Laman Webantu KM2A1: 3598 File Size: 6.0 Kb * |
Jika Penyangak Maing Menyamar Sebagai 'Reformis' - Beginilah..!! By Amin Sapiro 16/1/2001 8:27 pm Tue |
Amin Sapiro (berterusan anti-penyangak maling)
[Penulisan reformasi adalah satu khazanah yang sepatutnya dijaga
dan dihormati walaupun kandungannya tidak seberapa atau tidak berisi.
Ia tidak sepatutnya diciplak dan diperdagangkan sesuka hati sehingga
sanggup memadamkan nama penulis dan penterjemah asal untuk menonjolkan
diri sendiri. Malah sumber rencana turut disembunyikan - seolah-olah
ilmu itu perlu disembunyi nanti tidak ramailah orang yang membeli,
atau melayari laman mereka nanti. Kita hairan mereka menjerit reformasi tetapi mereka rupa-rupanya
mencuri kegigihan dan penat lelah orang lain untuk menonjol kehebatan
diri. "Jika tulisan pun sanggup dicuri, apakah mereka ini boleh diharapkan
untuk menjaga kemewahan negara selepas semua penyangak itu lari?" (wl)
- Editor ] DALAM rencana saya bertajuk 'MAHATHIR SEDANG
BERHADAPAN DENGAN MALAPETAKA CIPTAAN TANGANNYA'
[Bahagian: 3], saya menulis: [[Dengan merecupnya bilangan Laman-lamanWeb
Reformasi di internet yang memberi ruangan Forum
berinteraksi sesama mereka, dan Laman-lamanWeb
artikel/rencana yang ditulis oleh pelbagai pihak
seperti cendawan tumbuh lepas hujan - maka konsep dan
maksud Reformasi semakin diperjelas dan difahami.
Mereka menulis, berceramah dan berdebat sesama
sendiri. Mereka tidak perlu dibayar dan diupah. Mereka
mengeluarkan perbelanjaan dari kocek sendiri. Mereka
menggunakan tenaga dan masa memanifestasikan
kebencian, kebosanan dan kejijikan mereka terhadap
ketidakadilan, kezaliman, keborosan, pembaziran,
korupsi, kronisme dan nepotisme yang merosakkan fabrik
hidup sebuah masyarakat yang dimerdekakan.
Mereka menggunakan seluruh tenaga dan minda untuk
mencapai maksud dan tujuan yang luhur. Mereka berjuang
dalam satu prinsip yang sama, iaitu 'menegakkan
Keadilan dan menumbangkan Kezaliman'. Perjuangan
mereka semakin diterima rakyat banyak]].
ITU adalah suatu pandangan ikhlas berasaskan kebenaran
yang semakin jelas. Memang sudah ada bukti bahawa
tulisan mereka dan kerjasama PW terbabit telah
mendapat perhatian umum. Kita wajar berbangga kerana telah ada tanda-tanda
kerja amal mereka mewujudkan satu barisan 'Pendemo
Siber' yang semakin nyata kekuatan, pengaruh dan
keberkesanan kerja amal mereka. SEHUBUNGAN itu pula, terbertik di hati saya kegusaran
setelah membaca 'KENYATAAN BERSAMA' yang termuat di
LamanWeb Fitnah-e-UMNO [FeU]; berjudul 'HENTIKAN
SEGERA KERJA MEMPLAGIAT HASIL USAHA INTELEKTUAL DI
INTERNET UNTUK KEPENTINGAN DIRI!' Setelah membacanya, samasekali tidak menyangka ada
pihak yang cuba mengaut keuntungan tanpa merestui
bahawa keikhlasan penyumbang wajar diberi terima kasih
(paling kurang). Baginya, mungkin keringat orang lain
halal baginya untuk diambil kesempatan melampias sikap
rakus yang jijik dan hina. Karenah paling tidak bermaruah, tamak dan bersifat
penyangak yang dipamirlakukan oleh sesetengah
individu yang layak ditafsirkan sebagai seorang
perompak @ penyangak maling itu berkemungkinan
dilakukan oleh pihak reformis sendiri (baca huraian di
Laman FeU diturunkan dibawah). Jika tanggapan itu benar, tidak wajar individu
terbabit menggelarkan dirinya (mereka?) sebagai
reformis yang membawa makna 'agen perobahan'. Lebih
baik ia statik dengan terus bersekongkol dengan
mana-mana kelompok 'mafia' supaya karekter mereka akan
lebih ketara dan keinginan yang sedang merundung
rohani mereka akan terlampias. Catatan di FeU itu tidak wajar dibiarkan berlalu tanpa
perhatian dan komen pendukung reformasi. Jika
bibit-bibit 'buruk laku' ini dibiarkan bermula, maka
akan rosaklah 'susu sebelanga kerana kontaminasi nila
yang se titik' ini. Sebagai suatu perjuangan, inilah sikap yang sedang
ditentang habis-habisan dalam mengimarahkan prinsip
?menegakkan Keadilan dan menumbangkan Kezaliamn?..!!
[Diturunkan sebahagian Kenyataan tersebut]:
Salam hormat kepada semua pengunjung setia,
Sebagai pengendali laman web pro-reformasi yang tidak
terikat dengan mana-mana parti siasah atau mana-mana
individu, KAMI (PW FeU, MindaRakyat, WeBantu & Tok
Ayah) ingin menarik perhatian para pengunjung kepada
tindakan tidak beretika seorang penulis tempatan yang
telah memindah-salinkan bentuk tulisan daripada media
elektronik ke media cetak untuk tujuan komersial tanpa
kebenaran mahupun 'acknowledgement/credit' yang
sewajarnya daripada Penulis/Penterjemah dan
laman-laman asal di mana tulisan atau bahan terjemahan
itu diterbitkan pertama kalinya. Daripada apa yang dimaklumkan kepada KAMI, banyak
tulisan (yang dianggap sebagai intellectual
properties) yang menjadi hakmilik salah-seorang
penulis prolifik pro-reformasi, Saudara Marhaintua,
telah diciplak dan diterbitkan semula dalam bentuk
hard-copy dan diedarkan secara komersial oleh seorang
penulis / penyunting / penyusun yang tidak
bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan peribadi.
Malahan, banyak artikel penulis prolifik MGG Pillai
yang telah diterjemahkan oleh Sdra Marhaintua turut
menjadi mangsa tanpa menyebut sumber asal mahupun nama
penterjemah. Perlu ditegaskan di sini, Sdra.
Marhaintua dan FeU sendiripun telah berusaha untuk
mendapatkan keizinan MGG Pillai untuk memetik dan
menyiarkan terjemahan tulisan beliau (MGG Pillai).
Amatlah mendukacitakan apabila ada pihak lain
menerbitkan semula bahan-bahan berkenaan untuk tujuan
komersial tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan
pihak-pihak yang berkaitan. ..baca seterusnya.. Rujuk Rencana KM2 No: 3597 |