Laman Webantu KM2A1: 3535 File Size: 18.3 Kb * |
TJ MT MGG: Penswastaan: Sekejap Ada Sekejap Tidak ! By M.G.G. Pillai 6/1/2001 7:40 pm Sat |
MGG0101 [Satu terjemahan MGG Pillai oleh Pak -MT- yang mesti dibaca oleh semua rakyat
yang perihatin. Kerajaan Umno terlalu memanjakan kroni tersayang sedangkan ia
pun tahu hutang yang mencanak itu pasti akan membuatkan ikan yang gemuk pun
mati kelemasan. Air di kolam sudah kekeringan dan seribu titik tangisan sudah
tidak mampu untuk membolehkan semua ikan berenang, termasuk yang masih
keanak-anakkan. - Editor] Di ruangan column, mukasurat 11. Perdana Menteri masih lagi yakin dengan usaha menswastakan aset kerajaan
kepada para kroni, jongos dan sukusakatnya. Walaupun sudah ada yang
lingkup, dia masih belum serik lagi. Dia menganggap peristiwa itu sebagai
perkara biasa dalam perniagaan. Memang nampak sangat kurang jujurnya dalam
wawancara bersama Bernama barau-baru ini. Penswastaaan telah dilaksanakan
sebelum dilakukan pengoditan (due diligence) yang menyeluruh.
Proses penswastaan itu difaraidkan kepada peniaga pilihan, lengkap dengan
kemudahan yang molok-molok. Usaha seperti itu memang menjanjikan penswastaan
yang akan lingkup juga, seperti yang berlaku akhirnya. Demikianlah
gagalnya Dasar Ekonomi Baru, bukan disebabkan adanya banyak cacat-cela
dasar itu tetapi disebabkan perancangan yang dibuat secara melulu. Itulah
bahana mencetuskan Agenda Politik Nombor Satu.
Kini dia berkata, adalah penting untuk kita menyuapkan orang Melayu,
sehingga prosess berdikari itu merupakan sesuatu yang tidak perlu. Tetapi,
tidak pula ianya disebut sebagai satu kontrak sosial ketika direncana,
dulu. Apa yang melanda negara sekarang ini adalah kesan bagaimana dasar negara
dilaksanakan. Pegawai-pegawai kerajaan sengaja memperlekehkan dasar yang
mententukan kejayaan perencanaan kerajaan itu dengan tujuan tidak ada
sesuatu institusi kerajaan yang dapat menyerlah lebih menonjol daripada yang
lain. Yang menakutkan kita, semua ini memerlukan masa yang panjang sehingga
berdekad lamanya untuk memperbaikinya semula. Untuk sementara waktu kita
turut mereput sebagai sebuah negara. Kerajaan terpaksa melakukan usaha menyelamatkan (bailout) semua entiti
yang telah diswastakan itu kerana itulah hakikatnya untuk menentukan ramai
orang Melayu mendapat pekerjaan, sebagai sebahagian daripada kontrak
sosial yang dirangkakan. Tetapi, apakah yang telah kerajaan lakukan sejak
tiga puluh tahun yang lalu untuk menentukan putaran berbisa itu tidak
berlaku lagi? Tidak ada sesiapa pun yang peduli.
Enam orang super jutawan (bilioner) semuanya kini sedang dihenyak oleh
kemuflisan, sehinggakan semua peniaga bumiputra turut terpalit dengan
buruk-laku yang amat memalukan. Pada mata rakyat marhaen mereka gagal
segagalnya. Tetapi, itu bukan cerita yang sebenarnya. Peniaga bumiputra yang
bergiat di luar naungan kerajaan memang berjaya tanpa dimanjakan dan
disudukan oleh kerajaan. Tidak salah, kalau mereka naik marah terhadap
gelagat superjutawan yang perlu diselamatkan.
Terdapat juga beberapa peniaga Cina yang telah ditonjolkan bukan disebabkan
kepintaran mereka tetapi kerana keupayaan mereka tidak mempunyai kepintaran
yang diperlukan. Inilah golongan yang tidak mampu naik mencanak selagi
kerajaan tidak menyogokkam mereka dengan projek yang semakin banyak.
