Laman Webantu KM2A1: 3520 File Size: 8.0 Kb * |
IHT: Demam Bailout Semakin Ketara By Kapal Berita 4/1/2001 6:13 pm Thu |
AWALKATA Memang orang yang sakit perlu diberi rawatan dan ubat. Soalnya kerajaan
Umno bukan memberi rawatan, tetapi memberi wang dan habuan - sedangkan
si sakit itu sendiri yang mabuk duitan sengaja memandu kereta tidak
tentu arah sehingga ditimpa kemalangan.
Jika kerajaan Mahathir betul-betul perihatin ia sewajarnya memberi nasihat
dan panduan sejak awal-awal lagi. Bukankah mencegah itu lebih baik dari
mengubat? Takkan seorang yang berkelulusan doktor tidak faham-faham?
Penyelamatan syarikat milik kroniputra sebelum penghujung tahun 2000
menunjukkan polisi kerajaan selama ini gagal untuk mewujudkan peluang
baru, malah ia semakin meranapkan harapan dan masa depan negara. Kos
untuk bail-out sistem LRT mencecah $US1.6 bilion (RM6.4 bilion) atau
menyamai hampir 7% belanjawan tahun 2001. Perlu diingat ada dua sistem
keretapi lain dalam pembinaan sekarang ini (ERT dan monorail) mungkin
sesak nafas dan memerlukan pembelaan berbilion yang serupa satu masa nanti.
KRONI DI UDARA TERBANG SESAK JUGA
Sebelum itu kerajaan telah menyelamatkan Tajuddin Ramli dengan pembelian
balik saham MAS pada kadar harga 1994 yang lapuk (RM8) sedangkan harga
terkini cuma RM3 lebih sahaja. Hasilnya US$470 million (RM1 bilion) dana
milik rakyat akan surut. Ini bermakna belanjawan negara mengalami defisit
sebanyak $US 4 bilion (RM 16 bilion) untuk membela kroni sahaja. Taktik
menyelamatkan banyak syarikat kroni di penghujung tahun ketika penggal
sidang parlimen tamat dan ramai pelabur bercuti krismas dan hari raya
menggambarkan sesuatu yang amat tidak kena. Saya pasti indeks BSKL akan
menjunam lebih teruk lagi jika penyelamatan itu dilakukan ketika semua
orang belum bercuti dan tidak dihimpit oleh keperluan hari raya dan
persekolahan anak-anak mereka. SALAH ORANG LAIN SAHAJA Kerajaan Umno menyalahkan kejatuhan itu kepada krisis ekonomi Asia 1997
tetapi mengapa syarikat penerbangan jiran, SIA mencatat keuntungan?.
Kenaikkan harga minyak turut dikatakan punca kerugian tetapi kita amat.
hairan mengapa Singapura yang terpaksa mengimpot minyak dari Malaysia
pada harga pasaran masih mampu terbang dalam keuntungan?. Sebenarnya kroni
tersayang Umno itu tidak ambil perduli kesihatan MAS sejak dulu lagi.
Dia fikir dia akan dapat membina kekayaan mudah kerana MAS membolot hampir
semua ruang udara Malaysia sebagaimana PLUS membolot hampir semua tol
jalanraya. Begitu juga dengan sistem LRT yang dibolot oleh kroni yang
sebaya dengan beliau. Mereka semua hanya tahu membalun projek tetapi tidak
arif dengan selok belok perniagaan. Walaupun dengan kawalan matawang dan
ketiadaan saingan dalaman, mereka masih gagal menjanakan keuntungan.
Apakah usahawan seperti ini layak menunggak cita-cita yang penuh dengan
wawasan? Atau mereka akan semakin mewas-waskan lagi semua masa depan?
RAKYAT MENANGGUNG SEMUA CELAKA Sejak kroni mengambil-alih syarikat yang berprestasi baik banyak perkara
luar biasa yang telah dilakukan sehingga yang sihat menjadi sakit dan
mereka yang tidak bersalah tercedera. Akhirnya rakyatlah menjadi mangsa
punahnya semua pengurusan tempang mereka semua. Tentu kita masih belum lupa
MAS begitu dikagumi seantero dunia bila CEO Tan Sri Aziz menerajuinya tetapi
mengapa beliau dilenyapkan terus bila Tajuddin membeli MAS?
