Laman Webantu KM2A1: 3568 File Size: 62.6 Kb * |
Salahlaku Mahathir (Dulu, Kini, Selamanya) By Stefffan Khinge 10/1/2001 7:35 pm Wed |
[Satu rencana terawal reformasi (pada tahun 1998) oleh seorang penulis veteran
laman reformasi maya yang tidak dikenali diterbitkan khas sempena gerhana bulan
yang penuh (COMPLETE) semalam. Kehadiran ramai penulis siber tanah-air kini adalah
kerana sentuhan kegigihan penulis vetren juga. Rencana ini diterbitkan semula
di sini untuk mengenangkan jasa penulis ini turut menjadi pendorong untuk
menubuhkan laman KM2 ini - Editor]
SALAHLAKU MAHATHIR (Bhg. 1) sumbangan : Steffan Khinge & Associates Karier politik Mahathir bin Mohamad bin Iskandar Kutty penuh dengan insiden-insiden kontroversi. Puncanya ialah
sikap dan pegangan hidup Mahathir sendiri. Walaupun satu demi satu kontrovesi yang dicetuskannya rakyat Malaysia
secara umum masih dapat mengenepikan penindasan dan ketidakadilan angkara Mahathir terutamanya sepanjang 17 tahun
pemerintahannya. Namun begitu kezaliman ke atas sesama manusia tidak akan lenyap begitu saja tanpa mendapat penghukuman di dunia
ini. Sejarah penuh dengan contoh-contoh bagaimana diktator-diktator menghabiskan sisa-sisa kehidupan dalam keadaan
hina. Tragedi pemecatan Sdr Anwar Ibrahim dengan cara paling mengaibkan dan tindakan yang zalim terhadap beliau telah
memberi kejutan kepada hampir semua rakyat Malaysia. Mungkin rakyat Malaysia masih boleh memaafkan Mahathir sebelum
malaikat maut mencabut nyawanya supaya dia dapat menemui ajalnya sebagai seorang Muslim. Akan tetapi rakyat tidak
mungkin dapat melupakan kekejaman rejim Mahathir. Bak kata orang-orang Yahudi yang terselamat dari Holocaust, pembersihan
etnik oleh Hitler, "To forgive, yes but to forget, never!"
Sebahagian dari sejarah permusuhan Mahathir dipaparkan di sini buat iktibar semua dan semoga
dapat menyedarkan golongan yang masih tidak membuka mata, telinga dan minda kepada realiti.
1. Permusuhan dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman
Dendam kesumat Mahathir terhadap Almarhum Tunku memuncak apabila dia mengalami kekalahan kepada calon PAS, Haji
Yusof Rawa pada tahun 1969 semasa bertanding di Kota Setar.
Kemarahan Mahathir menjelma dengan rupa sepucuk surat terbuka kepada Almarhum Tunku
bertarikh 17hb Jun 1969. Mahathir membidas Tunku dengan hebat kerana dia yakin sesungguhnya Tunkulah yang menyebabkan
karier politiknya berkecai. Surat biadap ini kemudiannya disusuli dengan buku, "The
Malay Dilema" yang ditulis dalam bahasa kebanggaan Mahathir, bahasa Inggeris. Di dalam bab 2 buku
ini bertajuk "Di Mana Silapnya?" Mahathir menghentam Almarhum Tunku habis-habisan.
Almarhum Tunku pernah melabel Mahathir sebagai seorang "ultra" (pelampau). Mahathir
sememangnya melampau kerana tidak memperdulikan adab dan kesopanan budaya orang Melayu. Cara Mahathir membidas
Tunku dapat digolongkan sebagai biadab. Mungkin saki-baki pengaruh Keling Tongkang masih menebal di dalam jiwa
Mahathir ketika itu. Mahathir seorang lelaki yang terlalu marah ketika itu. Dia menghina Tunku dengan mengatakan Tunku sudah nyanyuk
pada usia 60an. Kini gilirannya untuk dipanggil "nyanyuk" pada usia 73 tahun. Mahathir menganggap "The
Happiest Prime Minister in the World" sudah "out of touch with reality". Sekarang "The
Most Arrogant Prime Minister in the World" ini hidup dalam alam fantasi yang penuh dengan kebatilan.
Mahathir dengan keras memberitahu Tunku bahwa "tak-kanlah yang ramai itu sentiasa salah" tetapi dia tidak
mahu menerima kenyataan bahwa "yang ramai" itu sudah hilang kepercayaan dan hormat kepadanya. Sudah adapun
sepanduk yang berbunyi "Mahathir Butuh" diangkat oleh penduduk Kampung Baru.
Mahathir mendesak supaya Tunku segera meletakkan jawatan kerana orang Melayu sudah tidak menyokongnya. Almarhum
Tunku menyahut desakan rakyat dan berundur dengan cara terhormat. Akan tetapi Mahathir sungguh "recalcitrant"
(keras kepala) walaupun hampir setiap minggu rakyat melaungkan slogan "Undur, Mahathir, Undur". Bekas
Perdana Menteri Australia, Paul Keating tidak mengeluarkan perkataan kurang sopan tersebut tanpa alasan.
Semasa UMNO diharamkan Almarhum Tunku telah menyokong Team B dalam cubaan menubuhkan parti baru, UMNO Malaysia.
Tunku tidak rela bersekongkol dengan Mahathir yang terkenal dengan sikap "ultra"nya. Begitu juga sikap
Tunku semasa berlakunya pemecatan Ketua Hakim Negara yang dihormati, Tun Salleh Abbas. Tunku bermurah hati menulis
kata-kata aluan buku "May Day for Justice" yang membicarakan isu pemecatan tersebut.
Selepas dipecat dari UMNO oleh Almarhum Tunku berikutan penerbitan buku "The Malay Dilemma", Mahathir
dengan tanpa segan silu menumpang platfom PAS untuk terus membidas kerajaan pimpinan Tunku.
Mahathir sebenarnya bukan mahu menerima ideologi perjuangan PAS. Sewaktu itu pegangannya cenderong kepada fahaman
sosialis. Itu semua bukanlah perkara rumit bagi seorang yang pragmatik seperti Mahathir. Pragmatisme
Mahathir serupa seperti sifat binatang "chameleon", sejenis cicak yang berupaya mengubah warna
kulitnya sesuai dengan persekitarannya.
Apabila Mahathir diterima semula ke dalam UMNO oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, segala jasa PAS semasa zaman "buang
negeri"nya dilupakan begitu sahaja. Memang Mahathir tidak tahu mengenang budi. Mahathir
berlagak bagaikan Ketua Samseng dalam cerita Hindustan dan menikam PAS bertubi-tubi dari semua arah dengan pelbagai
keris puaka. Sikap anti-PAS Mahathir boleh dikatakan mirip kepada fikrah Abdullah Ibnu Ubay, ketua puak
munafik yang mempengaruhi orang-orang Islam untuk murtad selepas kewafatan Rasullah s.a.w.!
Mahathir amat gemar dan tidak pernah kehabisan tenaga menuduh PAS "bertopengkan" Islam untuk mencapai
cita-cita politiknya. PAS sentiasa dituduh mengeksploitasi ugama untuk kepentingan sendiri. Tetapi Mahathir lupa
bahwa dia sendiri banyak memakai "topeng" sepanjang karier politiknya. Seperti cicak chameleon, Mahathir
memakai topeng sosialism, Islamisasi dan nasionalis mengikut kesesuaian zaman. Mungkin sekarang topeng yang dipakainya
ialah topeng yang ditempah khas bagi dirinya yakni topeng "Diktator".
Mr. Pragmatik hampir saja berjaya melumpuhkan PAS apabila melakukan "scoop" yang menakjubkan pada tahun
1982. Yang menjadi rebutan kedua-dua pihak ialah sebutir permata yang tidak bergilap bernama Anwar bin Ibrahim.
Insan bernama Anwar mesti dibendong dan dikawal kerana dikhuatiri jika dia menyertai PAS nafas politik Mahathir
akan tersekat dan mungkin membawa kepada "sudden death". Gelombang kesedaran semula Islam yang bertiup
di serata dunia semakin mendapat tempat di hati umat Islam Malaysia. Anwar dan ABIM memainkan peranan yang tidak
ternilai harganya dalam proses ini. Mahathir semakin cemas apabila Revolusi Islam berjaya menjatuhkan rejim Shah
Iran. Sekali lagi Mahathir menyalin kulitnya dengan menonjolkan warna Islam. Ini dilakukan untuk mematahkan pengaruh
PAS selepas tamatnya era Allahyarham Datuk Asri Muda. PAS baru saja menjalani "reformasi" menyeluruh
dan telah menampilkan imej Islam yang modernist. Tokoh-tokoh PAS seperti Dato' Fadzil Noor, Ustaz Nik Aziz, Tuan
Guru Abd Hadi Awang dan rakan-rakan seangkatan yang lain mampu mencabar ketuanan nasionalis UMNO ke atas orang-orang
Melayu yang sedang bangun dari tidur yang lena. Generasi Melayu ini sudah membuang budaya "hippie", kekaguman
dengan fahaman sosialis dan cara hidup ala Barat yang sesat. Maka dilaksanakanlah program "Islamisasi"
yang intensif untuk menghilangkan kedahagaan umat ini.
