Laman Webantu KM2A1: 3551 File Size: 6.3 Kb * |
Tahniah Kepada Presiden PAS Yang Bijaksana..!! By Amin Sapiro 8/1/2001 11:04 am Mon |
Amin Sapiro (yakin dengan kewibawaan Pembangkang Melayu)
[Kebijaksanaan Presiden PAS menjadi fokus rencana Wak kali ini.
Kita hairan mengapa baru sekarang Umno mahu menjerit perpecahan melayu
kerana orang melayu memang bersatu sejak dulu. Mereka berpecah bukan
kerana Suqui dan bukan kerana jatuh terhempas. Sebaliknya mereka
dibaling batu oleh presiden umno sendiri yang suka mengata itu ini
sehingga sanggup mengaibkan timbalannya dari dulu sampai sekarang.
Seperti biasa dia akan menghilang tetapi ada 'NASIHAT' yang terpesan.
Tugas seorang presiden parti dan perdana menteri bukannya mengaibkan
orang tetapi memberi panduan. Mahathir sebaliknya mengajar cara
melakukan kelucahan dan mengizinkan penyebaran maklumat songsang
yang memecah belahkan pemikiran. Sebab itulah Umno sendiri berpecah
lebih dua kali sehingga ada cawangan yang dibubarkan. Sahlah orang
melayu tidak berpecah, tetapi Umno sendiri berpecah kerana tingkah
laku orang atasan yang tidak mengendahkan suara pembaharuan dan asyik
melabel dan menuduh orang sambil menyebar surat dan akhbar melayang.
Sudah menjadi lumrah kehidupan apa yang tertekan akan mampus jika
tidak terkeluar. Itulah yang berlaku kepada ahli umno sekalian.
Mereka hidup tetapi mereka sebenarnya mampus di dalam. Itu semua
bukan salah yang keluar tetapi salah yang menekan dan yang mampus
kerana tidak melawan demi 'perpaduan' sedangkan tanah, maruah dan
kekayaan orang melayu semakin berkurangan dibalun oleh kroni tersayang.
- Editor] TAHNIAH KEPADA PRESIDENT PAS YANG BIJAKSANA..!!
Saya terpanggil menulis sedikit sebagai komentar kepada rencana rakan
siber kita sdri. Seri Bainun (di FGR) yang merujuk rencana saya yang
tersiar di Laman WebAntu, Feu dan Fgr.
Benarlah saya pernah menulis soalan yang dibangkit itu. Tetapi ia harus
ditafsir sebagai soalan terbuka dan tidak bermaksud mengkritik
mana-mana parti komponen BA khususnya PAS. Jika rujukan dibuat 'out
of context', soalan itu pasti boleh diputarbelitkan.
Jika diteliti, tentu kita dapat melihat kewarasan dan kejujuran Presiden
PAS, YB Datuk Fadzil Noor dalam isu yang berbangkit itu.
Kita harus memberi tahniah kepada beliau kerana menunjukkan sikap
seorang ahli politik yang 'gentlemen' dengan kesanggupan beliau
menjawab surat Dr. Mahathir Mohamad bagi mengesahkan PAS bersetuju
untuk berbincang. Kita tidak percaya Dr. Mahathir sanggup bersikap
begitu jika dipelawa oleh Presiden PAS.
Kita telah baca di Utusan Malaysia iaitu Presiden PAS itu telah melantik
Setiausaha Agung Pas, Nasharuddin Mat Esa mengetuai jawatankuasa
teknikal untuk berunding dengan UMNO dan Parti Keadilan Nasional bagi
membincang masa, tempat dan cara perbincangan. Itu adalah tanda
kejujuran dan ikhlasan beliau yang wajar disanjung tinggi.
