Laman Webantu KM2A1: 3523 File Size: 10.3 Kb * |
B1: Betulkah Melayu Berpecah Atau Umno Yang Terbelah? By Amin Sapiro 4/1/2001 10:57 pm Thu |
Amin Sapiro (nampak sangat silat Mahathir tersalah langkah)
[Tektik pecah dan perintah serta fitnah dan muslihat sudah lama
menjadi darah daging dunia persilatan umno. Ia menikam bukan saja
orang PAS, tetapi orang umno sendiri. Hasilnya PAS tewas di Kelantan
selepas MAGERAN, Ku Li menyeberang dan DSAI dipecat dan diaibkan.
PAS akhirnya berpisah dari BN dan ahli Umno semakin 'ramai' (sebab
mereka pun beranak pinak juga) tetapi semakin ramai juga mereka yang
mengundi pembangkang! Umno sebenarnya mengundang retak dari dalam. Ia menjadi umpama
buah durian usang yang dilonggok di pasar malam. Durinya kelihatan
mengancam, tetapi rasanya masam dan boleh membuat perut pemakannya
meragam. Tanda harga dan jualan murahan sudah tidak mampu untuk mencuit
hati pembeli lagi. Rakyat sudah makin bijak tetapi pemimpin
Umno masih belum faham. Buangkan semua durian yang masam itu,
dan tukarkan penjual baruanya yang suka menipu itu, mungkin nasib
Umno akan semakin tidak malang. Jika itu resmi perniagaan nescaya
pembeli nun jauh pun akan sanggup datang. - Editor]
Bahagian 1
BERASASKAN pemantauan rambang, isu 'Penyatuan Melayu' yang yang
'hot' sangat dibincang dan dikhutbahkan oleh pemimpin UMNO dan
diwarwarkan pula oleh penulis 'upahan' akhbar-akhbar UMNO, malangnya
tidak pula mendapat sambutan positif oleh orang Melayu termasuk majoriti ahli
UMNO. Pembangkang Melayu menerima imbauan itu sekadar 'menyahut' saja. Tetapi
pemimpin Pemuda komponen BA nampaknya sudah terang-terang mentafsirkan
apa sebenarnya agenda Mahathir & UMNO!!
Yang pasti, pengalaman mengajar manusia lebih cerdik. Dulupun Mahathir
kata Anwar bakal penggantinya. Setelah Anwar berbudi menyelamatkan karier
Mahathir sebagai PM, sekarang dimana Anwar dipurukkan Mahathir? Tak
cukup dengan fitnah dan aib, mata lebam Anwar masih namak kesannya!
PAS juga masih bernostalgia bagaimana Mahathir menjerangkap-samar parti
itu dalam pertengahan tahun 70-an di Kelantan.
Ku Li adalah bertanggungjawab. Sekarang Ku Li sudah 'combined' dengan
Mahathir; masih nak caya ke dengan 'ajak-ajak ayam' Mahathir yang
hidup-mati tidak punya semangat 'setiakawan'? Itu kena jawap dulu. Yang
pasti sekarang - orang Melayu tidak berpecah. Yang belah hancur berkecai
hanya UMNO dan BN saja. Puncanya, parti itu berpresiden orang sewel gila kuasa pengaut harta
kekayaan dunia. Selagi 'makhluk perosak' menerajui UMNO, maka BN akan
terus lumpoh!! UMNO/BN - Parti Tak Makan Saman
Pelbagai versi didengar diperingkat rakyat banyak. Nampaknya, dalam
perbincangan anjuran Mahathir-UMNO itu; lebih ramai yang ketawa dari
berserius. Ada penyokong UMNO yang berkata, 'Kalau UMNO dan Pembangkang
Melayu dah bersetuju duduk se meja 'bundhar' (loghat Jawa..heheh) begitu,
halallah kita menyokong PAS dan KeADILan. Tak ada lah kita kena tangkap!
Itu sangatlah yang kita mahu. Lagipun nak harap apa kepada UMNO/BN'
Parti 'tak makan saman'..!!?. Akhirnya mereka sama-sama ketawa berdekah-dekah. Yang untung Wak
Warong juga, kopi ditambah secawan lagi.