Menurut IHT, "Apa yang membuatkan ramai rakyat marhaen marah
adalah kerana projek yang gagal itu semuanya diambil balik oleh kerajaan
kembali dan harga yang ditawarkan adalah tidak menasabah dan terlalu tinggi.
MAS kini menanggung hutang sekitarUS$2.5 billion (RM
10 bilion) dan sedang menuju rekod kerugian 4 tahun berturut-turut.
Inilah warisan celaka pemimpin negara yang amat berwawasan. Kita rupa-rupanya
mewarisi hutang berbilion yang tidak berkesudahan. Kroni yang bermasalah
sudah tersenyum panjang tetapi rakyat yang menanggung hutang akan terus
bermuka masam. Silap haribulan kita kehilangan sesuatu yang dimiliki atau diingini
kerana tidak mampu membayar hutang ataupun yuran. Lapuran pengeluaran wang KWSP
setiap tahun itulah bukti kita sudah semakin malang.....
Rencana Rujukan: http://straitstimes.asia1.com.sg/money/story/0,1870,13280,00.html?
DEC 27, 2000 Bail-outs point to Malaysia's policy failure
KUALA LUMPUR - The government plans to take over key parts of Kuala
Lumpur's unprofitable mass-transit system in a US$1.6 billion (S$2.8
billion) bail-out, dealing another blow to its hopes of using private funds
to build a 21st-century public infrastructure.
The rescue has been criticised by opposition leaders, who call it the
latest attempt to help prop up politically well-connected businessmen.
The cost of the bail-out is the equivalent of about 7 per cent of the
entire government Budget for next year. The Finance Ministry will pay for
the bail-out with bonds. The announcement was made late last Friday, two days after a separate
agreement in which the government agreed to pay a politically linked
businessman US$470 million for his controlling stake in Malaysia Airlines
(MAS), the debt-ridden and unprofitable national carrier.
The airline buy-out deal was done at twice the price at which the MAS stock
is trading on the Kuala Lumpur stock exchange.
Taken together, analysts say the twin bail-outs and others risk straining
the country's finances when Malaysia is running an annual Budget deficit of
more than US$4 billion and when its economy is projected to slow down.
Critics of such bail-outs have become more vocal in recent months. They
include some members of the governing party, who say the bail-outs reflect
the failure of Malaysia's privatisation policy of the past two decades. 'From Day One, we knew it wasn't going to be a profitable project,' said Mr
Shahrir Samad, a former government minister, referring to the mass-transit
rail lines built for Kuala Lumpur. 'In the end it will be the government that will assume the debts,' said Mr
Shahrir, who holds a top post in the governing party but has become
increasingly critical of government policies.
The administration of Prime Minister Mahathir Mohamad built its reputation
on an economic model in which such things as roads, ports, light rail
systems and stadiums were built - and paid for - by a hand-picked group of
tycoons. Now, most of those businessmen are mired in debt and economists say many
will need government assistance. The scale of future bail-outs is difficult to calculate, but unless their
businesses are broken up, the total rescue package is likely to run into
billions of dollars. The government blames residual effects of the 1997 economic crisis in Asia
for the failure of the rail project to make a profit.
'The economic crisis has made it difficult for them to inject new capital
or to pay back their loans as the development and upgrading costs for a
light rail system are very high,' the Finance Ministry said.
The bail-out of the mass-transit system includes just two of the light-rail
lines. There are at least two others under construction.
What has angered many Malaysians is not only the fact that failed projects
are being re-nationalised but also that the government seems to be paying
top dollars to the failed business tycoons.
In the case of MAS, the government bought back a controlling stake in the
airline last week at the price for which it sold it in 1994.
But the carrier, which had a light debt load then, is now nearly US$2.5
billion in debt and headed for a fourth consecutive year of losses.
--International Herald Tribune |