Laman Webantu KM2A1: 3590 File Size: 6.5 Kb * |
B1: Baru Kini Mahathir Tersedar Rupanya Tembakan Beliau Tersalah Sasar By Amin Sapiro 13/1/2001 5:50 pm Sat |
Amin Sapiro (tak pernah tembak meraba)
[Kenyataan Mahathir bahawa UMNO hanya sanggup
membincangkan perpaduan Melayu buat masa kini tidak
bermakna ia menolak perpaduan nasional SETELAH LAMA
pihak BA mengejutkan mereka dengan tawaran itu jelas
menggambarkan siapa yang terdesak sebenarnya.
Sebelum itu media begitu gah menembak PAS dan keADILan
kononnya tidak peka kepada isu itu. Septatutnya UMNO
mencerminkan dirinya terlebih dulu. 'Jejaka' beriman manakah
yang sanggup meminang seorang 'anak dara?' yang telah tercemar
di luar negara sehingga terbongkar di mahkamah pun masih
tidak sedar dirinya lagi. - Editor]
BARU KINI MAHATHIR TERSEDAR RUPANYA TEMBAKAN BELIAU
TERSALAH SASAR!! Bahagian: 1
BARU hari ini Mahathir sedar bahawa agenda beliau yang bertujuan mengalih
pandangan orang Melayu supaya berbalik menyokong UMNO sudah
siang-siang tercium oleh pemimpin Pembangkang Melayu kelicikan beliau.
Mahathir perlu berwaspada bahawa dalam keadaan sekarang, beliau tidak
boleh buat seperti sebelum DS Anwar dan anak didikan beliau, seperti Ezam,
Azmin, Saifuddin Nasution, dll. masih dalam UMNO. Parti itu sekarang sudah
ketandusan pemimpin yang dedikasi dan berfikiran jangkapanjang ke hadapan!
Juga, Mahathir tidak boleh menganggap remeh PAS sebagai parti ulamak
fundemantalis kunu totok agama dengan minda tidak terbuka seperti 20 tahun
dahulu. DAP juga bukan lagi sebuah parti perkauman Cina seperti yang
diwarwarkan UMNO dan MCA selama ini. Mahathir dan pemimpin UMNO/BN tidak boleh lagi menetapkan sesuatu agenda
sesuka hati tanpa memikirkan bahawa beliau dan UMNO bukan lagi
berhadapan dengan sebuah Barisan gabungan komponen parti-parti 'nyamok'
sewperti yang dihimpunkan dalam Barisan Nasional (BN).
Mahathir harus semakin faham bahawa UMNO/BN tidak lagi melalui jalan
mudah apabila berhadapan dengan Pembangkang. Walaupun mereka cuma
mengandungi empat parti tunjang - berbanding BN yang punya komponen parti
lebih 10 jari, cuma mereka kurang dari segi bilangan; tetapi tidak dari segi
pengaruh. Malang majoritinya komponen BN umpama 'segan mati tak mau'. Langsung tak
dengar dengus!! Macam bayi diserang hingus. Lebih baik ditakrifkan sebagai
NGO saja!! Hahaha?. Perbincangan Perpaduan Melayu - Apa Khabar?
Hihihihih..!! Media UMNO hari ini menulis berita bertajuk 'Penyatuan Melayu
dahulu -- UMNO, Pas boleh bincang perpaduan nasional kemudian - PM'.
Diberitakan Majlis Tertinggi (MT) UMNO bersetuju mengadakan pertemuan
antara parti itu (UMNO) dan PAS dengan memberi tumpuan kepada soal
perpaduan Melayu terlebih dahulu. Mahathir berkata, "Kita (UMNO) punya pendirian ialah kita hanya sanggup,
buat waktu ini, (berbincang) berkenaan dengan perpaduan Melayu. Ini tidak
bermakna kita menolak (daripada membincangkan) perpaduan nasional. Kita
boleh bincang kemudian". Alasan Mahathir sama seperti budak-budak tadikan main 'cup-cup'. Kata
Mahathir (hihihih?.), "Satu tajuk itu pun saya ingat boleh makan masa
panjang," katanya. Bermakna, Mahathir mahu UMNO meminang dara orang, tetapi dia pula yang
memberi syarat. Inikah budaya Melayu cara yang diterap oleh Mahathir kepada
UMNO? Jujur dan ikhlaskah Mahathir? Ini telah menjadi tandatanya dikalangan
orang Melayu termasuk keluarga UMNO. Jika itulah 'pasal'nya Mahathir tak nak bincang sekarang, bila lagi dan dimana
lagi, kan? kan? kan? Bincang amende kalau macam ni?
