Laman Webantu KM2A1: 3536 File Size: 8.9 Kb * |
Mungkin Dodol Orang Johor Terasa Pahit Kepada Mahathir..! By Amin Sapiro 7/1/2001 1:25 am Sun |
Amin Sapiro (berhari raya sakan sesudah Puasa 6)
[Kita cukup hairan mengapa wira 'dunia ketiga' dan 'wira barbie'
asyik menghilangkan diri sejak akhir-akhir ini. Pemuda Umno pula
memutuskan untuk menangguhkan debat sensasi setelah sedikit 'berperang'
dalam bilik dengan Suqui yang berakhir dengan banyak diam yang penuh
tanda tanya. Tetapi permit yang diberi kepada GPMS untuk berarak di
Terengganu masih belum ditarik lagi. Nampak jelas ada beberapa muslihat
yang sedang dirancang. Tambah menghairankan juga kita kenapa Mahathir tiba-tiba terbang ke Myanmar
sedangkan negara itu penuh dengan budaya politik yang tercemar. Apakah
Mahathir sedang memesan 'dodol berpuaka' dari negara berdekatan untuk
dihidangkan kepada rakyat jelata yang sudah tidak berselera? Cukuplah
dengan juadah arsenik yang boleh menusuk tulang kuku dan rambut yang
boleh membunuh secara perlahan. 'Dodol berpuaka' dari Kerala tentu akan
membunuh lebih ramai orang. Lagipun kilang bateri (Union Carbide) di
India itu sudah mengsengsarakan ramai orang. Lebih baik biarkan sahaja
jantung tiruan itu berhenti, nescaya selamat lebih ramai orang. - Editor]
MUNGKIN DODOL ORANG JOHOR TERASA PAHIT KEPADA
MAHATHIR..! KUNJUNGAN Dr. Mahathir ke 'Seberang Tambak sebelah
sini' beberapa hari sebelum berlepas dengan Global
Express (yang semacam dianggap beliau sebagai
hak-milik peribadi yang dibeli dari duit kepala
bapaknya saja) dengan alasan kununnya sebagai
menghadiri jamuan Baginda Sultan - sebenarnya adalah
satu 'misteri' yang sedang diteliti oleh beberapa
pihak. Orang 'Sini' Sudah Dapat Mengesan
Sana-sini, orang 'Seberang Tambak sebelah sini' masih
gegak merayakan Eidulfitri. Yang berbeda dari
tahun-tahun sebelumnya, Jamuan Hari Raya secara
berkelompok lebih banyak diadakan berbanding kunjungan
silaturrahim Eidulfitri dari rumah ke rumah.
Satu kelainan pula, di setiap jamuan yang diadakan,
ramai hadirin yang sengaja dijemput mewakili Ketua
Bahagian UMNO, Pemuda dan Wanita dari lain-lain
kawasan. Agak pelik dan ganjil lagi, bila terlihat dhef yang
dijemput itu adalah mereka yang terang-terang mewakili
komponen Barisan Alternatif: ie. PAS, KeADILan, PRM
dan DAP. Senario dan suasana begitu sesungguhnya amat
janggal; malah tidak pernah terjadi dalam Eidulfitri
sejak 43 tahun dahulu. Nampaknya Eidulfitri tahun ini telah menampakkan satu
kemeriahan yang amat terserlah. Dari silaturrahim yang
tercetus (sengaja dicetuskan?), terang-terang
menunjukkan satu percubaan membukti dan menafikan
wujudnya isu-isu 'perpecahan orang Melayu' dan ancaman
'Suqiu' yang digembar-gemburkan media dan puak UMNO
yang berkepentingan. Bagi mereka kalangan rakyat banyak, isu-isu itu 'TIDAK
PERNAH WUJUD' dalam minda hadirin yang berkunjung dan
bersalaman. Inilah yang menyebabkan timbul satu isu
baru yang menyebabkan juadah hidangan anak Johor
terasa pahit-getir dimamah Mahathir (khabarnya).
Abdullah Bedawi tidak pula hadir. Mungkin beliau sudah
tahu siang-siang bahawa juadah bakal dihidangkan oleh
orang Johor nampak saja manis, tetapi ditelan pahit
bagaikan jadam! Hihihih?.!! Ucapan pendek beberapa tetamu yang dijemput telah
memeriahkan suasana yang sedia ceria. Lebih-lebih lagi
apabila terdengar ucapan-ucapan dhef-dhef jemputan
yang rata-rata menjurus kepada perpaduan kaum,
silaturahim sesama sebangsa dan seagama tanpa menyebut
sebarang perkataan berbau 'politik dangkal' yang tidak
putus-putus saban hari diwarwarkan oleh media massa.
