Laman Webantu KM2A1: 3623 File Size: 10.2 Kb * |
Satu Pigi Lima Mare - Aparaaa. Lu Madey C*tt*y..!! By Amin Sapiro 19/1/2001 7:54 am Fri |
Amin Sapiro (UMNO/BN tergugat oleh 'Politik Warong')
[Selain masjid, warung memainkan peranan penting
dalam sosio budaya rakyat berbilang bangsa di Malaysia.
Di situlah isu semasa dibincangkan dalam suasana yang
selamba dan terbuka. Beberapa akhbar popular selalunya
disediakan khas oleh tuan warung sebagai juadah minda.
Pertukaran pendapat secara tidak formal itu akan
menambahkan pemahaman, disamping mengeratkan kemesraan.
Tentu kita masih belum lupa kisah Kuli yang berbelanja
di kedai kopi sebaik saja memasuki Umno baru(a). Atau
Mahathir yang menghantar kad jemputan makan rasmi di UK
satu ketika dulu sebagai helah untuk meramaikan orang
mendengar ucapan sewelnya mengenai 'jihad'. Tidak lupa
juga kita satu kesah lucu di dalam jamuan percuma tajaan
Umno di Seremban di mana orangramai bergegas pulang
selepas kekenyangan tanpa mendengar ceramah untuk meninggalkan
meja dan kerusi untuk menjadi penonton.
Kisah-kisah seperti ini menggambarkan betapa suasana
makan dan minum itu menjadi satu tarikan untuk menyalurkan
pemikiran. Pastikan bahan minda yang berada di situ
sesuai untuk mendidik rakyat. Perjuangan reformasi
bukan sekadar di atas jalan, tetapi di warung juga
yang tidak sepatutnya dibiarkan. - Editor (dalam kembara)]
SATU PIGI LIMA MARE - APARAAAA. LU MADEY C*TT*Y..!!
SEWAKTU saya sampai di warong kopi langganan biasa
pagi tadi, dari jauh saya nampak orang yang datang
bertenggek di kerusi-kerusi plastik yang tersedia
lebih ramai dari biasa. Taukeh warong kami terpaksa
meletakkan bangku tambahan diperbuat dari papan kambi
panjang bagi menampung punggung-punggung pelanggan
baru. Entah dari mana datangnya mereka itu, tak
taulahhh?.. 'Politik Warong' Penjana Minda "Heiii! Wak dah datang" imbau seorang kawan lamo yang
seasoned dengan karenah Mahathir dan UMNO. Maklumlah
dulu beliau seorang J/Kuasa Cawangan UMNO di kampung
kami. Bila berkempen, tak lekat di rumah. Dia diarah
ke sana ke mari bagi menaikkan reputasi calun UMNO
yang mewakili BN. Bila tiba masa, wakil rakyat gasak
duit pampasan kempen. Meloponglah si mamat ini dan kawan-kawan yang berkerja
untuk parti siang malam tanpa upah. Kununnya, itulah
perjuangan versi UMNO. Titik peluh orang tidak ada
nilai, tidak ada harga. Begitulah Dasar UMNO. Bermula
dari pucuk pimpinan bergelar Presiden sampailah
Perdana Menteri bernama Mahathir Kutty.
"Apa citer hah?" saya bertanya pura-pura tak tau.
"Tak kan Wak tak tau..!! Mahathir dah buat gila lagi.
Satu pigi, lima syudah mare!! Hahahaha"
masing-masing ketawa terbahak-bahak. Yang menggelikan
hati kami ialah, telor 'loghat mamak' si mamat bekas
UMNO itu saling tak tumpah bunyi Maidin yang dah tutup
kedai-gulung tikar dulu. "Owww!!. Itu kaaa?" Saya mencelah. Mereka tidak puas
hati dengan Kabinet baru(A) yang terbaru(A). "Habis apa
mau bikin?" sambung saya. "I say, Wak!! YAMNU (umno?) punya Melayu cukup-cukup
bodo lahhh..Wak" kata seorang dari mereka. "Melayu
sekarang syudah jadi tukang angkat mayat sajalah.
Mahathir sudah goreng Melayu Amno macam goreng
pisang!" sahut seorang sedang menghirup kopi panas.
