Laman Webantu KM2A1: 3604 File Size: 7.0 Kb * |
B2: Isu 'Perpaduan Melayu' - Umno Bagai Tikus membaiki Labu By Amin Sapiro 17/1/2001 12:24 am Wed |
Amin Sapiro (Jangan BA pulak jadi Luncai yang terjun)
[Sebelum Umno mahu mendabik dada dengan isu 'Perpaduan Melayu' kita
harus bertanya mengapa Umno berbincang dengan peluru hidup sehingga
terbunuh Ustaz Ibrahim Libya satu ketika dulu? Mengapa seorang khatib
luar dihantar ke Masjid Negara untuk bercakap berjela-jela sesuatu yang
menyakitkan telinga dan asyik mengampu sahaja. Bukankah kutbah itu ada
dua : - 'Menyeru yang makruf' dan 'Mencegah yang munkar'. Tanpa dua
fokus penting ini sampai bila pun orang melayu tidak akan bersatu
walaupun mereka hidup seribu tahun di dalam umno. Atau Mahathir menjadi
Presidennya sampai umur 1000 tahun. Malah mungkin ada lebih banyak
perpecahan lagi sehingga akhirnya hanya tinggal seorang sahaja dalam Umno
barua..... kerana Mahathir sebenarnya adalah seekor tikus Ultra dari Kerala.
Jika tidak dia sudah lama hadir ke mahkamah tanpa gentar. - Editor]
ISU 'PERPADUAN MELAYU' - UMNO BAGAI TIKUS MEMBAIKI LABU
Bahagian: 2
Banyak lagi yang harus dipelajari, lebih-lebih lagi bila kita berhadapan dengan
puak-puak yang munafiq..!! Puak Palestine sampai hari ini masih lagi memikul mayat.
Yahudi masih lagi samseng tak mengesahkan kemanusiaan. Mahfuz naik 'hot' dengan
memilih dipenjarakan dari membayar 'pampasan'. Begitulah dia iltizam pemimpin yang
berwibawa dan ada pegangan. Kita patut akui, yang paling berpengalaman dalam BA berhadapan dan berkonfrontasi
dengan puak 'yang tu' ialah PAS, DAP dan PRM. KeADILan sudah lama tau siapa
UMNO. Sebab mereka dulu pun dalam UMNO jua, kan? Jadi, pemimpin KeADILan
bukan orang baru dalam politik. 'They may be looked upon as new brooms, but they
know where the dirts are. Which corners and how much to be swept away' hihihih..!!?.
Jadi UMNO tak leh nak 'chong' pemimpin KeADILan dn BA. Semua trik UMNO dalam
poket Ezam, Azmin, Saifuddin dan teman-teman. Dengan itu, kalau KeADILan kata
'pirrraaaaahhh..UMNO', hehehe?. tentu alasan pemimpin KeADILan atas pelbagai
asas yang cukup kuat. Tekedu jugak UMNO, kan? Terbelalak bijik mata Mahadey & Dolah Bedawi..!! hiihihih?.
Mereka sangka pemimpin KeADILan boleh dibeli 'sekupang dua' agaknya ke?
UMNO Berbincangan Dengan PAS - Apa Halnya?
PAS sanggup berbincang dengan UMNO tentu atas sebab-sebab tertentu. Pasti sudah
diperkirakan terlebih dulu 'the added advantage' yang bakal BA perolehi sebagai
satu Barisan. Cuma kita kurang faham sebab masa tidak mengizinkan. Tak kan strategi
nak bagi tau orang, kan? Kita kena fikir sikit apasal Panglima Maharaja Cina tiba-tiba saja ajak bincang atas
bukit dalam format dan syarat yang cukup baik. Kunun nak cerita pasal kedamaian.
Cuma silapnya, Panglima 'pejuang kebebasan rakyat' tak sempat nak maklumkan
kepada bala tentera mereka apa sebenarnya Panglima Maharaja Cina punya muslihat.
Sebab, lat 3 hari nak berperang semula. 'Time constraint' dan kekurangan peralatan!
Itu seperkara yang menjadi kelemahan.
Kesilapan yang menyebabkan puak Panglima 'pejuang kebebasan rakyat' kalah
ialah: Pemimpin tidak dapat berkomunikasi dengan tentera yang bersepah-sepah.
