Laman Webantu KM2A1: 3594 File Size: 11.0 Kb * |
B3: Mahathir Sedang Berhadapan Dengan Malapetaka Ciptaan Tangannya By Amin Sapiro 15/1/2001 1:07 am Mon |
Amin Sapiro (bertanya: Bila lagi bola lisut ini nak diterajang buang?)
[Tidak guna membina bangsa Melayu yang bersatu tetapi
terlalu dungu sehingga sanggup bersatu dengan Umi Hafilda yang
sudah lama ditolak keluar oleh bapanya sendiri. Sudah tentu bapa
beliau tidak ingin penyakit itu menganggu nama baik keluarga yang
sudah lama terjaga itu. Mengapa pula Umno berdamping dengan anak
terbuang itu? Apakah itu makna melayu bersatu atau melayu barua
yang bersatu? Orang melayu boleh kekal menyokong Umno jika Mahathir tidak bertindak
melulu. Tetapi dia membiarkan buku-buku palsu dan dakyah memurtadkan
orang melayu. Dia menghina Nabi (saw) dan menghantar khatib untuk
membaca kutbah yang membuatkan jemaah berpecah lari untuk sembahyang
sendiri. Di surau-surau guru al Quran dibuang walaupun hanya itulah
yang diajar selama ini. Mufti dipecat dan ulamak diseluar-pendekkan
dengan hina sekali. Kini Anwar dituduh tanpa henti tetapi buktinya
terlalu samar jika tidak nescaya mahkamah syariah sudah lama dapat
menyelesaikan kemelut ini. Nyatalah Mahathir cuba menyembunyikan kecemaran yang dilakukan oleh
dirinya sendiri tetapi dia lupa kebenaran itu tidak akan padam walaupun
dia cuba menangis, berdoa atau membebel berjam-jam. Sudah lebih dua
tahun dia berperang tetapi sokongan yang tinggal semakin berkurang.
Kalau bertambahpun hanyalah penyakit yang tidak berkesudahan.
- Editor] MAHATHIR SEDANG BERHADAPAN DENGAN MALAPETAKA CIPTAAN
TANGANNYA Bahagian: 3
Islam: Agama Penyatuan Prhatikan ini: Dari hujung kaki ke hujung rambut, orang Melayu sudah
membudayakan agama Islam yang jadi anutan sepanjang zaman. Walau
mungkin ada diantara mereka yang terbabas serba sedikit, namun mereka
akan kembali ke pangkal jalan. Mereka tidak akan menyimpang terlalu jauh
hingga berlaku pula perpecahan. Satu waktu nanti, mereka akan sedar
bahawa mereka perlu akur dengan tuntutan bangsa dan agama yang menjadi
anutan dan budaya mereka, dan dikekalkan.
Dengan itu, jangan sesiapa cuba terfikir memainkan fenomena yang
menyebut orang Melayu sudah berpecah - hilang perpaduan. Itu bukan satu
kenyataan yang benar. Peristiwa 13 Mei adalah pernyataan sebuah insiden
yang membuktikan bahawa dogma dan ideologi politik kepartian tidak
termampu memecahbelah kesatuan orang Melayu. Mereka sanggup bersama
menghadapi sebarang ancaman. Tidakkah terbukti, dalam sekelip mata, orang
Melayu berjaya merapatkan barisan dalam satu acuan?
Bermakna, orang Melayu tidak akan 'terpukau' dengan sebarang adu-domba puak yang berhasrat memecah-belahkan mereka. Peringatan ini semakin terbukti benar dan nyata, antara contohnya:
Hasil yang semakin nampak ialah: Orang Melayu nampak semacam
berpecah. Namun perpecahan itu mencetuskan satu perpaduan yang lebih
saksama, iaitu: orang Melayu cabut lari dari menyokong UMNO dan
berbondong-bondong bersatu dibawah naungan Islam dan dan parti politik
berkonsepkan keadilan. Bermakna, UMNOlah sebenarnya yang berpecah. Sebaliknya orang Melayu
semakin erat berpadu dalam satu ruang baru bergelar Pembangkang Melayu.
Itu adalah saja hakikat sebenarnya. Berpecah dari UMNO dan menyokong
dan bersepadu di bawah panji-panji Islam dan Keadilan ada suatu
perobahan ke arah kebaikan. Tidak perlu dirisaukan!
Pendidikan Membuka Minda Mungkin ada diantara pihak dalam parti Kerajaan BN yang memerentah tidak
sedar bahawa pendidikan orang Melayu sudah sampai ketahap mampu
membedakan antara yang benar dengan yang salah. Saraf dan nadi baru
dikalangan anak-anak Melayu yang berpendidikan semakin yakin dengan
pandangan yang membentuk pendirian mereka.
Sebagai urutan dari manfaat pendidikan itu, minda mereka semakin terbuka
luas dengan perspektif yang lebih peka.
Contohnya: Jika tahap pendidikan orang Melayu dalam tahun 30-an cuma
setakat membentuk minda mereka untuk merasakan betapa pentingnya
merebut KEMERDEKAAN bangsa dan negara; namun tahap pendidikan
dekad 80 - 90-an memberi ketajaman minda untuk MENGEVALUASI
sejauhmana Kemerdekaan yang dicapai sudah tercemar dan parti politik
terbabit tidak mampu mengisi aspirasi negara, bangsa dan agama mereka.
Itu penting dan teramat penting diperhatikan. Ledakan dari keinsafan itulah
yang membentuk gelombang kecil ketidakpuasan hati orang Melayu
umumnya dan mendorong anak muda golongan yang berpendidikan itu
bersatu dalam satu kerangka yang berbeda dari sebelumnya.
