Laman Webantu KM2A1: 3592 File Size: 12.8 Kb * |
Mahathir Sedang Berhadapan Dengan Malapetaka Ciptaan Tangannya By Amin Sapiro 14/1/2001 8:30 am Sun |
Amin Sapiro (sedang tengok UMNO-Mahathir main kuda kepang)
[Memang benar banyak isu yang pelik-pelik berlaku sejak
akhir-akhir ini. Minggu ini sahaja saham berdetap jatuh
kerana berita rahsia rombakkan terterbang dari sangkar Umno.
Pelabur-pelabur semakin resah lagi bila Projek Bakun akan
dihidupkan semula tanpa sebarang perubahan skala. Syarikat
MNC A.S. dilapurkan mungkin membuang pekerja di sini kerana
kelembapan ekonomi A.S. Umno bermesyuarat tetapi isu
rombakkan kabinet tidak pula dibincang.
Mahathir dilapurkan mahu ke Jepun pula selepas ini.
Dia baru sahaja memuji Myanmar dan ingin mengimpot mereka
kemari. Tentu kita belum lupa sindiket pengemis Myanmar
yang pandai menyamar. Apakah mereka nanti akan menyamar
sebagai pengundi atau bertopeng sebagai gurkha memecah
pintu lagi? Kita harap di Jepun Mahathir tidak akan
menjemput pula Yakuza kerana kita pernah kecoh dengan
kisah tentera merah Jepun yang berani mati menawan
bangunan AIA satu ketika dulu. Mungkin ada Yakuza ekonomi
muncul nanti kerana dana yang hampir kontang kini sudah
cukup untuk membuat banyak syarikat lingkup dan mati.
Kini debat Pemuda juga telah dibatalkan dan isu SRJK Cina pula
muncul. Komen Rustam Sani nampaknya diterjemah sesuka hati
untuk memercik api. Kita juga belum lupa Hamid Othman meletak
jawatan dengan seribu persoalan. Isu panas itu lebih berkisar kepada kelemahan Umno yang
terpaksa menepis diri akibat sentuhan sewel presiden mereka
sendiri. Negara kini sedang kesusutan dana dan digugat inflasi.
Malapetaka ini sudah hampir sehingga ramai kroni diselamatkan
sejak akhir-akhir ini. Nampak jelas ada sesuatu yang tidak kena. Mahathir sudah
tidak dapat duduk diam lagi. Dia mencipta isu dan dia mengembara
lagi. Penggantinya yang ada masih belum bersedia untuk menjadi
hamba yang taat setia, jika tidak dia sudah lama bersara.
Ada sesuatu yang masih tercari-cari tetapi Mahathir belum
menemuinya lagi. - Editor ] MAHATHIR SEDANG BERHADAPAN DENGAN MALAPETAKA CIPTAAN
TANGANNYA Bahagian: 1
SEMUA netters yang peka terhadap perkembangan politik negara terkini,
tidak boleh tidak, pasti perlu meneliti dan memfokus perhatian terhadap cara
Dr. Mahathir bertindak menangani siri masalah luar/dalam UMNO dan BN.
Tunjang penelitian seseorang pemerhati tidak akan lengkap jika tidak melihat
setiap tindakan dan serang balas Mahathir dan siri permasalahan beliau dan
kuncu-kuncunya yang berkarenah dan beragenda membabitkan beliau
dengan komponen Barisan Alternatif, pemimpin mereka dan sebarang
gerakkerja Barisan itu. Pelbagai isu terkini secara tiba-tiba terjelma tanpa 'angin ribut dan taufan'.
Alih-alih, pepokok satu rimba sudah bergoyang!
Ramai orang bertanya kehairanan: Mengapa diakhir-akhir ini Mahathir
semacam bertukar haluan bagai seorang yang terjaga dari lamunan mimpi
yang molok-molok dan bukan-bukan. Sudah nak meninggal 'tebiat' kah?
Betul-betul dah nyanyok dimamah usia mungkin? Atau masih menyusun
strategi dan agenda menyelamatkan diri? Mau ke mana? Ke liang lahad
sebelum sempat bertaubat? Tunggu dan lihat!!
Penilaian Senario Politik Semasa
Seperkara yang nyata dan mungkin ramai yang tidak menyedari
perkembangan terkini diakhir-akhir ini ialah tidak terdengarnya sebarang
suara menteri-menteri UMNO/BN yang bercakap dan memberi komen
mengenai perkembangan politik bernada 'sensasi semasa' selain dari
Abdullah Ahmad Badawi. Yang lain sudah jadi 'tikus jatuh ke beras' saja.
Macam lidah masing-masing dikerat seribu!!
Dulu kita selalu tengok muka-muka jagoan barua bangsat di kalangan
UMNO, cukup gian bercakap. Maka hingarlah masing-masing bertempik
terlolong bagai orang dikejar 'polong' apabila si 'munafiq tua' yang satu itu
mengeluarkan kenyataan sensasi. Kita tau siapa diantara mereka yang cukup berselera membuat komentar -
samada komenter kategori bangang ketetel, sewel kurang akal maupun
mereka yang boleh dikira 'OK' jugak lah.
