Laman Webantu KM2A1: 3574 File Size: 10.7 Kb * |
Umno Semakin Terjebak - PAS dan KeADILan Cekap Bertindak By Amin Sapiro 11/1/2001 12:52 pm Thu |
Amin Sapiro (nampak Mahahir jalan 'terhengkang')
[Pihak BA telah mengorak satu langkah yang bijak dengan mengajak BN
membincangkan isu dalam konteks mengatasi kepentingan satu kaum. Sekaligus
ia membuatkan Umno termalu kerana ia merencanakan perpaduan satu kaum sahaja
(walaupun melayu). Nampak jelas siapa yang matang dan siapa yang cuba
mengambil kesempatan isu perkauman. Sebuah parti yang asyik pecah di dalam selalunya tidak mungkin dapat menjadi juara
satu menyatu. Apatah lagi jika ia begitu banyak berpecah sejak seorang yang
mengaku melayu menjadi ketuanya sejak dulu. Ramai yang menjadi ahli Umno bukan
untuk bersatu tetapi untuk mendapat sesuatu kerana Umno sudah lama mengajar
budaya 'give and take' (sokong dan dapat) itu. Malangnya Umno juga mengajar
budaya 'punish dan kill too' (hukum dan aibkan) itu walaupun semuanya palsu.
Surat layang, buku cercaan dan akhbar harian sudah lama memainkan peranan
jijik sejak Mahathir menjadi orang nombor satu. Patutlah Umno retak seribu,
malangnya ia sendiri berpura-pura tidak tahu. - Editor ]
KEMATANGAN politiking Pembangkang Melayu khususnya dan BA amnya telah
memperlihatkan laluan sukar lagi sulit bagi UMNO dan Dr. Mahathir untuk terus
beragenda dan berlagak ego, sombong dan takbur.
Ini adalah suatu hakikat yang terjana dari didikan pengalaman yang dilalui melalui
pelbagai peristiwa yang diperhatikan sekian lama, dan semakin terdedah sejak DS
Anwar diaibkan sehina itu. Tahap Kematangan Politik Yang Tinggi
Mungkin tidak keterlaluan jika saya sebagai pengamat pergolakan politik tanahair
berkata dengan merusmuskan bahawa: [[Dengan kehadiran PAS yang sejak penubuhannya sentiasa konsisten
memperjuangkan natijah Islamiah menjurus kearah islah yang unggul, bersekali
dengan semangat juang wirawan Reformasi dan cerdik-pandai yang membentuk
KeADILan hingga terbentuk gabungan Barisan Alternatif (BA) bersama komponen
lain; maka hari ini kita nampak bahawa orang Melayu dan semua kaum sudah
sampai ke tahap kematangan politik yang tidak mampu diperlekeh lagi oleh
Mahathir-UMNO dan BN]] Itu pandangan saya secara peribadi. Saya tidak bertujuan men'turningover'
sesiapa dari kepimpinan puak UMNO. Lebih-lebih lagi, kita sama-sama faham, jika
orang yang berminda seperti Rafidah Aziz dan Ibrahim yang masih terperosok dalam
kepompong Rasuah dan budaya takut, ampu-bodek dan mengharap rezki dari
sumber haram - pasti sulit lagi mereka mengakui kebenaran.
Kita juga tidak berharap bekas UMNO yang begitu lantang menyeranah UMNO
dulunya, kini melorot 'cirit' ke betis memperakui 'kebenaran'. Contoh yang jelas
ialah Rais Yatim bekas pelopor dan perancang parti Melayu Semangat 46 itu. Beliau
dan Ku Li bersikap 'lebih MahathirSHIT dari MahaFIRAUN'.
Kita lihat di setiap Perhimpunan UMNO di PWTC, bagaimana setiap mereka seramai
lebih dua ribu pemimpin UMNO terpongah mulut sampai masuk langau hijau dari
tandas Pan Pacific bila Dr. Mahathir berucap. Kununya 'mamak tongkang' Datuk
Seri Presiden mereka sedang menyampaikan 'amanat tahunan' dan menuntut
mereka merapatkan barisan untuk berjuang.
Kebijaksanaan Pembangkang Melayu Yang Terserlah
Akhbar pembodek Mahathir sudah mula perang adu-domba sesi ke-2. Jawapan YB
Datuk Fadhil Nor kepada pemberita diperbetulkan semula oleh editor supaya nampak
ada pergeseran ide antara beliau/PAS dengan pemimpin KeADILan. Itu biasalah.
