Laman Webantu KM2A1: 3556 File Size: 14.9 Kb * |
Gendang Mahathir-Umno Dipalu Semakin Sumbang...!! By Amin Sapiro 9/1/2001 5:03 am Tue |
Amin Sapiro (gemarkan pukulan gendang irama GHAZAL)
[Nampak jelas Mahathir semakin tersepit. Dia sering menggunakan
kelemahan pihak lawan untuk menang digelanggang. Kita berharap
pihak BA berhati-hati bila membuat ucapan atau bila berdamping dengan
pemimpin BN yang tersepit ini. Imej BA mungkin musnah dengan satu dua
rakaman gambar sahaja atau kenyataan. Mahathir sering mengambil orang lain yang bersih untuk berselindung
bila sokongan merudum. Dulu dia mengumpan Anwar memasukki Umno, bila
kebangkitan Islam meletus seantero dunia. Seorang 'professor luar'
dijadikan orang tengah untuk tujuan itu. Kini perpecahan melayu
dijadikan agenda untuk 'Melayu bersatu' kerana imej BN/Umno di mata
masyarakat pelbagai kaum sudah terjejas dengan teruk sekali.
Perbincangan Umno-Suqui berakhir tetapi kenyataan akhbar milik Umno
yang terlalu kempunan publisiti untuk menjadikan Umno juara di
gelanggang telah merosakkan lagi imej Umno sendiri. Akhbar kroni
mencetak lapuran yang meragukan yang membunuh Umno sendiri. Ia mencetak
Suqui 'menarik balik' ('put aside') sedangkan yang berlaku adalah Suqui
'mengenepikan dulu' ('set aside') 7 rayuan. Nampak sangat Umno cuba
bermuslihat - mungkin itulah NASIHAT penting diktator yang tidak berada
dalam negara ketika ini. Jelas sekali Mahathir tidak mahu dia disabitkan
lagi tetapi minda ynag tajam sudah nampak semua ini. Robot Mahathir
gagal lagi, segagal di Lunas tempoh hari.
Sejarah membuktikan Umnolah satu-satunya parti yang paling banyak
berpecah sehingga kini. Ia menggelupur dan bertempur sesama sendiri
dan akhirnya perpecahan di dalam sukar dibendung lagi. Itulah bahananya
menelan pil ciptaan seorang doktor sewel yang masih tidak mahu undur lagi.
Umno hanya akan memusnahkan dirinya sendiri. - Editor]
GENDANG MAHATHIR-UMNO DIPALU SEMAKIN SUMBANG...!!
MENTAFSIRKAN keadaan sekarang yang mengaitkan orang Melayu yang
kununnya 'berpecah' kerana riak gelombang majoriti orang Melayu beralih
fokus dari menyokong UMNO kepada parti Pembangkang Melayu (terlalu
ketara hingga menggugat UMNO) - harus dibaca sebagai satu 'methos'
merbahaya. Dikatakan merbahaya kerana orang Melayu yang sedang menghadapi era IT
dan Global masih lagi dikhayalkan sebagai terkial-kial dengan momokan isu
'perpecahan' begitu. Jika ia diyakini, kelak orang Melayu akan merasa
bangsa mereka sentiasa menghadapi masalah 'perpaduan'.
Yang merugikan ialah, sementara dunia bergerak maju kehadapan hingga
bercita-cita meneroka bumi gersang di planet Marikh, orang Melayu masih
terbungkus dalam kepompongan isu-isu 'dungu' yang membangangkan.
Alangkah ruginya orang Melayu kerana membuang masa yang berharga
begitu banyak. Apa UMNO Buat Selama 43 Tahun? Jika orang Melayu sentiasa bergelimang dengan isu 'perpecahan dan
perpaduan', pasti tenaga dan kekuatan minda orang Melayu akan
terus-menerus terkongkong seperti anak-anak bayi yang dimomokkan
dengan 'cerita hantu' sebelum mata mereka tidur.
Akhirnya, si bayi itu tidak akan terlena nyenyak kerana 'hantu bayangan'
itu akan sentiasa menerpa sebagai mimpi ngeri. Pasti bila bangun esok hari,
si bayi akan hidup dalam ketakutan kerana 'hantu' itu sentiasa meresahkan
jiwa dan perasaan mereka. Apa akan jadi 1000 tahun lagi? Tidakkah orang
Melayu tinggal ditakuk lama saja? Jika dikatakan benar Melayu berpecah dan tidak ada perpaduan dikalangan
mereka (mengikut versi UMNO), kita harus tanya pemimpin parti itu: Apa
pemimpin mereka sudah buat sejak 43 tahun dulu untuk mengelakkan
perpecahan Melayu? Tidor sajakah sampai orang Melayu berpecah-belah?
