Laman Webantu KM2A1: 3541 File Size: 10.2 Kb * |
TJ MT CH: Perpaduan Melayu By Charles Hector 7/1/2001 6:08 am Sun |
MGG0501 [Pertubuhan politik adalah satu wadah atau bekas untuk mengisi
mereka yang sehaluan perjuangan. Ia diwarnai dengan pelbagai
prinsip dan perlembagaan agar dapat belayar dalam irama itu
di medan juang. Rentak dan alunan tarian mereka itu tentunya
akan mengirim pelbagai tanggapan mata yang memerhatikan.
Kurangnya rakyat yang menyertai pertubuhan itu (10%) menggambarkan
ada sesuatu yang tidak kena pada sistem yang ada yang mengawal
pergerakkan semua pertubuhan itu. Sudah tiba masanya setiap parti
mengubah sedikit rentak untuk membaiki beberapa alunan yang kurang
enak demi masa depan negara. Lebarkan senyuman dan tambahkan hidangan,
nanti ramai tamu yang bakal datang bertandang walaupun rumah masih
usang. Itulah tumpuan yang harus diberikan - Editor]
Perpaduan Melayu Oleh: Charles Hector Pada 1957, Malaysia menerima kemerdekaannya daripada British. Kuasa politik
telah bertukar tangan kepada satu koalisi parti politik yang bergabung
berasaskan parti perkauman. Inilah gagasannya yang terus menunjangi
pemerintahan negara hingga ke hari ini dan lebih dikenali dengan panggilan
Barisan Nasional. Apabila parti politik diwujudkan berasaskan perkauman, keupayaannya untuk
terus bernafas hanya dapat dikekalkan dengan selalu memberi penekanan
kepada perpaduan kaum - dan tidak kepada perpaduan multi-kaum dan
nasionalisme. Parti perkauman di Malaysia masih lagi mengajak ahlinya
berdiri teguh di belakang konsep perkauman itu dan terus berjuang
mempertahankan hak-hak masyarakat perkauman tertentu. Mereka tidak mampu
melenyapkan diskriminasi kaum. Mereka terpaksa menghidupkan semangat
diskriminasi itu dengan apa cara jua, kerana sebaik sahaja rakyat Malaysia
berpaling ke arah konsep Malaysian secara menyeluruhnya dan tidak lagi
sebagai 'Melayu', 'Cina', India', 'Kadazan' dan sebagainya - politik yang
berasaskan kaum itu akan menemui jalan buntunya.
Negara kita adalah satu negara yang mengandungi kaum yang pelbagai -
rakyatnya berasal daripada pelbagai kumpulan etnik yang berbagai-bagai,
seperti yang jelas dirakamkan sejarah dengan terdapatnya banyak kahwin
campuran yang semakin galak berlaku di kalangan kumpulan etnik yang
berbeza-beza itu. Inilah hakikatnya dan inilah sesuatu yang dianggap oleh
semua parti politik yang berasaskan kaum itu enggan akui dan menerimanya.
Beberapa usaha telah direncana untuk menonjolkan dakyah kepalsuan betapa
semua parti berbentuk perkauman itu sebenarnya parti yang berbentuk
nasionalitik. Contohnya ialah kemunculan semangat nasionalisme Melayu -
sedangkan frasa yang dicetuskan itu sebenarnya satu kontradiksi sahaja.
Bagaimana mungkin adanya Nasionalisme Melayu, Nasionalisme Cina ataupun
Nasionalisme India, sedangkan yang sebetulnya hanya boleh ada Nasionalisme
Malaysian. Rakyat Malaysian sedang menolak apa juga bentuk politik yang berasaskan
perkauman dan keagamaan dan ini amat terserlah apabila di lihat di dalam
negara yang mempunyai 22 juta penduduknya, hanya sekitar 10% penduduk itu
yang menganggotai parti perkauman. Ramai yang tidak menjadi ahli parti dan
apa juga parti lain kerana tidak ada alternatif ketika itu.
Memang ada parti politik seperti Gerakan, DAP, Keadilan dan Parti Rakyat
Malaysia yang pada kewujudannya berbentuk sebagai parti yang tidak bersifat
perkauman. Malangnya, pemimpin parti itu dan juga media (kepunyaan parti
pemerintah) telah mengambil jalan mudah untuk mengaitkan perjuangan parti ke
arah perkauman juga. Pihak media telah menonjolkan DAP dan Gerakan sebagai
parti orang Cina, dan Keadilan dan Parti Rakyat Malaysia sebagai parti orang
Melayu.
Oleh kerana media massa dikuasai oleh parti yang memerintah, usaha untuk
mengekalkan parti yang berasaskan perkauman itu memang sengaja diteruskan.