Sekarang mari kita lihat beberapa projek yang lingkup itu: MISC, Westport,
MAS, Renong, UEM, IWK. Bintang super jutawan yang paling gagal ialah
Kumpulan Tan Sri Halim Saad yang kini dihenyak dengan hutang berbilion
(beribu-ribu juta) banyaknya. Tujuh syarikat yang disebut ini mempunyai
hutang yang nilainya sama dengan satu pertiga daripada nilai harga semua
syarikat yang kini tersenarai di BSKL. Sekitar RM80 bilion ataupun US 20
billion dollar. Sebagai contohnya ialah dua syarikat LRT, Star dan Putra
yang mempunyai hutang bertapuk RM6 bilion. Begitu juga dengan dua syarikat
bas Park May dan Intrakota. Keadaan yang serupa ditanggung oleh MRCB, NSTP,
TV3 yang mmpunyai hutang yang sudah lama bercendawan. Senarai hutang itu
memang panjang lagi. Apabila diambil kira hutang para kroni, para jongos dan
juak serta sukusakat yang banyak, hutang bertapuk semakin melambak.
Dengan lain perkataan, jumlah hutang yang melekap pada syarikat yang
tersenarai di BSKL adalah sama banyaknya dengan nilai stok BSKL yang ada -
sekitar US400 bilion dollar banyaknya. Sebelum ekonomi merudum pada 1997
dulu, KKN (GDP) adalah bernilai US100 billion dollar, ini bersamaan dengan
hanya satu pertiga nilai saham di BSKL itu. Kini, nilai GDP itu masih tetap
sama, tetapi nilai saham yang ada sudah lama menjunam harganya.
Kemudian, syaraikat yang sarat mengandung hutang itu disenaraikan pula di
bursa saham untuk memberi kemudahan kepada para penajanya membalun wang
rakyat marhaen lagi. Harga tol sudah dinaikkan berpuluh kali, tetapi
syarikat akan terus rugi. Kerajaan memang pintar mengeluarkan alasan kenapa pengursan syarikat
menghadapi masalah yang ada. Sedangkan syarikat yang terbabit memang tidak
pernah mempunyai sebarang ide untuk memperbaikki keadaannya. Terpaksalah
kerajaan mengambil alih hutang bertapuk itu dan menyerahkan balik pengurusan
syarikat kepada kelompok insan yang mencetuskan hutang itu di tahap awalnya.
Kalau kerajaan benar-benar serius untuk memulihkan keadaan dan menentukan
adanya keuntungan, sepatutnya kerajaan melantik orang baru untuk meneraju
pengurusan dan tidak mengekalkan para pengurus lama yang diketahui mempunyai
pertalian rapat dengan kerajaan. Kini, setelah menanggung hutang sebanyak RM9 bilion, saham TR dalam MAS
telah dibeli oleh kerajaan dengan kadar RM8 se saham, sedangkan syarikat itu
tidak lagi mempunyai pesawat udara dan juga tenga perkhidmatannya. Ini
bererti kerajaan telah membeli syaraikat penerbangan tanpa pesawatanya.
Tan Sri Tajuddin sedang menanggung hutang berjumlah RM1 bilion sahaja.
Kerana itu dia perlu diselamatakan, tidak kira apa caranya. Tetapi kenapa
membeli sahamnya dengan kadar RM8 sedangkan adalah lebih mudah dan murah
untuk memulangkan balik saham Naluri itu kepadanya ? Ataupun beli sahaja
saham MAS dan Naluri di pasaran terbuka sehinggakan tercapai kuasa
menguasainya? Kalau kerajaan sememangnya mempunyai saham kencana (golden share) yang
bersamaan dengan 51 persen modal syarikat, apa perlunya membeli saham MAS
itu sedangkan ia mudah mengawal MAS di belakang tabir sahaja? Malahan,
kenapakah Kerajaan tidak menggunakan kuasa saham kencana itu untuk menyekat
Tajuddin membogelkan harta dan aset yang ada pada MAS, satu ketika dulu?
