Laman Webantu KM2A1: 3613 File Size: 6.4 Kb * |
Jangan Bicara Kurang Hormat - Diri Sendiri Yang Terjerat By Amin Sapiro 18/1/2001 4:51 am Thu |
Amin Sapiro (masih mencari identiti dalam hutan Siber)
[Saya kira ini satu penulisan MESTI BACA buat semua,
tidak kira anda penulis atau sekadar pembaca. Kalau boleh
semua lukiran Wak diwarnakan kesemuanya sekali kerana ia
mengena semuanya - baik yang tertengah mahupun yang tertepi.
Tidak perlu editor menokok tambah lagi. Ia sudah menjawab
semua sekali tanpa ragu-ragu lagi. Pena itu adalah sifat
yang tersimpan di hujung jari. Pastikan ia berbakti.
Hulurkan tangan nanti terpancarlah sakti. Jangan dipusing
ke belakang, nanti matilah tuannya sendiri - Editor]
MUNGKIN ada pihak yang memperlekeh dan menganggap
murahan penulis-penulis reformasi di Alam Siber yang
tidak mengenal tepi ini. Mungkin kerana penulis-penulis itu tidak dikenal rupa
dan muka, cuma menatap apa yang dibicara - namun
jangan dirasakan mereka umpama jin dan jembalang puaka
tanpa nadi dan saraf seorang manusia. Jangan..jangan..
tersalah sangka. Penulis Siber mungkin berkarya di Alam Siber cuma;
namun mereka adalah sekelompok manusia biasa. Yang
anih cuma - mereka berada entah dimana. Kita tidak
mungkin mengenali jantina mereka sebenar.
Ya, tidak mungkin sesiapa mengetahui siapa mereka
sebenarnya. Dari tulisan mereka, kita nampak mereka
mungkin seorang pelawak yang gemar berjenaka. Mungkin
juga mereka menulis dengan bebas bersuara keras bagai
seorang pendekar. Ada antara mereka punya kesidiqan yang mempesonakan.
Kadangkala, kerap membayangkan bahawa mereka punya
ilmu dalam pelbagai bidang, punya keberanian sebagai
seorang pejuang macam-macam. Mereka terhubung dalam beberapa beberapa Laman.
Disanalah mereka disatukan. Mereka dikendalikan oleh
seorang bertaraf 'paman' yang bermaksud, 'bapak
angkat' yang mengendalikan segala ragam dan kasrenah
anak-anak buahnya. Jika laman-laman itu dirasuk jembalang, maka 'paman'
itu keluhkesah menstabilkan keadaan. Mereka berkhidmat
tanpa mengenal penat, kerana anak-anak buah mengimbau
mereka penuh hormat. Makin diamat-amati, terasa kita sebenarnya berhadapan
dengan sekelompok manusia yang punya hati perut dan
perasaan. Mereka punya identiti dan punya kelebihan.
Mereka bisa berduka dan mengalir airmata. Mereka bisa
bersuka sebagai seorang penjenaka. Mereka bisa juga
marah jika disentuh hak diri dan egonya. Pendek kata,
lihat diri mu bagaimana, maka begitu jugalah mereka -
Penulis-penulis Siber. Jangan anda tidak tahu: Sesama mereka saling
berhubungan. Sebegitu rapat dan erat, hingga mereka
mengenali hati budi dan perasaan sesama mereka.
Mereka memanggil masing-masing teman dengan imbauan
penuh sopan. Ada yang dihormati dengan gelaran 'bapak'
dan 'paman'. Ada begitu dikenali dan mengenali hingga
terucap perkataan 'adik', 'kakak' dan 'abang'.
Imbauan begitu cuma sekadar perlambangan. Mereka tidak
mengira usia dan umur. Mereka menilai sesama sendiri
berasas kematangan tulisan dan arus pembicaraan.
Semua itu adalah suatu bayangan yang menunjukkan
kekuatan kesatuan mereka yang terwujud secara spontan.
Mereka ada naluri merasakan sesuatu dan memberi riaksi
setelah berfikir secara matang. Mereka cukup peka
meneliti personaliti dan kepribadian masing-masing
dari tulisan yang terpapar dan tersebar.
Hakikatnya, mereka sesama penulis dan pengendalinya
ada suatu 'kebersamaan', iaitu saling hormat
menghormati hingga terwujud kasih sayang dalam satu
struktur masyarakat tersendiri. Itulah satu dari
identiti yang memaut mereka sesama sendiri.
Mereka bukan menulis untuk masyarakat mereka
semata-mata. Mereka berhubung dan terhubung rapat dan
berkait dengan masyarakat luaran yang menjadi sasaran.
Mereka adalah penyumbang dan pemberi tanpa meminta
balasan. Namun di sudut lubuk hati mereka tersebunyi
sebuah iltizam. Ada sesuatu yang mereka perjuangkan.
Anda mungkin salah seorang dari mereka? Mungkin iya,
mungkin tidak. Jika anda seorang yang berjiwa bebas
dan menghayati roh kebebasan yang menjadi nadi
kemerdekaan; cuba tulis sebaris-dua hari ini, paparkan
- lihat apa riaksi pembaca. Jika mereka menghormati
pandangan anda atau berinteraksi dengan anda; maka
sekaligus anda sudah menapak selangkah ke alam
masyarakat siber yang tiada tepinya!
Tetapi anda perlu berwaspada. Segala apa yang anda
ucapkan, masyarakat sekeliling anda akan menilai siapa
anda. Anda harus bertanggungjawab kepada masyarakat
sekitar di Alam Siber yang amat luas ini. Fikirkan
juga bahawa apa juga pandangan anda, ada orang di
sudut dunia di luar sana yang akan memerhatikan anda.
Sebagai penulis siber anda bernasib baik. Anda bisa
membunuh diri dan karekter anda mengikut suka tanpa
dosa. Dengan secuit hujung jari, anda bisa membunuh
diri sendiri. Tulis saja satu nama 'penasiber' yang
lain, maka anda bagai ular bersalin kulit. Namun,
seorang pembaca yang prihatin masih mampu melihat
urat-urat jalur dihujung jarimu. Ada cara mereka
mengenal siapa gerangan kamu!! Dengan itu, jangan cuba memplagiat karya sesama kamu.
Jaga baik-baik piagam yang tak bertulis yang membentuk
kekuatan dan keperibadian warga penulis siber itu.
Sebagai penulis siber, kebebasan dan kemerdekaan
berfikir dan menyuarakan pendapat dan pandangan adalah
hak mutlak anda. Anda boleh cakap apa saja, boleh
kemukakan sebarang persoalan, boleh tunjuk dan
tonjolkan sokongan dan bantahan. Begitu sekali tahap
kebebasan dan kemerdekaan anda. Namun anda kena ingat 'JANGAN BICARA KURANG HORMAT' -
kelak diri anda sendiri yang tanggung akibat. Jangan
biarkan diri anda TERJERAT..!! Selamat Datang ke dalam masyarakat warga Alam Siber
yang merentas dunia. PS: kepingan melihat kewujudan sebuah masyarakat warga
Siber yang bertanggungjawab.
|