Sebagai pihak yang lemah, UMNO harus berterima kasih kepada Presiden PAS
kerana tidak menjatuhkan sangat maruah Mahathir.
Tetapi, Mahathir sudah terkena cangkuk dawai berduri kepimpinan komponen BA.
Mereka mempelawa Mahathir dan UMNO supaya berbincang mengenai isu
'cabaran-cabaran genting' yang dihadapi negara ini.
Kepimpinan BA menyampaikan jemputan itu dalam satu kenyataan bersama yang
ditandatangani oleh Presiden Pas Datuk Fadzil Noor, Presiden Parti Keadilan
Nasional (Keadilan) Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, Pengerusi DAP Lim Kit Siang,
Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) Dr Syed Husin Ali, Naib Presiden Pas
Mustafa Ali, Timbalan Presiden Keadilan Dr Chandra Muzaffar, Setiausaha Agung
DAP Kerk Kim Hock dan Setiausaha Agung PRM Dr Sanusi Osman.
Menurut kenyataan itu, Sekretariat BA akan menghubungi Setiausaha Agung BN
(Tan Sri Mohamed Rahmat) untuk menguruskan hal-hal teknikal berhubung
pertemuan itu. Dalam percaturan 'Games of Smartness', nampaknya UMNO dan Mahathir terbelit
ekor sekarang. Jika Sang Hanuman terbakar ekor yang dibelit dengan kain 7
gudang, hingga terpaksa melompat mencicip ekor yang terbakar di lautan Kalzum,
kita mahu tengok 'b*nt*t' Mahathir yang digilap dek Rais Yatim akan dicicip
kemana? Hahaha?.. Khabarnya Suqiu sedang memerhatikan perkembangan. Semakin nampak, agenda
Mahathir sudang tunggang-langgang. Inilah bukti kebijaksanaan dan tahap
kematangan Politik Pembangkang Melayu sudah begitu tinggi dan semakin terserlah.
Apa riaksi Mahathir? TUNGGU! TUNGGU! TUNGGU?!! Hehehe..
Apakah Perjuangan UMNO? Pergolakan sebegini bercelaru dalam UMNO semua orang tahu
sebab-musababnya..!! Ia berpunca dari perjuangan UMNO cuma berasaskan 2
maudhuk besar; iaitu:
Kebetulan, saya sempat meneliti semua pita rakaman ucapan Dr. Mahathir yang
berpuluh keping tersimpan baik dalam arkib di gerobok usang disudut 'bilik study'
saya. Dr. Mahathir tidak boleh menafikan karenah yang beliau sendiri pernah
ucapkan. Secara langsung atau tidak, samada sedar atau sebaliknya - apa yang beliau
luahkan telah menjurus kepada 'perpecahan perpaduan Melayu dan orang Islam' di
bumi negara warisan nenek moyang kita Mahathir wajar bertanggungjawab terhadap
karenah beliau selama ini. Itu tidak boleh dikompromi.
Antara yang paling ketara ialah: i. Agenda meng'si Kitul'kan UMNO
Mungkin Mahathir tidak pernah mengulang tayang apa beliau pernah ucapkan
barangkali. Tetapi, jika beliau dan Dollah Bedawi atau pemimpin UMNO yang lain
berbuat seperti apa yang saya dan teman-teman lain pernah lakukan (tengok ulang
tayang); pasti mereka akan lihat bagaimana Mahathir sebegitu cekap bersadiwara
dan melakunkan karekter sebijik 'Raja Mandeliar'.
Saya cuba mencari siapa sebenarnya layak jadi si Kitul' Hahaha? sulit saya nak
pastikan. Sebab, masing-masing berebut-berebut sangat nak berperanan sebagai
hamba si Mandeliar (Memanda Ular Liar) itu! Hehehe? (memanda ular liar
pulakkkkk?!!). Jika saya katakan Dollah Bedawi itu replika si Kitul, ditakuti Rais Yatim
kecil hati. Rais lebih unggul untuk memegang watak si Kitul.
Begitu juga Mid Man, takut pulak Hj. Nakhie, Wan Mokhtar atau Yusof Nor marah!!
