Laman Webantu KM2A1: 3539 File Size: 19.8 Kb * |
TJ MT KQ: Hak Orang Melayu - Kemana Arahnya? By Kim Quek 7/1/2001 3:10 am Sun |
[Catatan Khas: Artikel ini sungguh bernas. ]
MGG0401 Penterjemah: -MT-
Oleh: Kim Quek PAS dan Keadilan memang sedang digelitik arus gelombang penelitian orang Melayu sehingga
mampu menggugat kedudukan mereka. Keadaan ini diperkuatkan agahannya oleh gelagat media
tajaan UMNO yang terus memainkan api sentimen perkauman yang menakutkan dan juga
menaikkan amarah, setiap hari. Lantas, PAS dan Keadilan menghadapi ugutan yang tidak
ketara bahayanya kalau mereka memperlekehkan begitu sahaja acahan UMNO itu.
Sebaliknya, perbincangan perpaduan satu kaum yang mahu dibincangkan oleh Mahathir dengan
membabitkan tiga parti politik ini mencerminkan satu usaha yang menyanggah asas
perjuangan Barisan Alternatif (BA). Ia akan meminggirkan rakan-rakan bukan Melayu dan
menggugat semangat sokongan orang Cina terhadap BA, seperti yang amat jelas dan
menonjol dan tanpa was-was dibuktikan oleh mereka pada pilihanrya kecil Lunas yang baru
berlalu. Oleh itu, kemanakah kita selepas ini?
Jawapannya terletak kepada isu sebenar kepentingan masyarakat Melayu itu. Mereka
terpaksa membuat pilihan di antara kesinambungan kuasa pemerintahan Mahathir yang penuh
bergelumang dengan korupsi dan kronisme dalam isu hak Melayu itu. Ataupun, mengasaskan
satu bentuk kepimpinan yang baru, merangkumi insan yang berbilang kaum yang mampu
menegakkan kepimpinan yang telus dan bersih dan kerajaan yang berwibawa.
Bagaimanakah gerangannya berribu juta wang rakyat marhaen untuk yang diperah membantu
kemalapan usaha niaga para kroni yang muflis (seperti penyuntikan sekitar 6 ribu juta
kepada Renong dan LRT serta 1.8 bilion kepada Tajudin untuk menyelamatkan MAS) dapat
membantu keadaan hidup tertekan masyarakat rakyat marhaen itu? Bagaimana pula gerangannya
ketiadaan daya saing dan ketelusan dalam pemberian kontrak kerajaan yang bernilai
ribuan juta kepada para kroni itu dapat memperbaiki daya saing peniaga Melayu secara
amnya? Dapatkah pembaziran yang beribu juta nailainya itu membantu proses menaikkan
martabat kewangan Melayu marhaen?
Segala jawapan kepada soalan di atas akan menyerlahkan betapa kerajaan Mahathir sudah
menyamun berbilion hak rakyat Melayu marhaen dengan segala tipu daya dan kelentongan.
Mahathir menggunakan hak keistimewaan Melayu itu sebagai cogankatanya untuk menopengi
kerja bajingannya sehinggakan segala faedah yang sepatutnya dinikmati oleh Melayu marhaen
itu lesap dibalunnya. Dalam usaha bajingannya itu, Mahathir telah menyuntik satu budaya
kerja yang memilih kasih dan pemberian faedah tanpa daya saing hingga menyuburkan budaya
politik wang dan korupsi. Bukti yang paling menyerlah kepada dua budaya jijik ini
terletak kepada keruntuhan yang kini dialami oleh kebanyakan perniagaan para kroni dan
takun-taikun pilihan Mahathir dan juga kepada penolakan orang Melayu terhadap UMNO yang
sudah dianggap sebagai satu jentera politik yang sungguh korup yang kewujudannya untuk
membenarkan para pemimpin politik terus bergelumang dalam lumpur kehinaan rasuah .
UMNO menabur fitnah bahawa orang Melayu sudah berpecah. Perbincangan yang dicadangkan
itu bertujuan untuk menyatupadukan kembali orang Melayu. Memang benar, orang Melayu
sudah pun berpecah. Tetapi, perpecahan itu adalah di antara sebilangan besar orang
Melayu yang menyahut saranan Anwar Ibrahim agar kebenaran dan keadilan ditgegakkan di
negara ini. Yang ditentang adalah kumpulan minoriti yang masih terpaut pada rasukan
kuasa Mahathir yang korup dan zalim kerana para penyokongnnya itu masih mengharapkan
sesuatu keuntungan daripada agihannya.
Apakah kesan perpecahan kepada satu bangsa yang dipisahkan oleh pemikiran politik?
