Laman Webantu KM2A1: 3603 File Size: 8.0 Kb * |
B1: Isu 'Perpaduan Melayu' - Umno Bagai Tikus membaiki Labu By Amin Sapiro 16/1/2001 11:46 pm Tue |
Amin Sapiro (cuma tengok Luncai terjun dgn Labu-labu saja)
[Sepatutnya isu 'perpaduan orang melayu' tidak timbul sama sekali.
Sebaliknya isu 'baruanya' orang melayu yang harus difikirkan dahulu.
Dan mereka itu semua ada dalam Umno sendiri, tanpa perlu memanggil orang
lain yang berada diluar untuk bertemu.
Jika kita selidiki baik-baik, terlalu banyak 'pembangunan' ditumpukan
kepada beberapa tempat tertentu di negara ini. Kita disuruh bersyukur dapat
membina menara tingi-tinggi atau lapangan terbang yang tercanggih masakini.
Atau pusat percutian serba ada (termasuk arak dan pelacur) di Langkawi.
Atau pusat IT bernama MSC yang sampai kini asyik kosong tidak berpenghuni.
Entah-entah lebih banyak jin dan setan berpeleseran daripada orang?
Malangnya ramai tidak tahu tanah KLCC itu siapa yang untung dan siapa yang
rugi. Begitu juga tanah di sekitar KLIA, Putrajaya dan Langkawi yang sudah
dibeli awal-awal oleh suku sakat Mahathir dan kroni. Itu baru tanah sahaja,
belum dikira harta dan bangunan lagi. Tidak lama lagi mungkin ada seorang
menteri yang khusus dilantik untuk menjaga semua kekayaan ini KHAS buat kroni.
Atau Mahathir menjadi pengerusinya yang abadi?
Nota kaki: Peristiwa Pantai Gelang 1990. (80 penduduk Langkawi diambil tanah
(Tanah Simpanan Melayu) untuk Pelangi Beach Resort. Terdapat 6,000 pekerja
Myanmar diimpot ke Langkawi untuk menjadi pekerja serba serbi - sebagai hantu
semasa pilihanraya dan pekerja murah projek 'cepat-siap' di Langkawi. Yang
lain menunggu bas untuk memangkah bila datang arahan Samy atau che Det lagi.
- Editor (satu rencana khas Langkawi akan diterbitkan semula sempena hari
wilayah ini - Insya Allah.)] Bahagian: 1
HAHAHAHA?.. kepalang ramai netters di FGR yang berbincang sakan topik
'perpaduan Melayu' tu; sampai nak jadi polimik, laks..!! Ada yang mencelah
dengan slogan aja. Ada yang tulis artikel sederhana. Ada yang pro ada juga yang
kontra. Camacam cerita. Semua ada. Budak ZZigen tu wakil UMNOlah, kan?
Cerita Sikit Pasal UMNO..! Maklumlah, kalau dah ramai begitulah keadaannya. Itulah yang dikatakan:
Demokrasi ada dalam BA. Tak macam UMNO/BN. Mahadey ada spy tukang
pantau. Sesiapa yang 'geseng' 'panglima berantai' yang seekor bergelar Datuk
Seri Presiden tu - KENAlah dia!! Kabarnya Nuar Musa sampai naik umrah, nak bernaung 'Di Bawah Lindungan
Ka'bah'. Memohon perlindungan Allah. Itu sebab percaya dengan si mamak tu.
Kununnya nak berterus terang. Tak sedar, tengkuk nak kena cincang. Hail?! That is
Democracy in UMNO/BN..!! Nasib Shahril dan Adam Hamid belum tau lagi. Yang nampak Shahril dah undor
kebelakang sikit. Mungkin 'buah sentulnya' dah mula kena sepit. Again?Hail?!!!!
That is Democracy in UMNO/BN..!! Mat Tyson dah mula tunjuk diri macam 'jin aprit'. Rais Yatim, Ku Li, Rafidah Aziz
kira sama macam 'kera' sumbang Lotong Kesarong. Maklumlah, Mahathir dah
kata 'This time around, the Cabinet reshuffle wil be major..!'. Maka ramai yang
nampak urut dada dan berdoa. Pasalnya: nak jadi menterilah dia orang 'menyebok'
masuk UMNO. Sokong bagai nak gila. Hail?!! That is meritocracy in UMNO!!
Ku Li kunun kata: cukuplah dia jadi 'Gurkha' saja. Sebenarnya dia ada hajat mega
nak gantikan Mahathir. Kesian dia, Mahathir lagi cekap sepak-terajangnya.
Tersandar Ku Li jadi 'anak raja bangang sokmo'. Sekarang terpaksa jadi tukang
jilat b*nt*t saja. Nak salahkan siapa? Paling kurang Rais dah bina jembatan
barunya. Nampaknya, Ku Li gali kubur S46, tapi dia sendiri yang terjun suruh
Mahathir kambuskan?? Hahaha?! Hail? That is stupidity in UMNO!!