"Tapi ini kali, itu goreng pisang sudah sikit kasi
hitam deiii!!" Celah seorang yang lebih pekat loghat
mamaknya. Ketawa semakin hebat. "Isykarang sawo
matang YAMNU bodo tarak laku legi" tambahnya. Hilai
ketawa tambah hebat. "Itu macam kalu, UMNO punya worang mesti keluar
ramai-ramai, istihar join PAS ka, KeADILan ka, PRM ka.
Janji mesti keluar UMNO - join BA.. Kita undi DAP pun
tak apa. Janji kita mesti kasi tumbang BN.." sahut
seorang yang bertenggek sambil mengunyah pulut
panggang. "Itu macam ka?" bertanya seorang lagi.
"Ya laaaaaa! Apa lagi mau? UMNO bukan lagi 'United
Malay' tapi sudah jadi 'United MAMAK'. Tahun 2004,
semua orang Melayu mesti kempen lawan parti 'United
Mamak Nesynal Organisation' dengan BA. Kita kasi
tumbang 'YAMNU'. Itu jam kalu mamak semua tutup
warong, kasi halau balik Krala. Lagi pun orang Melayu
sudah pandai kipas roti canang dan teh tarik..!! apa
mau takot.. yaaaaaa" katanya. Suasana semakin meriah. Gelak ketawa bergema. Budak
tukang kipas roti canai dan bancuh teh tarik itu
berpeluh mencias-cias di pagi buta tu.
Mahathir jangan tak tau, orang Johor semakin sensitif
dengan pergolakan politik dalam UMNO sekarang. Mereka
sudah hilang keyakinan terhadap pemimpin UMNO yang ada
sekarang. Fokusnya kepada semua pemimpin UMNO, samada
yang berjawatan Kerajaan maupun dalam parti. Orang
Melayu sudah tidak menganggap UMNO sebagai parti
Melayu lagi. Mahathir juga kena faham. 'Politik Warong' adalah
budaya asal bagi orang Melayu. Politik orang Melayu
bermula dari perbincangan di warong-warong kopi. Se
canggih mana orang Melayu itu sekalipun, mereka masih
ingat bagaimana penjajahan Inggeris tumbang hasil dari
perbincangan anti Malayan Union yang bermula dari
cerita-cerita pakatan di warong-warong. Itulah tempat
penjana minda orang Melayu. UMNO/BN Tumbang Atas Asakan 'Politik Warong'
Orang Melayu adalah kaum yang sukar difahami jika
seseorang itu cuba menilai mereka berasaskan
teori-teori politik moden yang canggih-canggih. Bagi
mereka, masjid dan warong adalah terkait. Selepas
solat Subuh mereka ke warong. Semasa solat, mereka menyembah Allah swt dan memohon
petunjuk. Sesudah itu mereka berkumpul di
warong-warong dan berbincang secara bebas secara -
bersahaja. Sesiapa diantara mereka yang pandai
berjenaka dan menyampaikan sesuatu isu secara sinis,
mereka akan jadi ketua. Segala 'mood' di warong itu
akan dinilai sesama mereka. Akhirnya, tulah keputusan.
Inilah yang berlaku sebelum hari mengundi pada 29
November 1999 dulu. Tengoklah apa sudah jadi kepada
UMNO. Di mana-mana kita nampak bukti, undi calun-calun
UMNO sedemikian merosot. Ada wakil rakyat UMNO yang
menang tak lebih dari 200 saja. Najib Razak adalah
salah seorang dari mereka yang termalu.
UMNO kehilangan 22 kerusi Parlimen. Jangan cerita
berapa puluh DUN UMNO yang kena lanyak. Terengganu dan
Kelantan adalah bukti nyata. Kedah kehilangan majoriti
2/3. Pahang dan Selangor telah menunjukkan petanda
'duka' bagi UMNO. "UMNO/BN berkemungkinan akan ditumbangkan rakyat
habis-habisan dalam P/raya tahun2004 ini, insyaallah"
sampuk seorang dengan nada serius. Memang tidak boleh diperlekeh kekuatan 'politik
warong' yang tidak formal ini. Banyak perkara negara
dan rakyat yang dibincang dan diputuskan disana. Orang
Melayu tidak suka berhujah secara terbuka di sebarang
perhimpunan. Tengok sajalah apa riaksi puak UMNO dalam
setiap Perhimpunan di PWTC..!! Media pembodek UMNO mungkin berkajang-kajang bercerita
mengenai kehebatan Kabinet Baru(A) Mahathir terkini.
