Laman Webantu KM2A1: 3600 File Size: 6.7 Kb * |
Usah Terbeli Kerbau Malam??!! By Amin Sapiro 16/1/2001 9:13 pm Tue |
Amin Sapiro (makan hati berulam jantung)
[Satu kisah yang harus diambil pengajaran oleh setiap pejuang betapa
dunia politik itu penuh dengan muslihat dan tipu daya yang seharusnya
dibaca dan diambil pengertian. Kita tidak mengukur keikhlasan dengan
berpeluk-pelukan atau ajak-ajakan. Kita belajar dari pengalaman bukan
dari sekuntum senyuman yang muncul tiba-tiba. UMNO perlu ditolong
untuk membersihkan dirinya, bukannya dengan duduk seiring menyusun
dan membaiki orang melayu yang telah dirosakkannya. Itu boleh dilakukan
oleh Umno sendiri, tanpa perlu bertemu sesiapa. Jika Umno tidak mampu,
ia seharusnya dibiarkan mampus sendiri sahaja, kerana penyakit kusta
tiada ubatnya sampai bila-bila. - Editor]
USAH TERBELI KERBAU MALAM??!! DALAM sebuah siri drama klasik Cina yang popular pernah dipancarkan dari TVBS
(TV Seberang Tambak Sebelah Sana) beberapa tahun dulu; teringat saya kesah 2
orang panglima perang yang pintar dari 2 pihak yang bermusuh. Saya lupa nama Siri
itu (maaf). Maharaja Cina yang sering digugat oleh satu puak yang menggelarkan diri mereka
'tentera pembebasan rakyat' terlalu rimas dengan karenah mereka. Maharaja itu telah
memberi mandat supaya puak pemberontak itu dimusnahkan hingga keluarga dan zuriat
mereka (genocide). Setelah berperang berbulan-bulan, tentera Panglima Maharaja itu hampir-hampir
menyerah kalah kerana panglima perang puak tentera pembebasan
rakyat/pemberontak itu amat perkasa. Askar pemberontak itu cukup berdisiplin, patuh
kepada ketua dan lengkap peralatan senjata mereka.
Dipendekkan cerita, jika tentera pemberontak itu berkurangan bilangan kerana tewas di
tangan askar Panglima Maharaja, bantuan baru serta-merta akan tiba. Ini bersebab
dari hebatnya kemarahan rakyat yang memberontak itu.
Bagi puak tentera pembebasan rakyat/pemberontak itu, mereka adalah berhadapan
dengan ultimatum yang sengit - jika untung sabut timbul, jika untung batu tenggelam?!!
Tambahan pula, jika mereka kalah, kampung halaman dan sanak famili mereka yang
tinggal di kampung akan terkorban. Kerana, mandat Maharaja kepada Panglimanya
ialah untuk menghapuskan segala zuriat keturunan puak tentera pembebasan rakyat
itu. Keadaan kontroversial begitu menyebabkan mereka berperang bermati-matian dengan
konsep perjuangan 'akan menang kerana mesti menang' (we will win because we
must win - sebagai slogan peperangan mereka).
Askar Panglima Maharaja sudah hampir kalah kerana beberapa ketumbukan mereka
sudah hilang keyakinan diri akibah asakan yang hebat dari tentera pembebasan rakyat
itu. Tiba-tiba, datang seorang utusan dari pihak Panglima Maharaja. Dalam surat utusan
itu, Panglima Maharaja mempelawa Panglima tentera pembebasan rakyat itu 'minum
keselamatan' (yumseng?) dan berbincang diatas sebuah bukit.
Disebutkan juga, pertemuan itu bakal dianggotai oleh 2 orang dari sebelah pihak, iaitu
antara kedua-dua Panglima dan orang pilihan mereka.
Syarat kedua: masing-masing tidak boleh membawa sebarang senjata atau
beragenda untuk membunuh (seperti menaruh racun dalam minuman, dll).
Disyaratkan juga, pertemuan itu hendaklah disaksikan oleh bala tentera dari
kedua-dua pihak - bermula dari terbit matahari hingga ghurub matahari.
Maka berbincanglah Penglima tentera pembebasan rakyat itu tanpa diketahui dan
direstui oleh tentera mereka. Setelah beberapa orang diantara panglima-panglima
penasihat di sekeliling Panglima turus itu berbincang, maka tercapailah keputusan
menerima jemputan panglima Maharaja tersebut.
Persiapan dibuat di puncak bukit. Satu khemah besar dan dihiasi dengan peralatan
indah disediakan. Masing-masing pihak membawa minuman keras (samsu) dan
makanan yang lazat ke atas bukit itu. Beberapa orang tukang masak juga ikut serta.
Akhirnya, maka makan minum dan berbual berbincanglah kedua-dua pihak.
Perbincangan mereka langsung tidak menyentuh mengenai peperangan. Ia cuma
bercerita perihal mengenai kehidupan rakyat kedua-dua pihak jika peperangan
berterusan. Sebelum mereka menamatkan perbincangan petang hari tersebut, kedua-dua pihak
bersalaman dan berpelukan. Mereka bertangis-tangisan hingga hingus hidung
masing-masing berjejeran panjang (biasalah kan? Tradisi klasik kaum Cina bila
berpisah akan menangis begitu). Majoriti tentera pembebasan rakyat yang menyaksikan merasakan bahawa Panglima
mereka sudah dapat menawan tentera musuh melalui pakatan dan prbiincangan
semata-mata. Kebijaksanaan itu tersebar dan mereka cukup senang hati.
Setelah tamat tempoh 'gencatan senjata 3-hari itu' tamat, maka peperangan bermula
semula. Tetapi tentera pembebasan rakyat tidak lagi berperang bersungguh hati kerana
khabar ingin bertiup kecang kununnya segelintir askar Maharaja yang memulakan
peperangan itu sengaja mau buat nakal kerana mereka memberontak beselisih faham
dengan Panglima Maharaja. Padahal, Panglima Maharaja sendiri telah menunjukkan
sikap hormat kepada Panglima tentera pembebasan rakyat dalam pertemuan 3 hari lalu.
SOALAN: JAWAPAN: PENGAJARAN: Seperti seutas rantai, kekuatan rantai itu bergantung kepada setiap ulas mata yang
membetuk utas rantai itu. Jika beberapa ulas darinya lemah, maka rantai itu tidak akan
sekuat yang dijangka-harapkan! HARAPAN: |