Laman Webantu   KM2A1: 3543 File Size: 10.2 Kb *



TJ MT FEER: Kuasa Mahathir yang Menjunam
By Michael Vatikiotis

7/1/2001 4:36 am Sun

MGG 0601

[Kami menggunakan thread baru untuk rencana ini supaya ia lebih menyerlah. Korup atau tidak seseorang pemimpin itu tidak diukur dengan membilang berapa banyakkah projek infrastruktur dan socio-budaya yang telah dibangunkan dan tampak kelihatan. Tanpa pembangunan insan setiap yang berdiri itu akan tumbang.

Rasuah dan penyelewengan menjadi penyakit berjangkit yang akan menyambar sesiapa sahaja yang mendekati kezaliman, baik melalui kekasaran atau kelembutan. Beban hutang yang ditanggung akibat perancangan pembangunan yang pincang yang berselindung dengan pelbagai cogankata berwawasan itu hanya akan meranapkan ekonomi negara juga akhirnya. Kita saksikan kini hampir kesemua projek penswastaan dan rancangan mega kerajaan kini sedang terumbang-ambing menanti untuk diselamatkan. Pasaran BSKL pula sudah semakin meragam dan Mahathir tampaknya sedang mencari pasangan asing untuk berdampingan. Padahal dia sendirilah dulu yang mengutuk mereka sebegitu sakan.

Mahathir sebenarnya lebih banyak berperang dengan rakyat sendiri dan semua institusi yang menjaga kebersihan, kecekapan dan amanah kekayaan negara. Dialah pemimpin yang paling dahsyat memutar dan memesong minda rakyat sehingga kefahaman ugama pun sanggup diterbalikkan. Padahal tuhan lebih bijaksana dalam semua hal dan kini Mahathir sendiri yang terbalik dan terjunam. Dia akan tenggelam sebagiaman Firaun itu tenggelam. Itu sudah lama dicatat untuk panduan umat berzaman. - Editor ]


Penterjemah: -MT-


Kuasa Mahathir yang Menjunam
(Mahathir: Declining powers)

Oleh Michael Vatikiotis/Hong Kong


Nama Mahathir Mohammad sudah terpahat dalam buku sejarah sebagai seorang perdana menteri pilihan rakyat yang paling lama berkuasa. Cuma di waktu yang terdekat ini barulah ramai rakyat Malaysia yang mula gusar bagaimanakah negara mereka dapat terus membesar tanpa lakonan rangsangan motivasi dan cakap bagak di pentas dunia. Tetapi kini, ramai ahli parti politiknya sendiri yang mahu melihat pemimpin yang sudah berusia 75 tahun itu, mengundurkan dirinya. "Hanya dialah seorang pemimpin parti yang saya kenali yang saya ketahui menjadi liabiliti (beban) kepada partinya," demikian pendirian tegas, Shahril Samad, seorang ahli majlis tertinggi yang bersikap berfikiran bebas dalam parti yang dipimpin oleh Mahathir.

Seperti Presiden China Jiang Zemin, Mahathir sedang menonjolkan satu usaha di mana dia cuba mengkonkritkan satu legasi di penghujung perkhidmatannya yang sungguh lama. Sayang, dalam banyak hal, dia tidak lagi mampu menyahut cabaran yang menghantui negaranya.

Mahathir mula memegang tampuk kuasa sejak 1981. Dia telah mengakui betapa dia telah bertanggungjawab kepada kekalahan yang ditanggung oleh UMNO pada November 29 ketika berlakunya pilihanraya kecil di Lunas. Namun doktor yang bertukar peranan sebagai ahli politik itu memang tidak mudah menukar haluannya. Pendekatan yang diambil untuk memimpin Malaysia adalah berdasarkan sikap tidak mudah selesa, memujuk dan kalau perlu mendera dan mendakwa sesiapa saja yang tidak nampak wawasannya untuk membangunkan negara.

Memang banyak kesan yang menyerlah dalam hal itu. Pemandangan Kuala Lumpur berubah dan ekonomi negara pada sekitar 90-an naik bercambah. Terdapat juga beberapa lakonan mega yang dianggap pembaziran semata-mata dalam bentuk ekspedisi ke Khutub Selatan, Mendaki Gunung Everest, dan penerokaan ke Afrika dalam usaha menjalin hubungan ekonomi dengan negara yang sedang membangun. Di dalam negara pula terdapat beberapa peristiwa kelam yang memualkan - contohnya ialah pergelutan Mahathir dengan para hakim yang memihak kepada musuh politiknya pada 1980-an dulu, dan juga usaha menekan dunia surat akhbar di waktu yang sama. Mahathir telah mengambil sikap menungkah arus dalam penghayatan kepimpinan politiknya, sehinggakan beliau masih bertegas terhadap media dan terus percaya dengan penggunaan undang-undang keras terhadap para penentang politiknya.