Inilah kelemahan yang biasa yang menyebabkan sebarang parti politik Pembangkang
di negara kita ini kalah saja dimasa-masa sebelum November '99.
Tapi hari ini jauh berbeza. Panglima 'pejuang kebebasan rakyat' di negara kita dah
tak peduli lagi. Di Tmn Melewar setiap minggu ada sesi. FRU hadang lorong-lorong
sempit bikin pengunjung ceramah susah datang dan parking motor kapcai.
Kabarnya: Pengunjung tetap ramai. Collection ..orait!! Tepuk sorak.. teriakan Allahu
akbar bergema. Laungan Reformasi pun sama hebatnya. Siapa yang dengar meremang
bulu roma. Hehehe.. sambil tu Wak Amin sental juga 'sup Tmn Melewar Corner' - 3
mangkok, selamba ajaaaa? hahaha!! Tengoklah tu - sampai Ahmad Lutfi pun dah usung mayat DETIK dan WASILAH.
Zulkifli Sulong kena heret ke mahkamah. PW Laman-lamanweb Reformasi ada yang
tidur malam resah gelisah. Penulis pun kena pakai IP proxy - kalau tak, entahlah.
Itu semua adalah antara pengalaman yang harus dilalui dalam perjuangan menegakkan
Keadilan dalam senario yang kritikal menumbangkan Kezaliman. Nabi sendiri yang
dikurniakan perlindungan Allah swt pun sampai kepala baginda dilempar batu hingga
berdarah. Inikan pula kita yang cuma dikurniakan hidayah. Kena tahan sikitlah!
Mungkin inilah yang menyebabkan iltizam pendemo reformasi semakin 'hardened'.
FRU debik dengan belantan, tak pernah mereka rasa 'jeran', kan? Malah, ada yang
rasa gian asyik nak turun ke jalan-jalan. Belum habis episod Jln Kebun dan mula
pulak cerita Teluk Panglima Garang. Dijangka 100 ribu orang. Soalnya: Masih Dollah
Bedawi suruh 'anjing kepala merah' disuruh serang? Kalau iya begitu, maknanya
cerita 'perpaduan Melayu' itu, cuma TEMBERANG!!
Nampaknya, selagi UMNO/BN tak tumbang dan DS Anwar Ibrahim tak dibebaskan -
Mahadey dan kuncu-kuncunya tak lena tidur tak kenyang makan. Apa nak buatkan?
Mahathir sengaja cari pasal bikin rakyat meluat kat UMNO/BN.
Pengalaman dan kritikan beginilah yang menyebabkan minda rakyat negara kita akan
maju ke hadapan. Walaupun kesannya memang ada terhadap ekonomi dan pelaburan,
tapi Mahathir kena fikir semua pergolakan ini siapa yang mulakan? Nampak sangat
Mahadey gila kuasa!! Mahathir Dan UMNO/BN Mahathir dan pemimpin UMNO/BN kena faham. Bukan Anwar mahu Mahathir
ditumbangkan. Keadaaan sudah menentukan.
Mahathir kena terima hakikatnya. Memang beliau dah habis 'shelf-life'nya, dan
rakyat mahu 'fresh young blood' mengantikannya. Jadi, Mahathir kena akur dengan
permintaan ramai. Itu baru demokrasi kalau nak kata dalam bahasa paling simple.
Dolak-dalik dan pembohongan botang bukan lagi cara cari jalan damai. It is more of a
war than peace!! Jadi, eloklah beliau undor saja. Sebaik-baik sebelum berbincang dengan Barisan
Alternatif. Kalau boleh, Mahathir jangan campur lagi politik rakyat. Terlampau banyak
sangat musibah yang dia dah buat. Elok beliau keluar dari mahligai yang mendap itu
dan tinggal di rumah tepi masjid. Beribadat pulaklah. Mudah-mudahan diampunkan
Allah swt. akan dosa-dosa yang pernah dikerjakan. Biar orang muda ambil alih.
'You're already exhausted and well expired, Madey.. Pls take note of that..!! Rakyat
need you no more..!' Soalan: Perbincangan 'perpaduan Melayu' wajarkah? Sampai kemana sangat
pencapaiannya agaknya? Kita akan cuba tengok siapa yang mendapat manfaat sebenarnya di Bahagian Ke-3.
Sebelum itu, kita cuba berfikir sama-sama.
|