Laman Webantu KM2A1: 3606 File Size: 12.9 Kb * |
TJ MT MGG: Kesenian Debat Politik Di Darulboleh By M.G.G. Pillai 17/1/2001 2:59 am Wed |
MGG 1201 [Pendapat sdr Rustam A. Sani nampaknya mengegarkan MCA sehingga pemuda
mereka mahu Rustam memohon maaf kerananya. Padahal itu jugalah persepsi
Umno terhadap MCA, tetapi MCA buat-buat diam sahaja. Kisah itu menyerlah
dalam isu letak-dan-ambil jawatan Dr Ling. Begitu juga Suqui yang
letak-dan-pinggir rayuan mereka. Umno pun tidak jauh beda kerana ia
mengamalkan letak-dan-ambil juga dalam kes Aziz Sheikh Fadzir dan debat
terbuka. Atau terima-dan-tolak rayuan Suqui sebelum dan selepas pilihanraya.
Nampak jelas tiada prinsip dan tidak boleh dipercayai, satu penyakit yang
sudah berjangkit dari pemimpin nombor satu UMNO, Dr Mahathir dan pemimpin
MIC, Samy Vellu yang berikrar tidak ingin keluar dari Lunas jika tewas.
Nampak jelas semua pemimpin BN tidak berprinsip dan tidak boleh dipercayai.
Mereka gemar bermain dengan kata-kata laksana sandiwara yang tidak sampai kemana.
Kata-kata mereka asyik bertukar mengikut arus yang beredar. Lama-lama mereka
akan tersadai dan terhumban ke gaung yang dalam. Ketika itu melaung meraung
pun sudah tidak mampu mendapatkan sebarang pertolongan... - Editor]
Kesenian Debat Politik Di Darulboleh Naib Presiden PRM, Saudara Rustam A. Sani telah beterus terang
pendapatnya bahawa pengundi Cina amat 'mudah dimanipulasi, kekurangan
prinsip dan pada umumnya tidak mudah dipercayai'. Pendapatnya ini telah
menaikkan kemarahan pergerakan pemuda MCA yang berpendapat Rustam telah
mengaibkan kebijaksanaan, kehormatan dan juga maruah masyarakat Cina.
Beliau menuntut agar Rustam meminta maaf kepada masyarakat Cina kerana
pendapatnya itu. Pendapat Rustam diluahkannya terhadap pihak Suqui yang kemudiannya
mengambil tindakan untuk menyelesaikan perkara itu dengan pergerakan pemuda
UMNO. Ketika itu MCA tidak pun menunjukkan hidung mereka; baik parti
induknya mahupun pergerakan pemudanya. Kenapa? Kerana Pergerakan Pemuda UMNO
pun berpendapat kerana mereka 'mudah dimanipulasi, kurang prinsip dan
pada umumnya tidak boleh dipercayai.' Di manakah MCA ketika perjanjian itu
ditandatangani? Nampaknya Pemuda MCA berada di kawasan pasir jerlus. Jika
tidak masakan mereka mahu mengenakan saman malu yang bernilai beribu juta.
Inilah caranya parti komponen Barisan Nasional bertindak setiap kali
berhadapan dengan berita yang tidak mempu mereka terima.
Seperti yang dideritai oleh presiden UMNO masakini, presiden MCA sedang
digugat oleh rusuhan dalaman. Timbalannya memimpin kumpulan yang
menghambatnya. Di waktu itulah Dr. Ling mengambil tindakan untuk melepaskan
jawtannya. Di waktu itu juga dia menunjukkan kewibawaannya yang sebenar. Dia
sanggup terus memegang jawatan setelah presiden UMNO (dan juga Perdana
Menteri) mengatakan dia tidak boleh melepaskan jawatan itu. Saya masih ingat
betapa Pemuda MCA tidak pun meminta presiden parti mereka meletakan jawatan
selepas beliau mengaibkan masyarakat Cina.
Kalaulah tidak kerana isu Suqui dan Sekolah Wawasan, masyarakat Cina pada
keseluruhannya tentu telah memihak kepada Barisan Nasional, seperti yang
mereka lakukan pada 1999 dengan jelasnya. Saudara Rustam, yang merupakan
anak kepada Aruah Ahmad Boestamam, memang amat arif akan perkara ini. Apa
yang tidak disebutkannya ialah kalau tidak kerana sesuatu isu yang
menghambat mereka, masyarakat Cina memang mudah membiarkan diri mereka di
manipulasi. Inilah hakikatnya dan saya sanggup melangkah setapak lagi:
Masyarakat Cina yang merupakan golongan yang kedua terbesarnya di negara
ini, tidak memandang jauh seperti yang sepatutnya - mereka sepatutnya
berani berdepan untuk diharapkan bukan kerana kontrak yang disogokkan,
tetapi untuk masa depan cucu cicit yang masih belum dilahirkan.
Perubahan sudah menjelma kerana cucu-cicit generasi merdeka sudah semakin
berusia. Kerana itulah Saudara Rustam memang berada di jalan yang benar
dengan pendapatnya. Debat (yang digambar-gemburkan) itu tidak pula menjadi. Ia diganti dengan
cakap-cakap yang bercanggahan. Ugutan dan kenyataan yang sengaja dicetuskan
melalui laman web dan bukan secara rasminya untuk santapan umum. Semua parti
pembangkang sudah bersedia untuk berdebat bila-bila masa mengenai sebarang
isu. Parti kerajaan memulakan satu inisiatif untuk memulakan satu isu dulu.