Air muka masing-masing pula tidak langsung menampakkan
bayang tanda-tanda curiga atau syak wasangka sesama
mereka; berbanding dengan kehebohan yang terpapar di
media letronik dan akhbar arus perdana UMNO yang
sangat mengapi-apikan. Timbul Soal Dan Tandatanya Seorang yang bangkit berucap terang-terang membuat
kenyatan rengkas dengan berkata: "UMNO, BN dan Komponen BA harus faham bahawa musuh
sebenar berada dalam selimut kita. Seperti virus Aid
dan Kenser, semua pihak wajib peka supaya 'membakar'
nyamuk pembawa virus itu yang semakin jelas
menyusahkan kita. Kita perlu sama-sama membunuh
'nyamok tua' pembawa virus itu sebelum menular hingga
ke sumsum (kilang darah dalam tulang). Tidak ada cara
lain sebagai kaedah mencegahnya dari menular. Kita
sudah mengenalpasti 'bapak nyamok' pembawa 'virus'
itu", kata beliau. "Alhamdulillah.!!" sambung beliau, "UMNO di 'Seberang
Tambak sebelah sini' bersedia menggerakkan jentera
parti dan mengahayati iltizam rakyat bersama rakan
dalam Barisan Alternatif untuk membuang 'nyamok tua'
bervirus itu dari menggugat dan menular perpaduan kaum
dan perpaduan ummah". "Pendirian kami mudah saja: Yang busuk akan dibuang
jauh dan yang keruh akan dijernihkan. Jika keadaan
menuntut bukti, kemungkinan besar UMNO akan
menunjukkan kesanggupan untuk mengorbankan 'kepala
Kurau' yang busuk itu dari merentung-busukkan ikan
yang se bakul ini." ujar beliau. Imbauan beliau itu telah disambut dengan tepukan
gemuruh dan hilai laungan Reformasi dan Allahu Akbar
yang terdengar dengan gamat. Tidak nampak sebarang
suasana curiga. Sebaliknya berkabung-kabung lemang dan
berketul-ketul ketupat, berpinggan-pinggan rendang dan
berpiring-piring juadah beredar. Sambil ucapan bergema silih berganti (umpama hadirin
merafa'kan ikrar), susana Eidulfitri itu semakin hebat
dirayakan. Ia amat mempesonakan! Yang jelas, tidak
disangka-sangka bagaimana wakil-wakil yang berucap itu
begitu sinis dan berani menyindir tajam.
Makin ternafikanlah sekarang, kununnya 'orang Melayu
berpecah' kini. Atau, isu Suqiu menggugat 'perpaduan
kaum'. Di peringkat rakyat marhain, seolah-olah perkara itu
tidak timbul langsung. Mungkin Dr. Mahathir, Abdullah,
budak-budak suruhan Mahathir (Hisham Aw-Aw, Shahidan
'Kantoi' atau Suhaimi 'cikgu tadika GPMS' dan
juak-juak media 'pembodek' Mahathir yang didalangi
anak lelaki kepada 'mamak' Maidin) wajar insaf dan
berhati-hati sikit laaa....!! Lawatan Mahathir Tidak Meredakan
Dicelah-celah suasana beginilah kunjungan Dr. Mahathir
ke 'Seberang Tambak sebelah sini' diadakan. Kununnya,
alasan menghadiri jamuan Baginda Sultan cuma.
Kunjungan yang disebut 'misteri' itu akhirnya tersemu
juga dengan bisik-bisik yang sedang merebak bagai api
membakar hutan kering di Kalimantan. Asap yang berkepul itu telah 'menjerubu' memeningkan
kepala dan benak pemimpin UMNO atasan di sini.
Malangnya, tidak pula menyakiti benak rakyat jelata.
Pastinya, Mahathir sendiri sudah hampir-hampir
'pitam' sekarang. Ghani MB yang diiringi Adam Hamid
dan beberapa orang wakil terpilih komponen BN yang
menyambut beliau di Senai (tetapi tanpa Shahril dan
kepimpinan UMNO yang lain) adalah suatu 'petanda
buruk' kepada pertemuan Mahathir - Perwakilan UMNO Johor
selepas jamuan itu. Pelbagai isu ditimbulkan. Perbincangan menjurus kepada
hujah berbentuk 'tekanan' sengit. Mahathir seperti
lazimnya sentiasa menepis dan berdolak-dalik.
Kerana negeri 'Seberang Tambak sebelah sini' adalah
tanah kelahiran UMNO, Mahathir wajib akur dan mengkaji
semolek-moleknya peranan beliau yang semakin tandus di
gurun pasir. Berkata seorang yang mengetahui rahsia perbincangan
yang 'memerah muka' itu, kata beliau: "Dr. Mahathir bukan saja pulang ke Putera Jaya dengan
sebungkus penganan 'dodol' sebagai ole-ole hadiah
kunjungan; sebaliknya Mahathir sendiri 'telah
dibungkus rapi' oleh UMNO Johore besekali dengan
'Dodol Lekit' yang digodak oleh anak-anak Johor yang
tahu resepi dan formula hasil tunjuk-ajar rakan yang
sama iltizam dengan BA!! 'Semangat Lunas' Semakin Merebak
Mungkin semangat dan iltizam penduduk perkasa di Lunas
di utara sudah menular ke Selatan tanahair. Jika
kerabat kita di Lunas berdaya dan jatidiri merobah
keadaan statik dan sterotype sejak tahun 1957, apa
beda orang 'Seberang Tambak' ini pula? Masakan mereka
berbeda; kerana cubit peha kanan terasa juga.
Maklumlah, jika keadaan tidak diubah-rombak oleh umat
penghuni dunia, masakan Allah swt. akan mengutus
malaikat merobahnya untuk kita selagi kita punya
upaya. Berkata seorang ahli UMNO yang sudah berumur tetapi
masih bertenaga, "Jika Muhamad berhijrah ke Madinah
untuk mengerjakan amanah Allah swt, masakan kita akan
teragak-agak melakukan penghijrahan cara kita demi
kesejahteraan zuriat masa depan..". Kata-kata pendek
dan rengkas beliau itu spontan disambut dengan laungan
Allahu Akbar dan gema Takbir Eidulfitri al Ahzab
(perjuangan)!! Mungkinkah Mahathir ke Myanmar mencari penawar?
Khabarnya Mahathir akan melanjutkan cuti hari raya dan
dijangka pulang lewat dari tarikh yang dijadualkan.
Ada apa-apa ke? Hehehe? Amin Sapiro
|