Laman Webantu KM2A1: 3597 File Size: 5.0 Kb * |
Mencuri/Memplagiat Tulisan Reformasi Bukan Usaha Murni By Editor 16/1/2001 11:11 am Tue |
[Sikap sesetengah pihak menceduk beberapa rencana yang ditulis
oleh penulis siber amat dikesali. Ada yang telah memadamkan nama
penulis asal untuk disandarkan kepada nama lain. Ada juga yang
menjual bahan itu tanpa memohon izin dari penulis atau sumber
asalnya. Sikap sedemikian amatlah dikesalkan kerana bukan mudah
untuk mencari penulis sukarela yang mencari bahan sendiri,
menterjemah dengan amat teliti demi satu perjuangan yang suci.
serta mengolah kata-kata yang amat berarti sebagai tatapan percuma
semata-mata untuk mendapat keredhaan ilahi.
Sewajarnya pihak terbabit berterima kasih kepada penulis siber
kerana tanpa mereka laman-laman seperti ini sudah lama TIADA.
Yang rugi bukan seorang, tetapi SEMUA. Berilah penghargaan
sebagai dorongan buat mereka, walaupun kita tahu mereka tidak
inginkan itu semua. Kerana kata-kata tetap bermakna walau
sebaris cuma. Ia lambang kita kasihkan mereka, sebagaimana
kita kasihkan diri kita sendiri.... - Editor]
HENTIKAN SEGERA KERJA MEMPLAGIAT HASIL USAHA
INTELEKTUAL DI INTERNET UNTUK KEPENTINGAN DIRI!
Sebagai pengendali laman web pro-reformasi yang tidak terikat dengan
mana-mana parti siasah atau mana-mana individu, KAMI (PW FeU, MindaRakyat,
WeBantu & Tok Ayah) ingin menarik perhatian para pengunjung kepada tindakan
tidak beretika seorang penulis tempatan yang telah memindah-salinkan bentuk
tulisan daripada media elektronik ke media cetak untuk tujuan komersial
tanpa kebenaran mahupun 'acknowledgement/credit' yang sewajarnya daripada
Penulis/Penterjemah dan laman-laman asal di mana tulisan atau bahan
terjemahan itu diterbitkan pertama kalinya.
Daripada apa yang dimaklumkan kepada KAMI, banyak tulisan (yang
dianggap sebagai intellectual properties) yang menjadi hakmilik
salah-seorang penulis prolifik pro-reformasi, Saudara Marhaintua, telah
diciplak dan diterbitkan semula dalam bentuk hard-copy dan diedarkan secara
komersial oleh seorang penulis / penyunting / penyusun yang tidak
bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan peribadi. Malahan, banyak artikel
penulis prolifik MGG Pillai yang telah diterjemahkan oleh Sdra Marhaintua
turut menjadi mangsa tanpa menyebut sumber asal mahupun nama penterjemah.
Perlu ditegaskan di sini, Sdra. Marhaintua dan FeU sendiripun telah berusaha
untuk mendapatkan keizinan MGG Pillai untuk memetik dan menyiarkan
terjemahan tulisan beliau (MGG Pillai). Amatlah mendukacitakan apabila ada
pihak lain menerbitkan semula bahan-bahan berkenaan untuk tujuan komersial
tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan pihak-pihak yang berkaitan.
Oleh itu, KAMI memberi AMARAN sekiranya perbuatannya itu tidak
dihentikan dengan serta merta KAMI akan menyiarkan satu artikel khas dalam
bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris untuk mendedahkan kerja-kerja busuk
penulis itu. Orang semacam itu tidak ada tempat dalam gelanggang reformasi
yang kita perjuangkan." Sewajarnya KAMI memberikan ultimatum sebegini kerana selama ini Sdra
Marhaintua telah begitu banyak menghabiskan masa, tenaga, wang ringgit
daripada hasil titik peluhnya sendiri, pengorbanan serta risiko yang
ditanggung kaum keluarganya yang tidak ternilai. Begitu juga sebagai
pengendali laman web pro-reformasi, perkhidmatan KAMI tidak dibayar walau
sesenpun oleh mana-mana pihak. Kekecewaan terpaksa KAMI kongsi bersama
apabila ada pihak dengan sewenang-wenangnya mengaut keuntungan di atas
perjuangan sebegini. Buat masa ini, KAMI tidak berhasrat mendedahkan nama penulis
berkenaan, namun KAMI tidak akan teragak-agak mendedah dan membogelkan
identiti penulis dan penerbitan berkenaan sekiranya perbuatan ini tidak
dihentikan segera. Sehubungan ini, kami ingin merakamkan rasa kesal yang amat sangat
kepada Sdra Marhaintua, MGG Pillai, Wak Amin Sapiro dan semua penulis
pro-reformasi tulen atas keterlanjuran dan tindakan biadab penulis@penyangak
harta intelektual berkenaan. Makallah tidak berkala ini menggunakan logo semua (diulangi, semua)
parti komponen BA di bahagian bawah di sudut kanan makallah itu.
Para pengujung masih bebas menyalin / mencetak / mengedar bahan-bahan
yang berkaitan asal saja ianya tidak berbentuk komersial (non-profit) dengan
menyertakan nama penulis dan sumber asal tanpa mengira daripada mana ianya
diambil. b/p PW webantu |