Parti pembangkang yang tidak mengamalkan konsep perkauman itu harus bersedia
bertindak melantik bukan Melayu dalam Keadilan dan Parti Rakyat Malaysia, dan
orang Melayu dalam DAP. Kini, kita mempunyai Barisan Alternatif yang dapat
berganding bahu. Ramai rakyat Malaysia yang mula bertanya apakah ini satu
barisan parti politik yang berasaskan kaum seperti Barisan Nasional yang
sudah lama itu. Rakyat Malaysia yang percaya bahawa setiap rakyat mempunyai hak yang sama
mestilah menolak setiap usaha menyatukan sesuatu kaum itu yang dianjurkan
oleh sesuatu parti. Perkauman dan keagamaan memang kerap digunakan sebagai
tajuk untuk mengalihkan perhatian daripada isu yang sebenar - inilah
ketidaksamaan dalam pengagihan kekayaan, jurang mendalam di antara
golongan kaya dengan yang miskin, perlaksanaan undang-undang dan hak asasi
manusia. Bersatulah menolak dan berkata "TIDAK" kepada penyatuan Melayu, penyatuan
'Cina', penyatuan 'India', penyatuan Islam' penyatuan 'Kristian', penyatuan
'Kadazan dan apa juga usaha bentuk penyatuan yang sempit di kalangan kaum,
etnik ataupun kumpulan keagamaan di negara ini. Kalau kita tidak mampu
melakukan perkara ini, kita akan terus dipesongkan daripada kegiatan
kumpulan minoriti yang sungguh berkuasa dalam usaha mereka melanyak negara
dan membalun harta untuk diri mereka semata-mata. Mereka melakukan semua itu
secara gelojohnya tanpa memikirkan nasib masa depan rakyat marhaen negara
ini secara keseluruhannya. -Charles Hector- Rencana Asal: Malay Unity: Another attempt to divert attention from the
REAL issues In 1957, Malaysia got its independence from the British but
sadly political power was transferred to a coalition of
racial based political parties that still continue to be the
dominant parties in the ruling coalition, the Barisan
Nasional, until this day. When political parties are racially based, its survival can
only be obtained by the continuous emphasis on racial unity
- and not multi-racialism or nationalism. Racial parties in
Malaysia sadly continue to call on its members to stand
together united - to defend and to fight for the rights of
particular racial based communities. That is all it can do
and must do for its continued survival. They cannot allow
for the death of racial discrimination. They have to
continue to propogate it by whatsoever means, for if
Malaysians begin to look at each other as Malaysians and not
merely as "Malays', 'Chinese', 'Indians', 'Kadazans', etc -
racial based politics will come to an end.
Our nation is a multi-racial nation - with people belonging
to various different ethnic groupings, where even this is
not exactly true by reason of the growing number of
marriages between between the different ethnic groupings.
This reality is something that racial based political
parties have difficulty admitting and accepting.
Attempts have been made to made to give a false perspective
that these racial based parties are in fact nationalistic
parties. For example, the emergence of Malay Nationalism -
but is not this phrase itself a contradiction in terms.
There can be no Malay Nationalism or Chinese Nationalism or
Indian Nationalism - there can only be a Malaysian
Nationalism. Malaysians are now rejecting all forms of racial and
religious politics - and this is evident by the fact that in
a country where the population is over 22 million - only
about 10% or less are members of racial based parties. Many
have stayed away from becoming members of these parties, and
any other party because there really was no alternative.
In Malaysia, there were some parties like the Gerakan, the
DAP, Keadilan and Parti Rakyat Malaysia which started off as
non-racial based parties - but sadly some of its leaders and
of course the media (possibily used by the ruling coalition)
have taken great steps to identifying parties as being
racial parties. The media has projected the DAP and Gerakan
as being Chinese parties, and Keadilan and Parti Rakyat
Malaysia as being Malay parties. The leaders (and members)
of these parties have also 'fallen into this trap' - by
continuosly electing persons from the particular
ethnic/racial groupings as leaders. Leaders should not be
based on their race - but on their merit and capabilities
and popular support. In Malaysia, given the fact that the
mass media is controlled by the ruling coalition that cannot
allow racial based politics to die, opposition non-racial
based parties and their members must be ready to take
drastic steps by possibily getting non-Malays as Keadilan
and Parti Rakyat leaders, or Malays as leaders of the DAP.
We have now the Barisan Alternatif - and they are working
together. The question that many Malaysians are asking is
whether this is merely another coalition of racial based
political parties - just like the Barisan Nasional that we
have now. Malaysians who believe that all Malaysians are equal should
reject any attempt for racial based unity drives by any
party. Race and Religious differences have always been used
to divert the attention from the real issues - the
inequality of the distribution of wealth, the growing gap
between the rich and the poor, the rule of law and human
rights. Stand together to say "NO" to Malay Unity, to Chinese Unity,
to Indian Unity, to Muslim Unity, to Christian Unity, to
Kadazan Unity and all such narrow calls for unity between
any racial/ethnic or religious groupings in Malaysia. If we
cannot do this we will continue to be distracted by the
actions of the powerful minority who continue to pillage the
wealth of the nation for themselves, without any real
concern the good and well-being of all and each and every
Malaysian. |