Laman Webantu KM2A1: 3525 File Size: 11.1 Kb * |
B2: Betulkah Melayu Berpecah Atau Umno Yang Terbelah? By Amin Sapiro 5/1/2001 8:01 pm Fri |
Amin Sapiro (nampak sangat silat Mahathir tersalah langkah)
[Wak menyorot punca sebenar mengapa Umno beria-ria mahu
menghulurkan tangan dengan agenda perpecahan melayu. Padahal
ada sesuatu yang tersirat disebaik kata yang tersurat. Sudah
bertahun Umno mengaku memperjuangkan hak orang Melayu tetapi
semakin ramai orang melayu yang terkebelakang daripada yang
terkedepan. Malah yang terkedepan dulu pula semakin mundur
kebelakang. Dulu orang Melayu menghormati sesama sendiri,
tetapi kini mereka mengaibkan orang lain walaupun terbukti
tercemar peribadi semua saksi. Dulu mereka tidak menulis
surat layang tetapi sekarang mereka sanggup membuat buku
dan menuduh bukan-bukan untuk menjatuhkan orang. Yang
menghairankan kita itu semua berpunca dan berlaku di dalam
sebuah dewan di PWTC yang dipenuhi oleh orang Umno sendiri.
Parti lain tidaklah berpecah sebanyak rekod yang ada dalam
Umno dan kalau adapun bilangan yang berpisah itu tidaklah
mengugat sangat parti lama. Tetapi lain halnya dengan Umno.
Yang menariknya semua perpecahan dahsyat itu berlaku bila
seorang ketua yang mengaku melayu naik takhta. Perpecahan
orang Melayu bermula dari dalam Umno, maka dari semua
penyelesaiannya harus dilakukan di dalam parti itu sendiri
terlebih dahulu - barulah semua yang berada di luar boleh
yakin akan ketulusannya. - Editor]
Bahagian 2
Pelbagai Pertanya Yang Memusing Kepala
Perlu kita bertanya sekarang: Sebelum menerima saranan Mahathir-UMNO
mengenai 'penyatuan Melayu' yang diwarwarkan itu:
1) Betulkah Melayu berpecah? Jika benar, pecah yang bagaimana dan siapa
yang jadi punca penyebabnya? 2) Jika Melayu disatukan dibawah bumbung UMNO, apakah nasib orang
Melayu akan berubah positif? Jika benar, Melayu puak mana yang akan
kayaraya dan bermewah-mewah? 3) Bolehkah lagi Melayu bersatu dibawah bumbung UMNO?
Mahathir tahu, dengan penyatuan orang Melayu dibawah bumbung UMNO,
parti itu akan kembali pulih. Melaluinya, kemelut yang menghantui UMNO
sepanjang 2 tahun ini akan terpadam dengan sendirinya. Kesannya,
Pembangkang Melayu akan ketandusan hujah. Ceramah BA yang diminati
ramai akan tawar hambar. PAS akan kembali ke tahap asal. KeADILan akan
pupus - terkubur seperti S46! Dengan itu, beberapa isu yang merudumkan UMNO akan terkikis dengan
sendirinya. Mahathir dan UMNO akan kembali berpesta dari hasil rompakan
yang diagenda dan dihalalkan oleh Mahathir dan parti UMNOnya.
Segala isu dan permasalahan yang timbul selama Anwar diaib dan
dipenjarakan akan tuntas dan hilang lenyap sekelip mata. Akhirnya Anwar
akan terus menghuni Sg. Buloh selagi hayat beliau masih ada!!
Bermakna, UMNO akan pulih seperti sediakala. UMNO akan digeruni, dan
Mahathir serta kroninya akan meneruskan agenda merompak harta rakyat.
Itulah dia yang diimpi-impi dan dimaksudkan dengan pernyataan 'Mahathir
mahu menipu orang Melayu jika sokongan orang Melayu terhadap UMNO
diperbetulkan'. Sebenarnya, Mahathir mahu Pembangkang Melayu kehilangan wakil di DUN
dan Parlimen untuk menyanggah-bantah semua kebusukan perilaku
'penjarah UMNO' yang berkeliaran seperti 'anjing-anjing lapar' membaham
mangsanya!! Tindakan aniaya Mahathir dan regimnya akan dihalalkan!!
Bermakna juga, perjuangan Barisan Alternatif selama tempoh 2 tahun ini akan
sia-sia. Pengorbanan Anwar dan teman-teman yang di lokap dan
ditelanjang-bogel, dihina dan sumpah seranah, dibelasah dan dihentam
dengan belantan - akan jadi kenangan abadi umpama cerita kosong saja!!
