Laman Webantu KM2A1: 3579 File Size: 9.5 Kb * |
B2: Agenda Busuk Umno diWarwarkan Di Media 'Subsidi' Mereka!! By Amin Sapiro 12/1/2001 3:22 am Fri |
Amin Sapiro (tengok orang Melayu tak pedulikan UMNO)
[Kita perhatikan budaya barua semakin menular sejak Umno
dipimpin oleh seorang yang hanyut dari Kerala. Dia menipu,
menghasut, mengambil kesempatan, melaga-lagakan, memfitnah,
memecat, mengaibkan, menuduh, dan memutar minda orang melayu.
Yang tinggal dalam Umno kini hanyalah mereka yang amat setia
kepada beliau, atau dengan kata lain, BARUA. Mahathir melantik
mereka yang boleh berjasa kepadanya sahaja, bukan kepada Umno.
Yang berjasa dan berpengalaman di dalam Umno sudah lama keluar
atau 'terkeluar' termasuk Tunku Abdul Rahman sendiri.
Mahathir tidak sanggup bertemu untuk mencari penyelesaian,
apatah lagi untuk hadir ke mahkamah menyatakan kebenaran.
Dia banyak menyerang dari mendamaikan tetapi tidak malu
menangis dan berdoa pula bila ketandusan sokongan.
Tetapi siapakah yang menari girang sehingga Shahrul Khan
tersenyum panjang? - Editor] Bahagian: 2
KITA tidak sedar, sebenarnya pemimpin UMNO dan
Presiden mereka telah menipu orang Melayu. Begitu
lama!! Samada orang Melayu yang menyokong UMNO yang
dibaru(A)kan pemimpin mereka mau pun mereka yang
menyokong Pembangkang Melayu, setelah melarikan diri
dari cengkaman tipu-helah parti (UMNO) itu,
masing-masing telah menjadi mangsa Presiden UMNO.
Siri Agenda Mahathir Dr. Mahathir telah beragenda sejak dari mula beliau
menceburi UMNO. Beliau berhasrat besar melihat orang
Melayu TIDAK membudayakan kebebasan dan keaktifan
bergerak, bertindak dan berfikir secara demokratik dan
matang. Pada mulanya Dr. Mahathir menulis buku hasutan awal
pertamanya berjudul Delima Melayu. Disebut didalamnya
pelbagai hujah mengaitkan budya orang Melayu dan
anutan keislaman mereka. Bertepatan pula, pada waktu itu, orang Melayu dalam
keadaan terdesak kesan dari Peristiwa 13 Mei yang tiba
secara mendadak. Orang Melayu memang berhajat besar
untuk mengisi kemerdekaan tanahair. Mahathir sepantas
kilat menyambar kesempatan keadaan kucar-kacir yang
terlahir. Membaca kandungan buku itu, rata-rata orang Melayu
telah terpesona dengan sebuah pemikiran yang berbeda
dari pemimpin UMNO sebelum beliau (Mahathir).
Dr. Mahathir dengan licik menyalahkan pucuk pimpinan
UMNO - khusunya Tungku Abdul Rahman (musuh beliau
sampai allahyarham meninggal dunia) tentang kesulitan
yang ditanggung oleh orang Melayu, kununya.
Tetapi pada realitinya, Tunku dengan kerjasama pemimin
UMNO Asal yang dedikasi telah menubuhkan FELDA dan
MARA, merancang Pembangunan Luarbandar, Biasiswa tanpa
bayar semula, dll. dan pelbagai kemudahan selari
dengan tuntutan orang Melayu sebagai bukti pemimpin
mereka memberi manfaat kepada rakyat vis a vis orang
Melayu. Bila Mahathir Berkuasa - Apa Jadi?
Mahathir merombak falsafah perjuangan politik orang
Melayu. Dasar Ekonomi Baru (DEB) diubah halatuju dan
dijuruskan bagi kepentingan diri kuncu-kuncu pilihan
beliau yang tergolong dalam 'inner circle' yang beliau
taja. PAS yang diberi perakuan oleh allahyarham Tun Razak
telah ditendang keluar BN oleh UMNO (yang didalangi
oleh Mahathir - Timbalan Presiden UMNO waktu itu). Tun
Hussein Onn - yang uzur dan kerap diserang sakit
jantung turut difitnah dan di KONSPIRASI oleh
Mahathir. Akhirnya beliau meletakkan jawatan. UMNO
bertukar presiden..!! SERTA-MERTA Mahathir menampakkan belang dan memulakan
agenda busuknya. Tanpa bertangguh, beliau mula
menyerang PAS dalam ucapan pertama beliau di
Perhimpunan UMNO. Tujuan beliau adalah untuk
menghapuskan PAS yang menjadi parti tunjang
Pembangkang Melayu. Mahathir menggunakan media UMNO. Disebut dan
diwarwarkan beliau kununnya, 'My government supports
press freedom'. Akhbar UMNO bebas membelasah
pembangkang dan PAS adalah mangsa kekejaman yang saban
hari kena tekan dan kena terajang! Orang Melayu dalam
parti PAS saban hari dilaga-lagakan. Ramai veteren UMNO (yang tiada kepentingan diri dalam
politik) tidak suka cara Dr. Mahathir melaga-lagakan
orang Melayu dan Islam. Antaranya ialah Tunku Abdul
Rahman. Beliau sudah ada pengalaman. Pertelingkahan
sengit beliau dengan PAS hingga sanggup 'bersumpah'
membawa padah (Peristiwa 13 Mei). Tun Hussein dan Datuk Harun Idris, dan puluhan veteren
UMNO membantah beramai-ramai. Keadaan semakin parah
bila dilihat Mahathir semakin ghairah, sombong, angkuh
dan ego tak betul cara. Keborosan beliau (Mahathir) menggunakan wang rakyat
sesuaka hati tanpa boleh ditegur-tegah menyebabkan
ramai pemimpin UMNO yang berjawatan melihat karenah
Mahathir sebagai sebuah 'Agenda Mega'. Latarbelakang
agenda itu berkait rapat dengan Nepotisme,
Korupsi/Rasuah dan Kronisma yang menjadi dasar
urustabir beliau - samada dalam UMNO dan juga
Kerajaan. Politik Wang Dan Jaminan Jawatan
Politik wang bermain dengan kencang. Mahathir
membenarkan semua pemimpin UMNO/BN mencari sumber wang
sendiri samada untuk diri sendiri maupun untuk
membiayai parti bagi menghadapi pilihanraya. Jika
Datuk Harun Idris dipenjarakan kerana sebab itu,
Mahathir membebaskan pemimpin UMNO melakukannya RASUAH
tanpa segan-silu!! Mahathir memberi jaminan mereka
akan diberi perlindungan. Mahathir memulakan dasar Penswastaan dan Pengkopratan.