Kebencian Mahathir terhadap PAS membawa kepada tragedi berdarah. Tangan Mahathir "berlumuran
dengan darah" penyokong-penyokong PAS di sebuah kampung bernama Memali pada tahun 1985. Walaupun Mahathir
cuba menyalahkan Timbalannya ketika itu, Tan Sri Musa Hitam tetapi sebenarnya arahan untuk menyerang Allahyarham
Ibrahim Mahmood @ Ibrahim Libya dan penyokong-penyokongya datang dari Mahathir yang sedang melawat negara komunis
China. Mengapakah tidak dipanggil pemimpin-pemimpin tertinggi PAS dan tokoh-tokoh yang mempunyai pengaruh ke atas
Ibrahim Libya untuk memujuknya menyerah diri? Apakah mereka yang terkorban itu telah melakukan keganasan terhadap
negara ini sehingga wajar ditentangi dengan kekerasan?
Semasa kes tuduhan rasuah Dato' Harun Idris pada tahun 1970an, sekumpulan anggota Pergerakan Pemuda UMNO telah
mengepung kediaman bekas Menteri Besar Selangor itu dan menghalang pihak polis dari menangkap Dato' Harun. Kumpulan
Pemuda UMNO ini sanggup menggadai nyawa mereka semata-mata mahu mempertahankan pemimpin agung mereka. Kerjaan pimpinan
Allahyarham Tun Abdul Razak telah menghantar satu delegasi untuk berunding dengan Dato' Harun. Hasil dari tindakan
Tun Razak yang penuh hikmah itu maka Dato' Harun bersetuju menyerah diri. Peristiwa itu berakhir dengan aman tanpa
sebarang pertumpahan darah. Mahathir mesti menanggung dosa terhadap pembunuhan di Memali dan menjawab kepada balu dan anak-anak mereka yang
terkorban. Sikap "recalcitrant" Mahathirlah yang menyebabkan banyak nyawa yang terkorban. Umat Islam
terutama ahli-ahli PAS tidak akan melupakan jenayah Mahathir ini.
Mahathir cukup meminati lagu "My Way" yang dipopularkan oleh mendiang Frank Sinatra. Lagu ini sering
dinyanyikan Mahathir dalam majlis-majlis amal. Mahathir gemar lagu ini kerana senikatanya mencerminkan prinsip
hidup Mahathir sendiri. Segala-galanya mestilah dilakukan mengikut pandangan dan cara Mahathir
sahaja. Sesiapa yang menentang atau enggan mengabdikan diri kepada kemahuan Mahathir dianggap sebagai pengkhianat.
Cubalah tanya Tan Sri Musa Hitam, Tengku Razaleigh, tokoh-tokoh pembangkang, Tun Salleh Abbas dan Anwar Ibrahim.
Mereka ini merasakan secara terus bahang api kemarahan Mahathir. Musa Hitam meletakkan jawatan kerana tidak tahan
lagi dengan karenah Mahathir terutamanya selepas insiden berdarah di Memali. Tokoh-tokoh pembangkang dibawa bercuti
ke resort tahanan tanpa rela atas arahan Mahathir. Tun Salleh Abbas dihumban ke bawah dari menara kehakiman kerana
enggan bersekongkol dengan Mahathir. Ku Li dan kerabat Team B angkat kaki meninggalkan kampung UMNO dan mendirikan
desa Semangat 46. Dan yang terbaru sekali Anwar Ibrahim dipenjarakan di dalam istana berduri kerana antara lain
melakukan dosa kepada Mirzan Mahathir.
Kontroversi tercetus apabila Kementerian Pendidikan mencadangkan untuk menaikkan pangkat guru-guru dari aliran
bukan pendidikan China menjadi pengetua sekolah jenis kebangsaan China. Menteri Pendidikan semasa itu ialah Sdr
Anwar Ibrahim. Tindakan ini ditentang oleh badan-badan pendidikan China. Part-parti MCA dan DAP terheret ke dalam
kontroversi ini. Datuk Lee Kim Sai dari MCA telah menaikkan kemarahan orang-orang Melayu dengan mengeluarkan beberapa
kenyataan yang berbau perkauman. Pemuda UMNO yang dipimpin oleh Najib Tun Razak telah bertindakbalas dengan mengadakan
perhimpunan raksaksa di Padang Kelab Selangor. Keadaan di sekitar Kuala Lumpur menjadi tegang seolah-olah 13 Mei
akan berulang. Mahathir mengambil kesempatan dari situasi genting ini dengan mengarahkan penangkapan 106 orang di bawah Ops Lalang
pada Oktober 1987. Antara tokoh-tokoh utama yang ditahan ialah Lim Kit Siang, Karpal Singh, Mat Sabu, Mahfuz Omar
dan Chandra Muzaffar. Isu yang pada mulanya membabitkan perbalahan perkauman di antara UMNO dan MCA akhirnya dieksploitasi
oleh Mahathir untuk mengurung pembangkang. Bak kata orang, "Rezeki jangan ditolak". Mahathir merasa bertuah
kerana dengan peluang ini dapatlah dia mengusulkan pindaan perlembagaan menghadkan kuasa Raja-raja dan menghancurkan
kebebasan institusi kehakiman. Mahathir memang seorang "fighter" yang kental. Semangat berjuangnya jauh lebih hebat daripada Mike Tyson.
Satu demi satu lawan Mahathir tumbangkan dengan pukulan KO. Team B yang diketuai Tengku Razaleigh cuba merampas
takhta Mahathir melalui pemilihan pucuk pimpinan UMNO pada tahun 1987. Dalam sesuatu demokrasi yang matang perebutan
kuasa secara pilihanraya adalah suatu perkara biasa. Pihak yang menang akan memerintah parti manakala yang kalah
menerima hakikat kekalahan dengan terbuka. Kalau ada nasib lain tahun cuba lagi. Tetapi bagi Mahathir sebarang
cubaan untuk menjatuhkannya tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Penentang mesti dihukum sekeras-kerasnya walaupun
tindakbalas itu boleh membawa kepada perpecahan parti. Bila UMNO diharamkan dan Team B tersingkir maka saki-baki
ahli yang kekal di dalam UMNO Baru tiada pilihan melainkan mendaulatkan secara total kepimpinan Mahathir.
Walaupun gagal mendaftarkan UMNO Malaysia, Team B tidak berputus asa. Maka ditubuhkan Parti Melayu Semangat 46.
Parti bekas ahli UMNO ini mengadakan pakatan dengan parti-parti pembangkang yang lain. S46 menjadi ahli komponen
Gagasan Rakyat dan Angkatan Perpaduan Ummah. Gabungan pembangkang yakin dapat mengurangkan majoriti BN dalam pilihanraya
1990. Tanpa diduga Mahathir telah menggunakan taktik kotor di saat-saat akhir pengundi keluar
melaksanakan tanggungjawab mereka. Tersebarlah dengan meluas gambar Tengku Razaleigh memakai setanjak Kadazan
yang didakwa terpahat lambang salib Kristian di atasnya. Sebenarnya lambang salib berlainan sedikit dari lambang
di setanjak itu. Tanyalah rakan-rakan beragama Kristian tentang hal ini. Malang bagi S46 kesannya sungguh dahsyat.
Sokongan terhadap S46 punah sama sekali seperti ledakan bom atom di Hiroshima. Penyokong dan sukarelawan S46 berpaling
tadah dan mengundi BN. S46 mengalami kekalahan yang mengaibkan kecuali di Kelantan. Mahathir gembira tidak terhingga
kerana rancangannya telah berjaya memperdayakan majoriti orang Melayu. Rais Yatim terpaksa membina semula jambatannya
yang telah beliau bakar dahulu. Semua orang masih ingat lagi kenyataan terkenal Rais, "I've burnt my bridges".
Akhirnya puak S46 terpaksa merangkak balik ke pangkuan UMNO Mahathir.
Selepas memecat Anwar Ibrahim pada 2 September 1998, Mahathir berharap bahwa tuduhan moral akan dapat menghancurkan
ancaman Anwar kepadanya. Mahathir kecewa kerana rakyat terutama ahli-ahli UMNO masih enggan menyokong tindakannya
meskipun Sukma dan Dr. Munawar "mengaku" diliwat oleh Anwar. Sekarang Mahathir
mengambil pendekatan berbeza dengan memainkan sentimen Patriotisme dan campurtangan asing di dalam hal-ehwal dalaman
negara. Ucapan Naib Presiden Amerika Syarikat bagaikan rahmat yang datang bergolek kepada Mahathir. Sekarang
perhatian rakyat dapat dipalingkan dari isu penganiayaan Anwar kepada kedaulatan negara. Perjuangan golongan reformasi
telahpun dilabel sebagai pengkhianat dan menjadi talibarut Amerika. Kempen mengibarkan Jalur Gemilang, iklan dan
rancangan bertemakan Patriotisme di media massa dan kenyataan-kenyataan kuncu-kuncu Mahathir menghidupkan semula
bayang-bayang hantu 13 Mei. Maka keluarlah kenyataan "gempak" Pak Lah Badawi kepada dunia bahwa Malaysia
akan menyalahkan Amerika Syarikat kalau tercetusnya rusuhan di negara ini. Semuanya adalah perencanaan terperinci
Mahathir untuk terus mengekalkan kuasa. Dikhuatiri akan berlaku gerakan menangkap penentang-penentang
Mahathir beramai-ramai sebelum pilihanraya diadakan selepas Hariraya 'Aidil Fitri 1999.