Paling menyedihkan, Mahathir akan mengupah Zainuddin Maidin menulis
sebuah buku mencatatkan senarai orang Melayu yang menjadi pengkhianat
negara. Mahathir akan memberi kata pengantar mengatakan mereka adalah
'ekstrimis' dan 'Komunis' setanding dengan cop yang diberi kepada
pemimpin Suqiu! Pembangkang Melayu Berpengalaman Banyak
Selama 20 tahun Mahathir mempresidenkan partinya, orang Melayu sudah
berpengalaman luas dan menerima pelbagai cemuhan dan penyisihan dari
Dasar-dasar beliau yang ditekankan (stressed upon) kepada UMNO.
Pemimpin UMNO pulak sudah terbeli murahan dengan rasuah dan jawatan
untuk menafikan tuntutan majoriti orang Melayu. Ada antara mereka dengan
pelbagai jenayah dan maksiat besar. Namun Mahathir sedia melindungi
mereka dengan syarat 'jangan lawan Datuk Seri Presiden'..!!
Kita cabar Mahathir dan UMNO, apakah inti-inti Dasar regim Mahathir yang
memberi manfaat kepada orang Melayu secara khusus? Jika Pengkorporatan
dan Penswastaan disebut bermanfaat, akhirnya anak-anak dan kuncu-kroni
siapa yang menjahanamkan korporat tersebut hingga puluhan bilion wang
rakyat dihamburkan sebagai 'bailout schemes'?
Kita tanya Mahathir, adakah si Mirzan dan Halim Saad sedemikian cekap
sebagai pengurus koporat hingga puluhan bilion wang rakyat punah-ranah
untuk membailout korporat mereka? Mengapa Wak Warong Nasi Lemak di tepi
jalan masih mampu kais pagi makan pagi tanpa 'bailout' - sebaliknya mereka
lebih selesa meminjam dari 'loan sharks'..?
Mengapa IKS Melayu hilang mata pencarian dan terus gulung tikar dibiarkan
saja? Malah mereka merungut kerana sumber rezki mereka dirampas oleh
Korporat yang tamak! Berapa jumlah mulut yang mereka suapkan?
Mana Dasar regim Mahathir yang betul-betul menjadi kenyataan
membangunkan institiusi IKS Melayu secara nyata? Yang nampak cuma
'indah khabar dari rupa' dan bantuan UMNO 'melepaskan batuk ditangga'
cuma!! Itupun seluruh pemimpin UMNO bergila-gila mengejek orang Melayu
sebagai 'Kaum Subsidi'. Adilkah ejekan itu?
Siapa Pencorak Dasar Regim Mahathir?
Orang semua tahu, kedudukan korporat tajaan Mahathir-UMNO dan pemimpin
'pengampu' mereka - sebenarnya tidak rugi.
Korporat itu disebut rugi kerana keuntungan itu diangkut keluar negara
sebagai persedian mereka yang menjadi Kroni Mahathir-Daim dan
menerajuinya untuk 'cabut lari' bila keadaan berlaku seperti di Chile dan
Mahathir pula senasib dengan Fuji Mori!!
Orang semua tahu, Mahathir, Daim Zainuddin, anak-beranak, suku-sakat
dan kroni segala kaum disekeliling mereka berdua itu punya akaun bank
dalam lingkungan puluhan billion dan harta Karun tersembunyi disegenap
ceruk dunia. Korporat mereka di negara ini ditaksir 'jatuh muflis' (on paper) dan perlu
dibailout sebagai mengimbuh kelumpangan yang mereka angkut ke segenap
ceruk dunia. Bukti-bukti itu sudah ada.
Komplot dan konspirasi pengendali koporat inilah orang-orang terhampir
kepada Mahathir yang 'mencorak' UMNO sebagai sebuah parti politik yang
menggubal dasar negara! Itu sebab kita tidak nampak ketelusan dalam
sebarang pembahagian kontrak dan tender sebarang projek mega.
Datin Zaleha - kakak Siti Asmah yang tak cukup sekolah pun boleh jadi
kayaraya!! Brig. Gen bersara yang suka 'menangis' itu pun pandai
'kelentong' akaun SUKOM sampai 10 akauntan tak mampu semak akaunnya!!
Mirzan sendiri tidak tahu berapa jumlah hutang judinya di Macau, Hongkong
dan Las Vegas!! Siapa bailout kalau tidak rakyat dan orang Melayu kununnya
berpecah!! Pemimpin UMNO Bawahan Ditipu BONTANG
Pemimpin bawahan UMNO dan orang Melayu penyokong UMNO tidak tahu
bahawa diri mereka ditipu bontang oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya.
Mereka dilayan seperti raja cuma semasa mereka berhimpun di PWTC.