Orang Cina di Malaysia telah berpecah berdekad lamanya disebabkan politik. Mereka
menjadi berpuak-puak menyokong perjuangan lurus DAP di pihak pembangkang dan menyokong
perjuangan yang penuh kerakusan, MCA dan Gerakan dalam Koalisi Pemerintah (BN). Namun
dalam kewujudan perpecahan itu orang Cina tidak pernah mempamirkan kecurigaan terhadap
masa depan (destini) mereka yang digugat oleh perpecahan itu sehingga mencuit hati
mereka untuk mengadakan satu majlis khas agar semua parti politik yang terbabit bersidang
membincangkan perpaduan orang Cina. Cuitan rasa ini sudah pasti menggerakkan pertemuan di
meja perundingan parti politik yang mendominasi kaum Cina seperti MCA, Gerakan, DAP dan
SUPP. Sebagai satu kumpulan kaum, orang Cina harus merasa sangsi terhadap
perwakilan politik dan kedudukan mereka dalam perlembagaan negara yang semakin
berkurangan disebabkan kerapnya dilakukkan pindaan kepada perlembagan negara itu.
Sewajarnya orang Melayu harus meraikan kelahiran pergerakan Reformasi sebagai satu
kebangkitan daripada era pengabdian oleh UMNO yang mengamalkan politik feudal berbau
perkauman. Di zaman pembangunan IT dan globalisasi, cabaran masa depan orang Mealyu
tidak ditentang oleh kaum Cina di Malaysia ini tetapi ia akan datang daripada saingan
yang berada di luar negara. Terpulanglah, apakah kita akan bangkit bersama sebagai satu
bangsa yang bersatu di bawah satu bendera ataupun terus dilekakan untuk ditelan oleh
perjalanan sejarah. Mereka dalam PAS dan Keadilan yang bersedia berbincang dengan Mahathir mengenai perpaduan
Melayu itu harus membuat pertimbangan apakah yang akan mereka perolehi akhirnya untuk
parti mereka, untuk orang Melayu dan untuk negara yang mereka cinta.
Mereaka mesti menyoal diri sendiri: Apakah kepentingan orang Melayu sedang digugat dan
diserang? Apakah hebat sangat serangan yang mereka hadapi itu sehinggakan mereka sanggup
menyanggah prinsip asal mereka sanggup merungkai sokongan bukan Melayu untuk
semata-mata duduk semeja dengan seorang insan yang telah mengajar kita bahawa dialah
manusia berhati syaitan yang membawa suasana kesyaitanan di negara ini? Apa akan jadi
kepada kewibawaan mereka itu? Di manakah perginya janji merka terhadap keadilan,
kesamaan, demokrasi dan pemerintahan yang berwibawa?
Tidak ada insan yang waras yang sanggup menafikan walaupun sejenak cuma, bahawa tidak ada
bangsa lain selain daripada orang Melayu yang akan terus mewarisi kuasa politik di
negara ini. Sama ada Barisan Nasional ataupun Barian Alternatif yang akan menerajui
arena politik negara ini melalui pilihan raya umum negara, kuasa politik itu akan terus
kekal di tangan orang Melayu. Cuma ada perbezaan antara dua puak itu: Yang pertama akan
terus memainkan api perkauman untuk terus memerintah seperti biasa, sedangkan yang lagi
satu akan terus memberi penekanan kepada prinsip moral dan keunggulan demokrasi. Sudah
tentu, tidak ada sesiapa yang sanggup meminda perlembagaan untuk membasmi ataupun
mengurangkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputara Sabah dan Sarawak seperti
termaktub dalam Artikel 153 dalam perlembagaan itu. Sebarang pindaan terhadap perkara itu
pun tidak boleh dilaksanakan tanpa persetujuan orang Melayu.
Bukannya sukar untuk memahami tindakan Mahathir mengajak PAS dan Keadilan di waktu
ini. Sayap pemuda kedua-dua parti telah bertindak bijak menolak ajakan Mahathir itu
sambil membogelkan motif sebenar ajakan itu ialah untuk memesongkan perhatian umum kepada
masalah peribadinya. Kepimpinan Mahathir dalam UMNO memang sudah sampai ke tahap yang
amat menggugatnya. Ini adalah ekoran ranapnya kubu kuat UMNO di negeri kelahiran Mahathir
sendiri dan ia berlaku setelah pengundi Cina berpaling tadah menyokong BA. Keaiban ini
diikuti pula secara bersiri akan segla skandal kewangan yang menyebabkan Maharthir
membuat tindakan penyelamat untuk membantu para kroni dengan menggunakan dana kerajaan.