Tetapi kemudiannya bertindak mencari alasan untuk memungkirinya. Sebagai
wakil orang Cina dalam kabinet, MCA telah menunjukkan betapa mereka sudah
gagal menjalankan peranannya sehingga mampu dikotak-katikkan sahaja.
Apabila ada satu isu tulin yang muncul seperti Sekolah Wawasan dan juga
cadangan Suqui itu, mereka hanya mampu untuk diam membisu. Mereka hanya
mampu menuduh pihak lain yang cuba mengemukakan penjelasan mereka. Inilah
yang mereka katakan sebagai debat politik. Inilah seninya debat itu dalam
Darul Boleh ini. Sememangnya tidak ada sebab kenapa Saudara Rustam perlu
meminta maaf kepada Pemuda MCA itu.
-MGG Pillai- Rencana Asal: Bolehland's Fine Art Of Political Debate
The Parti Rakyat Malaysia (PRM) vice-president, Mr Rustam A.
Sani, said, rightly, Chinese voters are "easily manipulated,
lacked principles and generally cannot be trusted". This,
in the view of an incensed MCA Youth, insults the
"intelligence, honour and integrity" of the Chinese, and
wants him to apologise. Mr Rustam made his remarks over
the Suqiu proposals, one its organisers "settled" with UMNO
Youth. The MCA, youth or national body, was nowhere in the
picture. Why? Because even UMNO youth decided both could
be "easily manipulated, lacked principles and generally
cannot be trusted". Where was the MCA when that pact was
signed? The MCA Youth obviously stands on quicksand.
Otherwise it would have sued for millions of dollars in
defamation damages. That is how parties in the National
Front react to news it cannot stomach.
Would the MCA Youth say that its national president,
Dato' Seri Ling Liong Sik, was not manipulated, highly
principled and thoroughly trustworthy when he decided he
would not resign, after telling the MCA leadership he would,
because the Prime Minister would not let him? If what Dr
Ling did was correct, then Mr Rustam is wrong. He made the
fatal mistake to assume that in politics words are not what
the dictionary tells you they mean. As George Orwell, in
his famous essay, tells you, they do not. The MCA leaders
have taken Orwell to heart even if they do not know who he
is or why his essay is important. Mr Rustam was too kind. The Chinese are incensed to
high heaven when Chinese issues are involved. That is a
fact of life. UMNO made the unpardonable sin of releasing
the Suqiu proposals, presented not to the public but to NECC
II, where it was thoroughly aired, to the public domain
before the 1999 general elections. It was then cleverly
turned into a Chinese issue, to which everyone, including
the National Front, accepted. But the MCA stumbled when it
demanded the chief ministership of Penang and UMNO refused.
Politics is power, and UMNO took the upper hand and put the
MCA in its place. As the UMNO president now finds himself
in, the MCA president faced an internal revolt, with the
deputy president leading the charge against him. It is at
this point, Dr Ling offered to resign -- and proved he was
not his own man when he stayed on after the UMNO president
(and Prime Minister) said he could not. I recall the MCA
Youth did not ask the MCA president to resign after this
gross insult to the Chinese community.
Without the Suqiu proposals and visions schools, the
Chinese community, as a whole, would have swung towards the
National Front -- as it did in 1999 -- with alacrity. Mr
Rustam, the son of the redoubtable Ahmad Boestaman, knows
this only too well. What he did not say is that if no
Chinese issue confronts, the Chinese would allow itself to
be easily manipulated. This is a fact of life. I would go
one step further: the Chinese, as the second largest
community in Malaysia, have not looked upon its future as it
should -- how it can stand up and be counted, not for the
contracts given its way but to ensure the future of
generations yet unborn. This changes, as the grandchildren
of the independence generation comes of age. But at this
moment, Mr Rustam is right in what he says.
Let us take just one example: The DAP is incensed at
Suqiu "putting aside" seven points in its proposals. It was
done to save UMNO Youth from its predicament over its false
steps over Malay unity. I thought the Suqiu committee
handled this well. But the DAP wants this discussed with
all the organisations that lent its name to it. I spoke to
some of the younger supporters of Suqiu, who thought it was
the right decision. But it is a Chinese issue, which throws
the Chinese communities into a tizzy, and, in DAP's view,
something you could stick a finger into UMNO and the
National Front. But there is no debate. We talk at cross purposes.
Threats and statements are made not in public but in their
own websites and self-serving one-way statements. The
opposition parties are ready to debate at any time on any
issue. The government parties takes the initiative for one
and then finds creative reasons why it should not be held.
The MCA, as representative of the Chinese in the cabinet,
has failed so badly that it is kept on as a pro-forma
representatives of the community, malleable and kept on its
toes. So when a genuine Chinese issue turns up -- as the
vision schools and the Suqiu proposals -- they shut up.
And throw the blame on anyone who suggests why. That is now
political debate. But in Bolehland it is. There is nothing
Mr Rustam need apologise to the MCA Youth for.
M.G.G. Pillai
|