Di Seberang Tambak sebelah sini, pengaruh UMNO memang masih nampak
kuat lagi. Tak bolehlah kita pertikaikan. Pembangkang Melayu masih perlu
bekerja keras jika mahu berjaya lebih hebat dari Nov. 99.
Walaupun majoriti calun UMNO/BN yang menang sudah jauh merosot (hingga
ada yang menang tipis 200 - 300 undi), tetapi hakikatnya Barisan Alternatif
wajar berhemat, peka berhujah dan kumpulkan maklumat dan dedah.
UMNO/BN belum kalah. Paling kurang, belum mau mengaku kalah!
Pemilu Nov.99 tidak selama-lamanya boleh dijadikan ukuran. Politik adalah
'living social fenomena'. Jangan salah tafsir dan terus membuat kesimpulan.
Silap baca situasi, anda akan 'terjun tembam'. Inilah yang menyebabkan
Mahathir dan UMNO merudum hilang 22 kerusi Parlimen, sebab
Mahathir-UMNO salah congak, kan? (Amin Sapiro ikhlas nak ingatkan
teman-teman). Agenda Mahathir Licik Bangat (sangat)
Mahathir sudah mendapat bayangan ilham dari beberapa pemimpin parti
bahawa siri 'keceluparan' beliau telah menyebabkan UMNO semakin hilang
pengaruh. Terlampau banyak perbuatan dan tindakan Mahathir yang
bersalahan dari segi amalan lazim UMNO. Sekaligus, komponen BN sudah
tidak mampu menangani masalah yang spontan timbul dari kesan keceluparan
Mahathir itu. Beberapa orang pemimpin UMNO/BN menjelaskan pendirian mereka secara
terbuka. Shahril Samad dan Adam Hamid adalah antara mereka yang berdebat
secara terbuka. Tetapi yang simpan pekasam macam api dalam sekam pun
ramai juga! Beberapa isu kontan yang masing-masing bangkitkan adalah berseklai
dengan tudingan jari kepada Mahathir dan karenahnya. Jika Mahathir tidak
mengorak langkah positif, khabarnya pemimpin UMNO/BN sendiri terpaksa
mengambil langkah-langkah 'drastic'. Bayangan ini sudah jelas dari bacaan di satu Perhimpunan tergempar UMNO.
Berikutan dengan itu, beberapa kumpulan kecil telah menyampaikan memo
untuk perhatian Mahathir dan Dollah Bedawi. Kini mereka berdua sudah tahu
hala tuju penyokong UMNO/BN. Amaran terkini, jika keadaan tidak ditangani segera, akan melaratlah cacing
ke mata. Mungkin peritiwa Lunas akan menjadi titik-tolak kemeruduman
UMNO/BN (kata mereka) dalam pemilu 2004. Mungkin akan lebih ramai
pengundi dan penyokong UMNO/BN yang jadi 'katak lompat'..!!
Isu-Isu Getir Bakal Merudum UMNO/BN
UMNO/BN sedang menghadapi pelbagai isu getir yang menjatuhkan imej dan
keterampilan parti itu. Antara yang dikenalpasti oleh pemimpin parti ialah:
1) Isu Tuntutan SUQIU Amat malang Mahathir dan UMNO, isu tuntutan Suqiu tidak pernah ditafsir
oleh orang Melayu sebagai isu besar yang kononnya menyentuh kredibiliti
orang Melayu. Yang panas miang cuma Mahathir dan puak-puak yang
beragenda cuba menggunakan isu itu untuk mengembalikan pengaruh UMNO
yang semakin merudum. Bagi Mahathir dan pemimpin yang berkepentingan, isu Suqiu amat tepat,
berguna dan molek sangat di diseleweng dan digembar-gemburkan untuk
dijadikan bahan 'adu-domba' bagi menyemarakkan api 'perkauman'
dangkal. Mahathir menyangka orang Melayu masih dungu seperti sebelum 13 Mei.
Dengan itu, UMNO akan mendapat faedah politik yang lumayan dalam agenda
mengembali dan mempertingkat pengaruh dan kewibawaan UMNO sebagai
sebuah parti Melayu yang kununya memperjuangkan hak orang Melayu.
