Laman Webantu KM2A1: 3529 File Size: 11.7 Kb * |
Masihkah Mahathir-Daim Releven Memimpin Rakyat dan Negara? By Amin Sapiro 5/1/2001 3:05 pm Fri |
Amin Sapiro (dapat mencongak apa akan jadi tahun 2004)
[Tidak salah untuk kerajaan menceburi dunia perniagaan jika
itu mampu memberi kemudahan, keselesaan dan pulangan yang
menguntungkan kedua-dua pihak terbabit. Perniagaan itu bukan
setakat mengisi poket dengan wang tetapi menawan semua hati yang
memandang. Biarlah yang berat itu menjadi semakin ringan dan
yang sukar menjadi senang. Apa yang berlaku kini sudah
tunggang-langgang. Penswastaan bukan sahaja membebankan
rakyat, malah ia melahirkan usahawan yang tempang yang
asyik menambah hutang yang terpaksa diselamatkan.
Di negara luar penswastaan menyebabkan rakyat mendapat lebih
perjalanan dengan segumpal wang, tetapi di negara kita
penswastaan menyebabkan kita asyik diserang dengan pelbagai
rompakan 'yuran' yang boleh dikenakan saman dan tuntutan
mahkamah jika tidak ditunaikan. Akhirnya gaji dan bonus yang
disuruh bersyukur itu tinggal beberapa kupang. Akhirnya tabung
KWSP terpaksa ditebuk itupun setelah berbaris panjang. Muka-muka
yang tidak girang itu jelas melambangkan betapa penswastaan
telah mengundang malang kepada satu kaum yang dulunya begitu
terbilang di bumi mereka sendiri. Penswastaan rupa-rupanya menonjolkan betapa negara sedang
digondol dengan rakusnya oleh sang kroniputra yang tidak
tahu berniaga. Mereka begitu istimewa sehingga tokey IWK yang
parah diambil alih oleh kerajaan tanpa banyak soal dan tanya.
Dan towkey MAS mendapat tawaran lebih dua kali ganda.
Tetapi beribu-ribu anak melayu terpaksa berpindah randah mencari
universiti yang dapat menerima 'entry' dengan duit segenggam
cuma. Merempatlah rakyat menggigit jari, sang kroni apa perduli.
Kalau rugi pun, anytime danaharta mari....
- Editor (mohon maaf kerana sakit di mata sudah sampai ke kaki)]
MASIHKAH MAHATHIR-DAIM RELEVEN MEMIMPIN RAKYAT DAN NEGARA?
SEKEMBALI beliau melawat Jepun dalam tahun 1983, Mahathir membebel
panjang memberi ucapan melalui teks yang tesedia. Berbuih-buih mulutnya
memuji-sanjung dasar Penswastaan, Pengkorporatan dan Malaysia Inc. yang
bakal beliau perkenalkan. Dihadapan puluhan kakitangan awam yang araj-paksa datang,
peniaga-pengusaha tempat dan luar negara yang berminat menyambar peluang
berniaga dan para diplomat asing yang cuba berbaik-baik dengan Perdana
Menteri yang baru naik pangkat dan sedang menikmati 'rating politik' yang
tinggi; Mahathir bersyarah kepada mereka mengenai dasar yang beliau
perkenalkan itu. Dalam memuji dasar yang akan diperkenalkan itu, Mahathir berhujah katanya,
"Jika kerajaan melaksanakan dasar Penswastaan, Pengkorporatan dan Malaysia
Inc. kerajaan akan dapat menjimatkan pelbagai kos dan melaksanakan penjimat
wang rakyat. Korporat yang mengendalikan akan lebih cekap dan mendapat
pulangan yang lumayan. Dari keuntungan mereka, kerajaan akan mendapat
pulangan dari hasil kutipan cukai keatas korporat terbabit' bla..bla..bla..!",
kata Mahathir. Orang semua terdiam. Ada yang menguap, tetapi tutup mulut. Mungkin yang
mengantuk tersangguk-sangguk..!!
Seorang cendekiawan yang duduk sesaing bersebelahan kerusi, tersenyum
memandang kearah saya. Kami saling mengangguk - bukan kerana bersetuju
dengan ucapan Mahathir tadi tetapi sebagai memberi salam kerana tak sangka
kami 'terjumpa' di majlis yang sama. Memang beliau kenalan lama sejak zaman persekolahan dulu. Cuma pada waktu
itu beliau sudah bergelar Profesor dengan dua Ph.D di bidang Ekonomi dan Sains
Politik. Jambang dan misai beliau punyalah lebat. Dahinya sudah sempak licin
tidak berambut, 4 inci menghala ke ubun-ubun. Memang ada gaya sebagai
seorang profesor! Waktu majlis ditangguhkan untuk sesi rehat minum kopi, kami sempat berbual
disatu sudut dewan. Sambil menghirup kopi ditangan, beliau berkata dengan
selamba, "Pagi ini nampaknya saya kena lekcer, Wak. Lepas ini saya akan balik
kampus bagi lekcer pula?" beliau senyum.
"Amacam perkembangan di kampus tua kita sekarang?" tanya saya sambil
memandang ke muka beliau. "Haiiisssyyyy! susah youuu! Terlampau banyak sekatan sekarang hingga
mahasiswa tertekan bisu kerana AUKU. Sekarang bukan macam kita dulu. Batu
keramat di Speaker's Conner tempat kita berdebat dulu pun dah kena conghkah".
