Laman Webantu KM2A1: 3595 File Size: 6.2 Kb * |
Hamid Tuah dan Anak-Anaknya. By Kapal Berita 14/1/2001 9:18 pm Sun |
Berita mengenai Hamid Tuah dan keluarga beliau agar sukar diperolehi.
Hasil kajian saya di alam siber mendapati kesemua berita keluarga
"Hamid Tuah" seiring dengan perkataan "tahanan" dan "perjuangan".
Saya memetik sebahagian sahaja rencana yang menyebut nama mereka.
Selain Ahmad Bongsu, ada seorang lagi anak beliau yang ramai sudah
lupakan sekarang ini. Beliau adalah Fatimah Sham, seorang yang amat
bersemangat dan pandai bercakap atau memberi syarahan. Beliau telah
disenarai hitamkan oleh kerajaan sebagaimana Hishamuddin Rais satu
ketika dulu. Kisah hidup beliau amat perit tetapi tiada siapa pun
yang tahu melainkan orang tertentu sahaja (termasuk penulis?).
Mengapakah akhbar tidak menerokai perjuangan Hamid Tuah dan nasib anak-anak
beliau kini? Inikah balasan kita kepada bapa mereka yang begitu
berjasa? Bapa inilah yang sanggup kepenjara untuk memperjuangkan nasib
rakyat marhain tetapi sayang dia dilupakan begitu sahaja. Kini anak-anak
beliau sudah besar dan mempunyai kebolehan yang begitu mencabar. Tetapi
ramai yang tidak sedar tuah Hamid seorang pendekar telah melahirkan
anak-anak yang berjiwa pendekar juga. Mereka tahu siapa Mahathir yang
sebenarnya sejak dulu, kini dan selamanya.
http://www.jaring.my/pas/harakah/a19981127/1032b9o10surat.html
Dr. Syed Husin Ali jawab tulisan dalam Utusan Malaysia:-
Hamid Tuah - sedutan tulisan Dr Syed Husin Ali
Tentang Hamid Tuah pula, saya tidak menafikan bahawa saya menyanjung perjuangan beliau untuk
mendapatkan tanah bagi petani-petani yang tidak bertanah. Ramai petani ini telah memohon tanah tetapi
tidak berjaya setelah menunggu bertahun-tahun. Akhirnya, mereka meminta Hamid Tuah memimpin mereka
membuka tanah hutan milik kerajaan. Ini mereka lakukan dengan penuh semangat mahu berdikari. Mereka
ditahan. Tetapi setelah diadakan rundingan yang melibatkan beberapa orang penulis dan pensyarah sebagai
orang tengah, akhirnya mereka diberi dua tiga ekar tanah sekeluarga.
Mengapakah dulu mudah benar petani miskin dihalau dan ditangkap kerana atas tuduhan membuka tanah
secara haram? Mengapakah semudah itu juga sekarang peneroka bandar (setinggan) diusir secara paksa,
diroboh rumah mereka dan kadang-kadang ditangkap pula, sebelum tanah atau rumah ganti disediakan
ataupun pampasan diberikan? Mengapakah kadang-kadang lebih mudah dan murah bagi orang atau syarikat
kaya-raya mendapat ratusan atau ribuan ekar, dulu untuk membuka estet dan sekarang untuk pemajuan
perumahan? Saya inginkan keadilan bukan hanya untuk orang sosialis dan mereka yang anti-kerajaan saja. Saya ingin
melihat kekayaan negara kita ini dibahagikan secara lebih adil dan tidak dibolot oleh cuma segelintir orang
yang berkeistimewaan. Saya bukan tidak mahu melihat orang kita kaya, tetapi tidaklah kaya keterlaluan sehingga lupa daratan
melalui korupsi. Saya ingin melihat lebih banyak sumber negara dan rakyat digunakan untuk membina rumah
murah, sekolah dan hospital, daripada projek-projek besar yang tidak membawa banyak faedah ekonomi.
Begitulah saya ingin melihat tidak akan ada lagi salah guna ISA atau Akta Polis untuk menahan dan
menyeksa mereka yang berjuang untuk keadilan. Saya ingin melihat ruang demokrasi yang lebih luas untuk
membenarkan rakyat berhimpun secara aman dan bersuara secara bebas sesuai dengan semangat
perlembagaan. Saya juga ingin melihat kebebasan diberi bagi rakyat menuntut perubahan yang adil dari segi
politik dan ekonomi. Memang benar bahawa penentuan boleh dibuat melalui pilihan raya. Tetapi adakah rakyat harus duduk
berdiam diri saja sementara menunggu pilihan raya akan datang? Pemerintah mesti membenarkan bukan saja
dirinya bahkan rakyat juga untuk menyalurkan sikap, pandangan dan tuntutan mereka dengan
berbagai-bagai cara yang aman. Sekiranya kita tidak mahu lebih ramai orang berhimpun di tepi jalan, maka hendaklah diberi mereka ruang
untuk mengemukakan pendapat melalui media yang bebas dan tidak berat sebelah. Sekiranya kita tidak
hendak kacau-bilau berlaku, maka perlulah kita membenarkan perhimpunan secara aman. Pilihan raya hanya
salah satu proses demokrasi. Banyak lagi proses lain yang mesti diakui dan diamalkan.
-Dr Syed Husin Ali- Ahmad Bongsu Pernah ditahan dalam Demo Reformasi
Sedutan Berita: http://www.ahrchk.net/solidarity/199812/v812_14.htm
Detention for Illegal Assembly 1998:
On 26 October, the magistrate ordered the release of 52 persons including Hishamuddin Rais, a former student activist; and
Ronald Takashi, a reporter with Agence France-Presse. The magistrate remanded 180 people for three days (from 25 October to
27 October), including Ahmad Bongsu, the son of Hamid Tuah who was a land rights activist in the early 1970s. Many of the
detainees claimed that they were beaten, and some had stitches on their head.
Ahmad Bongsu Ditahan Reman http://www.c2o.org/malaysia/democracy/reports/981025_update_01.htm
Sedutan berita: Update 25 October 98 Among those that were released were Hishamuddin Rais, a former student activist,
and Ronald Takashi, a stringer with AFP. Ahmad Bongsu, the son of the famous
Hamid Tuah who was a land rights activist who made the headlines in the early
1970s, were among those that continue to be held in remand.
All the suspects are being held in lock-ups in four police stations, being
the Tun H.S.Lee station (near the Stadium Negara), the Dang Wangi station
(also known as the Campbell police station), Jalan Pantai station and the
Cheras police station.
|