Laman Webantu KM2A1: 3566 File Size: 7.5 Kb * |
Umno Cuba Tembak Salah Sasaran..!! By Amin Sapiro 10/1/2001 6:56 pm Wed |
Amin Sapiro (baru meligan anjing gila buruk kepala)
[Jika Parlimen itu memainkan peranannya sudah banyak isu
akan selesai. Kemelut yang melanda negara ini, antara lain,
disebabkan Parlimen sudah gagal berfungsi dengan sebaiknya.
Sedangkan mereka yang berada di sana bergelar 'wakil rakyat'
semuanya. Yang selebihnya 'senator' dan anak didik pilihan
diktator belaka, termasuk speaker. Siapakah yang ramai
terpilih untuk berada di sana jika tidak wakil Umno dan
rakan MCA (yang pandang sahaja dalam isu Suqui), MIC. dll.
sehingga lebih dua pertiga bilangannya.
Sebenarnya rakyat telah memberi terlalu banyak masa buat Umno
dan Mahathir untuk membuktikan apa yang dikata sehingga
negara kita penuh dengan cogankata yang enak-enak belaka.
Malangnya mereka asyik tidur di parlimen atau bersembang
lepak di kantin sahaja. Yang tidak menjelma terlalu ramai
sehingga perlu dipantau pula oleh kamera di Putrajaya.
Umno dan (jutaan?) ahli mereka ada di mana-mana. Apakah yang
dibuat oleh mereka sejak dulu semuanya? Berpecah sesama sendiri
sahaja... kerana Mahathir yang memulakannya.
- Editor] SAYA hairan tak sudah bila membaca rencana orang UMNO kesal sangat
KeADILan tolak perbincangan isu 'perpecahan orang Melayu' itu yang
dicadangkan oleh puak UMNO itu. Yang paling menghairankan saya, dimanakah letak pentingnya isu itu?
Betulkah ada isu 'perpecahan Melayu'?
Kalau ada, mengapa UMNO tak selesaikan sendiri? Kan selama ini, UMNO
mengaku kununnya UMNOlah parti Melayu paling kanan, punya 3.5 juta ahli
dan mewakili ratusan kawasan Parlimen, Dewan Negeri dan puluhan negeri
Semenanjung? Kalau macam tu, nampak sangatlah UMNO parti pembohong. Besar lubang
hidung. Sikit kena cuit dek Suqiu, dah meraung mintak tolong..!!
Kenapa Pemimpin UMNO Jadi 'Hero Kampung'?
Opppsss?. Sorry! Sebutan 'Hero Kampong' itu bukan bermaksud
merendahkan sesiapa - cuma sebagai pewarna bahasa saja. Macamlah
jugak orang sebut 'mamak tongkang'; sebenar 'mamak tongkang' sekarang
dah pun jadi PM dan Presiden UMNO. Khabarnya, Dahlia pecahkan rahasia - ada yang bakal jadi S/U Agung
UMNO merangkap menteri Wilayah Persekutuan. Tak payah menang
pilihanraya - memadai dilantik oleh 'mamak' yang sorang lagi tu. Tapi
kenalah jadi Senator dulu. Lain-lain perkara tanggung beres bisa atur lhoo!!
Hahaha? (cara UMNO lantik menterinya).
Mungkin juga, sebab UMNO adalah parti yang pelik sikit. Kalau dah tersepit,
suruh Bangla dan pendatang Mynmar longgok dalam bus pelancung ACME
Tour - arah mengundi calun UMNO. Jadi 'hantu raya' pun tak apa!
Asalkan, undi bagi menang calun UMNO. Gitulah dia cara nak merentah
negara. Pemimpin UMNO Waraskah? Saya terbaca Naib Presiden Umno, Muhyiddin Yassin, berkata, 'Beberapa
perkara pokok sudah dipersetujui semua kaum dan tidak wajar dibahaskan
walaupun sesama orang Melayu kerana dikhuatiri memberi kesan negatif
kepada keharmonian kaum.' Kira-kira cakap Muhyiddin itu logik jugak. Beliau mengulas kenyataan Dollah
Bedawi (boss no.2 nya) yang mengarahkan Ketua Pemuda Umno, Hisham
Aw Aw, membatalkan debat mengenai hak keistimewaan orang Melayu
dengan Ketua Dewan Pemuda Pas, YB Mahfuz Omar.
