Laman Webantu KM2A1: 3599 File Size: 7.2 Kb * |
Bila Enngang Pulang Ke Sarang, Turunlah Pipit Memakan Padi!! By Amin Sapiro 16/1/2001 8:52 pm Tue |
Amin Sapiro (Belatok tetap bertenggek di pangkal
tunggul) [Tidak salah untuk berubah jika itu dapat membantu kita
menjadi seseorang yang lebih baik. Ini dipanggil 'insaf'.
Juga tidak salah menukar fesyen jika ia tidak merosakkan
budaya, ugama dan nilai murni seseorang. Ini dikatakan
'menyesuaikan diri'. Tetapi sikap berubah-ubah mengikut keadaan untuk menggapai
sokongan tetapi hati penuh dendam adalah sesuatu yang amat
dikeji. Ini disebut 'hipokrit' atau 'kepuraan' dan mereka
inilah golongan yang paling merbahaya sekali.
Umno dan Akhbar perlu membuktikan mereka tidak hipokrit
terlebih dahulu sebelum bermanis muka untuk bertemu.
Untuk itu jawab kenyataan Hujah Datuk Shapei, Kembalikan
Royalti, Bebaskan Anwar dan bicarakan mengikut hukum syarie.
Cukuplah dengan tiga isu itu dulu, nanti bolehlah
'orang melayu' bertemu, kerana mereka perlu Islam, bersih dan
amanah terlebih dahulu. Ini bermakna Umno perlu membersihkan
dirinya terlebih dahulu barulah kita dapat melangkah ke era
baru. Tanpa itu semua sesiapa yang bertemu akan dihinggapi
penyakit dan akhirnya menjadi barua yang lagi baru. - Editor]
BILA ENGGANG PULANG KE SARANG, TURUNLAH PIPIT MEMAKAN
PADI!! Lantas saya mengucapkan 'Alhamdulillah'. sebagai
kebiasaan tanda syukur kerana dada saya terasa lapang
dan hidung yang berhingus tidak tersekat lagi. Mungkin
itu suatu petanda baik kepada saya, paling kurang
rencana Bisik-Bisik Awang melegakan hidung dan dada
saya. Memang sekian lama kita berharap sangat sambil
bertanya sendirian: Bila lagi Astora Jabat akan
dilapis oleh penulis bercorak agama dari kalangan
warga tempatan. Tak kan kita terus-menerus mengharapkan khutbah yang
panjang-panjang dan bersiri seperti nukilan si Astora
itu saja. Kerana, semakin beliau menulis semakin
kacaubilau dan bercelaru otak dalam kepala si pembaca.
Bukan sebab apa, kerana kerap sangat tulisan si Astora
itu bukan berceramah tetapi 'berfitnah'.
Kita tentu pernah melihat satu masa dulu teman siber
kita, sdr. Tok Misai naik 'fed-up' dan berentap
memberi komen serius di FGR terhadap rencana si Astora
Jabat di Utusan Malaysia (UM). Sebagai pembaca, kita
cuma membaca dan cuba memahami hujah Tok Misai sekadar
termampu. Lain-lain perkara kita serahkan kepada Allah
swt yang maha mengetahui untuk mengadilinya.
Tetapi dalam rencana Awang itu pula, kita agak
terperanjat juga bila meneliti perkembangan tulisan
dan berita dalam akhbar Awang. Perkembang majoriti
media arus perdana selama ini semacam tidak nampak
'renek-renek' suka dan setuju mereka terhadap parti
Melayu berwadah Islam seperti PAS. Malah, selama beberapa tahun ini, surat khabar Awang
lah jagoh penghasut minda orang Melayu umpama tuan
punya gelanggang 'laga ayam' yang tidak peduli ayam
mana yang akan mati berlaga asalkan sewa gelanggang
dibayar! Hehehe (fulus dulu, ayam yang mati tak
pedulik..!!) Tetapi sekarang, hairan sangat kita bagaimana akhbar
Awang dan Awang juga (ikut sekali) berobah secara
tiba-tiba. Bertanya juga kita: Nak 'meninggal tebiat'
pulakkah? Hehehe!!. Awang menulis: [[MELIHAT langkah Pas dan UMNO yang amat
berhati-hati, Awang berdoa kepada Allah agar hasrat
mulia mengadakan pertemuan perpaduan Melayu tetap
menjadi kenyataan dalam masa yang terdekat.