(Tajuddin dan Renong memerlukan hampir 8 ribu juta). Mahathir telah dikritik dengan
hebatnya kerana tindakannya itu oleh para pemimpin UMNO sedangkan sikap begitu tidak
pernah berlaku sebelum itu. Apabila orang Cina dan Melayu sudah memperlekehnya,
ketokohan Mahathir sebagai seorang Perdana Menteri negara ini sudah sampai menjerumus di
bibir longkang keaiban yang dalam.
Sebarang usaha untuk menyetujui ajakan Mahathir membincangkan perpaduan Melayu adalah
laksana mencampakkan satu tali penyelamat ke arah seseorang yang semakin tenggelam. Semua
TV dan radio serta akhbar perdana di negara ini di kuasai oleh Barisan Nasional. Semua
media itu sedang galak sakan mencanangkan pertemuan itu. Tidak ada sesiapa yang dapat
menjaminkan bahawa pertemuan yang dirancang itu tidak dijadikan bahan propaganda di mana
Mahathir ditonjol sebagai saoarng wira bangsa yang mampu menyatupadukan kembali satu
bangsa yang dikatakan sedang berpecah.
Untuk menolak ajakan Mahathir membincangkan kisah bersatu padu itu, semua orang Melayu
harus diberitahu dengan penuh keyakinan dan kebenaran. Ketua sayap pemuda PAS dan
Keadilan telah berlaku bijak mengorak langkah yag betul. Memang tidak ada krisis yang
tercetus disebabakan perpaduan bangsa yang renggang. Krisis yang ada hanya wujud di
kalangan kepimpinan UMNO yang telah membalun segala hak rakyat marhaen atas nama hak
keistimewaan orang Melayu, semata-mata untuk membesarkan tembolok mereka dan para kroni.
Mereka telah memporakperandakan ekonomi negara disebakan pengurusan yang tidak cekap dan
korupsi. Mereka telah merobek-robek perlembagaan negara hingga kemerdekaan negara
tercemar dan integriti semua institusi negara terpalit sama. Mereka inilah yang telah
mengecewakan marhaen Melayu. Mereka inilah sepatutnya dihumban jauh-jauh dan dihukum.
Seharusnya mereka tidak diberi peluang langsung untuk membangkitkan isu perpaduan Melayu
ataupun perbincangan apa sahaja. Sebagai rakyat yang taat dan setia kepada negaranya, kita (kami) menyokong dan
mengalu-alukan pendirian tidak berbelah-bagi yang dilakukan oleh Kertua Pemuda PAS dan
Keadilan. -Kim Quek- Rencana Asal: MALAY RIGHTS: WHERE ARE WE HEADING?
05.01.2001 Recent press reports of PAS President's and Keadilan President's
willingness to hold talks with UMNO President Mahathir Mohamad on Malay
unity is a stark reminder to all Malaysians that the fault line of racial
allegiance in Malaysian politics is still very much alive and potent. This
fissure, which has dominated politics and has made politics a dirty word in
this Country for the past 4 decades, may crack wide open and engulf all
Malaysians, if not handled with care and wisdom by PAS and Keadilan.
On the one hand, both PAS and Keadilan are facing potential ground swells of
Malay concerns of their interests being endangered (what with
UMNO-controlled media inciting Malay fears and angers almost daily), and run
the risk of being accused of forsaking the well being of the Malay race, if
UMNO's unity calls are ignored. On the other hand, this kind of mono-racial unity talks across party lines
with Mahathir runs contrary to the ideals and struggles of Barisan
Alternatif (BA). It will alienate the non-Malay partners and jeopardize the
decisive swing of Chinese support towards BA, so conspicuously and so
heartwarmingly exhibited in the recent Lunas By-election.
So, where do we go from here? The answer lies in the issue of what constitute the genuine interests of the
Malay masses. A continuation of Mahathir's rule of rampant corruption and
cronyism in the name of Malay rights, or a brand new and genuinely
multi-racial leadership of clean and efficient government?
How would the continued massive haemorrhage of billions of public funds for
the benefits of the cronies (exemplified most recently by the cash infusion
of 6 billion to Renong re the LRT and 1.8 billion to Tajuddin Ramli re MAS)
help to increase the wealth of the Malay men-in-the-street? How would the
complete absence of competition and transparency in the award of billions
worth of government contracts to a few selected cronies improve the
competitiveness of the Malay businessmen in general? How would these
billion ringgit spendings at inflated prices uplift the financial standings
of the ordinary Malays? The answers to these questions would show that Mahathir's Government has
squandered billions under the camouflage of Malay rights without bringing
commensurate benefits to the Malay society in general. In the course of it,
Mahathir has brought into being a business culture of privileges and
non-competitiveness and a political culture of money politics and
corruption. The most eloquent testimony to these 2 cultures are the virtual
collapse of most of the crony enterprises and tycoons that sprang up in
Mahathir's reign and the rejection of UMNO by the Malays as a corrupt and
self-serving political organization. UMNO claims that the Malays are split, and that the proposed unity talks are
to re-unite the Malays. True, Malays are split. But the split is only between the great majorities
who have rallied to Anwar's call to uphold truth and justice, against the
small minority who have clung on to Mahathir's corrupt and oppressive
regime for selfish and pecuniary considerations.