Mahathir mungkin berjaya dengan taktik seperti yang digunakan semasa pilihanraya 1986 dan
1990, tetapi percayalah bahwa kebenaran dan keadilan akan terserlah akhirnya meskipun bertahun-tahun lamanya berjuang.
Nelson Mandela merengkok lebih suku abad di dalam penjara apartheid tetapi dia tetap yakin akan mencapai "freedom
in our lifetime" (kebebasan semasa hayat kita).
SALAHLAKU MAHATHIR (Bhg. 2) sumbangan : Steffan Khinge & Associates Mahathir sangat pakar dalam hal-hal psikologi rakyat Malaysia. Dia gemar pergi menjelajah seluruh negara setiap
kali berlakunya krisis. Lihat sajalah kempen Semarak yang dikendalikan semasa krisis-krisis
1980an. "Semarak" kononnya bererti "Setia bersama rakyat" tetapi lebih tepat kalau digelar
"Setia bersama Mahathir dan anak-anak". Tujuannya adalah untuk meraih simpati dan menyakinkan
rakyat biasa bahwa pandangannya sajalah yang betul .
Cara Mahathir menangani isu-isu berhubung raja-raja Melayu ternyata berbeza dengan Perdana Menteri yang lain-lain
sebelumnya. Almarhum Tunku dan Allahyarham Tun Razak mempunyai hubungan erat dengan pihak istana. Sebarang masalah
pasti akan dibincangkan secara baik dengan raja yang terbabit tanpa mensasikan isu tersebut. Allahyarham Tun Hussein
pun mampu mengekalkan hubungan harmonis ini dengan cara diplomatiknya. Bekas pemimpin-pemimpin ini ada sifat "gentleman".
Mahathir bukanlah seorang "gentleman". Mahathir lebih cenderung mengambil pendekatan
konfrontasi dalam menghadapi kerenah pihak istana. Apa sebab agaknya Sultan Johor memberi nama jolokan "Mamak"
kepada Mahathir? Jika gelaran "Mamak" ini dikaitkan dengan pelakon cerita yang amat popular suatu masa
dulu yang pernah menjadi Ketua Menteri Tamil Nadu, mendiang MG Ramachandran tidaklah mengapa kerana MGR selalu
berlakon jadi hero. Pada tahun 1983 Mahathir menjelajah seluruh Malaysia untuk memberikan penerangan akan perlunya dihapuskan imuniti
(kekebalan) raja-raja Malaysia dari pendakwaan di mahkamah. Kononnya Raja-raja ini sudah melampaui batas dan perlu
dibendung. Pada tahun 1992-93 timbul pula isu meminda perlembagaan untuk melaksanakan rang undang-undang tanpa
memerlukan kelulusan DYMM Agong asalkan perkara tersebut telah dimaklumkan kepadanya. Maka Mahathir pun mengelilingi
satu negara menjaja cadangannya. Rapat umum besar-besaran diadakan di segenap ceruk Malaysia. Dihimpunkan ahli-ahli
parti komponen BN, kakitangan kerajaan dan rakyat jelata untuk mendengar amanat Maharaja Mahathir.
Untuk menyakinkan rakyat bahwa kekuasaan raja-raja Melayu perlu dibataskan maka propaganda
kerajaan Barisan Nasional pimpinan Mahathir mula mendedahkan salahlaku raja-raja. Cerita-cerita lama diberi nafas
baru dan di"release"kan semula untuk tontonan ramai. Wayang-wayang "cheap matinee" ini
tidak dikenakan apa-apa bayaran. Tidak perlu berbaris panjang untuk membeli tiket. Semuanya percuma ikhlas dari
Mahathir kepada rakyat Malaysia. Rakyat dihidangkan kes-kes wang balak di Pahang, salahlaku anak raja memukul jurulatih,
kereta Ferrari Diablo Sultan Kelantan, "istana-istana mewah" milik raja-raja dan sebagainya. Sampaikan
banglo DYMM Sultan Perlis di Bukit Jambul, Pulau Pinang pun dinaikkan taraf kepada "istana". Tidak menjadi
kesalahan kalau Mahathir mahu membina sebuah "istana" di Putrajaya. Bukannya Mahathir tidak tahu cara
hidup raja-raja kita selama ini tetapi dia hanya timbulkan hal-hal itu sebagai ugutan kepada mereka. Apalah nilainya
kaum kerabat diraja kalau sudah hilang daulat. Kalau hanya setakat tinggal "Raja" pada nama, si Rajasekaran,
Rajagopal dan Rajamani pun boleh mengaku saudara. Kesimpulannya, kalau raja-raja berdegil menentangnya maka akan
"pecahlah tembelang" mereka. Seharusnya Mahathir diberi tabik hormat diraja kerana dia berjaya melakukan apa yang British gagal mencapai. Walaupun
British berjaya memaksa Raja-raja Melayu menyetujui rancangan Malayan Union tetapi tidak berhasil melaksanakannya
setelah ditentang hebat oleh orang-orang Melayu yang bersatu di bawah kepimpinan Allahyarham Dato? Onn Jaafar.
Buat pertama kali dalam sejarah orang Melayu segala perbezaan semangat kenegerian, loghat, adat resam dan pegangan
politik diketepikan demi menghadapi ancaman musuh besar. Mahathir atau nama penanya C.H.E. Det melihat sendiri
betapa hebat kesannya siri rapat umum yang dianjurkan ketika itu. Mahathir tahu bahwa rakyat terutamanya orang
Melayu akan bersatu di belakang pemimpin mereka kalau merasa terancam. Pengamatan ini mengajar
Mahathir tentang keberkesanan "mob mentality". Dalam hal ini "modus operandi" Mahathir lebih
halus dan licin berbanding Hitler yang menggunakan kekerasan untuk mencapai matlamatnya.
Sebelum krisis melanda kebebasan institusi kehakiman negara , pihak kehakiman negara dipandang tinggi di serata
dunia. Malahan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas diiktiraf antara hakim terbaik di kalangan negara-negara Komanwel.
Malangnya sanjungan dunia terhadap badan kehakiman kita terhakis begitu rupa angkara Mahathir yang pendendam.
Kemarahan Mahathir terhadap badan kehakiman negara tidak terhingga bermula dari episod UMNO diheret ke mahkamah
oleh 11 orang ahli UMNO yang tidak berpuas hati. Kumpulan ahli UMNO tersebut telah merayu kepada Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur mengenai keputusan pilihanraya pucuk pimpinan parti yang diadakan pada tahun 1987. Semasa pertandingan
ini Mahathir hampir tumpas kepada gandingan Tengku Razaleigh-Musa Hitam. Sewaktu itu UMNO telah berpecah kepada
Team A (Mahathir) dan Team B (penentangnya).
Kumpulan 11 ini membawa kes ke muka pengadilan kerana mendakwa terdapat segelintir perwakilan yang mengundi datang
dari cawangan yang tidak berdaftar secara sah. Mereka memohon agar pilihanraya tersebut diisytiharkan tidak sah.