Karenah Pemimpin UMNO Personaliti karekter-karekter kategori 'mulut celupar' seperti Rafidah kita
semua nampak. Pantang saja si 'munafiq tua' bukak mulut, Rafidah akan
menyusul dengan 'mulut betina'nya. Cuma yang kita tak nampak si Rafidah
ini bukak seluar dalam saja, tetapi 'bukak kain' memang kelaziman beliau -
walaupun dihadapan Madelein Albright, Setiausaha Amerika Syarikat! Bagi
Rafidah, itulah dia perjuangan menegakkan kebenaran si 'munafiq tua'
Mamak Tongkang itu! Rais Yatim pasti akan mencelah dengan gaya personaliti seorang jagoan.
Beliau akan menilai keadaan ekoran dari kenyataan Mahathir, si 'munafiq
tua' boss agungnya, melalutkan versi 'undang-undang belantara' yang
bersandarkan Ph.D yang dibeli dari 'kilang sijil' bercop trade-mark 'Made
in England'. Kemudian, kita akan lihat Mokhtar Abdullah 'dugong' akan mengarahkan
Ghani '4-tahil sekati' berbicara dengan puak Eusof Chin di mahkamah
'belantara' untuk merangka hukuman terlebih dahulu sebelum
membicarakan sesiapa yang bakal diheret ke hadapan hakim yang dipilih
mengikut kelulusan si 'munafiq tua' itu.
Segala-galanya akan berakhir samada di Jalan TAR, di Masjid Jamek Kg.
Baru, di depan Sogo atau di mana-mana juga. Paling terkini ialah di Jalan
Kebun. Perkembangan Terbaru Khabar angin sedang bertiup kencang sekarang dan semakin hebat tersebar
diseluruh negara bahawa satu lagi perhimpunan 100,000 ribu manusia
sedang dirancang di Teluk Panglima Garang - tempat kelahiran 'peneroka
bandar anak tani terkemuka' bernama Hamid Tuah.
Hamid yang berdarah Melayu dan seorang insan berjiwa marhain tulin telah
mencatat sejarah rengkas 'Tuntutan Orang Melayu' terhadap hak asasi
mereka selepas menumbangkan Malayan Union.
Jika hari ini kita melihat sdr. Anwar Ibrahim sebagai seorang pejuang
marhain yang dihormati rakyat dan pemimpin antarabangsa; jika Hamid hidup
di zaman IT dan asakan Globalisasi; sekiranya di zaman beliau pemimpin
UMNO/BN seperti si 'munafiq tua' bernama Mahathir ini yang mentadbir
UMNO/BN dan 23 juta rakyat - pasti Hamid tidak akan tersisih dari
penumbok sulung Ketua Polis Negara (semacam Rahim Nor) yang
menggelarkan diri 'Bapak Anjing Gila' dengan anak anak buah 'anjing
kepala merah'. Begtulah parahnya sari catatan rebah bangun orang Melayu merebut
kembali Kemerdekaaan mereka yang kerap tercemar setelah negara dibebas
dan dimerdekakan dari pejajahan luar.
Orang Melayu tidak putus-putus dirundung malang, nasib mereka
terumbang-ambing dan jiwa mereka diresahkan oleh pelbagai peristiwa dan
kejadian. Semua ini mengajar orang Melayu semakin 'hardened' dengan
pengalaman dalam bertindak menghadapi cabaran.
Tahniah Anak Bangsaku Kini kita sudah tengok bagaimana sulit dan sukarnya orang Melayu dalam
mentafsir, menegak dan mengisi kemerdekaan yang telah diwariskan oleh
nenek-moyang mereka yang telah berjuang menumpahkan darah sejak
kapal-kapal Alfonso de Albuqarque berlabuh dari Goa di Kuala Melaka.
Orang Melayu era ini wajar insaf bahawa punahnya kerajaan dan empayar
Melayu Melaka waktu itu bukan kerana orang Melayu tidak punya teknoloji
canggih 'senapang lantak' atau lela-rentaka.
Tetapi, kejatuhan orang Melayu adalah bersebab dari minda, falsafah,
budaya dan agama Islam anutan orang Melayu telah dikhinati, dicemari dan
diperkosa oleh seorang pendatang haram yang mencampuri urusan 'istana'
yang menjadi lambang perpaduan orang Melayu!!
'Raja Mandeliar' namanya. 'Si Kitul' hamba sahayanya. Dan 'Patih Karma
Wijaya' talibarut istana yang paling hina.
Dengan KONSPIRASI yang terancang teliti, maka dengan difaraitkan lah
upah se bahara emas cuma bagi setiap orang dari mereka yang mengikut
hawa nafsu, rakus-tamak dan haloba harta dunia. Pembesar-pembesar
Melayu telah terpukau sedemikian rupa hingga sanggup menjadi petualang
bangsa dan negara tanpa menyedari satu empayar Melayu yang merdeka
dan berwiba runtuh punah ranah. Empat ratus lima puluh (450) tahun kemudian baharulah orang Melayu
merasa diri mereka terbebas dari tekanan agenda Penjajah dan Penjajahan.
