Laman Webantu KM2A1: 3516 File Size: 10.0 Kb * |
Mahathir dan Umno Sudah 'Kempunan Sokongan' Melayu..!! By Amin Sapiro 4/1/2001 2:36 am Thu |
Amin Sapiro (kempunan pulut panggang)
[Orang Melayu sudah lama bersatu dan jalinan kemesraan mereka itulah
yang menyebabkan orang Cina sanggup mengembara beribu-ribu batu untuk
bertapak dan berkawan dengan orang melayu di tanah melayu. Kebijaksaan
dan sopan susila nenek moyang kita berniaga menyebabkan ramai kaum
terpesona, termasuk sekumpulan pedagang dan pengemis dari satu benua
di India. Sedikit demi sedikit budaya melayu tercampur sehingga akhirnya
kaum dari India itu ada yang memeluk islam. Segelintir pula pandai bermain
kata sehingga mereka menguasai istana. Tentu kita belum lupa istilah
'mamak bendahara' yang begitu menonjol gelagat mereka di istana.
Orang melayu mungkin pakar bermain senjata tetapi mereka mudah tewas di rimba
minda. Disinilah seorang mamak memainkan peranan untuk mengkucar-kacirkan
keadaan. Malangnya dia lupa kebenaran itu akan terserlah juga walaupun ia
cuba disembunyikan dengan pelbagai cara.
Rakyat Malaysia tidak berpecah kerana perkauman, tetapi mereka terpisah kerana
pemukauan pemikiran dan prasangka akibat khabar yang sengaja dilayang-layang.
Nasib malang yang menghempap negara tidak mengenal kaum yang berbilang, tetapi
'royalti' hak rakyat yang sengaja dinafikan.
Kini rakyat sudah cukup arif siapakah punca sebenar perpecahan itu dan keputusan
Lunas sudah membuktikan siapa yang memang pecah dan siapa yang betul-betul bersatu.
Negeri Kelantan dan Terengganu bakal menjadi tauladan erti perpaduan di hari yang
bersejarah yang bakal muncul itu. Bukankah ramai kaum berpusu-pusu mengunjungi
kedua-dua negeri tersebut untuk menikmati keindahan perpaduan itu. - Editor]
MAHATHIR DAN UMNO SUDAH 'KEMPUNAN SOKONGAN' MELAYU..!!
TAK terbayang dalam kepala hotak kita macamana Mahathir boleh teringat
nak 'padukan Melayu' balik semula sesudah 20 tahun dihancurkan
beliau..!! Yang peliknya, bukan main ghairah pemimpin UMNO berkhutbah di media
letronik dan akhbar UMNO Utusan Meloya dan yang senasib dengannya;
kununnya imbauan pemimpin UMNO itu adalah ikhlas demi masa depan
orang Melayu. Bukan Orang Tak Tau Kebelakangan ini, penyokong UMNOlah yang sudah hilang. Tak
habis-habis Mahathir menyusahkan orang Melayu.
Sepuloh tahun dulu, rakyat Kelantan sudah memberi mandat kepada PAS.
Apa riaksi Mahathir yang kita nampak? Rakyat Kelantan dicop Mahathir
sebagai pengkhianat. TG Nik Aziz dianggap seolah-olah Ulamak 'keparat'.
Kununnya, tindak-tandok politik PAS akan menyebabkan kemerosotan
ekonomi rakyat Kelantan. Bila ditinjau dari dekat, baru kita faham, bukan jumlah pendapatan negara
dibahagikan samarata oleh UMNO/BN. Kroni Mahathir yang serba rakus
yang makin membaham semua!! Tinggallah sekupang dua untuk direndam
dan diminum airnya oleh orang Melayu yang dahaga. Kekayaan negara
difaraitkan oleh Mahathir dengan anak-anak dan suku-sakat serta Kroni
pilihannya. Mahathir dan UMNO fikir orang Melayu ini buta agaknya. Segala apa yang
diucapkannya, kununnya seperti 'gospel' belaka. Saban tahun adalah
projek yang diswastakan. Selang setahun menjelang ke dua - BANKRUP!
