Laman Webantu KM2A1: 3602 File Size: 14.3 Kb * |
Cetusan Rasa Buat Ustaz Fadhil Nor By CDB 16/1/2001 7:48 pm Tue |
[Satu nasihat ikhlas buat pemimpin PAS agar tidak mudah terpedaya
dengan muslihat Mahathir dan Umno. Cukuplah dengan muslihat yang menimpa
PAS yang bersedudukkan dengan UMNO dulu, isu Royalti, industri al Arqam
yang musnah sama sekali, murtad menjadi-jadi, serta pembunuhan di Memali
sebagai pengajaran betapa Umno sudah lama mencipta keganasan dan sanggup
membunuh bila sudah nyawa-nyawa ikan. Isu ini masih diperingkat awal lagi dan belum boleh difrasakan sebagai
'bertemu' sebagaimana yang ingin diputar oleh akhbar. Umno hanya berminat
dengan 'perpaduan melayu' tetapi PAS mensyaratkan 'perpaduan semua kaum'
sebagai agenda utama. Soalnya berita itu sahaja sudah mampu meresahkan
sesiapa kerana jerat Mahathir sentiasa ada. PAS perlu membaca reaksi
rakyat walaupun umno mungkin sanggup tidak membawa isu 'perpaduan melayu'
sekalipun. Prasangka itu akan memusnahkan segala, walaupun niat itu mungkin
mulia. Lebih baik PAS terbang rendah kerana jatuhnya tidaklah sesakit mana,
daripada terbang tinggi untuk berkecai punah selama-lamanya. Terbang rendah
pun akan sampai juga..... - Editor]
~ "ORANG MUKMIN TIDAK AKAN DIPATUK DUA KALI PADA SATU LUBANG !! "
Assalamu?alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Ustaz, Terlebih dahulu saya mohon berbanyak maaf kerana terpaksa menulis surat ini
ke pangkuan Ustaz secara terbuka memandangkan isu yang berbangkit adalah
secara terbuka juga. Juga tujuan saya menulis secara terbuka ini supaya
ianya dinilai oleh jutaan rakyat dan ahli-ahli parti daripada kalangan
Barisan Alternatif khasnya. Lagipun rasanya tidak salah jika saya memilih
cara terbuka begini kerana, kalau tidak silap ingatan saya, Amirul Mukminin
Sayyidina Umar Al Khattab pun pernah ditegur secara terbuka oleh rakyat
Baginda ketika di awal perlantikannya sebagai Khalifah al Rasyidin,
sepertimana yang disebut dalam suatu ungkapan yang masyhur kita baca,
(berkata seorang lelaki) "Jika engkau bengkok, aku akan luruskan engkau
dengan mata pedang aku ini" , lalu dijawab oleh Umar, "Alhamdullillah,
kerana ada orang yang sudi memperbetulkan Umar dengan mata pedangnya".
Jadi, berdasarkan ini saya mengambil kesempatan untuk menulis di ruang
terbuka siber ini bagi memperingatkan Ustaz akan musibah dan bencana yang
besar bakal menimpa Jamaah kita sekiranya Ustaz masih terpukau dengan slogan
'Perpaduan Melayu' yang ditiupkan oleh Umno dan pemimpinnya dewasa ini.
Slogan perpaduan Melayu yang ditiupkan oleh Mahathir dan Umnonya itu
merupakan jerat dan perangkap beracun yang amat merbahaya sekali kepada
keutuhan perjuangan kita yang semakin mendapat tempat di hati rakyat
berbilang kaum di negara ini. Ustaz, Pada 1 Januari lalu saya telah memberikan amaran betapa Mahathir yang sedang
kelemasan akibat asakan bertubi-tubi oleh rakyat kini terpaksa mencari dan
merekacipta pelbagai helah dan tipudaya untuk menyelamatkan dirinya.
Setelah segala helah dan tipudayanya itu berjaya dikesan dan dipatahkan oleh
rakyat, beliau akhirnya 'akur dan tunduk' dengan kehendak majoriti rakyat
iaitu kembali kepada 'perdamaian' dengan menawarkan ?gencatan senjata?
kepada Barisan Alternatif. Tujuannya cuma satu, iaitu menyelamatkan karier
politiknya yang sedang menuju penghujungnya itu.
