Laman Webantu KM2A1: 3519 File Size: 5.8 Kb * |
Suhakam - Regim Mahathir Ambil Kesempatan 'Mensendiwarakan' Nya??!! By Amin Sapiro 4/1/2001 8:55 am Thu |
Amin Sapiro (dah muak dengar temberang orang)
[Sebenarnya kes pertama yang perlu disiasat oleh Suhakam ialah
kes Memali, barulah rakyat boleh percaya mempercayai. Kerajaan
Mahathir mempunyai pelbagai senjata yang dapat mengalahkan lawan
tanpa sebarang kecederaan tetapi ia sengaja memilih pembunuhan yang
tidak berperi kemanusiaan untuk menghapuskan sesuatu yang tidak
disukai oleh pemimpin umno di tampuk kekuasaan.
Tidak guna Mahathir menubuhkan pelbagai suruhanjaya seantero negara jika
mereka gagal berfungsi sebebas-bebasnya. Di negara luar pertubuhan hak
asasi kemanusiaan membela orang yang teraniaya habis-habisan tetapi di
negara kita ia lebih banyak diam dari bersuara.
Kita amat hairan mengapa Suhakam menghilang di Jalan Kebun sejak awal-awal
lagi dan kenapa ia masih kelabu tenggelam walaupun rakaman video Jalan Kebun
sudah diberikan. Apa yang berlaku jelas menunjukkan Suhakam sudah dikongkong
di permulaan garisan. Sampai bilapun ia tidak akan tiba di penghujung jalan.
- Editor] Mengapa dan Mengapa? Pertama: Ia dikendalikan oleh Musa Hitam, bekas pemimpin UMNO yang ada
sejarah keganasan dibelakang beliau. Walaupun ada bekas hakim yang dah
pencen dan sekarang banyak masa lapang, namun orang macam itu banyak
kepentingan yang wajar dijaga. Tak kan lah orang-orang ini akan gadaikan
kepentingan tembolok mereka! Kedua: SUHAKAM tidak lebih dari NGO tanpa kuasa. Kerja dan fungsinya setakat
'siasat dan lapor' saja. Bergantung kepada kerajaan yang meneliti dan (jika mau)
akan mengambil tindakan mengikut budibicara pihaknya. Dengan itu bermakna
SUHAKAM macam 'gajah putih' yang berak besar selonggok didepan mata!
Ketiga: Tak sorang pun tau sejauhmana SUHAKAM boleh buat kerja yang dituntut
rakyat. Mungkin Musa Hitam boleh temberang macam lazimnya. Tapi bila sampai
masa, Musa pun mengira Akta Drakonian ISA yang Mahathir sendiri pegang dalam
genggamannya. Kecut juga 'p###r' Musa.
Keempat: Musa adalah orang 'inferior' dari kacamata Mahathir dan Kroninya.
Musa cuba berlagak 'smooth' kunun. Beliau terlalu takut menjejaskan kedudukan
UMNO/BN yang masih bernostalgia dalam kepalanya. Maklumlah, Musa tidak yakin
dengan kehebatan Barisan Alternatif yang beliau fikir tidak akan 'membawa' politik
negara ke mana-mana! Banyak lagi sebab-musabab yang bikin kita kurang yakin terhadap SUHAKAM.
Memadailah 4 perkara itu saja kita bicarakan. Kalau nak sumbat semua, kita boleh
kata: Jangan harap SUHAKAM akan bela sesiapa saja yang dihentam dan diligan
oleh 'penjenayah' berpakaian seragam upahan Mahathir.
SUHAKAM Macam Diserang Selsema Saja
Kebelakangan ini terdengarlah dengus-dengus SUHAKAM bagai orang diserang
'selesema'. Walhal, kita tahu, jika SUHAKAM benar-benar ada 'power', tindakan
FRU membogelkan Norazimah dan 'membutakan' mata Pak Din wajar menjadi topik
utama siasatan mereka. Kalau nak dikirakan, antara tarikh kejadian berlakunya 'jenayah' Gestapo
Mahathir itu hingga kini - sekiranya Pak Din pendek usia dibelasah oleh
'penyangak' upahan Mahathir itu, mungkin dah reput jasad beliau enam kaki
bawah tanah. Namun, Musa dan SUHAKAMnya masih 'dragging its feet'. 'Apeke
bendenye' kerja Musa ini - buat panas telinga aja.
Agenda Mahathir Sebenar Mahathir sudah siang-siang bagi tahu Musa: SUHAKAM boleh buat apa ia suka.
Tapi Musa kena ingat, kes Memali belum selesai lagi. Bila-bila masa Mahathir
boleh gelecek sikit, Musa adalah orang pertama yang akan dicampakkan ke Sg.
Buloh..!! Musa diberi 'greenlight' oleh Mahathir dan UMNO mengendalikan SUHAKAM
supaya suruhanjaya itu berkempen kununnya regim Mahathir adalah demokratik
dan rela disiasat. Dengan itu, adalah tugas Musa yang dimandatkan supaya beliau
kempen keliling dunia menjelaskan bahawa regim Mahathir tidak seburuk yang
dituduh oleh Pembangkang. Itulah kerja orang politik bekas UMNO/BN yang kerja lain tak ada melainkan 'jual
temberang'. Nak harap juga kah? Hahaha? cerdik juga Mahathir permainkan minda rakyat dan orang Melayu. Tetapi
yang jelas, Mahathir mahu SUHAKAM tidak menyebelah Pembangkang. Musa
diamanah dan diperingatkan oleh Mahathir, 'You don't try to antoganise me and
tarnish the party. If you go beyond the boarder, you'll face problems up to your
sleeves'!!' Itu sebab, tak ada siapa yang dapat manfaat dari SUHAKAM. Apatahlagi, 'boss'
ialah Musa bin Hitam. Anggotanya orang-orang pencen yang dah hilang 'steam'.
Mungkin mereka bercakap pandai, tapi rohani mereka bukanlah 'orang perjuangan
pembela rakyat marhain'. BA kena fikir, jangan kita terlena dan teralpa dari perjuangan asal. Kita tak mau
menyesal dan akhirnya kesal. Bila dirasakan kita diperkasar oleh mana-mana
pihak, kita cuba tahan dan bersabar. Akan tetapi kita akan berikhtiar sebaik saja
hak kita dicabar. Misalnya: Kalau kita keterlaluan sangat 'dibedal', sepatah kata
Ezam, 'Kita lawan!!'. Takkan kita tahan melihat Anwar dibiarkan menjadi bahan cagaran, sementara
Mahathir dan kuncu-kuncunya pula bikin honar semahu hati.
Jangan biarkan regim Mahathir buat sekehendak hati lagi. Kita tahu regim ini tidak
ada etika kemanusiaan. Nak hormat dan segan-silu 'apekende' kepada puak ini?
Perkembangan terkini menunjukjkan Mahathir dah mula sewel 'main taik'?!!
Malangnya, pemimpin UMNO yang makan?!!
|