Baru sekarang sedar, apasal? 'Perpecahan' Bagai 'Jamu Berjadam'
Resipi ubat-ubatan tradisional Melayu paling terkenal dalam senarai ramuan
orang Melayu (dan semua orang tahu) ialah 'Jamu'. Ia kerap dikaitkan
dengan resepi 'awet muda' dan 'tenaga batin'. Kerap juga ia terasa pahit
jika ditelan tanpa 'madu lebah' yang memberi perisa. Kerana antara
ramuannya terpenting yang bancuh ialah 'jadam' yang pahit, tanpa gula,
payah sikit nak telan. Memang jadam itu pahit. Tetapi, tanpa jadam sepahit itu, 'Jamu' itu tidak
seberkesan yang diharapkan. Mau atau tidak, terpaksalah tahan pahit sedikit
jika pengguna mahu 'awet muda' dan perkasa 'tenaga batin'.
Begitulah analoginya. Dalam sejarah perkembangan politik orang Melayu
ditanahair kita ini; dari semasa ke semasa, orang Melayu sentiasa 'berjamu'
dengan resepi 'berjadam' pahit. Sehingga hari ini orang Melayu sentiasa
berfikir seolah-olah mereka 'awet muda' dan perkasa 'tenaga batin'.
Malangnya, walaupun tubuh nampak 'awet muda' dan 'tenaga batin'
semacam perkasa, mereka tidak sedar tulang yang empat kerat dan selangka
dada yang dibalut kulit didalam tubuh sudah reput. Daging otot semakin
'gelonyor' dan penafasan mereka sudah semput.
Mengapa Begitu? Puncanya, orang Melayu tidak cukup tidur dan perkelilingan sekitar mereka
tidak segar. Udara sekitar sudah terlalu tercemar hingga 'oksigen' yang
diperlukan tubuh terlalu banyak peratus pencemaran dari 'karbon dioksida'.
'Karbon dioksida' yang melemahkan sistem tubuh orang Melayu ialah
Nepotisme, Kronisme, Kerupsi yang menular. Dibawah Presiden UMNO
zuriat Krala ini, sudah tercemar UMNO hingga dibaruakan oleh gejala
'Konspirasi' aib-mengaib, fitnah dan adu-domba. Jika Melaka punah
Kesultanan yang unggul hingga Bendahar Seri Maharaja terbunuh, hari ini
sudah hidup Raja Mandeliar yang rakus itu dengan 'Kitul-kitul' yang jadi
tukang canang 'pengampu-bodek' beliau.
Apa Akan Jadi? Perhatikanlah! Sejak tahun 1957, walaupun 'rumah UMNO' yang usang itu
pernah dibuka tingkap dan pintunya untuk menyambut tetamu, malangnya
mereka sendiri yang tutup semula tingkap-tingkap yang dibuka setelah
tetamu yang diajak bertandang dan makan se meja diterajang keluar. Maka
berbaliklah mereka menghirup udara tercemar itu dan hidup sesama mereka
dalam 'kepompong' lama. Sejak tahun 1946, sudah 4 kali Melayu 'disebut' mengalami isu
'perpecahan' (mengikut versi dan tafsiran UMNO).
Kali pertama ialah 'perpecahan' antara UMNO dengan Parti Negara. Kali
kedua 'perpecahan' yang menyebabkan PAS (parti Melayu) disingkir dari
BN (pertengahan tahun 70-an). Kali ke tiga ialah 'perpecahan' yang
mewujudkan Parti Melayu Semangat 46 (tahun 80-an).
Dalam semua kes-kes 'perpecahan' itu, orang Melayu masih menyokong
UMNO. Dalam ke S-46, kerana mereka (orang Melayu) pemimpin UMNO
yang meninggal parti itu dan menubuhkan S46 tidak menampakkan jati diri
dan tidak punya keyakinan asas perjuangan mereka - akhirnya mereka
'gulung tikar'. Kita lihat Tengku Razaleigh yang lebih dikenali bergelar 'Ku Li' betul-betul
telah jadi 'kuli'. Setelah rujuk kepada UMNO yang dulu bercerai 'talak 3',
kini anak raja yang sekor ini kembali menggilap 'b*nt*t' Mahathir.
Rais Yatim yang kunun berjuang di seberang sana setelah membakar
'jembatan lapok' yang menghubung beliau dengan UMNO 'Lama'; kini
terkial-kial berenang ke sebenarang sini. Tegapai-gapailah beliau memaut
rumput kering di tebing sambil melaung meminta ditolongi dari dihanyutkan
Mahathir-UMNO ke hilir air sarang buaya lapar!