Malangnya - semakin ketandusan. Perkembangan selanjutnya menampakkkan Mahathir dan pemimpin UMNO
baru mulai sedar sekarang. Bahawa, api perkauman dangkal tidak semudah itu
dinyalakan semula. Percubaan Pemuda UMNO berdemo di Putera Jaya hingga mengugut
membakar Dewan Perhimpunan Cina, ugutan 'mandi darah' Khir Toyo dan
serangan tulisan akhbar penulis upahan UMNO di media pro Mahathir - tidak
menjadi 'kudis'. Mahathir yang cuba mengapi-apikan isu itu dengan menimbulkan cerita
bangang 'PM Cina' adalah kemuncak betapa desperadonya Mahathir
mencari ikhtiar meraih sokongan Melayu. Hingga, Mahathir sendiri celupar
menghentam kaum Cina sebagai 'ekstrimis' dan 'Komunis'. Malang lagi, pun
tidak ada orang Melayu yang respon!! Akhrinya, rata-rata orang Melayu membuat kesimpulan bahawa punca
'perkauman' dangkal itu adalah cetusan ragam karenah dan tindakan
Mahathir sendiri. Pembangkang Melayu buat 'muka selamba' saja. Mat Sabu
'just throw cold water', api pun padam bara pun tak nyala. Itu yang bikin
Mahathir pening kepala! Hhihihih??!!
ii) Mahathir - Pelopor Nepotisme, Kronisme dan Korupsi
Mahathir tidak perlu berdolak-dalik memberi sebarang justifikasi jika rakyat
dan orang Melayu menuduh beliau sebagai 'Pelopor Nepotisme, Kronisme
dan Korupsi'. Semua orang cop Mahathir adalah pelindung kepada perasuah dan
penyeleweng di kalangan ratusan pemimpin UMNO dan BN.
Bermula dari AJKKK lantikan UMNO di ceruk kampung (contoh banyak di
Terengganu) hingga kepada Menteri dan MB UMNO berjawatan (termasuk
keluarga, suku-sakat dan kroni) adalah 'daki-daki' perasuah dan
penjenayah lindungan Mahathir. Mereka sengaja dilepaskan 'scot free'.
Jentera Kerajaan - bermula jabatan Polis, Kehakiman dan Perundangan dan
sesiapa juga 'yang berkenaan' (to whom it may concern) akan mendapat
bahagian masing-masing (jika tidak, mereka akan diugut habis-habisan).
Orang-orang 'terlindung' ini belum ada sesiapa antara mereka yang
ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah. Jika ada pun, mereka akan
'terlepas' atau 'sengaja' dibebas-lepaskan.
Apa khabarnya Rahim Nor, Rafidah, Rahim TC, Megat Joned, Sanusi Joned,
Samy Vellu, Ling Leong Sik, Wan Mokhtar, Ramli Ngah Talib, Shahidan
Kasim, dan ratusan mereka yang lain? Apa kahabarnya Mokhtar Abdullah AG, Eusoff Chin? Itu yang nampak di mata
saja. Bagaimana yang berlindung disebalik lalang sehelai? Seperti kutu di
b*nt*t babi? Umumnya, penyakit UMNO sudah melimpah keluar hingga jabatan Kerajaan
sudah terbukti dicemari faktor 'KKN'.
Kita dengar cerita 'Lesen Terbang'. Tetapi, sementara isu itu hangat
dibincangkan KP RIMV naik pangkat pula jadi Ketua Setiausaha kementerian
tukang tangkap beras seludup!! Mau bersih nama kunun!! Tapi p*ngg*ng
tercemar taik kering juga!! Ketika kes Abol Hassan dengan RM100 ribu dijumpai dalam laci pejabatnya
oleh BPR, tak sangka itulah kelayakan yang menyebabkan beliau dinaikkan
pangkat jadi Gubenur Bank Negara Malaysia. Bermakna, Mahathir adalah sah
pelopor, pelindung dan penggalak rasuah!!
Yang peliknya, Mahathir pandai pulak cakap mintak kesian, kununnya: "Saya
menangis pun sudah, doa pun sudah!". Kalau doa pun tidak makbul, habis apa lagi? Letak jawatanlah!! Nak nanti
MAMPOS pulak ke? Perlu kita bertanya sekarang, betulkah Melayu berpecah? Pecah yang
macamana dan siapa yang jadi punca penyebabnya?
Kita akan sambung berbicara di Bahagian ke-2
|