Kalau pemilihan terpaksa dijalankan semula tanpa penglibatan perwakilan "haram" tersebut, mungkin Team
B boleh ditabalkan menerajui UMNO. Kalau ini berlaku maka Team A terpaksa memahat batu nesan dan menyiapkan kain
kapan buat Mahathir. Namun begitu keputusan yang dibuat oleh Hakim Harun Hashim memeranjatkan semua pihak. Hakim
tersebut mendapati bahwa di bawah peruntukan Akta Pertubuhan 1966 bukan sahaja pemilihan tersebut tidak sah, malah
parti UMNO sendiri adalah sebuah pertubuhan yang tidak sah! Pendek kata ahli-ahli UMNO adalah anggota pertubuhan
yang haram macam kongsi gelap. Maka bermulalah perebutan di antara kedua-dua puak UMNO untuk mendaftar semula parti kesayangan mereka. UMNO Baru
anjuran Mahathir berjaya didaftarkan sebagai pengganti parti asal yang diisytiharkan haram tempoh hari. Puak Ku
Li-Musa yang mendapat sokongan Almarhum Tunku gagal mendaftarkan UMNO Malaysia. Selepas menewaskan
cabaran Team B, Mahathir mula merancang strategi untuk membendung kebebasan badan kehakiman kerana "perjuangannya
masih belum selesai". Mahathir mahu memastikan institusi mulia ini duduk di bawah telunjuk Eksekutif i.e.
kekuasaannya. Matlamatnya tercapai apabila pindaan yang membolehkan bidang Eksekutif menguasai badan kehakiman
telah diluluskan oleh Parlimen. Taktik Mahathir berjaya kerana sebelum itu pada bulan Oktober 1987 pemimpin-pemimpin
pembangkang dan para pengkritik sosial telah ditahan di bawah ISA melalui Ops Lalang. Mahathir menang "walkover"
kerana lawannya tidak dapat hadir. Serangan bertali arus Mahathir secara terang-terangan terhadap keutuhan badan kehakiman menyebabkan
Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas memanggil suatu persidangan hakim-hakim. Dalam bulan Mac 1988 seramai 20 orang
hakim bermesyuarat di Mahkamah Agung. Mereka mencapai kata sepakat menghantar perutusan kepada DYMM Agong
menyuarakan bantahan terhadap kenyataan-kenyataan berbisa Mahathir. Tidak sampai seminggu selepas perutusan itu
dihantar kepada Sultan Johor selaku DYMM Agong , Tun Salleh telah digantung dari jawatan Ketua Hakim Negara oleh
Tuanku atas nasihat Mahathir. Pada masa yang sama Tan Sri Abdul Hamid telah dilantik untuk memangku jawatan berkenaan.
Sukar untuk dipercayai orang macam Mahathir boleh beri nasihat. Rasanya lebih tepat kalau digunakan perkataan "arahan".
Entah-entah Seri Paduka terpaksa tunduk kepada kemahuan Mahathir kerana takut rahsia-rahsianya akan didedahkan.
Alasan yang diberikan untuk penggantungan Tun Salleh ialah kononnya Seri Paduka murka terhadap perutusan para hakim.
Penggantungan ini dilaksanakan juga walaupun Majlis Raja-raja telah mengesyorkan supaya Tun
Salleh dikembalikan kepada jawatannya. Sebuah Tribunal Kehakiman telah ditubuhkan untuk menentukan nasib
Tun Salleh. Keahlian dan kesahihan tribunal berkenaan menimbulkan kesangsian tentang niat sebenar penganiyaan Tun
Salleh. Pertama, bilangan anggota tribunal sepatutnya angka ganjil supaya tidak berlaku sebarang keputusan tergantung
(deadlock). Akan tetapi enam orang hakim telah dilantik menganggotai tribunal ini. Kedua, pemangku jawatan Ketua
Hakim Negara yakni Tan Sri Abdul Hamid tidak wajar menduduki tribunal tersebut kerana mempunyai kepentingan secara
langsung terhadap kes yang akan didengar. Ketiga, menurut norma-norma keadilan sejagat anggota tribunal hendaklah
terdiri dari mereka yang sekurang-kurangnya sama taraf dengan orang yang hendak dihakimi. Daripada enam ahli tribunal
ini hanya seorang ahli sahaja, seorang warga Sri Lanka, yang menepati tuntutan keadilan yang disebutkan. Bantahan
yang dikemukan oleh peguam Tun Salleh tidak dihiraukan sama sekali.
Akhirnya Tun Salleh didapati bersalah di atas tuduhan menghina kredibility Kerajaan dengan membuat andaian bahwa
pihak Eksekutif tidak menyakini kebebasan badan kehakiman. Tribunal anjuran Mahathir ala mahkamah kangaroo selesai
membicarakan Tun Salleh hanya dalam masa kira-kira empat jam sahaja! Pastinya suatu rekod yang membanggakan Mahathir
ketika itu sebelum dipecahkan oleh kes-kes Sukma dan Dr. Munawar. Maka lengkaplah penghinaan kepada kebebasan institusi
kehakiman dengan pemecatan Tun Salleh sebagai Ketua Hakim Negara. Selepas tersingkirnya Tun Salleh dari jawatan
tertinggi ini maka tidak menghairankan sedikit pun apabila tindak-tanduk kepimpinan badan kehakiman negara mencerminkan
mereka ini hanyalah sekadar menjadi orang suruhan Mahathir.
Kepercayaan rakyat terhadap kebebasan pimpinan tersebut semakin terhakis. Apatah lagi bila
mana terdedahnya dakwaan bahwa berlaku rasuah di kalangan profesion kehakiman. Penulis "surat layang"
yang memuatkan tuduhan berkenaan telah dikenalpasti sebagai seorang hakim. Anehnya tiada tindakan perundangan yang
diambil terhadap individu berkenaan meskipun dakwaannya teramat serius. Penulis surat diizinkan berundur secara
"terhormat" dan kes tersebut ditutup begitu saja. Maruah badan kehakiman semakin tercemar apabila
pendedahan dibuat oleh saksi mengenai pembabitan orang ternama termasuk seorang anggota kehakiman di dalam kes
perbicaraan pelacuran Ming Court-Haslinda Merican. Rakyat seterusnya bertambah gusar apabila mengetahui betapa
akrabnya segelintir anggota kehakiman dengan golongan korporat pro-Mahathir berikutan pengedaran gambar-gambar
percutian kedua-dua pihak. Sesungguhnya konspirasi menjatuhkan Anwar Ibrahim menyaksikan sekali lagi kesefahaman
dan "teamwork" rapat di antara anasir-anasir tertentu di pihak badan kehakiman dan rejim Mahathir. Hakim-hakim
yang dianggap bersimpati dengan penganiayaan Anwar (dan juga pembelakangan prinsip-prinsip keadilan sejagat) telah
ditukar dengan segera. Semuanya dilakukan di atas titah Seri Paduka Baginda Mahathir!
Semestinya setiap usaha dilakukan untuk menaikkan semula martabat institusi kehakiman. Sebelum tercapainya matlamat
ini maka selama itulah cahaya keadilan terus malap di Malaysia. Rakyat Malaysia masih ternanti-nanti kemunculan
pahlawan gagah berani yang akan menentang pemerintah yang Mahazalim. Tiada jalan maupun pilihan
lagi bagi Malaysia - Mahathir mestilah disingkirkan!
Mahathir mempunyai tafsiran radikal terhadap ugama Islam dan peranan ulamak dalam masyarakat.
Dia menolak perlaksanaan undang-undang Islam yang menyeluruh dengan alasan kononnya undang-undang tersebut tidak
sesuai dengan masyarakat majmuk di negara ini. Bagi Mahathir kalau hukum Hudud dijalankan maka akan ramailah rakyat
yang akan kudung tangan dan tiada lagi batu-batu untuk membuat jalan-jalan.
Oleh itu tidaklah pelik bila Mahathir menolak cadangan kerajaan Kelantan yang diterajui oleh PAS untuk melaksanakan
hukum hudud. Mahathir mendakwa perlaksanaan hukum ini akan menyebabkan kezaliman yang ketara berlaku. Dalam sepucuk
surat kepada Menteri Besar Kelantan, Ustaz Nik Aziz yang diutuskan pada tahun 1994, Mahahtir memberi amaran bahwa
Kerajaan Persekutuan akan mengambil tindakan yang sewajarnya jika kerajaan Kelantan masih berdegil mahukan melaksanakan
hukum Hudud. Mahathir betul-betul murka dengan pihak berkuasa agama apabila tiga gadis Islam berketurunan Melayu telah ditahan
oleh pegawai-pegawai JAIS di sebuah hotel pada bulan Jun 1997. Gadis-gadis tersebut adalah Fahyu Hanim, Noni dan
Sharina. Mereka telah didakwa melakukan kesalahan di bawah undang-undang agama Islam negeri Selangor yang mengharamkan
penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik.
Sebenarnya pengharaman tersebut bukannya tidak mendapat liputan meluas media tempatan. Penguatkuasaan undang-undang
tersebut dilakukan setelah 2 tahun rang undang-undang itu diwartakan. Bukanlah Mufti yang meluluskan undang-undang
kontroversi itu dengan sewenang-wenangnya. Mufti telah mengemukan cadangan melarang wanita Islam berpakaian tidak
sopan dan mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik kepada Majlis Fatwa Negeri. Majlis Fatwa tersebut telah
menerima cadangan ini sebagai fatwa yang boleh digunapakai. Rang undang-undang berkaitan
telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor yang didominasi oleh UMNO. Seterusnya rang undang-undang ini
telah diwartakan pada bulan Mei 1995. Ini bererti DUN Selangor sendiri telah menghalalkan penggunaan fatwa terbabit.
