Laman Webantu KM2A1: 3518 File Size: 5.4 Kb * |
B2: 'Isu Perpecahan Melayu' -Satu Agenda PutarBelit Mahathir/Umno Saja By Amin Sapiro 4/1/2001 6:12 am Thu |
Amin Sapiro [Mahathir begitu gemar menuduh dan melabel orang lain sesuka hati.
Rakyat kerap dilabel tidak bersyukur, pengkhianat, ektrimis, kominis,
bodoh, dungu, bebal (closed mind) dan lain-lain panggilan yang tidak
enak kepada rakyat secara langsung dikaca tv dan di dada akhbar. Yang
menyedihkan ucapan sebegitu diolah dimajlis mengingati hari kemerdekaan
dan beberapa upacara perasmian untuk mebedil sentimen garang.
Taktik mengkategorikan rakyat sebegini tentu akan menimbulkan kemarahan
rakyat, apatah lagi jika bantahan suara rakyat dicengkam dengan ugutan
dan tindakkan pelbagai akta yang tidak berperi kemanusiaan. Sikap tersebut
tidak ubah seperti membalas dendam kerana sokongan yang semakin berkurang.
Sepatutnya Mahathir berfikir panjang sebelum menuduh orang sebarangan.
Kemelut Suqui dan isu perpecahan orang melayu sebenarnya akan menenggelamkan
Umno sendiri. Isu ini sengaja ditiup untuk mengumpulkan sebanyak mungkin
rakyat untuk dihimpun di satu hari yang diidam-idamkan oleh Mahathir sendiri.
Bila itu berlaku Mahathir mempunyai alasan untuk menangkap lebih ramai orang
supaya rakyat semakin takut dan diam. Jerat sudah dipasang, tetapi minda
rakyat belum tentu dapat disongsang. Malah mungkin kaki Mahathir sendiri yang
tersangkut di hujung tali yang terikat di dahan. Kita biarkan dia bergantungan
keseorangan terkapai-kapai melambai tangan mencari sentuhan. Duri yang menanti
di bawah sudah cukup untuk membuat dia tidak tidur kerana seram. - Editor]
ISU 'PERPECAHAN MELAYU' - SATU AGENDA PUTARBELIT MAHATHIR/UMNO
SAJA!! Bahagian 2
Hari ini terdengar asakan Mahathir dan pemimpin UMNO yang menyeru 'penyatuan
Melayu' kunun. PAS dan KeADILan diajak beliau berunding. Kununya nak
menyelamatkan Melayu. Sebelum itu kita perlu tanya Mahathir dan UMNO dulu:
UMNO Sudah Porak-peranda Jelas sekarang, ajakan 'perbincangan' itu tidak lebih dari cerita Si Luncai yang
sudah terjun dengan labu-labunya. Jika orang Melayu tak juga faham, Mahathir
sedang menghadapi risiko mega bahawa UMNO akan linkop menjelang Pilihanraya
akan datang. Fikir ini: Sejumlah 1.8 juta pengundi muda yang berpendidikan dan terpelajar sudah
sedia dengan pensel di jari untuk menconteng muka UMNO. Mereka sudah hilang
sabar untuk menumbangkan parti itu. Sementara, berjuta rakyat segala kaum sudah
hilang keyakinan dengan tindak-tanduk UMNO/BN menyelesaikan kekalutan politik
yang semakin meruncing. Penyokong BA mengharap sangat semoga pemimpin BA jangan semudah itu
terpedaya. Baca betul-betul apa putarbelit media UMNO kata. Belum apa-apa lagi
mereka gembar-gemburkan berita seolah-olah BA kemarok bergabung dengan UMNO
pula. Jika itulah cara UMNO bertindak sejak mula, kita wajar berfikir dua kali sebelum
menjejak kaki ke meja bundar mereka.
Fikir sikit. Bila Mahathir berkata semacam orang jujur, 'lidah paria'nya akan menguit
diakhir ayatnya. Kalau banding dengan biawak berlidah cabang dua, lidah Mahathir
bersalut gigi geraman buaya!! Lebih suku abad orang Melayu mengharapkan Mahathir
dibuang saja. Masakan kesempatan begini akan dipersia-sia. Tak payahlah bincang
apa-apa!! Bagi rakyat, tidak ada jalan lain membetulkan sistem yang sudah berkecai dibawah
pemerentahan UMNO. Hanya dengan REFORMASI saja keadaan yang ada akan
kembali seperti sediakala. Tak payahlah nak 'bincang-bincang'. Akhirnya Mahathir
dan pemimpin UMNO haprak juga yang akan kenyang!! Apa faedahnya?
Hahaha? kita kepingin sangat tengok Mahathir dan kuncu-kuncunya basah suspender
terkencing dalam seluar??!! Kita mahu tengok bagaimana muka Mahathir jika nasib
beliau seperti Fuji Mori!! Mari kita fikir sama-sama.
|