Laman Webantu KM2A1: 3565 File Size: 9.3 Kb * |
KeADILan Tolak Pelawaan - Mengapa Umno Gelabah Sakan? By Amin Sapiro 10/1/2001 6:35 pm Wed |
Amin Sapiro (tak mudah termakan umpan)
[Tolak menolak lawa dan mempelawabiarlah ikhlas niatnya.
Malangnya Umno sering mengutuk parti lawan tidak tentu hala
sejak dulu sehingga pernah menggambarkan KeADILan sebagai parti
yang berketuakan orang yang pening kepala.
Tetapi gelagat Umno kini menunjukkan Umnolah yang sebenarnya
yang pening kepala. Semua yang diatur asyik tidak mengena
sehingga Mahathir terpaksa 'bercuti' di satu negara yang
dirahsiakan dengan sengaja. Nampak jelas semua pusat rawatan
di Malaysia sudah tidak mampu menawar perit sakitnya.....
walaupun anaknya sendiri memegang kunci pintunya....
apatah lagi hotel bertaraf antarabangsa dan bumi Malaysia
yang terkenal indahnya. Negeri manakah yang lebih istimewa
di hatinya itu? TAJUK berita muka depan Utusan hari ini, sungguh menggelikan hati saya.
Jauh dari menyakitkan hati. Panjang sungguh tajuknya. Cuba baca. Tak
cukup se nafas panjangnya..'Keadilan tolak pelawaan -- Perbincangan
penyatuan orang Melayu hanya antara UMNO dengan Pas'. Eh..wah? CANTIK
adu-dombanya!! Rungutan 'Orang hanyut' Kelemasan
Menulislah puak UMNO, katanya: 'Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti
Keadilan Nasional (Keadilan) hari ini menolak pelawaan UMNO untuk duduk
semeja bagi membincangkan penyatuan orang Melayu. Perkembangan yang
dianggap mengejutkan itu diputuskan selepas mereka bermesyuarat selama
tiga setengah jam di ibu pejabat parti berkenaan di sini. Sebelum ini pucuk
pimpinan Keadilan pada dasarnya menyatakan hasrat untuk menyertai
perbincangan itu yang akan turut disertai oleh Pas'.
Cuba kita teliti amalan budaya orang Melayu dulu. Kalau pinangan ditolak,
jejaka tak boleh mengutuk pulak. Tilik-tilik lah diri dulu. Entah-entah gigi awak
tu rongak. Entah-entah kepala awak tu botak. Entah-entah awak zuriat
keturunan penyangak. Orang Melayu banyak pantang larangnya. Waktu meminang dara orang
jangan tunjuk garang, iklan diri sebagai kepala semseng. Jangan tunjuk
kepada orang diri kita putar-alam cakap pusing-pusing. Jangan sebelum
pinang dah canang-canang kepada orang.
Pantang paling keras sekali, jangan tunjuk diri awak tu 'Raja PEMBOHONG'.
Kunun si jejaka itu kepalang hensem. Ada harta milion-million. Ada banglo
besar di Bkt. Kiara!! Ajak-ajak Ayam UMNO bersebab dari premis perpecahan orang Melayu
berlaku kerana anjakan sokongan orang Melayu terhadap UMNO. Mahathir
dan Dollah Bedawi kena faham. Kalau UMNO berpecah; tak ada kena
mengena dengan Pembangkang Melayu. Itu, masing-masing punya nasiblah.
