Laman Webantu KM2A1: 3537 File Size: 5.8 Kb * |
Eusoff Chin - Pengemis 'Tola Abok' Sebagai Balasan Mahathir..!! By Amin Sapiro 7/1/2001 2:21 am Sun |
[Lukiran menarik dari Wak ini sepatutnya menjadi satu pengajaran
penting buat semua pencacai Mahathir. Mereka semua menjadi alat
permainan remote-control dan hamba abdi Mahathir belaka. Apabila
sudah tua dan usang, mereka sudah tidak diperdulikan lagi. Tidak
guna memuju rayu lagipun nasib Mahathir sendiri pun masih belum tentu.
Ketawa bolehlah beramai-ramai, tetapi bila menangis, termenunglah
sendiri. Pada ketika itulah baru dunia ini dirasakan sempit dan
semua jari habis digigit. Pintu JPM sudah tertutup tetapi masih
ada pintu lain yang tetap terbuka. Eusoff Chin tidak perlu membayar
apa-apa, cuma perlu membuka mulut sahaja. Di Kajang ada, dan di Sungai
Buloh pun ada. Sebutkan sahaja - Nanti habis cerita! - Editor]
MALAM kemarin, tengah drive pulang Raya, talipon bimbit di kocek menggeletar
(vibrate). Kocek baju Melayu teluk belango yang serba wangi dengan minyak attar
rumpai madinah tuh memang selalu bawak 'tuah'. Fikirkan mulanya kok lipas
kudung mana yang masuk kocek Rupa-rupanya talipon kawan tukar dari dering
kepada yang 'bergegau' (bergegar). Dengar suara, baru cam kawan lamo dari JPM talipon pulak. Sebab polis
road-block ada didepan, terpaksalah berhenti ditepi jalan. Maklumlah, kita kena
ikut undang-undang jalanraya - masa memandu salah cakap talipon.
Setelah memberi salam, si pemanggil tu gelak dulu. Hairan jugak kenapa. Ingatkan
kok dah mabok lemang ke atau pening ketupat daun palas. Rupanya dia gelak
sebab ada cerita lucu yang dia nak ceritakan, katanya.
Sementelah memang hati tengah gian nak tahu, tambahan pulak cerita orang JPM
ni selalu 'top notch' kategorinya, maka segeralah beliau bercerita.
"Wak! Tau tak Eusoff Chin dah jadi pengemis sekarang" katanya.
"Camana pulak? Kan dia LP pencen? Dulu terer semacam - boleh masukkan TPM
Anwar dalam penjara" balas saya. "Isssyyyyy.. dulu lain, sekarang lain LP lagi. Dulu ada power, sekarang dah
'kantoi'" Hahaha.. Dia saja yg sedar diri, kot? kawan tuh ketawa.. (gelak saya bila
dia sebut 'kantoi?? hihihih). Kabarnya Eusoff Chin nak jumpa sangat dengan Mahathir. Bulan puasa dulu nak
jumpa sekali. Kata Usop, ada appointment, Mahathir janji nak jumpa. Sampai masa,
Mahathir keluar tergesa-gesa. Menunggulah Usop 'Cincau' sampai kering tekak 2
jam di bilik menunggu. Lepas 2 jam baru Setia Sulit Mahathir talipon sekretarinya
suruh kensel semua appointment PM. "Kecian Usop Chin, terhencot-hencot pulang. Menggigil lututnnya turun tangga.
Nasib badan. Dah tua camtu kena main dek Mahathir. Sakit gak hatinya, kot", kata
kawan JPM tu. "Sehari dulu, lepas 4 raya, Usop Chin datang lagi", katanya. Khabarnya, kali ini
Usop datang dengan drivernya. Ada bawak bungkusan besar. Terus Usop jumpa
Setiausaha Politik Mahathir. Kawan tu buat tak reti aja. Langsung tak pandang
muka Usop. Bila Usop rapat, bercakap dia macam berbisik (memang suara Usop Chin antara
dengar tak - biasa lerrr orang besar memang suara macam tu. Nak jaga
personaliti). Usop kata, "I have an appointment to see PM. It is about time. Tell me please, if he
calls me". Kawan tu, tanya, "Anything important Tan Sri?"
Usop Chin jawab, "Well. I can't tell you that. Just inform me when PM calls for
me..". Aduihhhh? sombong aja bunyinya. "Bunyi marah pun ada gak" kata kawan
tuh. "Well, Tan Sri, you can tell me, then I'll refer to PM. If I consider the subject matter
is of some importance to PM, I will relate the info to him", balas Setiausaha Politik
tuh. Macam geram saja bunyinya. "Since when I should do that? In the past, PM always give strict orders to me not to
devulge any info to anyone except to him.. what more to you". Usop Chin rasa
'feel slighted'. Dalam berbalas cakap antara dua pihak itu, kawan yang sudah merah muka itu
menjawab dengan suara garang, "Tan Sri, You are NOT as you were. Don't you
realise the hint that you're no more important to him as you were. Kalau tak caya,
you please read his note". Kawan tu serahkan secebis kertas tanda tangan
Mahathir. Usop Chin yang sedang berdiri tegak-lurus itu tiba-tiba terduduk bagai nak pitam.
Mencias-cias peluh di dahinya. Termenung dia. Merah muka Usop macam budak
tadika nak menangis, kata kawan tuh. Saya tanya, apa isi nota Mahathir tu pulak?
Menjawab kawan dalam talipon tadi: "Pendek saja Wak. Mahathir kata: Thank you
for coming. The job you applied is not vacant. Isn't that enough to you I had given
you 6-months extension? You aleady served my purpose. I need you no more. Do
realise, as PM, am always busy". "Padan muko Usop" balas saya. "Dia fikir Mahathir tu jenis manusia kenang jasa
ke". Sekarang kena batang hidung sendiri, apa rasanya? "Anwar dulu siapa yang
kerja keras purukkan dia ke Sg. Buloh " jawab saya.
"Ya lah Wak. Kabarnya Law-firm bininya tak ada orang yang bagi kerja. Asik
kalah aja bila masuk court. Tak ada korporat nak terima Usop Chin jadi 'sleeping'
Director pun. Semua kata, he'll mess-up everuthing! Kecian juga, Wak" kata
kawan JPM tuh. "Pada Muko. Allah bayar tunai kepada pengkhianat. Tolak abok laaaaaa", jawab
saya. Ewahhhh? hihihih? marah jugek!! Tapi apa nak kata, yekk..? Kalau Mahathir berhenti letak jawatan PM pun -
office-boy PWTC kabarnya nak tolak kerusi dengan tapak kaki persilakan Mahathir
duduk!! 'Hahaha' itu sebab Dr. Mahathir tak nak letak jawatan, Wak? balas kawan dalam
talipon tu. Hehehe? cerita orang JPM memang 'from the horse's mouth?! Original
youuuuu?..!! HEHEHE? Amin Sapiro |