Setiap kroni memang dimanjakan sehingga dia tidak perlu dilanyak oleh rakyat
marhaen. Mereka dimanjakan untuk terus mengada-ngada. Yang menjadi mangsa
sekarang ini adalah rakyat marhaen yang terpaksa merana dari satu generasi
dan seterusnya untuk melunaskan hutang yang sudah bertapuk itu.
Hutang Lebuhraya Plus sebanyak RM18 bilion memang tidak masuk akal. Apatah
lagi bila pengurusan yang sama dibiarkan meneruskan menerajui syarikat itu.
Kini, seorang kroni lagi sedang meraung meminta kerajaan membantu
menyelamatkan hutang yang berjumlah RM30 bilion banyaknya. Perdana Menteri
masih lagi bertegas bahawa para kroni itu mengalami kerugian kerana keadaan
BSKL yang merudum. Mereka gagal sebenarnya kerana menganggap syarikat mereka
itu dulu laksana monyet diberikan bunga. Tidak ada seorang pun yang
mempunyai nawaitu untuk menguruskan syarikat yang difaraidkan itu untuk
menjadi satu perniagaan yang membawa keuntungan. Tujuan utama mereka ialah
mencantas wang dan harata yang ada dalam masa yang terpantas.
Kerajaan pula mudah percaya bahawa keuntungan di atas kertas yang mereka
mainkan di pasaran saham adalah bukti betapa pintarnya mereka berniaga.
Mereka pun dibiarkan berlagak sakan. Pesawat terbang persendirian, yang
besar ataupun yang kecil-kecil semuanya dirampas dan sudah pun kerajaan
ambil. Setiap seorang taikun segera ini pernah berlumba-lumba siapa dulu yang
mampu membeli kereta mewah dan mencari isteri baru untuk ditambah. Memang
tidak ada tolok bandingnya nafsu rakus mereka terhadap betina simpanan,
gundik dan barang perhiasaan. Semua itu diraih dengan semangat
berlumba-lumba seolah-olah esok sudah tiada. Dalam dunia yang penuh
angan-angan ini mereka sudah lupa darataan untuk mengecam sinario yang
realiti. Namun, kerajaan masaih terus berkhayal lagi, menyogokkan rakyat marhaen
degnan berpuluh projek mega lagi. Semua itu dilakukan untuk memanjangkan
impian rakyat marhaen itu seolah-oloh semua itu adalah perkara mudah sahaja.
Bolehkah kita mempercayainya! Rencana Asal: 16-31 January 01 HARAKAH Column M.G.G. Pillai With it is the failure of the New Economic Policy, not
for its inherent shortcomings but for its ill-thought-out
political agenda. MAS is in deep straits because of what he
now insists is the social contract. It is important, he now
says, that Malays be spoonfed. No effort is made to have
them stand on their own feet. But there was no mention of
this social contract when they were privatised.
In fact, what brought this country to its present
levels is how policies are implemented. Civil servants
defang desirable policies such that success only postpones
the heavy cost to a date in the future and makes sure that
no institution of government can pull its own weight.
Frighteningly, it would now take decades before we can begin
to rebuild them. In the meanwhile, we degenerate as a
nation. The government must now bail-out the continually
indebted privatised entities because it must continue to
employ Malays to keep the social contract, such as it is,
alive. What has the government done in the past 30 years to
break away from this pernicious cycle? Precious little.
The six billionaires this created are all in debt,
consequently giving all bumiputra entrepreneurs a bad name:
they are all, in the public eye, failures. They are not.
Those outside the government loop survive, often well,
without government help or assistance. They are themselves
angry at this bailout of cronies. The Chinese business men press-ganged are handpicked
not for their ability but for their lack of it. So, Tan Sri
Ting Pek Khiing, a former tractor driver, and his Ekran
empire keeps going with projects which prove their
incompetence: after making a mess of the Bakun
hydroelectrice project, he is given another chance to build
it; besides, he also gets an important subcontract for the
submarine base at Sepanga Bay in Sabah. The former car
salesman and insurance agent, Tan Sri Vincent Tan, cannot
rise from his inability to run companies and businesses
without fresh infusions of government projects.
