Laman Webantu KM2A1: 3608 File Size: 4.8 Kb * |
B1: Warkah CDB - Suatu Peringatan Yang Releven By Amin Sapiro 17/1/2001 9:37 am Wed |
Amin Sapiro (suka tengok bangsawan UMNO)
[Jika 'perbincangan perpaduan melayu' itu merugikan Umno,
sudah lama Umno mendiamkannya. Bagi Umno, Umno itu melayu dan
melayu itu Umno. Tidak kiralah kalau melayu itu baik atau tidak,
atau yang tutup kain atau dedah. Atau murtad dan barua sekalipun.
Disini budaya santun melayu digunakan untuk memancing populariti.
Keresahan pendokong reformasi adalah sesuatu yang diharapkan oleh
Umno untuk menghancurkan BA satu ketika nanti. Maka ber'dilema'lah
antara minda dan budi. Itulah sentuhan dahsyat yang mungkin
memusnahkan jika gagal ditangani. Namun kita bukan seorang pendekar
jika kita tidak teruji.. - Editor]
Bahagian: 1
MEMBACA rencana Cucu Datuk Bahaman berjudul 'Orang mungkin tidak
akan dipatuk dua kali pada satu lubang'; terasa betul kepada kita darah
perwira allayarham nenda beliau yang memang kental itu mengalir dalam tubuh
beliau. Kalau digabungkan dengan darah allahyarham Mat Kilau, Maharajalela, Hang
Jebat, Lt. Adnan - kita percaya masalah yang dialami oleh orang Melayu -
hingga sampai 2 tahun berlanjutan adanya; insyaAllah dapat diselesaikan
dalam tempoh 2 hari saja. Apa tidaknya!! Tun Seri Lanang menceritakan: Raja Mandeliar dan si Kitul
cepat saja kena sula dari d*b*rnya hingga ke tenggorok, lalu diusung keliling
kota Melaka. Tanah rumahnya pun dibuang ke laut bersekali mayat-mayat
mereka. Mudah saja orang Melayu Melaka membuat keputusan di zaman itu.
Tahniah Melayu Melaka. Memang nampak kehebatan zamannya.
Orang Melayu Madani Lain Macam Hari ini kita sudah dirasuk oleh amalan madani. Mungkin itulah yang
menyebabkan orang Melayu tergagap-gagap melakukan sesuatu. Mungkin itu
yang disebut toleransi, demi menjaga harmoni dan penghayatan agama (ulang:
mungkin). Apa yang menyedihkan kita juga: Ada orang bergelar pemimpin dalam UMNO
yang mengambil kesempatan dari sikap dan kesantunan orang Melayu. Sudah
20 tahun berkarenah macam Raja Mandeliar, semakin ramai 'kitul-kitul'nya.
Inilah yang 'menyemakkan' pikiran kita!
Kini, dah terang-terang si 'beliau' itu 'makan tangan' melebihi kadarnya.
Namun, orang Melayu dengan kesopan yang dibudayakan sebagai penganut
Islam masih berpaut kepada tali Allah. Itulah kelebihan orang Melayu.
Cuma, yang menyebabkan banyak perkara yang menjadi semakin parah ialah:
ramai puak-puak pemimpin UMNO yang jadi 'kitul-kitul' berjenama 'Melayu'
dan 'Islam'. Mereka terjebak dengan pelbagai maksiat. Tak peduli aurat, cari
kekayaan tanpa tulang urat - hingga mereka merelakan sistem dan budaya
rakyat, keutuhan undang-undang dan pentadbiran negara dibiarkan dilacur
dan dicemar. Paling menyedihkan, Hak Asasi rakyat juga semakin tergugat. Paling ketara,
seorang pejuang 'pembebas rakyat' masih terperangkap dan masih
terbelenggu - tidak diketahui khabar berita sebenar mengenainya. Keresahan
semakin menjadi-jadi dikalangan rakyat. Orang Melayu merasa, hak mereka
semakin melampau disekat. Dan..dan? dan.. banyak dan-dannya lagi!!
Satu Kesimpulan?.. Kesimpulannya, surat Cucu Datuk Bahaman itu: ia memang relevan untuk
difikir bersama. Paling sedikit sebagai peringatan kepada pemimpin pihak yang
berhasrat mempejuangkan 'kebebasan rakyat'. Mesti ada sokongan
penyokong dalam sebarang tindakannya. Lagi ramai lagi bagus.
Dan penyokong pula, kenalah bersabar. Kebijaksanaan pemimpin harus
dihormati. Paling kurang bagi ruang untuk mereka melaksanakan tugas dan
fungsi. PAS/BA adalah demokratik.
Apatahlagi, dalam setiap perjuangan menegakkan Keadilan dan
menumbangkan Kezaliman, kita peringatkan semua pihak bahawa karekter
'John Rambo' itu cuma khayalan saja. Paling kurang mesti ada sub-machine
gun, M-16, panah beracun atau 'Rambo dagger' juga, kan? memang tepat
kita berpesan sesama kita. Nah! Anak-buah yang muda-muda inilah sebagai telinga dan mata, kaki dan
tangan. Kita hargai mereka, walaupun tidak punya apa-apa kecuali semangat
juang yang kental, tetapi sudah berani memikul beban.
Mereka ada lidah yang pantas bila berucap. Mereka ada pena yang
runcing-tajam diasah saban hari. Merekalah pelapis ke-2 yang semakin
ketara dengan perjuangan yang saksama. Hingga hari ini Mahathir, UMNO
dan komponen BN sudah semakin terasa 'tepi kain' mereka.
Kemana kita sesudah ini? Kita cuba cermin-cermin diri di Bahagian 2.
|