Itulah cara Mahathir nak tunjuk terer. Like Firaun, he can give life to those
who are choked with immense debts. Kabarnya, Mid Man, hutang semua dah beres.
As of now, he is trying to settle down and take a long deep breath and rest.
Leave it to others - apatahlagi masalah UMNO sampai kiamat pun tak akan tamat.
Mid Man tau, dasar UMNO memang keparat, kot?
Hehehe? ini macam punya cara, semakin nampak anak muda kita secara 'am
penyokong BA dah mencapai darjah kematangan yang boleh kita banggakan.
Berbanding Pemuda UMNO'. Hhihih? semakin PONDAN! Ada-ada saja sebab
yang jadi alasan yang bukan-bukan. Antara Hisham Aw-Aw dengan Timbalannya
dan semakin tak 'ngam'. Itu cara Mahathir 'implement' dasar 'break and rule' -
memecahkan perpaduan Melayu!! Sesama UMNO pun tak bersetuju!
Tinggallah Dolah Bedawi jadi 'ayam tongong'. Mahathir suruh dia setakat berkok
terlolong-lolong. Yang sauk untung orang lain. Rakyat dah singkap habis Dollah
punya kain. Itu macam punya hebat dia 'kena main'..!
Gitu jugaklah Pemuda UMNO. Apa salahnya Pemuda UMNO cakap terang-terang
saja - 'Sorry.. we all tak boleh tahan. We all have to lay down our weapons'
Serik sangat hidup dalam UMNO/BN?. Lebih baik, kan? BA boleh terima jadi
penyokong. Lagi cepat Mahathir undor - Negara boleh aman!!
Mak Cik Wanita UMNO dah serba salah. Puteri UMNO dibawah Azalina asyik nak
berTekwando saja bila siang. Malam berDisko pulak dah!
Shahrizat dah istihar 'red light zone' di Bangsar. Ada tempat spesel bagi sesiapa
yang nak 'Mandi Buih'. Sekarang tak payah pakai sabun. Masuk pntu, bayar ufti
' nah 'you nak bergajah pun boleh..!!?. Hahaha? punya canggih!!
Nah, itulah dia 'Melayu Baru' yang diwadahkan oleh Mahathir Mohamad
kununya; terbalik kot dari versi yang diceritakan dek Dusuki Ahmad dulu.
Macamana kita nak percaya? Masing-masing cakap tak serupa bikin sokmo!!
Habis?? Macamana BA tak nak buat demo? Sebab, apa yang UMNO/BN dan
Mahathir Mohamad buat serba tak kena. Orang Melayu adalah kaum yang
berbudaya santun dan beragama damai. Chettiar yang duduk bersila terkangkang
tu pun tau!! Sepatutnya 'janji buat mesti kapor taruk', katanya. 'Bunga tarak bayar
kalu, tanah suma habis court punya dalam tarik'. Tapi Mahathir tukar hak milik
Putera Jaya cuma dengan gertak Md. Khir Toyo saja. Sultan pun terpaksalah ?. !!
Sekarang Mahathir dah bodek 'Raja Muda Kedah' pulak. Kununnya Kedah akan
Mahathir jadikan negeri termaju pulak. Sebenarnya, sasaran utama Mahathir ialah
Langkawi. Sebelum dia mati, Mahathir nak tengok Langkawi akan difaraitkan
sesama Kroni. Saifuddin kenan kerja keras bagi maklumat dan penerangan
sebanyak-banyaknya. Pun lawatannya dengan Siti Hasmah ke Johor, nama saja pasal nak berhari raya -
sebenarnya, pasal tanah bersebelahan 'Linka Dua' itulah! That is a major
exercise. Maklumlah - RENONG ada kepentingan dengan hutang puluhan billion
dalam projek mega di sana!! BA Johor kena jaga-jaga. Kelak akan wujud
'Singapore Ke-2' di atas tanah pesaka kita!! Mana 'muko mau tarok'? Pastinya,
Goh Chok Tong jadikan orang Melayu Johor dibikin pekasam, dan zuriat orang
Melayu juga yang kena jeruk!! Sultan Pahang dah dah lebih satu dekad terjerut lehernya. Khabarnya, Khalil
Yakob akan diarah jadi MB semula. 'tengku' Adnan Mansor akan jadi menteri
W/Persekutuan. Jadi 'ngam' lah semua kerja Madey!! Itu sebab Mahathir gian
sangat supaya Melayu jangan 'berpecahbelah'. Nanti senang dia nak tolak orang
Melayu kedalam lurah yang berbencah. Nahh?!! Anggaplah itu semua satu dari latihan akademik dalam proses
pembelajaran bagi mengenal dan mengahayati apa itu politik jenama 'UMNO/BN'.
Dari sinilah bermulanya pengamatan politik secara praktikal. Memang generasi
yang inilah diharapkan akan merobah dan mencorak politik rakyat masa depan.
Hargailah pengalaman tuan-tuan. Kita akan seligi lagi dalam Bahagian Ke-2.
|