Let us look at the "few" failures: MISC, Westport,
MAS, Renong, UEM, IWK. The failed star is the Tan Sri Halim
Saad stable, with more than RM30 billion in debt. These
seven companies owe a quarter of what KLSE stocks now are
worth: about RM80 billion or US$20 billion. Let us take a
few other examples. The two LRT companies, Star and Putra,
are in debt to RM6 billion. The two bus companies, ParkMay and Intrakota, RM2.7
billion. MRCB RM1.4 billion, its associate companies NSTP
RM1.9 billion, TV3 RM700 million. The list goes on. When
you add the cronies' and courtiers' corporate debt, it could
quintuple. In other words, the total debt now of KLSE
companies equal what KLSE stocks were worth -- US$400
billion -- before the 1997 decline. The GDP, then, of
US$100 biilion was a quarter of what KLSE stocks were worth.
The GDP remains the same but the KLSE stocks are worth less.
What went wrong? All these assets were privatised for
no reason than for its stakeholders to make lots of money.
The North-South Highway and all privatised highways were
built not by competitive tender but in such a way that the
privatised company would be loaded with debt it cannot
repay. Then this heavily indebted company is listed on the
stock exchange, with the promoters making a second killing.
Even with tolls increased regularly, the companies cannot
repay its loans. The government finds creative reasons to say why the
management could not do better. But the companies had no
incentive to do better. The government takes over the debts
and then returns it to the management that caused the debts
in the first place. If the government is serious about
turning a profit, it should bring in a different management
chosen for their competence and not political reliability.
Look at just one company, MAS. Tan Sri Tajuddin
Ramli's 29.9 per cent stake in MAS was acquired not for cash
as he now claims but by manipulating MAS and Malaysian
Helicopter Services share prices. MHS price was pushed
nearly four times and MAS pushed down a third so that two
MAS shares equalled one MHS share. MHS changed its name to
Naluri. He then went raided MAS. The planes were transferred
to a Labuan registered company called MAS Capital, which
then leased the planes back to MAS. The catering and
maintence departments were privatised to companies in his
stable. One TR subsidiary insures the 100 or so MAS planes
for about RM2 billion each, so a pilot tells me.
Now, with RM9 billion in debt, MAS's TR stake is sold
to the government at what he paid for it -- RM8 a share, but
without planes and services. In other words, the government
has bought a virtual airline in acquiring the TR stake. Tan
Sri Tajuddin himself is in debt to about RM1 billion. So, he
needs to be rescued, come what may. But why is he being
paid RM8 in cash when it would be far cheaper to return the
Naluri shares back to him? Or buy the controlling stake on
the open market, either buying up MAS or Naluri shares?
Indeed, with the government's golden share which equals
51 per cent of the share capital, why did it have to buy the
MAS shares when it could have controlled it behind the
scenes to rescue MAS. Further, why did not the government
use the golden share to prevent Tan Sri Tajuddin from
stripping MAS of its assets? Every crony is mollycoddled so that he does not ever
face the market place. They should be left to their own
devices. So thoroughly indebted they are that future
generations would continue to pay for the mistakes now long
after they are forgotten. The RM18 billion the Plus Highway
owes is scandalous, especially since the management is
returned to the same group that brought this debt about.
Meanwhile, Renong goes about crowing that its RM30 billion
debt is about to disappear into the government safety net.
The Prime Minister insists the cronies, courtiers and
siblings did badly because the KLSE went weak. But they
failed because they looked upon the companies they acquired
as a monkey sees flowers. None had any intention to hold on
to them and create a business. Their only aim was to make
as much money in the shortest time possible. But they
believed this is best done by being indebted as quickly as
possible. The government believed that paper profits they made in
a burgeoning stock market was proof of success. And they
flaunted their wealth. Their fleet of planes, by and large,
have been repossessed. Each of these instant tycoons fell
over each other to buy the latest model of motor cars and
acquired wives, mistresses, baubles as if there was no
tomorrow. In this make-believe world they did not see
reality. What frightens is that the Prime Minister and his
cabinet cares not a whit what this does to future
generations. Or if Malaysia would survive this heavy debt.
They announce projects and plans worth tens of billions.
They is no money. But they brazen it through with more
privatisation and more projects, lulling the people into
believing that somehow by the skin of its teetch the country
would survive. Were it that simple! M.G.G. Pillai |