Projek Mega bernilai berbillion-billion adalah umpan
beliau meraih komisyen 10 - 20%. Mahathir sendiri
bergelar 'PM 10%' dan 'Mahathir Bapak Mirzan.
Bermakna, Mahathir menggunakan anaknya sebagai
'saluran' meraih kekayan menjadi jutawan secara
spontan. Inilah Dasar Ekonomi Baru (DEB) tajaan si Mamak
Tongkang. Orang Melayu yang mula berusaha
kecil-kecilan kian 'terkangkang' tanpa bantuan. Mereka
terpaksa mencari dan menyembah 'godfather' dikalangan
orang politik. Hampir semua pemimpin UMNO/BN ada simpan kroni. Itu
belum kira berapa jumlah mereka menyimpan 'concubine'
dan bersekudukan tanpa nikah. Kita sudah baca cerita
Rahim TC, Shahidan Kassim dan Hassan Omar. Itu baru
mereka yang mengaku kalah dan menyerah. Ramai
lagi"ramai..ramai"!! Kan UMNO berkuasa dan boleh
keluar fatwa!! Korupsi melimpah-ruah tanpa sekatan dan cegahan (boleh
pilih mana-mana pemimpin UMNO, kecuali Anwar dan
pemimpin KeADILan cuma). Bukti yang nyata: Daim Zainuddin, Mohd Taib, Rafidah
Aziz, cuma bertiga. Tetapi dalam fail BPR, sudah ada
tiga lori banyaknya. Tanya TG Hj. Hadi Awang, sepuluh
gerabak belum cukup. Itu baru satu negeri miskin macam
Terengganu saja. Apathlagi, Selangor dan Johor? Hahah!
(malas nak cerita, tunggu BA merentah kita bongkar
semua). Perpecahan UMNO Mula Bercambah Akhirnya, Mahathir semakin resah kerana karenah beliau
dibantah. Sebelum kedudukan beliau parah; Musa Hitam
dan Ku Li beliau sengaja diagenda supaya dilagakan.
Mereka yang punya penyokong sendiri telah mulai
berpecah. Itulah perpecahan Melayu 'dalam UMNO'
pertama selepas merdeka. Tetapi itu bukan bermakna orang Melayu umumnya sudah
berpecah. Cuma penyakit adu-domba perecahan UMNO
saja. Tetapi 'perpecahan Melayu' sebegitu bukanlah sesuatu
yang 'real'. Mahathir buat diam saja, tak resah sikit
pun. Sebaliknya beliau bertepuk tangan tanda suka.
Kerana, 'perpecahan' itu sudah diagendakan beliau
sejak mula, dan penguasaan beliau keatas politik
Melayu semakin jitu dan nyata. Sebaliknya, PAS semakin ketandusan penyokong. Terpuruk
dalam kepompong politik cara lama, tanpa isu
konteroversial, tidak ada populariti dan sukar meraih
penyokong. Mahathir Sendiri Menggali Kubur UMNO
Samada sedar atau tidak, Mahathir yang semakin takbur,
sombong dan bongkak melihat orang Melayu melonjak
tidak sedarkan songkok mereka teperesuk dan celana
mereka koyak. Mahathir semakin riak. Semakin nampak
beliau beragenda banyak. Antaranya:
Faktor tamak dan kerakusan memecahbelah UMNO disemua
peringkat. Ketelusan dan kejujuran tidak ada lagi
dalam UMNO. Akhirnya, apa agenda Mahathir dan kuncu-kuncu pilihan
beliau lagi? Daim sudah menjadi Karun dan penasihat
ekonomi beliau - bersama Yahudi Solomon and Barney!!
Orang Melayu disemua peringkat tanpa mengira parti dan
ideologi politik menerima padah. Apa falsafah Anwar
dan apa jadi kepada beliau? Iakah benar orang Melayu
berpecah atau UMNO sendiri yang terbelah parah? Kita
akan teliti di Bahagian ke-3. |