Laman Webantu KM2A1: 3569 File Size: 5.3 Kb * |
TJ MT GS: SAH...Danaharta Selamatkan Vincent Tan By Ganesh Sahathevan 10/1/2001 9:12 pm Wed |
MGG0901 [Rencana ini agak menarik, walaupun ianya kelihatan pendek.
Lihatlah siapa Berjaya sebenarnya kenapa Vincent begitu istimewa.
Kita ramal Berjaya diberjayakan lagi dengan susunan kabinet baru
nanti yang penuh misteri. Jika kita titip baik-baik, begitu ramai kroni tersayang
diselamatkan sejak akhir-akhir ini. Halim Saad dengan tawarannya
kepada UEM, Tajuddin Ramli dengan MAS pudarnya, dan Vincent Tan
yang banyak menerima ganjaran dan membuang rugi dalam
sembunyi-sembunyi. Mahathir juga tidak lupa untuk menghadiah
anaknya dengan dua projek yang amat istimewa lagi raksaksa -
KLCC, KLIA dan PutraJaya. Di KLCC, tanah itu ditarik ditolak dengan harga yang paling
tidak guna sehingga Ananda menjadi jutawan sekelip mata.
Hiasan dalaman KLCC tidak perlu kita cerita, kerana anak
Syarikat diktator sudah menyapu semuanya termasuk yang kotor
juga. Di KLIA tanah berekar-ekar yang tidak berguna itu sengaja dibeli
dengan murah oleh anaknya untuk dibeli kemudiannya oleh kerajaan
Mahathir dengan harga yang menggunung tingginya.
Di Putrajaya ia dilakukan dengan sekelip mata ketika Khir Toyo
masih belum mencelik mata kerana baru menjadi bayi ternama yang
lahir kedunia yang penuh mandi darahnya itu. Projeknya pula
disapu oleh anaknya juga yang asyik menunggu sahaja dengan Setia
setiap projek yang mencurah tiba. Rakyat hanya dapat melihat melopong sahaja... sedikit demi
sedikit yang ada di bumi sendiri sudah semakin tiada. Kalau
adapun hanyalah hutang yang suka berbunga tidak berkesudahan.
Itulah warisan berzaman dari satu kepimpinan yang berwawasan
(untuk juaknya sendiri sahaja). - Editor]
Penterjemah: -MT-
SAH...Danaharta Selamatkan Vincent Tan Oleh: Ganesh Sahathevan Danaharta Urus Sdn Bhd. sebuah anak syarikat Danaharta telah memegang 172,350,996 juta saham
(bersamaan 11.5% daripada jumlah saham seluruhnya) kepunyaan Berjaya Group Bhd bagi
pihak Vincent Tan Chee Yioun. Butiran ini ada tercatat pada mukasurat 171 "The Berjaya
Group Annual Report 2000", yang ditandatangani oleh Pengerusi Vincent Tan.
Tan mempunyai pegangan keseluruhan sebanyak 35% dalam BGroup ini. Sebanyak 8.3 persen
lagi dipegang oleh beberapa syarikat nominee dalam bentuk kolateral. Ini bererti hanya
sekitar 20% masih dipegang oleh pihak bank. Sekitar 5% berada dengan beberapa syarikat
yang dikuasai oleh Vincent, seperti yang berlaku kepada B&B Enterprises dan Lengkap
Bahagia. Pegangan ini tercatat pada 18 Diember 2000. Sejak itu harga saham Berjaya sudah menurun
dan di waktu artikel ini ditulis ia berada sekitar 30 sen se saham.
Danaharta tentulah memegang saham itu sebagai satu langkah menanggung hutang bertapuk
dan juga kolateral yang diunjukkan. Namun, disebabkan kerahsiaan urusan Danaharta itu,
hutang bertapuk yang sebenarnya diambil-alih memang tidak dapat dikesan dengan mudah.
Sebagai catatan rasmi, Danaharta sudah menanggung antara RM20 hingga 60 juta hutang yang
pernah diperolehi oleh Vincent Tan bagi pihak Sun Media Sdn Bhd. Bukti sahih dapat
dikesan melalui laporan Gemtech Bhd. kepada BSKL dalam cadangannya untuk memperolehi Sund
Media. Ketika itu Vincent menguasai Sun Media sebanyak 60%, sementera Berjaya Group dan
BToto menguasai sebanyak 25% lagi. Rencana Asal: Danaharta rescues Vincent Tan-CONFIRMATION
Danaharta Urus S/B , a wholly-owned subsidiary of Danaharta
holds 172,350,996 million Berjaya Group Bhd shares(11.5% of
issued shares) on behalf of Vincent Tan Chee Yiuon.
The evidence is to be found at page 171 of The Berjaya Group
Annual Report 2000, signed by executive chairman Vincent
Tan. A further 8.3 percentage points of Tan's 35% holding in
BGroup are held as pledged securities by variuos nominee
companies. Vincent is said to control 35% of BGroup's stock.
Given the above, just over 20 percentage points of that
holding is in the hands of the banks. Another 5% or so held via companies Vincent is said to
control, B&B Enterprises and Lengkap Bahagia is similliarly
held. The shareholdings are as at 18 September 2000. Since then,
Berjaya shares have fallen in value, and presently trade at
around 30 sen. Danaharta Urus is obviusly holding the shares as a result of
having assumed both a non-performing loan/s and the
collateral. However, given Danaharta secrecy, the loan
amount cannot be confirmed. It is however on public record that Danaharta had assumed
somewhere between RM 20-60 million, borrowed by Vincent's
Sun Media Group S/B . Evidence can be found in the Gemtech
Bhd announcement to the KLSE on its proposed acquisition of
Sun Media.Vincent owns 60% of Sun MEdia, while Berjaya Group
and BToto own another 25%. |