Mereka disandingkan dengan WANITA UMNO bagai mempelai dan diarah
supaya merafa'kan sembah, menyusun jari sepuluh dan melaungkan 'HIDOP
MAHATHiR dan UMNO' - sebagai mendaulatkan 'baginda' Presiden parti
untuk kesekian kali. PEMUDA UMNO cuma bertaraf 'boca cilik' budah 'kanyak hingusan' saja.
Bila disuruh tepuk, mereka akan bersorak. Janji - mulut mereka perlu disumbat
gula-gula dan jijan saja!! Mahathir akan ketawa senyum simpul kerana agendanya menjadi. Ucapan dan
kenyataan beliau akan disebarkan melalui media letronik. Kandungannya
mengutuk siapa saja yang terkedu dihatinya. Sudah tentu Pembangkang
Melayu jadi sasaran. Kutukan itu akan diulas panjang oleh media pro-UMNO.
Kita kerap jadi saksi Mahathir menjadikan rostrum PWTC sebagai medan
membela diri dan mengutuk Anwar. Tetapi Mahathir kecut p*l*r bila saman
saksi diserahkan kepada beliau. Masih lagi puak UMNO bertepuk tangan
diakhir ucapan gila presiden mereka. Tidakkah itu antara inisiatif Mahathir betul-betul menjurus kepada
'pemecahkan kesatuan orang Melayu'? Tidakkah itu kerja bangang lagi
dungu-bebal? Baru sehari dua ini Mahathir mahu sedar setelah 20 tahun
bermulut celupar? Piiiiiraaaahhhhh??!!
Tetapi sebenar-benarnya, puak lapisan UMNO yang ini sudah sanggup
membangangkan diri untuk ditipu habis-habisan dengan sepinggan nasi cuma
dan sebuah bilik hotel lima bintang selama 3 hari saja..!! Selepas itu, mereka
balik kampung 'tanam jagung, bawak untung sendiri'..!! Mahathir akan kata
dari belakang, 'Mampoih lah hang' kena tipu bontang..!! Aku yang kenyang..
Melayu BANGANG..!!? Bermakna selama 20 tahun Mahathir mempresidenkan UMNO, nasib orang
Melayu yang bersatu dibawah panji-panji parti itu cuma makan nasi 3 hari;
tetapi 'makan taik' sepanjang 362 hari setahun!! Kalau 'leap year', Melayu
UMNO 'makan taik Mahathir' tambah satu hari lagi!!
Kesan Dari Orang Melayu 'Celik Politik'
Mungkin Mahathir sudah silap baca! Minda anak muda Melayu yang
terpelajar sudah jauh berbeda pemikiran dan keteguhan diri dari puak UMNO
yang dikongkong minda mereka. Kita sudah lihat Ezam, Mahfoz Omar,
Saifuddin, Azmin Ali, dan puluhan mereka yang seganding dan sekata dalam
satu barisan. Perhatikan kesanggupan mereka! Kita terpesona!!
Terbuka minda kita melihat cara mereka menangani isu semasa hingga mereka
seperjuangan dengan rakan kaum lain seperti Tien Chua dan Gobalakrishnan.
Mereka sehaluan saling menghormati ketua.
Hari ini, YB Fadhil Nor, TG Nik Aziz dan TG Hadi Awang sudah sama-sama
sanggup duduk se meja dengan Kiat Siang dan pemimpin DAP. Terbalik pulak
Ku Li dan Rais Yatim yang ubah pendirian sanggup jadi 'belukang' jual
maruah dan tak habis-habis 'menjilat' punggung Mahathir!! Itulah naluri
UMNO!! Tanya diri kita sebagai orang Melayu, adakah Mahathir sudah benar-benar
membentuk UMNO sebagai sebuah parti yang terpancar dari iltizam orang
Melayu sebenar? Jika Allahyarhan Datuk Onn, Tunku dan Tun Razak masih
hidup - adakah karenah Mahathir ini akan diangkat setinggi langit? Mungkin
Mahathir sudah lama dipurukkan di Sg. Buloh!
Jika jawapan anda 'Tidak', bermakna UMNO hari ini bukan lagi selaras
dengan piagam Kemerdekaan tuntutan orang Melayu.
Jika anda menjawab 'Ya', maka sudah sampailah masanya Pembangkang
Melayu dibawah panji-panji Barisan Alternatif akan terus memperjuangkan
hak dan kemerdekaan orang Melayu sebagai satu bangsa MERDEKA dan
Demokratik!! Tidak perlu perkara ini dibicangkan dengan UMNO seperti
imbauan Mahathir. Soalnya sekarang, sudah matangkah Pembangkang Melayu?
Kita akan perhatiakan dalam sambungan Bahagian ke-3
|