Laman Webantu KM2A1: 3578 File Size: 6.4 Kb * |
B1: Agenda Busuk Umno diWarwarkan Di Media 'Subsidi' Mereka!! By Amin Sapiro 12/1/2001 3:04 am Fri |
Amin Sapiro (sudah guna media UMNO sebagai kerta tisu
tandas) [Akhbar tempatan sudah lama menjadi lidah kedua
Mahathir untuk memenjarakan minda orang Melayu.
Cukuplah bagaimana Raja, Ku Li dan Anwar diaibkan
menjadi iktibar betapa lidah itu sudah tidak lagi
berbudaya Melayu yang amat berbudi dan berbahasa.
Media hari ini gagal mengambil iktibar keruntuhan
kegemilangan empayar kesultanan Melaka yang terkenal
seantero dunia. Kalau dulu kuasa dirampas oleh
pelayar di selat Melaka, Kuasa negara kini sudah
berpindah kepada seorang mamak yang hanyut dari Kerala.
Dia bukan sahaja menjadi raja, malah menjadi 'nabi'
yang tersangat dipercaya, sehingga tutur katanya yang
menyimpang dari ajaran Islam itu tidak disanggah sesiapa.
Ahli Umno lebih takut kepada Mahathir lebih dari
segala-galanya sehingga mereka akur sahaja sebarang
perintahnya. Kini Umno telah menjadi parti yang
barua. Semua pihak dituduh dan dilaga di akhbar.
Itulah sentuhan budaya yang diimpot dari Kerala.
- Editor] Bahagian: 1
MAKIN kita teliti membaca berita yang tersiar di media
pro UMNO, semakin itu kita diamuk pelbagai kesangsian
yang bukan-bukan. Rupa-rupanya parti itu dan pemimpin
jaguhnya Mahathir Mohamad benar-benar berkeinginan
melihat orang Melayu usah berpadu. Sebaliknya, parti itu melalui media mereka yang
diurusbicara oleh 'makhluk perosak' yang menganggotai
reduksinya dan didalangi puak bekepentingan poltik
dalam UMNO; telah berwenang-wenang beragenda mengambil
kesempatan merapat barisan melampias nawaitu busuk
mereka, iaitu 'mahu melihat orang Melayu
berpecahbelah' betul-betul..!! Lebih dahsyat dari itu, mereka mahu isu perkauman
dibangkit dan dihidupkan. Subsidi: Punya Pukulan Pemimpin UMNO dan media dibawa kuasa arah-paksa mereka
bukan setakat beragenda memecahbelah perpaduan orang
Melayu saja; malah mereka lebih berhasrat membunuh
keharmonian kaum di bumi bertuah ini.
Kesimpulannya, daripada membaca berita yang termuat di
media pro-UMNO hasil cernaan pemberita warga negara,
lebih sempurna kita berfikir dan menentukan hala
pemikiran dengan meneliti berita paparan media asing
luar negara. Ini tidak bermakna rakyat negara ini tidak patriotik.
Dari apa yang terhasil, rakyat pasti akan diamok resah
bersebab dari adu-domba dan 'sesi laga ayam' yang
diwarwarkan oleh media UMNO yang cuma menjaga
kepentingan periok nasi atas tanggungan parti yang
memberi mereka subsidi bernilai ratusan juta RM.
Seperti pemimpin UMNO yang menerima imbuhan pendapatan
ratusan juta melalui RASUAH dan PENYELEWENGAN hak
rakyat banyak, yang diiktiraf dan diberi
perlindungan oleh president UMNO (melalui dasar
Nepotisme, Kronisme dan Korupsi); masing-masing hidup
dalam gobra-ketakutan. Akhirnya 'subsidi' itu telah membunuh rohani
'kepimpinan' yang amanah yang sewajarnya wujud dalam
diri seseorang pemimpin. Itu nasib yang dicipta oleh
pemimpin nomor wahid UMNO yang dijulang setinggi
langit sebagai 'nabi' mereka!! Isu Perbincangan Anjuran UMNO - SANDIWARA!
Rakyat, khususnya orang Melayu tidak dapat bersetuju
yang lain selain dari mentafsirkan bahawa cadangan
UMNO mengadakan perbincangan dibawah tajuk
komunalistik perkauman yang sempit ie. 'perpecahan
Melayu' sebagai janggal dan paling tidak sesuai
setelah Malaysia merdeka 43 tahun. Jika orang Melayu benar-benar berpecah, tidak ada
siapa yang bersalah melainkan UMNO dan pemimpin mereka
yang beragenda memulakannya. Sejak dulu Dr. Mahathir begitu ghairah menyusun
strategi busuk memecah orang Melayu bagi meraih kuasa
dalam UMNO sejak beliau mula mencampuri UMNO.
Buktinya, nama Mahathir dicop sebagai 'Ultra' - satu
konotasi bahawa beliau adalah petualang yang memecah
perpaduan Melayu dalam UMNO 'asal'. Ini adalah bukti
nyata dan tersimpan sebagai dokumentasi sejarah
pergolakan UMNO. Isu 'perpecahan orang Melayu' adalah khayalan Dr.
Mahathir setelah melihat UMNO sudah terpuruk umpama
'kapal orang hanyut' yang patah tiang layar.
Hari ini, UMNO tidak mendapat sokongan orang Melayu
lagi. Seharusnya Dr. Mahathir diberi tahniah oleh UMNO
kerana berjaya memecahkan UMNO!! Itulah pencapaian
Mahathir paling ketara!! Lain dari itu tidak, selain
dari berKONSPIRASI memenjara Timbalan Perdana Menteri
yang bakal menggantikan beliau. Mahathir Memenjara Dirinya Dan UMNO
Dalam tempoh 20 tahun beliau menjadi Presiden parti
dan Perdana Menteri, Dr. Mahathir dan sekongkolnya
telah berjaya menubuhkan UMNO versi baru(A) setelah
UMNO asal hasil aspirasi dan wadah pejuang Anti Malayan
Union diKUBURkan oleh Dr. Mahathir setelah
menerajuinya selama 7 tahun cuma!! Hebat Mahathir ini.
Itu adalah satu pencapaian paling pantas bagi seorang
ahli politik yang beragenda seperti Dr. Mahathir dan
kuncu-kuncunya; berbanding dengan kesungguhan pemimpin
dan parti PAS yang lebih berusia 40 tahun - malangnya
PAS tidak mampu 'menyatupadukan seluruh orang Melayu
di bawah panji-panji pemerentahan cara Islam' demi
perpduan ummah dan rakyat. Hari ini, PAS masih terkial-kial tanpa letih dan bosan
meneruskan perjuangan. Pemimpin mereka berkhidmat
memberi maklumat terkini melalui ceramah siang dan
malam bersama teman dalam satu barisan parti komponen.
Ini menyebabkan UMNO terasa kain yang dipakai sudah
koyak rabak..!! Akhbar-akhbar UMNO telah memula rentak
menerapkan adu-domba untuk membohongi rakyat. Saban
hari media itu menjana sikap dan sifat jahat hati -
tidak senang melihat rakyat negara ini meneruskan
perjuangan menegakkan Keadilan dan menumbangkan
Kezaliman. Apa agenda UMNO-Mahathir lagi? Akan disambung dalam
Bahagian ke-2. |