Apa yang cuba ditiupkan oleh Mahathir melalui slogan perpaduan itu bukannya
untuk menyelamatkan bangsa Melayu tetapi untuk menyelamatkan diri dan para
kroninya yang jika beliau ditumbangkan dalam keadaan beliau amat lemah,
sudah pasti segala-galanya akan hancur berkecai. Beliau mahu mewujudkan
satu keadaan stabil dimana jika beliau jatuh atau berundurpun, desakan dan
asakan rakyat terhadap hukuman dosa-dosa beliau akan dapat dineutralkan
untuk membolehkan beliau berada pada kedudukan yang lebih selesa kesan
pengaruh perpaduan yang telah dicapai dengan PAS sebelum itu.
Ustaz, Adalah amat membimbangkan bagi para pengikut Barisan Alternatif yang kini
telah menjadi kuasa dominan politik negara apabila Ustaz telah menyatakan
kesediaan untuk berjumpa dengan Mahathir dan partinya. Walau atas apa
tujuan dan niat sekalipun, ianya sekali-kali tidak dapat meredakan keresahan
dan kerisauan para penyokong dan rakyat amnya. Dalam keadaan Barisan
Alternatif mempunyai kuasa tawar menawar yang tinggi dan berada pada
kedudukan yang kukuh dan padu, sebarang langkah dan tindakan untuk
berunding dengan 'musuh' adalah suatu kesilapan strategi. Apatah lagi musuh
yang ingin diajak berbincang itu merupakan pembelit dan penipu yang maha
buruk. Sepatutnya dalam keadaan kita (BA) telah berada di kedudukan mendominasi BN,
soal berunding atau berbincang semata-mata untuk 'memanjangkan hayat' parti
dan pemimpin puaka seperti Mahathir itu tidak timbul sama sekali . Amat
menarik jika kita menoleh ke zaman Nabi Musa a.s. dahulu bilamana beliau
kelemasan ditelan Laut Merah, adakah Nabi Musa a.s. bersimpati dan mahu
menolong Firaun lagi? Walhal sebelum itu, ketika masih dipuncak kuasa,
ketika masih dibaluti kekuasaan yang maha hebat dan begitu gagah, Firaun
lah manusia paling angkuh dan bongkak dari tunduk kepada seruan kebenaran
dan wahyu Ilahi yang dibawa oleh Nabi Musa a.s. Kenapa setelah tersepit dan
hampir maut maka baru mahu mengaku tunduk kepada seruan kebenaran?
Ustaz, Salah satu agenda mega yang maha busuk yang cuba diambil kesempatan oleh
Mahathir daripada isu perpaduan yang ditimbulkannya ialah untuk menanamkan
bibit keraguan, kerisauan, kebimbangan dan lemah semangat serta moral di
kalangan para pengikut dan penyokong PAS khasnya dan rakyat amnya terhadap
pucuk pimpinan serta sesama ahli. Akan muncul nanti dua kelompok yang saling
bertentangan iaitu satu yang pro perpaduan dan satu lagi yang anti totok
kepada UMNO dan Mahathir. Apabila wujudnya pertentangan dua kelompok dalam
parti maka akan lemahlah parti dan akan terbantutlah kekuatan jamaah dan
perjuangan. Inilah niat tersirat yang sebenar yang dikehendaki oleh Mahathir
kerana sebarang kekuatan dan perpaduan jitu pembangkang akan menjadi mimpi
ngeri buatnya manakala apa jua bibit perselisihan dan perpecahan adalah
keseronokan yang sentiasa didambakan sepanjang masa. Barang harus diingat
bahawa strategi 'divide and rule' yang digariskan oleh Mahathir bukan
sahaja melibatkan soal-soal fizikal yang ketara tetapi permainan psikologi
di kalangan sesama penyokong parti pembangkang juga merupakan salah satu
teknik yang bakal mengundang bencana kepada parti dan jamaah kita.