TETAPI jangan salah faham, dari apa yang kita dimaklumkan oleh akhbar
Utusan Malaysia (7 Januari 2001) seperti berikut:
[[Bagaimanapun ujar beliau, Pas merasakan tempat paling sesuai untuk
matlamat itu ialah di Parlimen]] Dari situ, kita harus mentafsirkan dan berbangga dengan ketelusan sikap
Presiden PAS itu dan sekaligus memberi kita jaminan bahawa beliau tetap
seorang politikus rakyat yang tidak mau berselindung dengan berbincang
di sebuah bilik mesyuarat tanpa disaksikan sesiapa. Beliau mahu
berbincang di Parlimen yang terbuka.
Sebagai rakyat, sikap Presiden PAS itu sungguh membanggakan.
Tambahan pula beliau sudah nampak dari bacaan awal kemungkinan
kandungan perbincangan itu ditakuti akan tersalah tafsir, atau
kemungkinan akan diputarbelit oleh pihak-pihak yang berkepentingan
sekianya ia dijalankan dalam bilik 'air tight'.
Kita berharap juga supaya UMNO tidak menggunakan isu yang (pada
hemat beliau dan begitu juga bagi majoriti orang Melayu) tidak wujud itu.
Kita berharap semoga PAS dan KeADILan dapat meyakini pemimpin
UMNO bahawa 'perpecahan Melayu' sebenarnya tidak timbul.
Jika UMNO mentafsirkan 'perpecahan Melayu' wujud kerana UMNO
sudah begitu parah kehilangan sokongan orang Melayu terhadap parti itu,
dan Pembangkang Melayu semakin mendapat sokongan - apa boleh
buat. Begitulah adat berpolitik, bukan? Sebelum ini pun PAS juga telah
diperkononnya oleh UMNO kununnya tidak mendapat sokongan orang
Melayu - tetapi mereka tetap berjuang. PAS pula tidak fikir orang Melayu
sudah berpecah pula kerana orang Melayu tidak menyokong PAS. Cuma
belum tiba masanya orang Melayu hendak menyokong PAS. Sekarang
sudah!! Sekali lagi??. Apa boleh, kan? Dah nasib Datuk Seri Presiden.
Hahaha..!! Bagi rakyat, mudah-mudahan perbincangan UMNO dengan PAS dan
KeADILan akan mententeramkan rasa gelabah UMNO yang menyangka
wujudnya 'Perpecahan Melayu'. Percayalah, Melayu tidak berpecah.
Cuma UMNO yang terbelah (rujuk hujah dalam rencana Amin Sapiro).
Oleh itu, janganlah UMNO gundah gulana dan gelabah sangat. Orang
Melayu, OK? tidak berpecah. Saya sudah jelaskan dalam siri 4 rencana
itu bahawa orang Melayu cuma berhijrah meninggal UMNO saja. Tapi
kesatuan orang Melayu masih 'solid-molid' macam gadis bawah umor
yang digian Rahim TC dan Shahidan Kassim..(Hehehe?.)
Umno harus berbangga kerana orang Melayu sudah ada parti Melayu
sebagai pilihan selain dari UMNO saja yang memonopoli.
Kita sama-sama beri tahniah kepada PAS dan KeADILan kerana tinggi
hemah. Kita ucapkan terima kasih kepada UMNO/Dr. Mahathir kerana
baru sekarang sedar dan insaf bahawa perjuangan Reformasi cetusan DS
Anwar tidak lenyap tempoh seminggu seperti yang mereka jangka pada
mulanya. Inilah bukti bahawa KeADILan adalah wacana dan janaan
rakyat yang mengerti arus perdana minda rakyat banyak.
InsyaAllah, dengan pebicangan itu, orang Melayu dalam UMNO akan
lebih mengerti hala tuju perjuangan Pembangkang Melayu dan lebih ramai
menyokong BA tanpa ragu-ragu. Pasti BA mengalu-alukan mereka!
Semoga dengan itu, selepas tahun 2004, negara akan beralih diterajui
oleh Pembangkang Melayu (kini) dan mencari ikhtiar untuk menyelesaikan
'mess' yang semakin berlonggok dalam 'tong sampah' bikinan
UMNO/BN. (Hahaha? maaf saya tergelak).
Amin Sapiro |