Kerana PAS bukan berteraskan UMNO pada dasar dan perlaksanaan parti
mereka, maka PAS yang disingkir UMNO terus kekal sebagai sebuah parti
Pembangkang Melayu tunggal. Itu sajalah parti Melayu tempat orang Melayu mengadu sebagai pilihan.
Namun Mahathir dengan UMNO yang dibaru(A)kannya, sentiasa beragenda
untuk memecah 'perpaduan Melayu' yang semakin condong memilih dan
menyebelahi parti PAS. Itu satu senaio satu!
UMNO Dengan Ego 'Riak dangkal' Senario ke-dua: Saban tahun (sejak 20 tahun lalu), Mahathir yang dilantik
sebagai Presiden berkuasa mutlak oleh UMNO, telah berwenang-wenang
berucap dalam Perhimpunan UMNO di PWTC. Bukan setakat beliau
mengejek dan memperlekeh PAS yang kununnya diterajui oleh 'ulamak
fundamentalis'; malah Mahathir begitu senang hati dan terbuka selera
mencemik-cemuh agama Islam yang menjadi dasar perjuangan PAS.
Kerap Mahathir tersasul hingga Islam sebagai agama seluruh orang Melayu,
semacam hendak disekularkan beliau mengikut tafsiran beliau. Kita semua
tahu, Mahathir langsung tidak tahu sepatah haram bahasa Al-Quran. Tetapi,
kerana ego dan keghairan beliau yang sudah di hasut Iblis, maka beliau
cuba mentasir Firman dan Hadis mengikut hukum akal dangkalnya beliau.
Akhirnya, bercelaru dan berkecamoklah kepala hotak pemimpin dan
penyokong UMNO. Termasuklah 'ulamak UMNO' yang berserban tebal.
Masing-masing ain 'angguk sesibur' manjang aja!!
Lebih teruk lagi bila beliau sudah langgar garisan sempadan dengan
berbangga mencuit keperibadian Rasulullah. Mahathir dengan bongkak
mempersendakan, kununya Baginda berjanggut kerana di zaman itu tidak
ada pisau Guilette! Mahathir sanggup memfitnah dan
'mempergurau-jenakakan' Baginda Rasulullah begitu sekali. Betapa
berusahanya Mahathir berhajat besar memecah orang Melayu semata-mata
beliau mahu memusnahkan PAS. Terfitnah dan terhinalah parti itu kerana
Mahathir senga menjadikan ia bahan 'jenaka'.
Tak cukup dengan itu, Mahathir mencabar kewibawaan Rasullullah pula.
Kununnya kemampuan Baginda setakat menerajui kelompok Kabilah saja,
walhal beliau (Mahathir) begitu angkuh - mampu mengepalai sebuah negara
berbilang kaum dengan jumlah warga negara 20 juta. Hebat rasa dirinya,
mungkin! Beliau berbangga bersahabat dan tidur sekelambu dengan Yahudi.
Dizalimilah rakyat yang mengutuk Yahudi. Dipurukkan Mahfoz dan
rakan-rakannya ke dalam PENJARA kerana menentang kekejaman Yahudi.
Mahathir semakin ghairah bila Ibrahim Ali al-Kataki (penjilat b*nt*t Mahathir
paling terkenal dikalangan ahli UMNO) menggelarkan beliau sebagai 'Wira
Dunia Ke-3'. Alhamdulillah?!! Doa Ibrahim Ali itu hampir makbul sekarang. Jika Dunia
pertama manusia bermula di rahim ibu, dunia kedua ialah dunia yang kita
dilahirkan - maka Dunia Ke-3 Mahathir dan UMNO ialah kambusan 6 kaki
di perut bumi!! Mungkin UMNO dan Mahathir akan bersemadi disana tak
lama lagi! Memang pandai dan bijak Ibrahim Ali menspekulasi nasib Mahathir dan
UMNO serta pucuk pimpinan dan kepimpinan UMNO. Bertuah 'hero' anak
Kelantan yang sekor ini menganggotai UMNO. Akan berterusanlah 'Ku Li'
sebagai 'kuli', Rais Yatim sebagai 'kontraktor' Jamban, dan Ibrahim Ali
sebagai 'bomoh' tukang tenung!! UMNO Makin 'Terkepung' 'Perpecahan Melayu' terus didendang UMNO dengan penyanyi solonya
ialah Mahathir. Beliau yang fasih bermain 'sitar' ala rentak 'bollywood'
saban hari menggubah lirik dan madah yang membosankan.