Semasa penangkapan tiga gadis ini dibuat Mahathir sedang bercuti di luar negara. Apabila ditanya pendapatnya mengenai
hal tersebut, Mahathir melahirkan rasa kesalnya dan menuduh pihak JAIS tidak memahami tuntutan agama. Mahathir
seterusnya membidas pihak berkuasa agama dengan dakwaan kononnya mereka telah menyalahgunakan kuasa. Tindakan menggari
ketiga-tiga pesalah tersebut dianggap melampau dan menjejaskan imej Malaysia. Mahathir sebenarnya mahukan mereka
itu diberi penerangan terperinci mengenai kesalahan yang bakal dilakukan jika meneruskan penglibatan dalam pertandingan
tersebut. Mahathir berdalih mungkin gadis-gadis itu tidak mengetahui bahwa undang-undang
itu telah diwartakan. Alangkah bertuahnya semua rakyat jika boleh memberi alasan kepada pihak polis, JPJ
dan penguatkuasa tempatan bahwa kita tidak mengetahui atau memahami sesuatu peruntukan undang-undang yang diwartakan.
Malangnya samada kita membaca atau tidak sesuatu warta , kesalahan tetap kesalahan kerana sudah menjadi undang-undang
sah. Kemarahan Mahathir tidak tamat dengan kes tiga gadis itu. Dalam satu ceramah di Kedah Mufti Selangor, Dato? Haji
Ishak Baharom ada mengingatkan pemimpin-peminpin supaya berhati-hati dalam menyentuh isu-isu berhubung ugama Islam
kerana dikhuatiri mungkin mengeluarkan pendapat yang boleh membatalkan Syahadah. Mahathir melenting yang amat sangat
kerana mendakwa ada Mufti telah mengatakan dia hampir murtad. Kontrak Dato? Haji Ishak tidak diperbaharui.
Pada bulan Ogos 1997 selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, Mahathir mengumumkan
perlunya mengkaji kuasa dan peranan Mufti. Kononnya ini demi mengelakkan Mufti membuat fatwa sesuka hati.
Mahathir mahukan Mufti berbincang dengan semua pihak termasuk golongan yang bukan berpelajaran agama sebelum boleh
mengeluarkan fatwa. Dalam ertikata lain Mahathir mahukan Mufti merujuk kepadanya dalam semua hal-hal berkaitan
Islam. Hal ini jika dilaksanakan samalah seperti seorang Arab meminta kawannya yang tidak mahir dalam bahasa Arab
memberi pandangan mengenai suatu rencana yang ditulis dalam bahasa Arab.
Tafsiran Mahathir mengenai sesetengah hal berhubungkait dengan undang-undang Islam sangatlah diragui. Ambil contoh
apabila para ulamak dan cerdik pandai Islam menyatakan pandangan bahwa pihak yang menuduh orang Islam lain melakukan
liwat mesti mengemukakan 4 orang saksi lelaki yang adil. Mahathir beritahu Parlimen bahwa dalam masyarakat sekarang
tersangat sukar untuk mendapatkan saksi-saksi yang memenuhi tuntutan Syarak ini. Kalaulah
betul masyarakat sudah pincang pegangan agamanya Mahathirlah yang bertanggungjawab terhadap gejala ini. Mahathir
berhujjah seterusnya walaupun tidak dapat dibuktikan kesalahan itu tetapi Allah Maha Mengetahui segala yang dilakukan
hamba-hambanya. Oleh itu menjadi kewajipan masyarakat untuk menghukum orang yang bersalah ini. Sungguh hebat "fatwa"
yang dikeluarkan oleh Imam Mahathir. Tidak perlu dirujukkan kepada Majlis Fatwa mahupun diwartakan. Mujurlah bagi
seorang anak Thamby Chik bernama Rahim "fatwa" Mahathir ini dikeluarkan setelah kesnya ditutup oleh Peguam
Negara, kawannya dari Melaka. Mungkin Mahathir merasa berkewajipan menolong anak thambi ini kerana mengenangkan
mereka dari rumpun yang sama. Sebab "fatwa" inilah Sukma dan Dr Munawar dihukum dengan seksyen liwat
yang bercirikan semangat "Malaysia Boleh". Macam mana pula dengan Azizan Abu Bakar yang mengaku kepada
seluruh dunia telah diliwat 15 kali? Mungkin Azizan ada mencatitkan waktu dan tempat berlakunya setiap pengliwatan
di dalam diarinya kerana khabarnya dia memang tekun menulis setiap gerak-geri bekas majikannya.
Bagi Mahathir ugama Islam sememangnya boleh ditafsir menurut logik akal saja. Pandangan
ulamak dianggap tidak progresif. Mahathir mahu pendekatan orang Melayu terhadap Islam dikaji semula supaya dapat
disesuaikan dengan peredaran zaman. Tidak menghairankanlah betapa kurang berminatnya Mahathir menangani kes-kes
murtad. Seandainya Mahathir ikhlas dia akan menjelajah seluruh negara menjelaskan betapa perlunya dicegah orang
Islam murtad. Rakyat Melayu yang mengaku Islam akan menyokong penuh usahanya. Majoriti dalam Parlimen yang dimiliknya
boleh digunakan untuk meluluskan pindaan yang wajar bagi menghalang gejala ini. Mahathir boleh humban sesiapa yang
menentang usaha ini masuk ke istana Kamunting. Semuanya boleh berlaku kalau Mahathir benar-benar mahukan ia menjadi
kenyataan. Sebagai pemerintah Mahathir akan disoal di Padang Masyhar nanti mengapa dia tidak menghalang
Aishah Bokhari, Hartina Kamaruddin dan ramai lagi orang Islam dari membelakangkan Islam dan terus menyembah Allah
Yang Maha Esa. SALAHLAKU MAHATHIR (Bhg. Akhir) sumbangan : Steffan Khinge & Associates Asas-asas pentadbiran ekonomi yang mantap telahpun wujud sebelum Mahathir mengambilalih tampuk pemerintahan negara.
Mahathir memperkembangankan lagi asas-asas ini dengan melakukan perubahan paradigma. Mahathir mahukan Malaysia
menuju ke arah tahap negara perindustrian seberapa segera. Dia melihat negara Jepun sebagai contoh terbaik sebuah
negara Asia yang mampu bangun menjadi kuasa ekonomi yang perkasa. Mahathir ingin melakukan reformasi ala Maharaja
Meiji. Maka dilancarkan kempen Pandang Ke Timur untuk menjayakan program modenisasi Malaysia. Sebenarnya negara Matahari
Terbit ini sudahpun melaksanakan usaha-usaha untuk mempergiatkan dan memperluaskan kemantapan kuasa ekonomi sebelum
Mahathir menjadi PM lagi. Kilang-kilang Jepun telahpun beroperasi di Malaysia sejak tahun 1970an. Perdana Menteri
Jepun, Tanaka pernah membuat lawatan ke Malaysia pada zaman Allahyarham Tun Razak untuk mempromosi perindustrian
Jepun. Inisiatif Mahathir ini bukanlah sesuatu yang baru. Bezanya Mahathir cuba menjadikan Jepun sebagai model
utama pemodenan negara. Rakyat Malaysia mahu dijadikan wira Samurai yang bersemangat juang yang tinggi.
Akan tetapi wawasan Pandang Ke Timur Mahathir menjadi kabur apabila disedari Jepun kurang berminat dan tidak benar-benar
ikhlas membantu pemodenan Malaysia. Pemindahan teknologi Jepun kepada anak watan terlalu perlahan. Kalau adapun
pemindahan yang berlaku selalunya teknologi yang sampai ke sini sudah tidak digunakan lagi di Jepun. Maksudnya
teknologi tersebut sudah lapuk. Sebagai contoh usahasama Proton-Mitsubishi dalam pemindahan teknologi pembuatan
enjin kereta nasional yang lembap memaksa Proton mencari rakan kongsi yang lain. Proton tertekan apabila enjin-enjin
untuk kereta nasional terjejas berikutan berlakunya gempa bumi di Jepun beberapa tahun lalu. Menyedari kepincangan
ini Proton menjalin kerjasama dengan Citroen yang kemudiannya menghasilkan kereta Proton Tiara. Namun begitu model
ini dianggap sudah "outdated" dan perkara ini diakui sendiri oleh Pengerusi Eksekutif Proton, Allahyarham
Tan Sri Yahaya. Pencapaian terhad polisi Pandang Ke Timur menyebabkan Mahathir sudah tidak berminat lagi mencanang
keliling dunia reformasi ala Meiji ini.
Kemelesetan ekonomi global melanda negara paling teruk antara 1985-87. Mahathir meminta pertolongan dari kawan
sekampungnya, Daim untuk memulihkan ekonomi negara. Sebenarnya Daim bukanlah begitu berminat untuk memegang jawatan
Menteri Kewangan. Daim mempunyai alasan peribadi apabila bersetuju menolong kawannya, Mahathir. Kemelesetan ekonomi
tersebut menyebabkan kepentingan bisnes Daim turut terjejas. Saham-saham syarikat Daim susut apatah lagi berlakunya
kejatuhan pasaran saham dunia pada Oktober 1987. Daim mesti menyelamatkan hartabendanya dan cara terbaik sekai
ialah dengan menyertai kabinet Mahathir. Kesempatan ini digunakan sebaik mungkin oleh Daim untuk mengolah polisi
dan program merangsang pertumbuhan ekonomi. Tidak hairanlah apabila ekonomi dan kepentingan bisnes Daim pulih
maka Daim pun memohon mengundur diri dari kabinet. Masanya tiba untuk mengaut seberapa banyak keuntungan yang boleh
bagi diri Daim. Lagipun Daim sendiri mengakui bahwa dia hanya berminat membuat duit.
