka semua barua belaka kerana sanggup
meminum arak dan berbincang dengan peluru hidup tanpa belas dan
tanpa kesihan. Sekejap dikatakan sarang kominis, sekejap lagi
dituduh ajaran sesat. Siapakah yang bermain kata-kata sebegini
jika tidak seorang yang suka menggunakan perkataan 'ekstrim'?
'Rombakkan' kabinet baru-baru ini menampilkan beberapa fokus
utama untuk mempopularkan Mahathir sahaja. Itulah prioriti
utama, bukannya Umno. Dia rupa-rupanya 'menambah' kabinet kerana
sebarang rombakkan tentu akan memecah-belahkan lagi Umno.
Mungkin itulah punca sebenar dia sengaja membiarkan khabar
angin tersebar agar dapat membaca rentak akarumbi yang menjalar.
Dengan menambah anggota kabinet Mahathir mendedahkan betapa
kerajaan yang ada kini sudah semakin lemah dan kurang berperanan.
Dia tidak merombak kerana itu akan menyebabkan keretakkan dari
dalam. Pandaikah Mahathir? Tidak juga....
Mahathir sebenarnya telah menghina semua pemimpin Umno yang
lebih berkaliber. Dia memilih orang yang boleh menguatkan dirinya
sendiri, bukan untuk menguatkan Umno. Pilihan pengundi dan akarumbi
dipersetankan sahaja. Bukankah itu satu pemerintahan bersifat
oligarki (berpusat) dan diktator namanya?
Kehadiran tAM, ZAM, dan iMAM mengampu tidak bertauliah
menggambarkan Mahathir akan terus memutar kepala kepada tiga
bidang: fitnah palsu, putarbelit media dan penafsiran modernis
mengubahsuai ugama. Shahrizat pula menjadi penyeri tambahan yang
dihidang sebagai umpan untuk mengail kaum wanita. Sebelum itu Dr
Zeti, Azalina dan Ainum Said telah diketengahkan. Mampukah
keempat-empat wanita ini menjadi satu barisan untuk menguatkan
wanita jika memandang mereka pun sudah membuat ramai sakit mata?
Jika mata sudah sakit, kemana lagikah rakyat akan memandang?
Jika utusan sudah meloya lebih baik dimuntahkan sahaja.
Jika kutbah sudah kena boo, bersedialah dengan langkah seribu mencari pintu.
Jika chek sudah hilang, buatlah sekeping lagi, hukum karma akan menjelma nanti.
Rencana Rujukkan: Source: SCMP : Web surfers to wait for Mahathir chat
The South China Morning Post, HK 18th January 2001 Web surfers to wait for Mahathir chat
IAN STEWART The United Malays National Organisation's long-awaited Internet
chat show goes online today - but participants will have to wait to
talk to its proposed star. Party secretary-general Khalil Yaacob is scheduled to take questions
from the public first, followed by other leaders. If all goes well,
the party president, Prime Minister Mahathir Mohamad, will go online
at the Umno Web site - www.umno-online.com - possibly in March.
Dr Mahathir was tentatively scheduled to make his Internet chat debut
on November 18. However, the date passed without any explanation of
whether the plan had been cancelled or merely postponed.
This week when the new launch and format were announced, it was said
technical problems led to cancellation of the original proposal. But
analysts said Dr Mahathir would have been especially busy in November
ahead of a key state by-election at the end of the month and would
probably not have wanted to engage in a public political discussion
immediately after the poll, in which Umno was defeated.
Even before the Government suffered its embarrassing loss of the
supposedly safe Lunas seat, the organisers had decided to take
precautions against Dr Mahathir being confronted by aggressive members
of the public or opposition supporters.
The head of the Web site and content developer, Shariff Hamid, said
questions for the Prime Minister would be screened because "some
irresponsible surfers" were "only interested in forwarding vulgar
messages". This week Mr Shariff said that by starting the chat show with Mr
Khalil, who is also Information Minister, and then other ministers,
the organisers wanted to ensure it attained a high standard before the
Prime Minister made his appearance. The Government has been slow to exploit the Internet effectively
despite Dr Mahathir's strong support for an information
technology-oriented society, while opposition Web sites have
flourished. Supporters of Anwar Ibrahim, the jailed former deputy prime minister,
have used the Internet, which Dr Mahathir has promised not to censor,
to launch scores of Web sites denouncing the Government in language
that would get print media closed or prosecuted.
Government Web sites have also been hacked, forcing officials to
employ security experts. http://www.scmp.com Source: The South China Morning Post, HK
18th January 2001 Cabinet shuffle political play for women voters
IAN STEWART in Kuala Lumpur Prime Minister Mahathir Mohamad yesterday announced a cabinet
reshuffle, the main result of which is the creation of a new Women's
Affairs Ministry. Analysts described the changes as pragmatic and
largely politically motivated. "Indeed we value the contribution of women and their role and that is
why we created the ministry," Dr Mahathir was quoted as saying by the
official Bernama news agency. The new ministry will be headed by Shahrizat Abdul Jalil. She was
formerly a deputy minister in the Prime Minister's Department. Women's
groups have been pressing for the creation of such a ministry for many
years but the growing threat of Parti Islam se-Malaysia (PAS), the
leading opposition party, to the dominance of the United Malays
National Organisation (Umno), the main government party, has created
an immediate reason for the move. PAS, a fundamentalist male-controlled Islamic party, has been making
small overtures to women, whom it has previously spurned as leaders or
political candidates, to broaden its constituency. At the same time it
wants to cement its relations with its partners in the opposition
alliance called the Alternative Front, who are more open to giving
women a political role. The appointment of Ms Shahrizat as Minister of Women's Affairs is
aimed at demonstrating that Umno is more progressive than PAS where
women are concerned. Her duties can be expected to include
highlighting the differences between PAS and Umno on women's matters,
including the famously sexist remarks of Nik Aziz Nik Mat, the PAS
Chief Minister of Kelantan state. Her appointment increases the number of women in the cabinet to three.
The others are Rafidah Aziz, Minister of International Trade and
Industry, and Siti Zaharah Sulaiman, Minister of National Unity and
Community Development. The other important change in the cabinet was the appointment of Abdul
Hamid Zainal Abidin, the armed forces' top Islamic official, as
Minister in the Prime Minister's Department. He fills a gap left by
the resignation of Hamid Othman, who was in charge of Islamic affairs.
In addition to the moves aimed at boosting Umno's standing with women
voters and Muslims, Dr Mahathir made an appointment that will win the
approval of members of the Indian community. He named M. Kayveas, head
of the People's Progressive Party, as Deputy Minister of Housing and
Local Government. http://www.scmp.com |