Mahathir sendiri dipuji oleh Shah Rukh Khan semasa mereka bertandak
'joget Krala' semasa berdansa di Genting Highland. Waktu itu kita dapat
bayangkan bagaimana Mahathir seolah 'Nero' sedang bermain biola
sedangkan kota Roma terbakar hangus. Hematnya, Mahathir bersukaria, gelak-hilai ketawa; bangga sangat hatinya
melihat seorang hamba Allah merengkok dipurukkan ke dalam penjara
dengan khidmat konspirator Konspirasi tajaan beliau. Yang paling anih,
Mahathir berbuat perkara sehodoh itu semata-mata bertujuan merangkul
kuasa, walaupun beliau tidak sedar UMNO sedang berpecah terbelah dua.
Akhirnya, sebahagian besar penyokong UMNO sudah berhijrah
menyeberang tambak kepada Pembangkang Melayu. Cuma sebahagian
kecil tinggal menetap dalam UMNO. Termangu-mangu saki-baki UMNO
yang tinggal mengayun dagu!! Seperti 'Nero dengan biolanya', Mahathir pula terus berdansa dengan
Shah Rukh Khan menari sakan rentak Hindustan; tanpa menyedari dan
menghiraukan UMNO sudah hilang kewibawaan - hampir terlongkop terjun
tambam!! Asakan PAS dan KeADILan Resam dunia - Sesuatu yang bermula ada hujungnya! Setelah Mahathir dan
UMNO lesu dengan karenah 'loq-laq' mereka, baru disedari,
sesungguhnya UMNO sudah tinggal gusi dengan lidah cuma.
Mahathir tidak sedar bahawa semangat perjuangan REFORMASI Anwar
yang disangka padam tempoh seminggu itu makin berlarutan - dengan
kemungkinan besar 'menghanguskan' UMNO jadi abu. PAS yang selama
ini disangka Parti 'Nyamok' telah berubah tubuh hingga membesar menjadi
'GERUDA'. KeADILAN yang meneliti inti-inti perjuangan Anwar telah menjelma menjadi
'Dinasur'. Parti itu dengan kendalian semangat Pemuda yang wira (seperti
Ezam Mohad Nor, Azmin dan Saifuddin Nasution) - semakin bergerak hebat
menggeleparkan ekor bertulang kasar penuh duri Dengan mulut
mengeluarkan bara api; seiringan dengan komponen Barisan Alternatif yang
lain, semakin nampak mereka sedia menelan UMNO!!
Baru kini Mahathir mengakui bahawa 'petang sudah beralih senja'.
Sebelum malam tiba, UMNO/BN teraba-raba mencari 'andang' bagi
menerangi malam yang semakin gelita. Jika tidak di suluh jalan berduri onak,
pasti lorong yang dilalui akan memperosokkan UMNO ke gaung dalam.
Waktu itu, untuk merangkak ke tebing bukan semudah yang disangka. Pasti
ramai yang akan mengkambuskan UMNO/BN hingga terkubur.
Maka diciptalah oleh Mahathir sebuah slogan terakhir. Kununnya Melayu
sedang menghadapi perpecahan. Dalam episod pertama
di'dramatise'kanlah plot Al-Maunah dengan pelakun tambahan terdiri dari
orang Melayu. Berikut pula kemudianya, diarah beliau segelintir kaum Cina melakunkan
tuntutan 'SUQIU' dengan sandiwara dialog wayang Cina. Diarah
kemudiannya Pemuda UMNO dan GPMS supaya beramai-ramai keliling
negara mencanangkan 'Tayangan Perdana'.
Kerana 'tiket' yang dijual tidak selaris yang dharapkan; maka
Mahathir-UMNO menjadual agenda berkongsi 'pentas' dengan kerjasama
PAS dan KeADILan. Tetapi komponen Barisan Alternatif itu sudah dapat menganggak,
Mahathir-UMNO sebenarnya sudah kurang 'modal'. Tetapi, jika
pementasan itu menguntungkan Mahathir-UMNO akan kaut semua hasil
kutipan masuk poket beliau. Sebab, kali ini adalah kali ke-4 UMNO bermain
'sandiwara' menggunakan judul yang sama, maka ramai yang rasa
'geligeleman' jijik untuk sama-sama berkecimpung dalam kolah yang sama.
Sama-samalah kita tunggu apa akan jadi bila tiba tahun 2004?!! Eloklah
postmortum baik-baik apa yang berlaku di Lunas! Kesah Lunas adalah
bayangan apa akan jadi jika Melayu bersatu dan kaum lain sama
mengahayati perjuangan Reformasi dan Islah! Itu kesannya jika negara dan
rakyat sudah mahukan perubahan total! |