Yang tanggung akhirnya rakyat. Sebabnya, nawaitu Mahathir dan kuncu-kuncu UMNO sudah salah dari
mula. Mereka cuma nak cari kaya segera. Kesejahteraan rakyat dan
ekonomi mereka jatuh jadi perkara ke dua. Yang utama bagi Mahathir ialah
tembolok mereka saja. Anwar Pembuka Mata Pengaiban ke atas Anwar adalah permulaan kelumpuhan UMNO. Lebamnya
mata Anwar mencelikkan minda rakyat. Tak ada satu bijik mata pemimpin
UMNO yang menunjukkan rasa simpati. Dollah anak Bedawi berkata, "Apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri
pasti berlandaskan keputusan yang telah lama beliau fikirkan".
Nampaknya, Dolah cuma bercakap berasaskan keinginan menjawat jawatan
Timb. PM saja. Fitrah manusia diketepikannya. Bila beliau menjadi Menteri
KDN, lagi dahsyat tindak-tanduk beliau. Dolah menggunakan kuasa polis
untuk melindungi kebusukan hatinya. Ratusan ribu rakyat semua kaum
dibelasah dengan belantan dan diracun dengan gas pemedih mata.
Itulah dia replika pemimpin yang kununnya akan mengambilalih jawatan PM
kalau Mahathir MAMPOS terbongkang hari ini!! Dolah tak segan silu
sanggup jadi Pengerusi Babi Kebangsaan. Dolah sanggup jadi 'belukang'
Mahathir mengancam keselamatan baduan yang diaibkan. Berbohong
beliau, kununnya Anwar mendapat 'VIP treatment' di penjara. Padahal
orang semua tahu Anwar sudah tiga suku mati dibelasah rahim Nor dan
diberi makan ikan masin dan nasi basi di 'cell' beliau.
Orang Melayu Tidak Kesal Orang Melayu sudah habis kesabaran mereka. Iman di dada sudah tidak lagi
mengampunkan dosa-dosa Mahathir, kuncu-kuncu yang tidak bermaruah
dalam UMNO. Kununnya, Mahathir dengan ego-takbur mentafsirkan gelombang asakan
rakyat akan dapat ditindas dengan menggunakan dakyah, hasutan dan
fitnah yang bukan-bukan. Tetapi apa yang berlaku sesudah itu, UMNO
sendiri hilang pengaruh dan merundum tinggal abok saja.
Perpecahan UMNO 13 tahun dulu semakin ketara. S46 yang dikuburkan
pemimpin mereka yang bertukar menjadi 'penjarah dan penjenayah' tak
lebih jadi alat penyebar propaganda Mahathir yang tamak kuasa. Mereka
bertukar menjadi 'sedayus-dayus' petualang bangsa dan negara.
Ku Li anak raja Kelantan sanggup jadi 'tukang jilat' p*ngg*ng Mahathir.
Rais Yatim yang berkelulusan Ph.D hilang kewarasan mindanya - jadi
'tukang angkat taik' Mahathir. Apa yang mereka mahu cuma pangkat, darjat
dan wang sogokan yang raih secara putarbelit. Inikah jenis pemimpin UMNO
yang bercakap tentang perpduan Melayu?
Satu Cerita Di sebuah Desa?? Semasa berkunjung ke rumah teman (yang jasadnya masih dalam UMNO;
tak taulah rohaninya), beliau bertanya: "Wak percaya ke? Wak fikir Mahathir
tu jujur ke?". Saya cuma geleng kepala. Tidak pula bermakna saya memperakukan atau
sebaliknya. Saya mencelah selamba, "Saya lebih suka tunggu dan lihat. Jika Mahathir
ikhlas, pemimpin UMNO harus lebih dulu bersemuka dengan Mahathir
menuntut supaya Anwar dibebaskan". Menjawab seorang rakan lagi, "Itu susahlah nampaknya, Wak. Mahathir
cadangkan perpaduan Melayu bukan bermaksud nak bebaskan Anwar. Dia
cuma nak memasang perangkap samar supaya Pembangkang Melayu
mengenepikan Anwar dan meyokong UMNO!"