Sebagai parti politik, kewaspadaan kedua-dua pihak
amatlah difahami. Faktor untung rugi dari segi politik
tetap menjadi pertimbangan, khususnya bagi Pas selaku
pihak yang dipelawa. Namun, berfikir di atas landasan keimanan, Awang tidak
nampak kewajaran sikap berhati-hati itu menjadi
penghalang kepada pertemuan yang amat dinanti-nantikan
oleh umat Islam Malaysia ini. Pelawaan yang dikemukakan oleh UMNO kepada Pas itu
mengajak kepada perdamaian yang amat dituntut oleh
Allah. Maka tangan yang dihulurkan ketika suasana
bermaaf-maafan pada bulan Syawal masih terasa,
hendaklah disambut dengan ikhlas]]. (sila baca di
kolum beliau). Ini betul-betul satu bayangan anjakan paradigma arus
minda dan falsafah Awang dan akhbar beliau. Dulu, yang
kita baca cuma pembohongan dan kutukan terhadap PAS
dan Pembangkang Melayu. Tetapi kini akhbar Awang
semacam sorot kebelakang pula. Tak taulah kita samada
Awang dan akhbarnya sudah insaf bahawa apa yang mereka
lakukan selama ini disedari sebagai tersasul dan
terlanjur. Terbuka hati kita untuk mengucap syujur kehadhrat
Allah swt dan berterima kasih kepada Awang dan akhbar
beliau kerana nampaknya dengan izinNya; mereka ini
sudah sedar dan insaf. Moga-moga Awang, akhbarnya dan teman-teman Awang 'yang
sewaktu dengannya' (hehehe) tersedar dari bermimpi di
siang hari. Kita berterima kasih kepada Pembangkang Melayu yang
tidak putus-putus berceramah menyedarkan pihak Awang
dan pucuk pimpinan UMNO supaya sedar diri dan balik
kepangkal jalan. Berharap sangat kita bahawa ini bukan sebuah
'sandiwara' pula. Maklum dalam politik semasa, banyak
sangat episod-episod terkini yang terhimpun dan
berakhir dengan sandiwara, kan? Semoga Utusan Melayu dapat berubah karenah dan
perangai supaya tidak lagi digelar orang sebagai
'Utusan Meloya'. Malu sangat lahhhhhh..!!
Dengan itu, bertepatanlah sekarang apa yang pernah
saya katakan dalam artikel saya di laman WebAntu dan
FeU dibawah tajuk 'MAHATHIR SEDANG BERHADAPAN DENGAN
MALAPETAKA CIPTAAN TANGANNYA - Bah 3 ', antara lain:
[[Islam: Agama Penyatuan Perhatikan ini: Dari hujung kaki ke hujung rambut,
orang Melayu sudah membudayakan agama Islam yang jadi
anutan sepanjang zaman. Walau mungkin ada diantara
mereka yang terbabas serba sedikit, namun mereka akan
kembali ke pangkal jalan. Mereka tidak akan menyimpang terlalu jauh hingga
berlaku pula perpecahan. Satu waktu nanti, mereka akan
sedar bahawa mereka perlu akur dengan tuntutan bangsa
dan agama yang menjadi anutan dan budaya mereka, dan
dikekalkan. Dengan itu, jangan sesiapa cuba terfikir memainkan
fenomena yang menyebut orang Melayu sudah berpecah -
hilang perpaduan. Itu bukan satu kenyataan yang benar.
Peristiwa 13 Mei adalah pernyataan sebuah insiden yang
membuktikan bahawa dogma dan ideologi politik
kepartian tidak termampu memecahbelah kesatuan orang
Melayu. Mereka sanggup bersama menghadapi sebarang
ancaman. Tidakkah terbukti, dalam sekelip mata, orang
Melayu berjaya merapatkan barisan dalam satu acuan?
Bermakna, orang Melayu tidak akan 'terpukau' dengan
sebarang adu-domba puak yang berhasrat memecahbelahkan
mereka]] Jom kita minum teh tarik di tempat selalu. Kali ini
you belanja, tau? Amin Sapiro dah kehabisan siling
hehehe..!! Amin Sapiro
|