Laman Webantu KM2A1: 3609 File Size: 5.4 Kb * |
B2: Warkah CDB - Suatu Peringatan Yang Releven By Amin Sapiro 17/1/2001 6:27 pm Wed |
Amin Sapiro (suka tengok bangsawan UMNO)
[Adalah sukar untuk setiap penyokong menyetujui keputusan kepimpinan.
Tetapi setiap pandangan perlu dihargai kerana ia lambang kasih dan sayang
juga kepada perjuangan. Tidak salah untuk bermain, tetapi berhati-hatilah
kerana senjata musuh terlalu tajam dan tersimpan dibelakang. Pemimpin PAS
perlu pandang-pandang, kerana dari jauh pun tembakkan senjata termoden kini
boleh sampai ke sasaran. Yang pastinya 'Debat' sudah diketepikan. Kini "Perbincangan' pula, itupun
masih diperingkat 'Cara' atau 'Format'nya. Tentu kita belum lupa 'Muzakarah'
satu ketika dulu sudah dikuburkan. Itu semua kerana Umno hanya hebat bermain
kata tetapi rebah tersungkur bila tiba waktu untuk membuktikannya.- Editor]
Bahagian: 2
Ramai antara kita yang berasa 'jengkel hati' kerana pemimpin parti tunjang
Pembangkang Melayu (PAS) sanggup menerima ajakan 'berbincang' oleh 'puak
nuuuu'..?. Berbincang Seperkara Pentanda Kelemahan?
Memang benar. Bukan setakat Cucu Datuk Bahaman saja yang gelisah. Sesiapa pun
akan merasa begitu. Tambahan pula, PAS pernah juga hendak bersemuka dan
bermuzakarah dengan UMNO dalam perkara tertentu. Puak UMNO jugalah yang
memperlekeh cadangan itu. Bagi mereka, berbincang adalah satu petanda kepada
'kelemahan'. Bermakna, pada waktu itu, mereka merasa diri 'kuat' dan hebat.
Jadi, jika UMNO mengimbau Pembangkang Melayu berbincang, bermakna mereka
(secara tak langsung) mengakui mereka sekarang dipihak yang lemah. Mungkin
disebalik imbauan itu terselit suatu agenda yang tersembunyi. Namun kebijaksaan saja
yang akan mengatasinya. Kita cuba perhatikan definasi 'Perbincangan' itu dulu. Dari segi semantiknya,
bermakna sama maksud dengan orang 'sembang-sembang' kedai kopi. Sambil kunyah
pulut panggang, goreng pisang nangka dan cekodok hitam bersalut gula merah, mereka
cerita semua perkara dalam dunia. Hehehe?. Tetapi bila sampai masa, masing-masing
pun Blahhhhhh?!! Ada yang ke hulu, ada yang ke baroh.
Apa Takrif 'Perbincangan'? Dapat ditakrifkan, 'Perbincangan' tadi cuma 'penyedap' teh yang secawan cuma.
Tak ada apa kesannya. Orang Minang geng Rais Yatim kata, 'Pai angok pulang
ambuih sajo nyoh'!!. Maknanya: 'langiah ajo' - membawa makna 'lengit' saja (kata
orang Johor). Tak ada guna. Pelengah masa saja.
Begitu-begini, 'Perbincangan' yang dibesar-besarkan puak UMNO itu cuma setakat
'slogan' saja. Makna dan kesannya 100% tak ada apa-apa. Hasilnya bukan sama
dengan 'Rundingan', 'Perdebatan' dan seumpamanya. 'Perbincangan' tidak
mensyaratkan keputusan yang bakal tercapai dan diikut. Tidak juga ia akan merobah
Dasar. Kira-kira, ia sama sesi kolokium - just to let-off steam.
Bincang-bincang Tak Apa! Jadi, jika bincang ikut format UMNO, tidak ada sesiapa yang akan cedera. Jika UMNO
dan pemimpin mereka sebenarnya yang 'berkudis buta'; mereka akan tetap dengan
'pekungnya'. Kalau melampau sangat dibukakkan, mungkin baunya akan merebah
seluruh dunia. Walaupun ada surat khabar UMNO, tetapi nak tutup bau busuk UMNO masakan boleh
dengan lembaran kertas saja. Kena 'bunuh ibunya', dan hanyutkan ke hilir air. Sebab,
'Pekung UMNO/BN' dah menular jadi 'kusta' berspesifikasi 'ISO 9000 - International
standard'. Jadi, biarlah PAS berbincang. Kita doakan dan peringatkan netters dan penyokong BA
yang budiman semoga terus melihat UMNO/BN seperti biasa: musuh politik BA.
Kalau PAS sorot kebelakang, dicop sebagai penakut pula. BA tentu sudah ada strategi
iaitu: Jika UMNO/BN merasa nak ambil kesempatan, BA boleh 'tarok sama dia'.
Sekiranya jemputan BA berbincang dalam 'Isu-isu Genting' negara yang dicadang
kepada BN (melalui S/U Agung BN) ditolak, maka terbuikalah pekung UMNO/BN.
Masa tu, BA pulun UMNO/BA habis-habis. Tentu BA akan heret isu-isu yang
dibangkitkan hingga tahun 2004. BA boleh buktikan kebusukan pucuk pimpinan
UMNO/BN yang sengaja beragenda. Cakap saja kununnya jujur dan ikhlas, tetapi
dalam perut banyak 'taik berulat'. Padan muka dia!!
Kesimpulannya Walaupun analogi Panglima Maharaja itu, Panglimanya nampak menang, dan Panglima
'pembebasan rakyat' itu kalah; dalam konteks UMNO/BN-BA pula penyokong BA tak
semudah itu terhapus. Mungkin seorang berdua akan gugur, tetapi dengan pelapis muda
sebegitu ramai dalam BA; masakan mudah dah hapuskan BA.
BA adalah wadah rakyat. Walhal UMNO/BN hanya wadah Mahathir yang dah 75 tahun
usianya. Pelapis macam Hishamuddin Aw-Aw atau Dollah Bedawi tak ada karisma
langsung. Daripada UMNO/BN nak harap mereka, lebih baik UMNO didik budak-budak
tadika dulu. Pemimpin UMNO yang ada sekarang semua TAK GUNO satu sen pon..!!
Hehehe? So, sabarlah CDB. Kita berterima kasih atas peringatan tuan. Moga-moga akan manjadi
azimat kepada pemimpin BA di masa hadapan.
Amin Sapiro |