Saya menjawab pantas, "Kalau begitu tak akan selesailah hutang Mahathir
dan UMNO kepada orang Melayu. Tali pura penyelesaian sebenar ada
ditangan Anwar. Jika isu Anwar tak dibereskan, mustahil masalah UMNO
akan dapat diselesaikan. Orang Melayu dah tak pedulik lagi kepada
UMNO.." Seorang cendekiawan kenalan lama kami berkata dengan nada suara
berhemat. Katanya, "Jika Dr. Mahathir dan pemimpin UMNO berhasrat
memperbetulkan UMNO, bukti pertama - Mahathir harus memohon maaf
kepada semua orang Melayu atas kesalahan yang dilakukannya selama 20
tahun menerajui UMNO". "Kedua," katanya, "Mahathir kena buktikan kejujurannya dengan menyerah
diri untuk dibicarakan atas sebarang tuduhan rasuah dan penyelewengan,
kuku-besi dan kezaliman beliau".
"Ketiga," ulasnya lagi, "atas segala-galanya: Mahathir bersedia
menyerahkan petaksiran harta beliau, anak-anak, kroni dan semua
pemimpin UMNO/BN yang kayaraya melalui rasuah dan penyewengan.
Sesudah itu, baru kita bincang isu perpecahan Melayu dalam UMNO. Yang
bermasalah ialah UMNO. Pembangkang Melayu orait saja", kata beliau
sambil ketawa. Saya anggap syarat yang dikenakan beliau itu memang akademik bunyinya.
Tetapi jika diperhatikan, itulah sebenarnya yang dituntut rakyat jelata.
Bermakna, jika pemimpin Barisan Alternatif berbincang tanpa syarat mutlak
yang dipersetujui rakyat, memang perbincangan itu cuma membuang masa
sahaja. Satu sen pun tak guna! BA adalah parti demokratik bersandarkan
kebulatan iltizam rakyat! "Maknanya, UMNO harus meREFORMASIkan parti itu sebelum
'buang-buang cakap' nak padukan Melayu, tak gitu" ulas saya.
Masing-masing mengagguk. Menyampuk seorang rakan (Ketua Bahagian sebuah komponen BA), "Kalau
begitu tak payahlah kita nak bincang pasal perpecahan dan perpaduan
Melayu. PAS dan KeADILan sudah cukup matang menyatupadukan orang
Melayu. Apa sebab nak rujuk kepada UMNO? Owwwww? kerana UMNO
sudah ketandusan isu untuk meraih simpati dan sokongan orang Melayu,
maka kita datang nak 'rescue??". Dalam kami bercerita kosong itu, terdengar dentuman meriam buloh yang
diledakkan anak-anak yang menceriakan suasana hari raya.
"Kurang akal budak-budak tuh!" celah seorang yang sudah tidak bergigi
lagi. Menjawab saya secara berseloroh, "Meriam UMNO, hihihi..!!!"
Kami sama-sama ketawa berdekah-dekah sambil mengunyah lemang
dengan rendang ala Minang. Di TV, terpapar gambar FRU sedang
membelasah beberapa orang pemuda di Jln Kebun. Tak sangka CD itu ada
tersimpan dirumah penyokong UMNO juga.
"Itukah jenis puak pemimpin UMNO yang ajak orang Melayu berunding 'demi
perpaduan'. Macam GESTAPO memaksa rakyat Eropah menyokong Hitler
saja.." ujar seorang teman yang dulu pernah berkempen menyokong
UMNO. Kami saling berpandangan!! Tak ada siapa yang ambil perhatian kenyataan
Mahathir dan pemimpin UMNO!! Kempunan sajalah Mahathir dan UMNO
nampaknya..!! |