Ulas beliau. Sedih mukanya. Saya mengangguk walaupun maksud saya nak
menggeleng kepala sebenarnya. Beliau meneruskan dengan nada kesal dan terkilan, "Dah jadi tanggungjawab
kami sekarang untuk memberi galakan supaya mahasiswa membebaskan minda -
jangan terlalu terikat dengan AUKU yang mengancam. Kena kita bagi lekcer
topik-topik yang kontroversial sebagai daya penggalak mereka supaya bebas
berfikir - mengasah minda muda yang tidak sepatutnya 'beku dan terikat'",
katanya. Saya mencelah, "Amacam topik tadi? Hujah PM mengenai dasar Penswastaan,
Pengkorporatan dan Malaysia Inc. yang diwarwarkan beliau, releven ke? Don't
you think it's rather awkward and bound to create a mess at the later stage..".
Saya cuba jocker kepala profesor kawan lama saya itu.
"I'm rather sceptical, unless no ulterior motives mixed-up in the process. Don't
you think his speech was extracted from J.L Hanson"' katanya dengan muka
serius sambil mencemik. Saya ketawa sambil menjeling ke arah Mahathir yang sedang dikerumuni
sekelompok orang-orang bisnis yang meluahkan pujian setinggi langit. Melobby
tender dan kontrak! "Yes..! Yes..! I can still remember that J.L. Hanson book - yang jadi teks Form Six
kita dulu, ke?" soal saya sambil ketawa lunak malu-malu asam.
"Yep.. that's it..!" jawabnya pantas. "Itulah taraf pembacaan Prime Minister kita
ini untuk berhujah. Malu pulak muka kita bila dia meluahkan sokongan keatas
cadangan dasar beliau untuk negara dengan menggunakan hujah usang begitu
kepada hadirin yang canggih kepala hotak. Amacam negara kita akan jadi nih?."
balasnya. Habis setakat itu, kami terpaksa berpisah kerana masing-masing ada urusan yang
lebih menekan. Pertemuan kami itu tak disangka terjalin semula pada Hari Raya seminggu dulu di
rumah seorang teman. Sambil berbual rancak, timbul semula topik Penswastaan,
Pengkorporatan dan Malaysia Inc yang pernah kami dilekcer oleh si mamak tua
itu. Puncanya, tuan rumah kami menyuakan satu keratan akhbar Straits Times terbitan
Singapore yang membawa tajuk 'Bail-outs point to Malaysia's policy failure'.
Kami berbincang sebagai melengah masa menanti isteri tuan rumah menyiapkan
meja. Antara inti perhatian (observations) kami, yang menjadi isu perbincangan ialah:
Walaupun jumlah wang rakyat yang dibazirkan begitu banyak; tetapi yang menjadi fakta utama penilaian kami mencakupi perkara-perkara berikut:
Teman saya yang berjambang itu mencelah, "Apa jua dasar yang dilaksanakan
oleh mana-mana Kerajaan, sekirannya ada orang politik atasan campor tangan
dalam pengurusan korporat terbabit, pasti akhirnya akan menghadapi kegagalan.
Akhirnya rakyat yang sakit. Kerana minda orang politik hanya duit..duit..duit..
secara mudah tanpa pertimbangan mengenai 'sound corporate management,
mereka akan buat apa jua untuk mengimbuh kepentingan Kroni mereka..". kata
beliau. Menjawab tuan rumah, "Government men @ politician should have no business
in busniness. Tapi nampaknya politikus negara kita menggunakan kesempatan
berkronisme, bernepotisme dan bermewah-mewah melakukan RASUAH! Now it is
time for a 'cover-up' dan 'bailout', ya tak?", ujar beliau.
Sementelah topi ini minatan saya, saya sampuk serba sedikit, "Apa juga teori
ekonomi yang diwarwarkan oleh Mahathir selama ini, namun ia tidak berupaya
merobah struktur ekonomi negara kita. Makin nampak bukti sekarang allahyarham
Tunku dan Tun Razak lebih matang mentadbir ekonomi negara. Di saman beliau,
rakyat tidak tahu apa itu inflasi. Beliau sentiasa berhati-hati melaksana projek -
cuma mementingkan kepentingan ekonomi majoriti rakyat. Tapi hari ini, ibu-bapa
anak-anak Melayu terpaksa bergadai bergolok mengongkosi persekolah
anak-anak ke IPT. Sementara, anak-anak Melayu miskin tersadai tanpa peluang
ke IPT dan keluar negeri, kroni Mahathir berbondong-bondong bikin juta-juta
kaut kocek orang miskin?." celah saya.
"Hahaha! itulah dia Dasar Penswastaan, Pengkorporatan dan Malaysia Inc.
yang dibanggakan oleh Mahathir Mohamad. Patut sangat dia ni dihumbankan
sekarang'". mencelah tuan rumah dalam nada garang.
Memang tak sangka lapisan rakyat yang begini terpelajar dan berpengalaman
luas sudah tidak yakin lagi dengan kepimpinan UMNO dan BN.
Nampak betul saudara-saudara pengundi di Lunas sudah mengorak langkah
mencorak era baru kearah kecemerlangan!!
Amin Sapiro |