Strategi Mahathir-Daim ialah dengan memberikan tumpuan kepada projek-projek prasarana. Tumpuan kepada sektor swasta
menjadikan sektor itu sebagai "engine of growth". Pendekatan fleksible dan menarik berjaya meyakinkan
pelabur-pelabur asing untuk datang ke Malaysia. Kadar buruh yang kompetitif, insentif perlepasan cukai dan kemudahan
prasarana yang baik membawa negara ke arah jalan pemulihan. Akan tetapi rangsangan ekonomi menggunakan pendekatan
pengaliran modal yang besar tidak dapat diteruskan buat selama-lamanya. Sudah menjadi sunnah ekonomi bahwa setiap
kepesatan ekonomi pasti akan merasakan penurunan. Putaran ini selalunya berlaku setiap 10 tahun. Kemelesetan 1985-87
adalah jelmaan putaran ini.Tanda-tanda ekonomi akan "overheat" sudah mula kelihatan pada awal tahun 1990an.
Ekonomi yang berkembang terlalu pesat pada kadar sekitar 8 peratus selama 7-8 tahun berturut-turut terutamanya
sektor hartanah sudah mula menampakkan ciri-ciri merudum.
Sektor hartanah berkembang dengan begitu pesat sekali menyaingi zaman pra-meleset 80an. Pemaju-pemaju berlumba-lumba
membina projek perumahan mewah dan komersial yang mega. Bermacam-macam projek seperti KLCC, KLIA, Putrajaya, KL
Linear City, STAR LRT, Monorel dll bercambah bagaikan cendawan selepas hujan. Sekiranya projek-projek ini mampu
dibiayai oleh pihak swasta tanpa bantuan kewangan dari tabungan rakyat seperti KWSP dan Tabung Haji, sila teruskan
jika mendatangkan manfaat kepada umum. Anehnya ada pihak swasta memohon peruntukan dari tabungan rakyat. Kalau
syarikat berkenaan tidak berupaya mencari sumber kewangan dengan sendiri, berikanlah projek itu kepada syarikat
yang tidak mengharapkan bantuan kerajaan. Keadaan semakin meruncing dengan keghairahan pihak perbankan memberikan
pinjaman mega tanpa banyak soal kepada syarikat-syarikat yang terbabit dengan projek-projek besar ini. Lihatlah
nasib malang yang menimpa Sime Bank dan Bank Bumiputra. Kalau dulu ekoran skandal BMF, Bank Bumi telah diselamatkan
oleh Petronas. Manakala kali ini ada bank lain yang hendak bergabung dengan Bank Bumi. Apa agaknya nama baru gabungan
ini - Bank Bumi-Commerce? Pemaju hanya berminat dengan projek-projek raksaksa kerana pulangannya pun raksaksa.
Kononnya memadailah pihak kerajaan (bukan Mahathir) sahaja yang membina rumah kos rendah untuk rakyat. Mahathir
sendiri ghairah mempromosi projek-projek mega ini. Tinggallah Sdr Anwar Ibrahim bersendirian membela nasib rakyat
berpendapatan rendah. Mahathir terlalu yakin bahwa dia dapat melawan sunnah ekonomi meskipun pakar-pakar ekonomi sudah menyuarakan kebimbangan
tentang kemungkinan "overheating" ekonomi berlaku. Mahathir tidak peduli itu semua sebab dia mampu menyimpang
dari "economic wisdom". Kalau Ronald Reagan mengamalkan pendekatan "Reaganomics", Mahathir
mungkin berbangga dengan "Recalcitranomics". Tidak menghairankanlah apabila disoal mengenai projek raksaksa
Putrajaya, Mahahtir menjawab sambil tersenyum mengatakan kerajaan ada peruntukan untuk projek itu. Agaknya Mahathir
fikir duit boleh dipetik dari pokok! Sistem tender tertutup yang diamalkan oleh Mahathir mengakibatkan projek-projek mega hanya
dibolot oleh mereka yang rapat dengan pemerintah. Sesiapa sahaja boleh mengemukakan kertas cadangan kepada
Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan jika dipersetujui oleh EPU maka projek itu bolehlah dilaksanakan. Ini cuma pada
teorinya sahaja kerana telah berlaku penipuan di dalam proses ini sehingga EPU disindir sebagai Economic Photostating
Unit. Beberapa ide dan kertas kerja telah diciplak oleh syarikat-syarikat besar dan dipersembahkan sebagai hasil
usaha mereka sendiri. Ada juga kes di mana pihak yang mengemukakan cadangan asal terpaksa menerima rakan kongsi
dari kalangan korporat bernafsu besar. Anak Mahathir sendiri seperti Mirzan didakwa melakukan penyelewengan seumpama
ini. Masakan semua ini boleh berlaku tanpa campurtangan orang dalam. Apatah lagi kebanyakan salahlaku tersebut
bermaharajalela semasa kepimpinan bekas ketua EPU yang dinaikkan taraf kepada Gabenor Bank Negara. Bagi Mahathir
ini semuanya bukan isu asalkan mamak tongkang dari EPU ini mampu menjayakan wawasannya.
Menurut hukum-hakam ekonomi bekalan wang dalam pasaran adalah terhad. Tindakan menambah bekalan ini melalui "printing
money" akan menyebabkan nilai matawang sesuatu negara jatuh. Penjajah Jepun sebelum merdeka telah mencetak
wang baru dengan banyaknya. Memang rakyat ada banyak wang yang disimpan bertimbun-timbun di dalam almari tetapi
wang ini tidak laku. Hukum-hakam ekonomi juga mewajibkan bahwa apabila banyak wang keluar dari negara lambat laun
akan berlaku kemelesetan ekonomi. Pembelian jentera-jentera berat dari seberang laut, penggajian pegawai-pegawai
dagang dari negara maju seperti AS, UK, Australia, Jepun, Korea Selatan dsb dan pengiriman wang setiap bulan ke
negara asal oleh pekerja-pekerja asing dari Bangladesh, Indonesia, Filipina dll. menyebabkan ringgit berada dengan
banyaknya di luar negara. Untuk memastikan keadaan tidak meleset perlu ada keseimbangan di antara "savings"
dengan "consumption" dan "export" dengan "import". Kemewahan yang dikecapi oleh negara
melalaikan kita dan menimbulkan perasaan angkuh. Ramai dari kita yang memikirkan seolah-olah apa sahaja yang kita
lakukan akan membuahkan hasil yang memberangsangkan. Seolah-olah kita memilik sentuhan emas (the Midas touch).
Malang bagi Mahathir dan Malaysia bulan madu ini tidak berkekalan. Fasa penurunan ekonomi
terpaksa berlaku akibat kepincangan struktur ekonomi negara kita. Perbelanjaan besar di dalam sektor-sektor kurang
produktif, pengaliran matawang besar-besaran yang berterusan, pinjaman mega tanpa sekatan, penurunan simpanan akibat
sikap berbelanja dengan boros dll mengundang malapetaka. Bagaikan retak menanti belah sahaja. Pelabur matawang
nampak kesemua kepincangan ini dan mengeksploitnya dengan maksima mengaut keuntungan besar-besaran. Mimpi indah
Mahathir terhenti dan dia terjaga dari lamunan dengan sungguh berang sekali. Terasa basah kuyup gaun tidur baldu
yang dipakainya. Rupa-rupanya tongkang mewahnya yang sarat dengan harta karun sudah bocor dan dinaiki air!
Mahathir segera memburu musuh yang melaksanakan operasi sabotaj ala komando. Akhirnya Mahathir bertemu dengan seorang
jutawan Yahudi warga Amerika bernama George Soros. Sepantas kilat Mahathri menuding jari kepada Soros menyalahkannya
melakukan spekulasi terhadap matawang negara-negara Asia Timur. Katanya Soros telah menghancurkan semua kemajuan
yang dicapai semenjak Merdeka dalam sekelip mata. Yang anehnya tidak pula beribu-ribu pekerja hilang pekerjaan
serta-merta. Tidak pula kedai-kedai makan hanya menjual ubi kayu sebagai hidangan. Anak-anak Mahathir dan kroni-kroni
tidak pula terpaksa mengayuh basikal Raleigh pergi ke pejabat masing-masing. Bila Mahathir mengadu kepada Amerika,
jawapannya "Soros adalah seorang warganegara yang dihormati". Kalaulah boleh mungkin Mahathir mahukan
Soros diberkas seperti Amerika menangkap bekas diktator Panama, Manuel Oriega.
Lagi kuat Mahathir menghentam Soros dan rakan-rakan spekulatornya, semakin menurun pasaran saham dan nilai ringgit.