Cuba perjatian: KeADILan bermula dari 'Zero'. Anwar cuma berkempen
selama 20 hari keliling negara. Bandingkan Mahathir, pemimin UMNO dan
jentera UMNO. Mereka gunakan semua media yang ada. Tetapi mengapa
jangkaan Mahathir kununnya semangat perjuangan Anwar akan padam dalam
tempoh seminggu - akhirnya hampir UMNO/BN kecundang November 99 tahun
lalu? Jawabnya mudah saja. Rakyat faham. Anwar jujur, ikhlas dan telus. Mahathir
asyik 'merapu'..! PAS - Pembangkang Berwibawa Mahathir dan UMNO jangan pura-pura tak tau! PAS adalah parti
Pembangkang Melayu. Hampir sama usianya dengan UMNO. Orang Melayu
tak kesah sangat - jika UMNO meragam dan terbabas, PAS ada sebagai
pilihan nombor satu. Sekarang, sudah ada KeADILan pulak. Apa orang Melayu nak gelabahkan?
Hari ini UMNO/BN boleh kata kedua-dua parti tunjang Pembangkang Melayu
bergelar 'Pembangkang'. Tapi kita nampak di Kelantan dan Terengganu
PAS/BA adalah KERAJAAN yang memerentah. UMNO/BN macam 'tungau'
(serangga kuning di punggung ayam). Dulu boleh UMNO nak pelekeh PAS umpama parti 'Nyamok'. Sekarang Amin
Sapiro dah kata, 'PAS dah jadi GARUDA..'. Kalau di bumi bertaraf 'Dinasur'.
Itu belum lagi bergerak dengan KeADILan, PRM dan DAP dalam pakatan
bergelar BA. Jika berpakat, tengok apa jadi kepada di Lunas!!
Faham-fahamlah UMNO Sikit Jangan puak UMNO resah sangat jika KeADILan menolak pelawaan
Mahathir-UMNO untuk berbincang isu yang disandarkan atas premis
perpecahan orang Melayu. Penyokong BA yang berjuta jumlahnya dah cukup
yakin bahawa apa yang berlaku ialah anjakan sokongan orang Melayu dari
UMNO kepada barisan pembangkang Barisan Alternatif.
Kenyataan yang dilafaz dan ditulis di Utusan Meloya mengenai penolakan
KeADILan itu tidak ada kena mengena dengan tanggapan kununnya
'menjejaskan usaha menyatukan semula orang Melayu'. Tanya, Mahathir
(saksi yang hidup) - sejak bila UMNO betul-betul nampak nak menyatukan
orang Melayu. Apa yang Mahathir buat cuma nak menipu Melayu.
Sejarah UMNO membuktikan terang-terang, allahyarham Datuk Onn Jaafar,
pengasas UMNO sendiri kena terajang keluar UMNO. Siapa punya kerja?
PAS ke? PAS kena sakitkan dan dilancarkan MAGERAN di Kelantan, siapa punya
pasal? Ku Li sendiri tubuhkan Parti Melayu Semangat 46, Pembangkang kah
yang suruh. UMNO lingkop terkubur dalam tahun 80-an, berpecahkah
Melayu? Balik sikit ke pangkal, Peristiwa 13 Mei, Mahathir tak nampakkah beliau
sendiri ambil kesempatan diatas keadaan yang berlaku. Mengapa orang
Melayu sekelip mata bersatu-padu? Tidakkah, sudah terbukti terang bahawa
orang Melayu adalah sentiasa hidup dalam budaya bersatu padu dan aman
damai? Apakah Faktor Penyatuan Orang Melayu?
Kerana UMNO begitu terpesong oleh Mahathir, maka keadaan sekarang
sedikit 'bercelaru'. Pemimpin UMNO sempang-perenang gelabah tak tentu
hala, itu salah siapa yang mula? Ada pemimpin yang masih tinggal menetap
dalam UMNO tetapi sokongan mereka kepada Anwar, itu yang UMNO mesti
perkemas dulu!! Mana-mana yang terjerut leher dek Mahathir semacam 'terjual' kepala saja
yang masih tunjuk bicara 'sokong Mahathir'. Kalau di'hypnotise' dan soal
betul-betul - tak sampai 5 minit, mereka akan kata, 'GO TO HELL with
MahaTAIK..! Hhehehe'..!! Jadi, penyatuan orang Melayu adalah berteraskan agama mereka. Mahathir
kena belajar sikit dari Hitler. Diktator German 40-an. Hitler tak mau kacau
Gereja. Maknanya, UMNO jangan benarkan Mahathir ganggu agama Islam.