Tempoh itu amatlah panjang. Satu demi satu penjajah asing datang. Empayar
Melayu lumat dicincang. Terbalik kiranya, orang Melayu yang sepatutnya
diiktiraf sebagai anak watan, dianggap sebagai 'pendatang haram dari
kumpulan makhluk yang terbuang'..!! Kemana orang Melayu akan pergi. Kepada siapa mereka harus mengadu?
Kita akan perhaikan di Bagaian Ke-2 Amin Sapiro (kuda kepang Mahathir tersepit celah
MAHATHIR SEDANG BERHADAPAN DENGAN MALAPETAKA? (BAH 2)
Sat Jan 13 21:49:46 2001 MAHATHIR SEDANG BERHADAPAN DENGAN MALAPETAKA CIPTAAN
TANGANNYA Bahagian: 2
Tidak jauh bezanya!! Tidak jauh!! Teliti setiap sudut dan liku-liku hidup orang
Melayu yang kununnya mengaku telah merdeka. Pandang kelilling dan
pekakan minda. Tanya jiran dan sahabat handai bagaimana hidup mereka.
Tanya diri kita, siapa yang menentu dan menetap faktor harga di pasar?
Kaum mana dan siapa mereka? Itu adalah kesan dan implikasi dasar dan
aturcara siapa? Jika Dr. Mahathir berkata kununnya faktor harga ditentukan oleh 'permintaan
dan penawaran', betulkah perimbangan itu?
Tanya Dr. Mahathir: Berapakah jumlah orang Melayu yang terbukti sanggup
membeli rumah seharga setengah juta RM berbanding dengan pendapatan
purata seorang ayah 5 orang anak bergaji RM1000 sebulan membelinya?
Berapa jumlah mereka dalam kategori ini? Siapa yang ambil pedulik
memperjuangkan nasib mereka nasib mereka gini? Siapa yang menyebabkan
hidup mereka jadi begini? Tanya Mahathir, Presiden UMNO dan Perdana Menteri tertua di Asia: Berapa
jumlah rakyat termiskin di Terengganu atau di pinggir Bandaraya Kuala
Lumpur bergaji dibawah paras 'miskin', masih tinggal sebagai setenggan
dibawah bumbung atap zing berkarat? Mewahkah hidup mereka dengan
Kentucky Fried Chicken jadi hidangan minum petang? Adakah mereka
mampu berbuka puasa di restoran Hotel 5-Bintang dengan bayaran satu
kepala cukup bagi mereka membeli beras se bulan?
Perbandingan Yang Menyedihkan Bandingkan hidup mereka dengan Kroni dan suku-sakat Mahathir dan
kuncu-kuncu mereka. Perahan keringat mereka yang miskin inilah yang
dipaksa membayar pelbagai macam cukai yang membolehkan Mahathir
membina Mahligai, terbang dengan Global Express, berdansa dengan Shah
Rukh Khan di Genting Highland, memberi ganjaran si Mirzan berjudi di
Macau dan Las Vegas dan menampung kekalahan bermillion-million!!
Tanya Mahathir-Daim: Itu duit siapa? Betulkah duit hasil perniagaan mereka?
Jika benar duit hasil keuntungan perniagaan mereka yang berkroni, mengapa
ia disauk dan dari kocek rakyat melalui 1001 macam penipuan? Ada yang
disebut sebagai bailout dari Danamodal, dan seumpamanya.
Sebaliknya, Mahathir-Daim lah perancang segala 'papan catur' ekonomi
negara. Apa yang kita lihat sekarang, KWSP - kumpulan wang saraan
pekerja bagi menghadapi masa tua, dan Tabung Haji - simpanan umat Islam
bagi membolehkan mereka menunaikan Rukun yang difardukan Allah swt.;
kini sudah dijadikan sebagai dana cagaran.
Apakah itu bermakna Dasar Pengkopratan dan Penswastaan Mahathir-Daim
begitu cemerlang? Apakah dendang lama menyalahkan George Soros sah
diperlakukan? Persoalan dan Soalan WAJIB Rakyat dan orang Melayu cuba tanya diri sendiri! Wajarkah Mahathir-Daim
dan mereka yang sekongkol dalam poitik UMNO/BN dikekalkan
memerentahkan rakyat dan negara 100 tahun lagi?
Jika puak ini tidak disingkir dan dihumbankan dalam tempoh tedekat, orang
Melayu di negara ini akan kembali merasa betapa pedihnya nenek-moyang
kita hidup dalam pemerentahan empat (4) kuasa luar yang pernah
mengurustadbir mereka sejak Portugis menjejak kaki di bumi Melaka sebagai
penjajah!! Berbalik kita kepangkal jalan Tepuk dada tanya selera?!! Raja adil raja disembah?. Pantang mati sebelum ajal, Masihkan kita wajar dijadikan landasan mencincang?
|