Para penganilsa saham yakin indeks KLSE akan melantul naik apabila mencecah tahap 750 mata kerana "technical
rebound" mesti berlaku. Indeks KLSE turun lagi bagaikan roller coaster di Genting Highlands. Para penganalisa
pun berhenti memberi telahan. Mahathir terus mengangakan mulutnya besar-besar menyalahkan Yahudi. Gerakan Yahudi
di Amerika mengenakan tekanan ke atas ahli Kongres. Maka timbul usul di Kongres Amerika supaya Mahathir meminta
maaf atau meletakkan jawatan. Mahathir terpaksa menelan muntahnya dan berpura-pura menafikan "kunonnya"
dia ada menghina Yahudi. Pegawai-pegawai bank menerima e-mail dari luar negara dengan ucapan penuh ikhlas, "See
you at 500!". Indeks KLSE pun menjunam ke tahap 500 mata.
Mahathir tidak dapat tidur barangkali melihat "tiger economies" seperti Korea Selatan, Thailand dan Indonesia
tiba-tiba mengalami sakit kronik. Penyakit ini lebih dahsyat dari jangkitan virus HIV yang boleh mengakibatkan
AIDS. Seorang demi seorang ketua negara tumbang dan berlaku perubahan pucuk pimpinan. Mahathir ketakutan melihat
rakan karibnya Bapak Suharto mengundur diri selepas rusuhan 14 Mei 1998. Terbayang di depan mata Mahathir hantu
13 Mei 1969 yang menjatuhkan Almarhum Tunku. Kalau pada 1969 Mahathir mendesak Tunku meletak jawatan apa pula nasib
dirinya sendiri ketika ini? Mungkinkah "Brutus" yang Mahathir bayangkan suatu ketika dahulu akan bangun
menikamnya dari belakang? Nyawa politik Mahathir semakin terancam. Mr. Recalcitrant enggan memakan ubat-ubatan
Dr. IMF yang dibawa oleh timbalannya. Mahathir melihat ubat yang dia terpaksa terima ini bagaikan racun yang boleh
membawa maut. Maka dipanggil balik kawan setianya, Daim untuk menolongnya. Seruan Mahathir ini mirip permintaan King Arthur kepada
ahli sihir, Merlin untuk memberikannya pedang sakti, Excalibur. Mahathir lega kerana Daim dengan sukahatinya menerima
pelawaan rakannya. "Kecik tapak tangan nyiru aku tadah bagi kat hang", agaknya balas Daim. Mahathir tahu
Daim pun sedang sakit kerana bisnesnya terganggu akibat kemelesetan ekonomi terbaru ini. Macam bertemu kembali
dua orang rakan lama dalam majlis nostalgia reunion bekas murid-murid. Lagipun kalau hendak menari "tango"
mesti ada dua orang penari. "Just like old times", kata Orang Putih.
Daim tidak melengahkan masa menolong kawannya dari Kampung Seberang Perak. Ambil hutang-hutang ceti dengan duit
rakyat, tutup semua pintu dan tingkap rumah dan halau keluar "anak derhaka" bernama Anwar - Daim pesan
pada Mahathir. Maka ditubuhkan Danaharta dan Danamodal untuk menyelamatkan kroni-kroni mereka dari diisytihar
muflis. Wang simpanan rakyat mahu digunakan supaya anak-anak emas ini tidaklah terpaksa merempat meminta sedekah
di kaki lima. Dijemput dengan permaidani merah firma Yahudi Solomon Bersaudara untuk menolongnya mengatasi krisis
ekonomi negara. Mahathir kemudiannya menjelelajah seluruh negara (macam dia selalu buat setiap kali ada krisis)
sepantas kilat seperti dikejar raksaksa Godzilla memberikan penerangan. Mahathir membayangkan perlunya melaksanakan
langkah-langkah drastik. Gabenor dan Timbalan Gabenor Bank Negara menghantar surat perletakan jawatan. Timbalannya
yang setia dipecat beberapa hari selepas berkongsi pentas di Pulau Pinang menyambut Hari Kemerdekaan. Kasihan
sungguh nasib Pak Syeikh yang tidak habis-habis melaungkan ikrar taat setia kepada ketuanya yang Mahazalim hingga
ke nafas politiknya yang akhir. Media talibarut Mahathir cuba memperdaya rakyat dengan mengandaikan seolah-olah pemecatan Anwar dan langkah kawalan
modal telah mendapat respons yang positif dari pasaran. Sungguh hebat kebijaksanaan Mahathir dapat menstabilkan
ekonomi hanya dengan "kuisan pena" laung media tempatan. Kalaulah penyelesaiannya sebegitu mudah hanya
dengan "stroke of a pen", mengapa tidak ditetapkan kadar tukaran matawang kepada RM 2.50 bagi setiap
dolar Amerika seperti sebelum kegawatan bermula? Dunia pasti mengkagumi kebijaksanaan Mahathir kalau ditetapkan
RM 1 bagi setiap dolar Amerika! Murah sedikit jadinya harga jet eksekutif peribadi Mahathir. Kalau jet Presiden
Amerika dinamakan Air Force One, mungkin rakyat boleh memanggil jet Mahathir ini "Recalcitrant One".
Kebelakangan ini penganalisa menganggarkan nilai sebenar ringgit sekarang ini ialah RM 3.50 berbanding RM 3.80
yang ditetapkan. Langkah kawalan modal dikenakan menyebabkan dana asing menarik keluar wang mereka. Ayuh kita ramai-ramai
pergi ke Pakistan kata salah seorang mereka ini. Nilai ringgit dan pasaran saham tidak menampakkan bayang mahu
pulih segera. Jual beli KLSE kurang rancak dengan dagangan didahului pelabur institusi tempatan. Apa yang Mahathir
dan Daim lakukan sebenarnya hanyalah sekadar menutup lubang-lubang dalam tongkang mewah mereka supaya tidak karam.
Akan tetapi tongkang ini hanya terapung sahaja tanpa mampu bergerak ke mana-mana.
Dunia sudah banyak berubah. Ini bukannya zaman mesin taip dan teleks tetapi era cetusan teknologi maklumat. Masyarakat
dunia progresif sedang rancak membuat reformasi untuk melangkah ke alaf baru. Teori-teori konvensional giat dikaji
semula. Ide-ide lapuk sudah dicampakkan ke dalam tong sampah. Hanya Mahathir (dan Daim) saja yang masih berpegang
kepada strategi lamanya. Dinosaur adalah kumpulan binatang gergasi yang menghuni bumi di zaman silam tetapi perubahan
melenyapkan spesis itu. Mungkin sejarah akan merakamkan era Mahathir setanding dengan riwayat spesis yang telah
lama pupus itu. Mahathir seorang pemimpin berjiwa besar. Dia cukup gemar melancarkan projek-projek mega supaya disanjungi oleh
rakyat jelata. Antara projek-projek Mahathir ialah Tiang Bendera Tertinggi di dunia, Menara Berkembar Petronas,
Stadium Nasional di Bukit Jalil, Dataran Lang di Langkawi yang mempunyai patung burung helang yang amat besar,
mendaki Gunung Everest, terjun ke Kutub Utara dan projek raksaksa Putrajaya. Harapannya semoga sejarah akan mengabadikannya
sebagai pemimpin Malaysia yang agung. Di arena antarabangsa rakyat Malaysia merasa bangga dengan keupayaan Mahathir berucap di hadapan Persidangan Agung
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Kita kagum dengan persembahan Mahathir. Dia telah menunjukkan kepada dunia
bahwa "Malaysia Boleh" walaupun mungkin pada hakikatnya apa yang hendak diketengahkan ialah Mahathir
saja yang boleh. Mahathir mengambil kesempatan membidas Barat dan NATO. Mahathir mencemuh Barat dengan berkhutbah mengenai "double
standards" mereka menangani isu-isu antarabangsa seperti pembersihan etnik di Bosnia. Mahathir juga lantang
mengkritik dasar-dasar rejim apartheid di Afrika Selatan. Mahathir tidak pulak teragak-agak "campurtangan"
dengan perang saudara di Somalia. Mahathir juga berhujjah mengenai pandangan ekonominya yang tidak konvensyenal.
Mahathir menjadi jurucakap tidak rasmi "tiger economies" di Asia Timur. Maka Mahathir pun boikotlah sidang
APEC di Seattle, USA dengan alasan ianya "a waste of time". Mahathir melenting bila Paul Keating mengucapkan
perkataan "recalcitrant" di atas pemboikotan itu. Riuh rendah penyokong-penyokong Mahathir menghentam
Keating. Pendek kata, bagi Mahathir dia seorang sajalah yang betul manakala yang ramai itu sentiasa salah.
Dunia Barat membiarkan Mahathir bersuara demi mendokong prinsip-prinsip demokrasi sejagat. Memang adat orang Putih
begitu, di depan kita kalau dia memuji pasti pujian menggunung tinggi diberikan. Kalau di belakang lain pula ceritanya.