Kerana Mahathir terlampau celupar, habis dipelekeh agama rasmi orang
Melayu - sekarang terimalah padahnya. Pembohongan Bontang Jangan Main
Jika Utusan berkata, kununnya 'Pelbagai pihak sebelum ini mengharapkan
pertemuan tiga presiden itu akan menjadi kenyataan', itu adalah satu
pembohongan. Jika penyokong Pembangkang Melayu lebih 80% terdiri dari orang Melayu,
tak adapun mereka menulis berkajang-kajang di utusan mengalu-alukan
perkara itu. Yang menulis dan bersetuju itu rata-rata orang upahan UMNO. Bukan kita tak
ingat, seminggu dua dulu ada seorang Profesor 'Cangkung' dari UUM yang
memandai-mandai nak 'tayang heroic' mengusulkan, kunun.
Soalnya, Profesor yang sekor ni apa dia faham isi hati Pemangkang. Ramai
orang tau, dia asyik 'makan nasi kangkang' bininya saban hari. Bininyapun
'2 x 5' juga; kata kawan saya PW Laman FeU (rujuk foot-note artikel saya).
Itu macam punya Profesor, boleh jadi taukeh jual durian baka Siam di Bkt.
Hitam diimpot dari Hadyai lagi baik?.!! Tak payahlah bagi cadangan kalau
sekali pun tak pernah 'attend' ceramah BA. Masa tu apa 'you' buat?
Setakat 'mengopek' kat celah ketiak bini saja ke? Eloklah duduklah dulu
diam, sampai gian 'you' puas Hihihi? (jangan marah Prof, kita kawan sejak
dulu).. Sekarang Dah Mula Sesi Adu-Domba
Sebut saja rencana Utusan, kita akan baca macam-macam cerita adu-domba.
Ada penulis upahan 'anak mamak Maidin' yang sengaja lagakan PAS
dengan KeADILan. Bisingnya bukan main, seolah 'Melayu perang dulu,
Mamak Tongkang jadi referee'. Mana ada jalan itu macam weiiii? kalau nak
elok 'bersopanlah' bila nak 'meminang' anak dara sunti orang, kan?
Adu-domba macam rencana dalam utusan itu tidak akan memberi ruang
kepada Pembangkang Melayu mentafsirkan ia memberi faedah kepada
mana-mana pihak. Hentikanlah. Orang Melayu Kampung Pun Tau Walaupun perbincangan penyatuan Melayu yang diumumkan oleh Dollah
Badawi baru-baru ini meliputi macam-macam format, tapi yang jelas kepada
orang Melayu - ia tidak menyentuh isu asas punca orang Melayu (kok ya
lah) berpecah. Nak takrifkan ia 'secara sidang kemuncak membabitkan anggota delegasi
termasuk tiga presiden masing-masing', memang tak perlulah macam itu
sangat. Orang dah buat keputusan dengan sembang-sembang kedai kopi saja
dah cukup matang keputusan. Sebab BA adalah parti Demokratik. Bukan macam UMNO - Presiden boleh
buat suka hati dia saja. Pemimpin Komponen BA lebih memantau dan buat
keputusan dari apa 'mood' menyokong mereka.
Untuk 'penyatuan semula Melayu' yang tidak wujud, memberi alasan
kununya 'selama ini bertelingkah akibat perbezaan politik dan ideologi'
bukanlah seafdhal isu yang menjadi bantahan kontan orang Melayu terhadap
KEZALIMAN yang berlaku dan KEADILAN yang sudah pupus sejak Anwar
diKONSPIRASIkan, diaib dan dipenjarakan.
Cakaplah kepada Mahathir yang itu dulu. Jangan main umpan-umpan, nanti
tak orang terima? kok malu. Boleh, kan?
|