Penyemaian benih-benih keraguan dan rasa tidak percayakan pucuk pimpinan
yang kelihatan seperti mahu 'menyeleweng' dari landasan asal yang menjadi
tonggak kekuatan perjuangan merupakan antara 'berlian' yang amat dinanti-nanti
dan diharapkan oleh Mahathir, yang merupakan seorang pakar strategis
politik terulung di dunia hari ini. Samada suka atau benci, kita harus
mengakui hakikat ini. Ustaz, Saya ingin mengingatkan Ustaz dan barisan kepimpinan PAS akan amaran Nabi
s.a.w. dalam hadis yang masyhur, 'Tidak akan dipatuk seseorang mukmin itu
dua kali pada satu lubang'. Saya berharap Ustaz tidak akan mengulangi
kesilapan yang pernah dibuat oleh Datuk Asri Muda dahulu dalam membawa
jamaah ke jurang kemusnahan. Cukuplah sudah segala keperitan yang terpaksa
ditelan dan ditanggung ketika PAS 'berkesedudukan' dengan UMNO/BN dalam
tahun 70an dahulu. Cuba Ustaz fikirkan, apa dan kenapa serta mengapa
tiba-tiba Mahathir menawarkan program perpaduan ini. Kalau hari tak mahu
hujan, kenapa petir dan guruh berdentum dentam? Kalau langit tidak berawan
masakan hujan akan menyiram? Lagipun, untuk apa PAS harus menerima tawaran
UMNo itu walhal sekarang ini PAS dan BA berada di kedudukan cukup kukuh dan
stabil di pandangan mata rakyat dan cuma mahu menunggu masa sahaja (2004)
untuk membuat perhitungan terakhir? Apa yang sebenarnya ingin PAS perolehi?
Apa yang sebenarnya ingin PAS sampaikan ? Apa yang sebenarnya ingin PAS
tonjolkan ? Ustaz, Harus diingat bahawa kedudukan dan kekuatan yang PAS perolehi sekarang ini
adalah hasil dari kebencian mutlak rakyat kepada Mahathir terutama dalam
kes Datuk Seri Anwar. Cara Mahathir melayan Anwar terlebih kejam dan zalim
daripada Slobodan Milosevic melayan rakyat Bosnia, kalaupun tidak
menyamainya pun. Dalam keadaan Anwar masih menderita dan sengsara kerana
pengorbanannya membela rakyat, tiba-tiba PAS terhegeh-hegeh mahu
menghulurkan salam kepada tangan Mahathir yang teramat kotor itu hanya
semata-mata mahukan publisiti kah? Masih tidak cukup lagikah tangan-tangan
'sahabat' dalam Barisan Alternatif untuk Ustaz hulurkan tangan dan
menggenggam erat padanya? Apa agenda Pas yang ingin Ustaz bawakan dalam
mesej yang mahu dibuat oleh Umno itu? Tidak bolehkah ianya dijelaskan
secara lurus dan telus kepada rakyat dan ahli-ahli parti sebelum menyatakan
persetujuan? Tidak bolehkah diminta satu persetujuan ahli (dengan memanggil
satu muktamar khas misalnya) sebelum menyatakan kesanggupan? Adakah
persetujuan PAS itu suatu persetujuan kolektif atau cuma persetujuan pucuk
pimpinan tertentu sahaja? Sudah lapar sangatkah PAS maka barang apa yang
ingin disuapkan oleh UMNo harus dikunyah dan ditelan? Kenapa dalam soal
sepenting ini pandangan dan kebimbangan ahli parti mahu dikesampingkan ?
Tidakkah Ustaz sedar bahawa kekuatan PAS adalah kerana sokongan padu ahli
dan rakyat, maka untuk membuat keputusan yang melibatkan soal maruah dan
kewibawaan parti sebegini langsung tidak diambilkira sensitiviti mereka ?
Saya bukannya mahu berlaku biadap dan kurang adab dengan pucuk pimpinan,
tetapi saya harap Ustaz dapat berlapang dada dan berjiwa besar sepertimana
contoh yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar Al Khattab yang saya contohkan di
awal surat ini tadi. Saya cuma ingin melahirkan rasa bimbang dan gelisah
yang bukan kepalang dengan tindakan Ustaz yang bersetuju menghulurkan tangan
kepada UMNO tersebut. Rasanya saya tidak berseorangan dalam berkongsi
keresahan ini kerana masa depan dan kekuatan PAS akan ditentukan oleh
halatuju yang akan Ustaz bawakan. Ingin saya ingatkan bahawa Mahathir sama
sekali tidak layak untuk menghulurkan agenda perpaduan dalam keadaan
tangannya yang masih teramat kotor itu. Sudah lupakah Ustaz dengan Memali?