Maka mereka membiarkan Mahathir cakap bersembur-sembur air liur. Tiada tindakan perlu dikenakan ke atasnya seperti
tahanan tanpa bicara di bawah ISA. Mahathir tidak perlu memohon permit untuk bercakap. Media asing memberi liputan
meluas kepada pandangan-pandangan Mahathir. Media asing tidak perlu memperbaharui lesen setiap tahun seperti di
Malaysia. Biarlah Mahathir bercakap sepuas-puasnya kerana itu hak dia. Barat hanya tersenyum lebar melihat gelagat
Mr. Recalcitrant ini. Itulah imej Malaysia yang dijaja oleh hero cerita tamil Malaysia, MGR kita.
Hidup ini ibarat roda. Kalau dulu semasa hebat berkhutbah kepada dunia Mahathir berada di atas, sekarang tiba giliran
Mahathir tergelincir ke bawah. Barat sekadar "memulang paku buah keras" apabila "tiger economies"
dilanda kegawatan ekonomi yang parah. Apabila Mahathir melatah menuduh konspirasi Yahudi (Soros), Amerika buat
endah tak endah saja - bo layan. Mereka mempertahankan hak Soros mengaut keuntungan mega dari spekulasi matawang.
Kata Amerika, Soros seorang warganya terhormat yang menderma keuntungannya kepada orang miskin di Hungary.
Mahathir "kunonnya" kecewa apabila Presiden Clinton tidak menghadiri sidang APEC di sini. Mahathir kata
Clinton rugi sebab tidak dapat melihat sendiri keadaan di Malaysia. Kalau Clinton datang pun bukannya dia dapat
bersiar-siar sesuka hatinya. Estrada yang ingin sangat berjumpa Anwar yang dikurung dalam sangkar VIP ditolak permintaannya.
Kalau Clinton nak menjengok warga Kampung Baru di sebelah malam sudah pasti tidak dibenarkan. Rakyat yang hendak
berjumpa tamu APEC di hotel Jalan Sultan Ismail pun kena siram "air cendol" yang gatal. Sebenarnya bukan
Clinton tidak ada masa kerana dia boleh mengawasi krisis Iraq di mana-mana sahaja dengan kemampuan teknologi terkini.
Sebenarnya Clinton cuma "returning the compliment" kepada Mahathir sebagai tindakbalas boycott Mahathir
dulu. Clinton beri alasan secara baik tanpa menyinggung perasaan Mr Recalcitrant.
Mahathir kecewa sekali apabila Naib Presiden Amerika memberikan sokongan moral kepada gerakan reformasi di Malaysia.
Mahathir terperanjat dengan ucapan Al Gore itu yang sebenarnya mencerminkan "pandangan rasmi pentadbiran Clinton".
Ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan Presiden Clinton selang beberapa hari bahwa dia sendiri bersetuju memberikan
ucapan yang sama sekiranya hadir ke sidang APEC. Mahathir sedar bahaya kesan ucapan Gore itu kepada Malaysia. Amerika
telah mengecap Malaysia sebagai satu lagi negara yang membelakangkan prinsip-prinsip hak-hak asasi manusia sejagat.
Maka tidak hairanlah pada hari selepas ucapan Gore itu, Mahathir kelihatan tidak bermaya langsung semasa sidang
akhbar pada penghujung sidang APEC. Kemungkinan besar Mahathir risau "his days are numbered" kalau-kalau
Amerika akan mengambil tindakan seperti yang dikenakan ke atas Iraq. Mahathir tahu ekonomi negara kita banyak bergantung
kepada pelabur-pelabur Amerika. Mahathir terpaksa terima kenyataan bahwa semua yang berlaku bukanlah ditimbulkan oleh orang luar. Dia jugalah yang
menjolok sarang tebuan. "Kalu" kena sengat sang tebuan janganlah hendak melenting. Bak kata orang, "Berani
buat, Berani tanggung". Tetapi Mahathir tidak boleh terima semua ini. Baginya hanya Mr. Recalcitrant saja
yang boleh bidas orang lain. Mahathir sedikit pun tidak peduli samada imej Malaysia akan tercemar berikut tindakan melampaunya. Lihat sajalah
cara "ultra"nya menangani krisis ekonomi. Kata Mahathir kalau dunia luar menganggap kita negara "pariah"
kerana melaksanakan kawalan modal dan matawang, biarkanlah. Pelik sungguh pendirian Mahathir ini. Orang-orang kasta
rendah sedaya-upaya mahu keluar dari belenggu kasta yang tidak adil dan menindas tetapi Mahathir tidak kisah "kalu"
masuk kasta terhina ini. Selalunya beginilah perangai orang muka tebal. Apa dunia luar kisah "kalu" Mahatir
hendak pecat Timbalannya kerana berselisih pandangan mengenai strategi ekonomi. Mahathir sedikit pun tidak memikirkan
kesan pemecatan ini ke atas imej negara di mata dunia antarabangsa.
Pemecatan Anwar dibuat semasa negara "standing in the eyes of the world". Mahathir
menganggap perkara ini seperti "gigitan semut " sahaja dan yakin dapat menyelesaikan masalah ini dalam
masa yang singkat tanpa menjejaskan Sukan Komanwel. Kali ini Mahathir silap melakukan pembedahan kerana pesakitnya
bukan sebarangan orang. Kalau penentang yang lain akan segera pengsan bila diberikan ubat biasa tetapi anak
Cherok Tok Kun ini dapat melawan kesan pembiusan Mahathir. Keris puaka Mahathir tidak mampu merobek jantung pahlawan
terbilang ini. Hang Anwar bangun melawan kezaliman Maharaja Mahathir. Semasa atlit-atlit Komanwel berhempas-pulas
bertanding dalam acara masing-masing, Pak Syeikh melakukan larian marathonnya bermula dari rumahnya di Jalan Setiamurni.
Semakin hari semakin ramai rakyat yang mengikutnya berlari. Jiwa Mahathir semakin tidak tenteram melihatkan acara
sampingan ini. Agaknya setiap malam dia mengigau bermimpi melihat dan mendengar lautan umat manusia lelaki bermisai
dan berjanggut melaungkan "Re-for-ma-si" dan "Undur, Mahathir, Undur". Apabila Anwar mengumumkan
di depan puluhan ribuan rakyat bahwa dia dijemput ke Kubang Pasu, Mahathir mengarahkan komando elit menghapuskan
rancangan ini. Mahathir tidak peduli kalau seluruh dunia termasuk Ratu Elizabeth terpegun dengan tindakannya. Lagipun
Sukan Komanwel ini adalah "showcase" Mahathir kepada dunia mengenai kegemilangan falsafah pragmatismenya
sepertimana Hitler menggunakan Sukan Olimpik di Berlin sebagai propaganda Nazi terbesar.
Apa dunia luar boleh buat "kalu" Mahatir mahu menganiaya Anwar Ibrahim, bekas Pengarah BPR, bekas Mufti
Selangor, Dr Munawar Anees, Sukma Darmawan, Roslan Kassim, bekas Gabenor Bank Negara, hakim-hakim dan bekas Timbalan
Gabenor Bank Negara. Mahathir sendiri mengakui bahwa dia tidak hirau bagaimana sejarah akan mengabadikan pencapaian
pemerintahannya. Barangkali dia sedar akhirnya bahwa kad laporan kemajuannya sudah mencatatkan lebih banyak tanda
merah dari yang biru. Mahathir tidak peduli apa "ratings" yang orang lain berikan padanya. Dia
marahkan sangat dengan penilaian ekonomi Malaysia oleh ratings agency. Yang penting ialah "ratings" yang
Mahahtir buat sendiri. Mahathir sanggup menjadi "pariah" asalkan dia boleh lakukan semuanya "My
Way". Siapakah sebenarnya yang mencemarkan imej negara kita? Jawapannya ialah seorang manusia yang
rela mempariahkan negaranya sendiri bernama Mahathir bin Mohamad bin Iskandar Kutty.
Sebenarnya terlalu banyak salahlaku Mahathir terhadap pelbagai golongan yang boleh dibentangkan. Andaikata dituliskan
kesemuanya ini mungkin helaian kertas yang disusun akan menjangkau ketinggian tiang bendera di Dataran Merdeka.
Semoga apa yang diajukan kepada pembaca sudah lebih dari cukup untuk meyakinkan tentang perlunya menamatkan bala
dan azab yang telah dan sedang menimpa masyarakat Malaysia sepanjang 17 tahun bermaharajalelanya Mahathir. Sesungguhnya
tiada sesiapa pun yang akan merubah nasib malang rakyat kalau bukan rakyat sendiri yang bangun membebaskan diri
dari kezaliman ini. Akhir kata renungkanlah kata-kata Anwar Ibrahim dari sebalik kawat berduri Sungai Buloh :-
"Percayalah, tidak ada kuasa yang mampu menahan kemaraan tuntutan rakyat. Sejarah menunjukkan diktator gagah
dengan segala balatentera dan khazanah akhir ditumpaskan juga."
|