Tapi semua itu tidak akan merobah sebarang keputusan
yang dicapai dalam 'mood' perbincangan di peringkat
warong. Yang akan mengundi dan memilih ia mereka yang minum
kopi di warong, bukan pemimpin yang berjawatan. Orang
Johor seperti juga orang negeri lain. Mereka satu
rumpun dan satu budaya. Mahathir tidak akan termampu
merobah cara mereka membuat keputusan.
Satu KETETAPAN Yang Wajar Dilaksanakan Tanpa Daleh
Sebelum saya beredar dari warong itu, ada 2 perkara
yang masih bergelut dalam benak kepala saya. Si Ludin
yang berpengalaman menerajui Cawangan lebih satu dekad
berkata: [["Rombakan Kabinet Mahathir kali ini tidak ada
faedah kepada rakyat selain menghabiskan wang negara
saja. Dahlah kita kena imboh pencen Mid Man, bebankan
kita membayar gaji 4 lagi pendatang haram dalam
Kabinetnya merugikan kita. Kedua: Barua-barua yang berempat itu satu sen tak
guna. Kabinet baru(A) Mahathir cuma berguna kepada
Mahathir seorang saja. UMNO sekarang dah macam parti
Korporat. Tak ada gunanya selain dari memberi ruang
kepada mereka yang fasih melakukan rasuah, judi,
penyelewengan, perampas tanah milik orang Melayu dan
buat duit billion-billion. Tanah orang Melayu dirampas dengan pampasan murah.
Mereka akan kitar semula jadi kawasan perumahan,
kawasan perindustrian dan bandar baru - jual kepada
rakyat ikut suka harga yang mereka letak. Kita pinjam
bank Daim. Berhutang sampai 25 tahun. Bunga bank
sampai 3 kali ganda. Pikirlah, tanah simpanan orang Melayu dan tanah milik
Kerajaan dipaksa jual dengan harga seringgit se kaki.
Mereka jual dengan RM40 se kaki. Harga rumah berniai
tak lebih dari RM40 ribu dijual dengan harga RM180
ribu. Dalam tempoh 25 tahun habis bayar, pembeli kena
bayar total RM500 ribu. Itukah cara Kerajaan yang
membela rakyat? Tengok Shahrizat berapa punya kaya.
Bukit Kiara adalah miliknya. Tanya Mak-Chik UMNO di
Bahagian - apa diorang dapat? Melopong sajalaahhh!!]]
Satu Ketetapan Berasaskan KEBENARAN
Memang nampak kebenaran dari apa yang dirungutkan oleh
orang-orang UMNO semacam Ludin itu. Makin diteliti,
Mahathir sengaja melantik mereka untuk mensonglap
tanah rakyat dan mengaut keuntungan dari kocek rakyat
jelata. Jika dibiarkan UMNO/BN memerentah melampaui tahun
2004, bukan saja orang Melayu kehilangan harta -
rakyat negara ini akan dijual murahan: Maruah diri dan
Harta warisan nenek-moyang kita habis dipaksa
gadaikan. Ramai yang bersetuju dengan Ludin, iaitu: "Sebelum itu
terjadi - tidak salah orang Johor atau negeri mana
juga memutuskan kata: Kita purukkan UMNO/BN dan tukar
kerajaan UMNO/BN skarang. Kita alih supaya negara
ditadbirperentah oleh Barisan Aternatif (BA). Kita
akan heret puak itu masuk penjara. Kita taulah apa nak
buat nanti. Negara ini bukan warisan zuriat Krala..".
Jangan main-main 'Politik Warong', ya Mahdey. Pemimpin
UMNO kena jaga-jaga!! Berapa juta warong-warong
diserata pelusuk negara? Kalian adalah bakal penghuni
penjara.. bukan pemimpin BA!! Pesaka akan bergilir.
Mesti punyaaa.. |