What is wrong with a split within a race on political grounds? The Chinese
Malaysians have been split for decades between those supporting the
righteous DAP in the Opposition and those supporting the sycophantic MCA and
Gerakan in the Ruling Coalition; and yet they have never been so alarmed by
their racial destiny being threatened by this split that they have to call
for an across the party conference on Chinese unity among the Chinese
dominated parties of DAP, MCA, Gerakan and SUPP to defend their racial
interests. This, in spite of the fact that the Chinese as a racial group
should have more reasons to feel insecure, being in the minority and having
their political representation and constitutional positions reduced through
successive amendments to the Constitution.
In fact, Malays should celebrate the birth of the Reformasi movement as
renaissance from decades of enslavement by UMNO's feudal and racial
politics. In this day of breath-taking IT advancement and globalisation,
the challenge to the Malay destiny comes not from the Chinese Malaysians,
but from competitors beyond our shores. It is now a case of either we buck
up as a united nation and raise our competitiveness collectively and
cohesively as a unified people, or we perish in the relentless and
accelerating march of history. Those in PAS and Keadilan contemplating Malay unity talks with Mahathir must
consider what they can gain by holding such talks for their parties, for
the Malays and for the Country.
They must firstly ask themselves: Are Malay interests under siege? Are
these threats so pressing that they must risk contradicting their principles
and loosing non-Malay support to sit down with some one whom they have
taught us to believe to be the root cause of the evils that bedevil our
beloved Country now? Where is their credibility? Where are their lofty
promises of justice, equality, democracy and good governance?
No sane person could doubt even for one fleeting moment that any race other
than Malay can hold political power now and for generations to come.
Whether it is Barisan Nasional or Barisan Alternatif that wins in the
national election, political power will still be firmly in the hands of
Malays. The difference between these two is: the former will continue to
flash the racial cards to carry on business as usual, while the latter will
stress more on moral principles and democratic ideals. And certainly no one
is contemplating a constitutional amendment to abolish or reduce the
ˇ§special position of the Malays and natives of Sabah and Sarawak as
enshrined in Article 153 of the Constitution. Nor is such amendment
considered remotely possible without the consent of the Malays.
It is not difficult to understand why Mahathir has chosen to hold Malay
unity talks with PAS and Keadilan at this time. To the credit of the Youth
Wings of these 2 political parties, they have instantly rejected Mahathir's
call for these talks and exposed Mahathir's ulterior motives, which are to
divert attention from his present predicament. Mahathir's leadership
position within UMNO has plunged to danger level, following a humiliating
electoral defeat in an UMNO stronghold within his home ground, made possible
by a decisive switch of Chinese support to the Opposition BA. This was
followed quickly by a succession of financial scandals where massive
government funds are used to bail out his cronies (Tajuddin & Renong,
totaling almost RM 8,000 millions). For these fiascos, Mahathir has been
openly criticized and condemned by UMNO leaders, a development that was
considered unimaginable only a short time ago. Repudiated by Malays and
Chinese alike, his standing as the Prime Minister of this Nation has sunk to
the lowest in memory. Hence, agreeing to hold a grand meeting of Malay unity with Mahathir at this
crucial time would be tantamount to throwing a lifeline to a drowning man.
With the immense capacity of Barisan Nasional to spread false propaganda
through the electronic and printed media (all TV and radio stations and all
newspapers are under the iron-fisted control of the Ruling Coalition), no
one can be certain that this unity talk would not be turned into a publicity
extravaganza where Mahathir may yet be ballyhooed as the unifier and saviour
of the Malay race. To reject Mahathir's call for unity talks, Malays have to be told and
convinced of the truth. In this respect, the Youth Leaders of both PAS and
Keadilan have eminently risen to the task. They have rightly pointed out
that there is no crisis arising from the lack of Malay unity. There is only
the crisis of moral bankruptcy in the UMNO leadership who has plundered the
wealth of this Country in the name of Malay rights to fatten themselves and
their cronies. They have failed the Malay masses. They have damaged the
economy through gross mismanagement and corruption. They have mutilated the
Constitution and destroyed the independence and integrity of all the
democratic institutions. They deserve to be rejected and punished. They
should not be given a chance to revive through a Malay unity talks or any
other phony talk for that matter.
As loyal citizens of this Country, we applaud and support the unequivocal
and principled stand taken by PAS Youth and Keadilan Youth.
|