Sudah lupakah Ustaz dengan Lubuk Merbau? Sudah lupakah Ustaz dengan mata
lebam Anwar Ibrahim? Sudah lupakah Ustaz dengan royalti minyak? Akan
sia-siakah penyokong dan rakyat yang dibelasah dan disumbat ke dalam lokap
semenjak lebih dua tahun yang lepas semata-mata kerana berhimpun untuk
mendesak Mahathir berundur itu? Akan semudah itukah Ustaz mahu menggadaikan
segala kesakitan dan pengorbanan mereka dengan hanya menghulurkan tangan
perpaduan dengan Mahathir? Akan semudah itukah Ustaz melupakan penderitaan
dan keperitan yang begitu sengsara yang ditanggung oleh Anwar semenjak lebih
dua tahun yang lalu? Dibelasah separuh mati, diracun dengan arsenik dan
dibiarkan kesakitan tulang belakang tanpa rawatan yang sewajarnya? Tangan
siapakah yang melakukan semua ini kalau bukan si Mamak Tongkang durjana itu?
Dan dengan mudah pula Ustaz mahu menghulur tangan kepada 'syaitan' yang
berkuasa di Putrajaya itu ? Adakah ini sahaja 'nilai' yang Ustaz letakkan
kepada Sdr Anwar yang telah berkorban sebegitu besar itu? Atau sudah lupakah
Ustaz bahawa tanpa Anwar, tidak mungkin PAS akan beroleh kekuatan sedemikian
rupa pada hari ini sehingga dapat menguasai sebahagian besar sokongan
orang-orang Melayu . Semudah itukah Ustaz mahu melupakan isu pokok ini?
'Mulia' sangatkah tangan si Mamak Tongkang keturunan bangsat tak sedar diri
itu sehingga Ustaz sanggup melukakan hati dan semangat tinggi yang ada pada
para penyokong PAS di seluruh negara kini?
Ustaz, Sekali lagi saya mohon jutaan maaf andainya surat ini agak kasar
penyampaiannya, tetapi niat saya hanyalah kerana ingin menyelamatkan parti
dan rakyat daripada perangkap manusia celaka bernama Mahathir itu. Jika
Sayyidina Umar bersedia menerima teguran yang keras dan kasar daripada
rakyatnya, masakan tidak pada Ustaz ? Kadang ucapan yang keras dan kasar
adalah perlu untuk membangkitkan kita dari lamunan panjang dan mimpi yang
indah serta muluk-muluk. Bukan niat saya untuk 'derhaka' kepada pucuk
pimpinan tetapi sekadar mengingatkan bahawa 'Orang mukmin tidak seharusnya
dipatuk dua kali pada satu lubang'. Jika Ustaz cuba melencong dari kehendak
majoriti rakyat, Ustaz akan dipinggirkan dari barisan kepimpinan akan
datang. Sebagai 'orang bawah' menjadi kewajipan saya untuk menegur dan
memperbetulkan kesilapan 'orang atas' sebelum terlambat, sebelum nasi
menjadi bubur, sebelum cempedak menjadi nangka. Ini PAS, bukan UMNO, yang
melihat Presidennya seperti 'maksum' yang langsung tidak melakukan sebarang
kesilapan dan tidak boleh ditegur dan diperbetulkan !!
Dan akhirnya ingin saya tegaskan bahawa TIDAK ADA APA-APA KEPERLUAN UNTUK
PAS MENYAHUT SERUAN PERPADUAN YANG DIBAWA OLEH SI MAMAK TONGKANG ITU.
Lainlah jika PAS begitu bersimpati dengan nasib Mahathir yang semakin hampir
nak tumbang itu, maka persilakanlah menyahut seruan tersebut !! Harus
disedari bahawa PAS akan terus dihormati dan didokongi oleh rakyat selagi ia
berpegang teguh dengan prinsipnya ! Salam kemaafan dari, Cucu Datuk Bahaman |