Pada 1998, berlaku persinggitan di antara beliau dengan timbalannya Anwar Ibrahim, sehinggakan negaranya berpecah dan sokongan terhadapnya dalam parti sendiri mula goyah. Penyingkiran Anwar mungkin dapat difahami kerana terdapatnya gelombang tidak puas hati terhadap ketahanan Mahathir di kalangan pengikut Anwar sendiri. Tetapi, para penyokong Anwar berpendapat, cara Anwar diaibkan itu adalah amat bertentangan dengan hak asasi manusia. Semakin ramai rakyat Malaysia bersetuju dengan pendapat itu, sehinggakan mereka bangkit menyanggah Mahathir dan menarik sokongan mereka terhadapnya dalam pemilu yang lalu. Suara majoriti parti pimpinan Mahathir menjadi berkurangan di parlimen.

Mahathir telah melakar Malaysia moden mengikut rupa bentuk kepercayaan dirinya dan dalam proses itu telah merobah lakaran politik negara. Dia telah menyanggah kuasa tradisi raja-raja mengenai hak-hak mereka dan dalam proses itu telah melumpuhkan sistem persekutuan negara. Kebenciannya terhadap kebebasan akhbar membuatkan dunia akhbar negaranya jatuh monyok. Retoriknya yang anti-barat telah menonjolkan namanya, dan sekaligus menonjolkan negaranya sebagai helah dan kelentongannya untuk mewarnai masyarakat global. Beberapa ahli ekonomi telah berpendapat Mahathir mungkin telah menyelamatkan Malaysia daripada cengkaman krisis ekonomi 1997 dulu dengan cara menetapkan kadar tukaran matawang negara. Tetapi secara jangka panjang, dia telah memusnahkan kredibiliti negara untuk menjadi satu pusat niaga pasaran bebas.

Akhirnya nanti, Mahathir akan diiktiraf sebagai salah seorang pemimpin terkemuka Asia. Tetapi legasi ini akan dipalit dengan pandangan politiknya yang tidak menyenangi pendapat orang lain dan cara-cara dia membentuk institusi demokratik negaranya mengikut acuan autoritarian bikinannya. Inilah sebabnya setiap kali kita tanya rakyat Malaysia, mengenai bakal pengganti perdana menteri itu, ramai yang mengharapkan agar penggantinya nanti biarlah seorang insan yang pendiam, dan tidak setangkas sepertinya.


<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>MT<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>




Rencana Asal:

From The Far Eastern Economic Review
Issue cover-dated 11th January 2001

MAHATHIR: DECLINING POWERS

By Michael Vatikiotis/HONG KONG

Mahathir Mohamad has already entered the history books as the world's longest-serving elected prime minister. Until quite recently, many Malaysians worried how the country would survive without his blend of motivational boosterism and tough talk on the world stage. But today, even members of his own party wouldn't mind if the 75-year-old leader bowed out. "He must be the only party leader I know who is a liability to his party," says Shahrir Samad, a fiercely independent-minded supreme-council member of Mahathir's ruling party.

Mahathir, like China's President Jiang Zemin (see article on page 19), gives the impression that he's trying to cement his legacy in the twilight of his long tenure. But in some ways, he isn't up to meeting the immediate challenges facing his country.

Mahathir, in power since 1981, has himself admitted that he may have contributed to the ruling United Malays National Organization's loss in a November 29 state by-election. But the medical-doctor-turned-politician isn't one to change his ways. His approach to leading Malaysia has been to browbeat, cajole and, if necessary, persecute those who don't share his vision of progress and development.

There have been some spectacular results: witness the rapidly changing Kuala Lumpur skyline and the economic boom of the 1990s. There have been what some might call needless stunts--Malaysians sent to the South Pole, up Mount Everest, and deep into Africa in search of an elusive economic nexus with the developing world. There have also been some darker moments at home--such as Mahathir's battle with judges after they ruled in favour of a political opponent in the late 1980s, and his crackdown on the press in the same period. Going against the regional trend toward political pluralism, Mahathir still lashes out at the media and supports the use of stringent civil laws against political opponents.

In 1998, his falling-out with his former deputy, Anwar Ibrahim, divided the country and undermined support for his party. Anwar's sacking was perhaps understandable, given the impatience of his supporters to unseat Mahathir. But Anwar's allies charge that the way he was treated by the authorities amounted to an abuse of human rights. Many Malaysians agreed and voted with their feet at the last election, significantly reducing Mahathir's parliamentary majority.

Mahathir has forged modern Malaysia in the image of his own beliefs and in the process altered the political landscape. He duelled with traditional rulers over their state rights and in the process weakened Malaysia's federal system. His contempt for untrammelled freedom of the press has cowed the country's media. His anti-Western rhetoric has painted him, and therefore to some extent his country, as leery of joining the global community. Some economists judge that he may have saved Malaysia from the worst of the 1997 regional economic crisis by fixing the exchange rate, but longer-term he may have damaged Malaysia's free-market credentials.

In the end, Mahathir will be judged as a great* Asian leader. But his legacy will be coloured by his uncompromising political views and the way that he recast Malaysia's democratic institutions in a more authoritarian mould. This explains why many Malaysians, when asked about his successor, often quietly hope that the next prime minister will be a quieter, even duller, figure.

http://www.feer.com/