Kata Muhyiddin lagi, 'Saya berharap Pemuda Umno tidak menganggap
pembatalan itu menggambarkan pergerakan Pemuda UMNO sebagai bacul
atau menjatuhkan air muka mereka kerana ia dibuat selepas kajian teliti,'
katanya. Saya fikir itu adalah satu cadangan yang waras; sebab rakyat dah tengok
hasil perbincangan Hisham dengan Suqiu - satu sen tak nampak hasilnya.
Apatahlagi kalau Hisham nak debat dengan Mahfoz. Buat habeh bogheh
jerr!! Dollah lebih berminat kepada pertemuan mengenai perpaduan Melayu antara
pemimpin tertinggi Umno, Pas dan Keadilan. Yang pelik sikit, kenapa UMNO
habiskan masa dengan berbincang dengan Pembangkang saja. Ini bukan
'kongres Amerika'. 'Taukeh' UMNO hidungnya besar macam pelepah
kelapa. Yang lagi pelik kita, bila Pembangkang nak debatkan isu kepentingan rakyat
dan negara - dari Hansad Parlimen yang kita baca; puak wakil rakyat UMNO
asyik hilang pergi kantin saja!!
Mahathir sebagai PM datang Parlimen cuma sekali dalam sesi debat
Parlimen yang hampir sebulan. Tapi bila debat isu 'rerpecahan Melayu'
(yang cuma wujud dalam khayalan beliau saja)? Wah! Bukan gian dia! Itu
Mahathir kena jawap dulu! Pandangan Puak UMNO Macam Rojak 'Pasemboq'
Dalam satu rencana di e-media. com, saya terbaca sanggahan puak UMNO
membantah perdebatan Pemuda UMNO-PAS supaya tidak diadakan.
Berkata seorang orang besar UMNO, 'Tak usahlah berdebat. Untuk apa
berdebat jika ia membabitkan isu yang kita sudah lama persetujui sejak
negara merdeka dan rakyat juga sudah jelas,' katanya. Tetapi mereka
bersutuju sangat supaya diadakan perbincangan 'perpaduan Melayu'.
Jadi saya kurang arif dengan mentaliti UMNO sejak dah 'berkerat rotan
berpatah arang' nih. Termangu-mangu juga saya - apa bezanya isu
perdebatan Pemuda UMNO-PAS dengan perbincangan cadangan Mahathir
dengan pemimpin PAS dan KeADILan itu? Tidakkah kedua-dua perkara atas
isu yang sama? Tidakkah kedua perbincangan itu berhubungkait dengan 'sensitive issues'
juga? Jadi, kenapa satu dibatalkan dan satu lagi diteruskan. Dimanakah logik
dan rasionalnya? Nampak kepada saya sekarang, sebenarnya UMNO sengaja bermaksud:
Apa Yang Mencemaskan? Jawabnya tak ada benda! Buang masa saja. Tak releven. Terlampau sempit
dan tidak mencakupi kepentingan negara selain dari menambah kudos
UMNO dan mencacatkan perjuangan BA. Kalau nak debat pasal Mahathir tak mau jadi saksi perbicaraan Anwar,
apasal kes rasuah Rafidah tutup buku saja, apsal Mahathir takut sangat kes
Abol Hassan yang diceritakan oleh Datuk Shafie Yahya di mahkamah - baru
ada Ummphh nya! Stadium Bukit Jalil pun boleh penuh!
Jadi, biarlah keadaan seperti sediakala. Lagipun Anwar akan diheret dek
'andartu' Attorney General yang baru naik pangkat itu. Kesnya sama saja -
tak ada kes pun!! Itulah punca UMNO terpuruk habis. Kenapa tak cerita?
Padahal itu sebenarnya yang menjadi punya utama.
Kalau agenda Mahathir-UMNO tetap sama, dan Anwar akan terus ditambah
hukuman penjara keatas beliau, sampai kiamat UMNO-Mahathir jangan
harap orang Melayu akan balik semula sokong UMNO. Bukan orang Melayu
yang berpecah akhirnya, tetapi UMNO?..!!
Kalau tak percaya, tunggulah tahun 2004, insyaAllah!!
Peringatan: Amin Sapiro |