UMNO dan Pemimpin Mereka Yang Terlupa
UMNO dan pemimpin mereka mungkin terlupa bahawa fenomena baru itu
semakin berkembang, dihayati dan dianuti oleh majoriti anak-anak Melayu.
Akhirnya, tumbuh satu iltizam baru yang semakin kuat bertapak dalam
sanubari mereka. Maka, dengan tercetusnya insiden 2 September 1998 yang membawa
peristiwa Datuk Seri Anwar (sumber ilham penjana reformasi yang berkarisma
di negara ini) dipenjarakan (yang ditafsirkan mereka sebagai satu kezaliman);
maka tidak siapa diantara regim Mahathir menyangka ratusan ribu anak-anak
muda Melayu berkampung di belakang beliau!
Cuba tanya tiap-tiap orang diantara mereka: Apakah yang mereka
perjuangkan? Pasti jawapan mereka ialah: REFORMASI. Mungkin segelintir
mereka tidak sefaham Anwar mengenali maksud Reformasi itu; namun mereka
punya naluri untuk merasakan apa yang dimaksudkan dengan Reformasi itu.
Dengan merecupnya bilangan Laman-lamanWeb Reformasi di internet yang
member ruangan Forum berinteraksi sesama mereka, dan Laman-lamanWeb
artikel/rencana yang ditulis oleh pelbagai pihak seperti cendawan tumbuh
lepas hujan - maka konsep dan maksud Reformasi semakin diperjelas dan
difahami. Mereka menulis, berceramah dan berdebat sesama sendiri. Mereka tidak
perlu dibayar dan diupah. Mereka mengeluarkan perbelanjaan dari kocek
sendiri. Mereka menggunakan tenaga dan masa memanifestasikan kebencian,
kebosanan dan kejijikan mereka terhadap ketidakadilan, kezaliman,
keborosan, pembaziran, korupsi, kronisme dan nepotisme yang merosakkan
fabrik hidup sebuah masyarakat yang dimerdekakan.
Mereka menggunakan seluruh tenaga dan minda untuk mencapai maksud
dan tujuan yang luhur. Mereka berjuang dalam satu prinsip yang sama, iaitu
'menegakkan Keadilan dan menumbangkan Kezaliman'. Perjuangan mereka
semakin diterima rakyat banyak. Penghayatan Universal Bukan setakat orang Melayu saja yang menghayati prinsip 'menegakkan
Keadilan dan menumbangkan Kezaliman' itu, malah rakyat umum sudah
semakin sedar bahawa perjuangan 'reformasi' itu ada suatu daya bermaksud
'perjuangan ke arah perubahan cara mengurus sistem yang kini dilihat
semakin korup'. Adakah UMNO dan pemimpin mereka sedar bahawa mereka sedang
berhadapan dengan situasi 'head-on collision' dengan rakyat?
Jika sedar, cuba cari dimanakah mereka tersilap. Jika belum sedar juga, dan
tidak mahu menerimanya - amat-amati apa yang berlaku dalam tempoh dua
(2) tahun kebelakangan ini. Pasti, jika keadaan tidak ditangani mengikut
kemahuan rakyat: Satu ketika nanti, regim Mahathir yang kununnya perkasa
pasti akan tumbang. Kerana, belum ada satu pemerentahan yang mampu
bertahan dengan berperang dengan rakyat. Fahami itu baik-baik!
Perjuangan Anwar Berasaskan Karisma
Mungkin Dr. Mahathir dan pemimpin UMNO/BN tidak mahu menerima hakikat
bahawa Anwar punya kelebihan yang tersendiri. Jika ditilik dari mula beliau
sebagai pelajar dan mahasiswa, Anwar semakin jelas mempunyai satu
kelebihan istimewa yang mungkin sukar dimengerti. Kelebihan itu tidak ada
pada setiap pemimpin UMNO hari ini. Dr. Mahathir jangan tidak percaya. Begitu juga pemimpin hari ini. Perhatikan
saja, Anwar tidak berkempen seperti Mahathir, jentera parti dan seluruh
media massa dibawah kekuasaan mereka. Kurang lebih, beliau cuma ada 20
hari sebagai orang bebas sebelum dipurukkan oleh Mahathir ke penjara.
Tetapi keadaan yang diperlakukan ke atas Anwar, apa yang beliau
perjuangkan dan bagaimana sambutan rakyat menghayati konsep perjuangan
beliau; sekaligus menafikan keangkuhan Mahathir dan UMNO/BN yang
menjangka bahawa kepimpinan akan 'mati' dalam seminggu cuma!!
Perhatikan hari ini: Benarkah anggapan itu? Tidakkah UMNO/BN dan Dr.
Mahathir sendiri sudah semakin tersingkir? Apa sudah jadi pada November
29, 1999? Apa sudah jadi tepat di Lunas setahun kemudan? Dimana
diletakkan rakyat UMNO/BN dan Mahathir yang mengaku diri beliau
pemimpin jagoan? Isk..isk? Mungkin tempoh Mahathir dan UMNO/BN semakin
hampir 'menyembah bumi', kan? Hakikat inilah satu petanda bahawa rakyat sudah maklum apa yang
dimaksudkan dengan Reformasi yang menjana perubahan. Ia telah diyakini
menjadi satu wadah paling penting, berkesan dan amat sulit dibanteras oleh
pihak yang ANTI REFORMASI dan Kebangkitan Islam.
Persoalannya: Apakah Reformasi dan Islah akan terus jadi teras perjuangan era baru dan
gelombang rakyat banyak. Adakah ia akan menjadi fenomena yang akan
mencetuskan Perpaduan dan melenyapkan Perpecahan?
Kita akan semak di Bahagian 4 nanti. |