Mahathir Tak Faham 'Roh' Perjuangan Orang Melayu
Tajuk 'Melayu' sudah lama dibincangkan. Tentu semua puak UMNO tidak buta
sejarah. Jika butapun, cuma Mahathir dan sekongkolnya yang telah dibutakan.
Tidakkah isu perpaduan Melayu telah dibincangkan oleh orang Melayu sejak
bangsa Melayu menentang penjajahan 450 tahun dulu? Jika tidak begitu,
mustahil Hang Tuah dikenalpasti sebagai pengucap kepada rangkap keramat
'Takkan Melayu hilang di dunia'. Tetapi belum terdengar rangkap yang
menyebut 'Takkan MAMAK hilang di dunia', tak gitu?
Dalam pertengahan abad ini, lama sebelum gagasan Malayan Union tercetus
hingga ke hari ini isu itu sentiasa dibincangkan oleh orang Melayu
dimana-mana juga. Jika kita di warong kopi sekali pun, atau di perhimpunan
UMNO sekalipun, isu itu tetap dibincngkan. Mungkin warong itu kepunyaan
'mamak roti canai dan teh tarik', tetapi akhbar bacaan terkini ialah HARAKAH
(paling kurang). Mungkin 1001 tahun lagi, atau sampai kiamat (insyaAllah) sekalipun; tajuk
perpaduan Melayu akan terus menjadi topik perbincangan orang Melayu.
Mereka berbincang tanpa jemu. Orang Melayu sedar bangsa dan agama
mereka menjadi bahan cemburu kesan dari agenda puak yang berpura-pura
dan berjanji palsu. Apa yang menjadi masalah sekarang ialah, apabila rakyat negara ini sudah
dirasuk oleh 'pendatang haram zuriat Krala' yang sekor ini; negara menjadi
huru hara dan kacaubilau. Orang Melayu puak UMNO terpenjara. Hak asasi
dan Kebebasan mereka diperkosa. Jadi, perbincangan mengenai perpaduan Melayu tidak perlu dibuat dengan
Pembangkang Melayu. Itu masalah dalaman UMNO. Isu SUQIU juga ciptaan
Mahathir dan UMNO barua(A)nya. Itu masalah cetusan puak UMNO yang
diilhamkan oleh Mahathir Mohamad juga.
Apa yang berkemungkin akan diambil kesempatan oleh UMNO sekarang ialah
agenda UMNO dan Mahathir untuk terus berkuasa samai mati. Jika itu impian
Mahathir, saki-baki penyokong UMNO wajar memilih satu antara dua - samada
'tolak UMNO atau sokong Pembangkang Melayu'.
Sebenarnya, itulah yang jadi masalah kepada Mahathir. Beliau kena
berwaspada bahawa orang Melayu bukan lagi sedungu, sebangang dan
sebebal 20 tahun dulu. Mereka sudah punya keyakinan dan jatidiri. Pendidikan
dan pengalaman yang sudah-sudah telah membuka mata mereka.
Hehehe? kita perlu membincang dan memperinci apa sebab Mahathir, MKT
UMNO dan pemimpin UMNO cari jalan tolak bincang masalah sosio-politik
negara yang lebih mencabar dan lebih penting memerlu titik berat sebenar..!!
Kita mahu Mahathir, UMNO dan BN berfikir secara matang dan jangan terlalu
emosional!! Sudah faham? Akan di teliti di Bahagian Ke-2 Amin Sapiro |