Laman Webantu KM2A1: 3542 File Size: 5.9 Kb * |
TJ MT GS: Sports Toto Yang Diswastakan By Ganesh Sahathevan 7/1/2001 5:58 am Sun |
MGG0601 [Rencana ini memaparkan betapa satu anjakkan dilakukan dibalik
tabir untuk mengalihkan kekayaan yang dilakukan oleh pihak yang
berkuasa untuk seorang kroni tersayang. Sikap menyembunyikan
fakta itu menampakkan betapa rakusnya mereka membalun kekayaan
sedangkan itu bukan hak mereka. Kita perhatikan banyak syarikat
kroni diselamatkan sebelum penghujung tahun 2000. Apakah itu satu
muslihat lagi untuk menyembunyikan sesuatu yang masuk dan keluar
sewaktu ramai pelabur dan penganalisis bercuti? Angka 2+0+0+0=2
itu mungkin dapat menjawab beberapa ramalan. Tetapi mungkin juga
satu alasan 'Y2K bug' menjadi alasan sebagaimana yang sudah lama
dirancang? - Editor] Vincent Tan yang selama ini dianggap sebagai menguasai B&B Enterprise yang
dipilih oleh Kementerian Kewangan (MoF) dalam penswastaan Sports Toto pada
1985, enggan membuat komen terhadap satu laporan Bank Dunia. Laporan Bank
itu adalah mengenai penswastaan yang menyebut bahawa B&B adalah sebuah
syarikat yang dipunyai oleh Bumiputera. Apakah Kementerian Kewangan mampu
menjelaskan perkara ini? Sports Toto telah diswastakan pada 1985 kepada sebuah syarikat Bumiputera
bernama B&B Enterprise, demikian laporan yang diterbitkan oleh Bank Dunia
itu. Laporan yang ditulis pada 1994 adalah berasaskan maklumat yang mudah
diperolehi dan juga melalui wawancara dengan ketua pengarah dan pengurus
besar syarikat Berjaya Toto itu.
Hingga ke hari ini, B&B Enterprise masih merupakan pemegang saham berpadu
dalam Berjaya Group Bhd. Laporan Tahunan BGroup menunjukkan B&B sebagai
sebuah syarikat yang dikuasai oleh Vincent Tan, sebagai Pengerusi Eksekutif
Berjaya dan juga pemegang saham terbesar. Dalam beberapa laporan tahunan
syarikat kepunyaan BGroup ada disebut betapa Vincent Tan adalah manusianya
yang diberikan penswastaan Sports Toto itu.
Laporan ini menyanggah bagaimanakah Vincent dan B&B Enterprise boleh
diklasifikasikan sebagai sebuah syarikat bumiputera.
Laporan yang berjudul "Welfare Consequences of Selling Public Enterprise",
dan seperti yang tertulis pada muka surat 373 ada menyebut "the divestiture
of Sports Toto was carried out between B&B Enterprises (a private
Bumiputera-owned firm) and a "government working committee following a bid
by the former." Apabila diterjemahkan ia berbunyi begini: "Pengagihan Sports Toto telah
dilaksanakan di antara B&B Enterprise (sebuah syarikat yang dipunyai oleh
Bumiputera) dan satu 'Jawatankuasa kerja kerajaan sebagai melengkapi
permohonan yang dibuat oleh B&B Enterprise'.
Laporan itu juga melaporkan betapa B&B membeli 70% Sports Toto dengan harga
RM28 juta, dan kemudiannya menjual pula 10 persen pembelian itu kepada
Melewar Corp. Bhd. Setelah disenaraikan di pasaran saham pada 1987, B&B
telah mengekalkan 45%, kerajaan memegang 30% sedangkan Melewar telah menjual
pegangannya. Pada November 1987, Berjaya Group telah membeli 52% saham
syarikat yang tersenarai itu, dan kerajaan pula telah menjual pegangannya
(30%) kepada Raleigh Cycles Bhd. (satu ketika dulu dipunyai oleh Tajuddin
Ramli -penterjemah) dengan harga RM85 juta. B&B pula memegang 45%.
Kini, BGroup masih memegang 52% saham Sports Toto melalui BToto dan BLand,
sedangkan B&B tidak lagi nampak sebagai pemegang saham yang terserlah.
Rencana Asal: [Vincent Tan, who is commonly believed to have control of B&B
Enterprises, to which the MoF privatised Sports Toto in
1985, has refused to comment on a World Bank report that on
the privatisation which describes B&B as "A PRIVATE
BUMIPUTERA-OWNED FIRM". Might the MoF clarify the matter?]
The authors of the 1994 report relied on publicly available
information as well as interviews with Berjaya Sports Toto's
managing director and general manager.
B& B Enterprises remains today a substantial shareholder of
Berjaya Group Bhd; the BGroup Annual Reports show B&B to be
a company controlled by Vincent Tan, Berjaya's executive
chairman and controlling shareholder.Vincent is said , even
in some of his own BGroup annual reports, to be the person
to whom Sports Toto was privatised. The report raises questions as to how Vincent's B&B
Enterprises came to be a classified as a Bumiputera company.
The report is entitled "Welfare Consequences of Selling
Public Enterprises" , and states at page 373 that "the
divestiture of Sports Toto was carried out between B&B
Enterprises (a private Bumiputera-owned firm) and a
.....governemnt working committee following a bid by the
ffformer." The report goes onto state that B&B bought 70% of
Sports Toto for RM 28 million (pe of 3.1), and sold 10
percentage points of that stake to Melewar Corp Bhd. After
listing in 1987, B&B retained 45%, the Government its 30%,
while Melewar sold its stake. By November 1987 , Berjaya
Group had purchased 52% of the listed company, and the
Government had sold its 30% to Raleigh Cycles Bhd for RM 85
million, while B&B retained its 45%. |