Terpulanglah kepada pengamat 'Sandiwara UMNO' semasa. Mungkin semua
pemimpin UMNO adalah layak memegang watak 'kitul-kitul' Mahathir yang bertaraf
'Memanda Ular Liar' ini. Tetapi yang pasti Kabinet Mahahir sudah lengkap dengan struktur sebuah regim
yang boleh berfungsi untuk jadi penyebab orang Melayu hilang arah dan tujuan
untuk menterjemahkan aspirasi dan hasrat pejuang kemerdekaan tanahair yang telah
lama pergi meninggalkan zuriat yang masih hidup.
Satu Karekter Fenomena Baru Hari ini, Mahathir sudah melengkapkan agenda beliau dengan wujudnya suatu
fenomena baru dalam skima struktur pemerentahan beliau - iaitu meng'Karma
Wija'kan pemimpin UMNO. Hasilnya, kita nampak bukti: di Selangor sudah wujud karekter 'monTOYO' yang
dipelopori oleh bekas pengutip akhbar Utusan - Dr. (GiGi) Mohd Khir..!! Orang
Selangor sudah tinggal gusi dengan lidah saja!! Hahah? lawak. Nok konyeh tak leh
doh, tepakso telei sajo..!! Di Johor sudah ada Ghani anak Cikgu Osman 'kancil' (gelaran arwa ayah Ghani).
Dan di Pahang sudah ada Adnan Yakob bekas 'mahaguru Tai Chi' yang pernah
buat demonstrasi pengiklanan di Sanggang..Hhihihih..!!
Semakin hari 'kabinet' Mahathir khabarnya akan diperlengkap dengan nama-nama
pemimpin Melayu yang rupa masing agak ganjil dan berlainan. Jika diteliti, maka
jelas kelihatan bahawa UMNO yang dimaksudkan 'United Malay' itu saling tak
tumpah dengan Kabinet Congress India, Bangladesh, Kepulauan Maldives dan Sri
Langka. Khabarnya, Mahathir sengaja melewat-lewatkan senarai nama aggota Kabinet
barunya. Mahathir mahu 'test' riaksi pemimpin Melayu 'original' dulu - samada
mereka tersinggung hati atau sebaliknya. Pemberita kawan lamo saya berkata,
"Wak!! Kabinet baru Mahathir akan mencerminkan peralihan UMNO 'United Malay'
kepada UMNO 'United Mamak Nandrek Organisation'..!!"
Sambil berbisik kepada saya, beliau menambah, "Se jenis dengan Kadir sheik
Fadhil akan di tambah lagi. Sorang jantan sorang lagi betina..' katanya. 'Yang
jantan 'tengku' warisan 'raja' Mandeliar juga. Yang betina macam nenek kebayan
yang digomol celah dan lip-stick" katanya. Taulah saya maksud beliau.
Saya jawab selamba aja, "Itu akan elok, nampaklah UMNO 'Eastman Color' sikit.
Lagi terang nampak waktu siang - cuma susah sikit bila dah senja" kata saya
ketawa sengeh. "Lagipun, apa juga jenis 'belukang' berwarna yang jadi Menteri dalam Kabinet
Mahathir, orang Melayu tak kesah. Itu cuma gangguan sementara sebab pancangan
micro dari MEASAT dilindungi kabus. Tak jadi masalah. Tahun 2004 nanti, orang
Melayu BA akan 'repaint' semula. Tak payahlah Mahathir nak buat suspense!!
Orang bukan pedulik.." ulas saya menyambung.
Supir Tua Yang Saya Hormati Sewaktu kami dalam perjalanan ke Seberang Tambak di sebelah sana, supir tua
kawan lamo saya lebih se dekad itu berkata, "Wak, apa yang Dr. Mahathir cadang
buat sekarang semua tak bermutu. Kalau ayam, boleh kira macam ayam tua dah
boleh lagi bertelor". hehehe!?. Saya masih terfikir sampai sekarang, tak sangka 'orang tua' sebegitu pendiam
sesekali 'meletop' kuat gegarnya. Kalah Rais Yatim yang mengaku, kununnya ada
Ph.D Undang-undang, kan? Memang betul lah. Pengalaman adalah sebaik-baik guru. Mampu mengajar manusia
berfikir matang dan tajam. Tidak semesti berbangga dengan usia 75 tahun. Mungkin
dah SEWEL. Hihihihih?. Amin Sapiro |