Laman Webantu KM2A1: 3513 File Size: 34.4 Kb * |
Siri 33 YTDT: B1 Antara Takbir Dan Gemanya By Marhain Tua 3/1/2001 2:33 pm Wed |
Siri YTDT: Yang Terbang Dan Terbengkalai
Bab: 33 [Era Mahathir merupakan era yang penuh dengan penipuan yang berterusan. Sebab itulah dia amat memerlukan sekumpulan banjingan (penulis upahan, hakim yang pincang, ularmak setan dan polis yang ganas serta wang untuk habuan) yang dapat membantu beliau untuk meneruskan penipuan dan pencurian untuk melaksanakan sesuatu impian yang amat menjijikkan:
Lukiran Pak MT melakarkan beberapa transkrip dari penipuan-penipuan Mahathir yang asyik dirancang berterusan untuk memesongkan minda rakyat marhaen dengan begitu sistematik sekali. Dia terus membaling batu dan menyembunyikan tangan. Malangnya minda rakyat sudah semakin tajam untuk ditipu dengan permainan seperti itu lagi. Patutlah Mahathir semakin ligat merencanakan isu sejak kebelakangan ini tetapi
sokongan rakyat kepada Umno tidak pula bertambah tetapi semakin berkurang.
Umno sendiri sudah nyawa-nyawa ikan dan pasaran saham kini amat membimbangkan
hartawan Umno sekalian. Mampukan ikan Umno ini berenang di daratan bila air
yang menakung sudah kekeringan? Ikan gemuk pun tidak akan tahan, kerana mereka
cuma spesis haiwan satu alam. Mungkin Ibrahim Ali dapat memberi beberapa jawapan
dan isu perpecahan melayu sudah menampakkan Mahathir cuba berenang di lautan
dalam. Dia lupa Firaun Mesir akhirnya terkapai-kapai lemas dan tenggelam
di lautan. Kisah itu tidak akan dilupakan sehingga berzaman dan ia diabadikan
dalam al Quran sebagai pesanan untuk umat yang mahu mengambil pengertian.
- Editor (mohon maaf... banyak idea pula selepas lebaran....) ]
(Bahagian Satu)
"Pada permulaan tahun abad dan alaf baru ini, marilah kita semua ketepikan tuntutan
yang tidak mungkin dapat diterima oleh masyarakat pelbagai kaum, marilah kita kembali
kepada kesederhanaan dan toleransi yang telah membawa keamanan dan kemakmuran kepada kita
dan negara kita. Tidak ada lagi keperluan baru untuk menstabil, mengaman serta memajukan
negara." Beliau berkata adalah jelas formula yang dicipta oleh pengasas-pengasas negara iaitu
Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Tan Siew Sin dan Tun VT. Sambanthan yang diterima pakai
oleh pemimpin Sarawak dan Sabah amat mustajab bagi Malaysia. Katanya:
"Pemimpin yang memegang teraju selepas pengasas-pengasas negara hanya perlu memberi
makna dan mengisi formula Malaysia yang telah dicipta dan dipersetujui ketika negara
memperjuangkan kemerdekaan. Oleh kerana kejayaan formula ini, apakah kita mahu
menggugurkannya dan mencipta formula lain atas desakan mana-mana pihak yang mendakwa
formula yang sudah kita amalkan selama 43 tahun adalah tidak adil dan memihak kepada kaum
tertentu saja? Apakah kita sanggup mengancam kestabilan serta kemajuan negara dan
mungkin merosakkan masa depan kita hanya kerana ada pihk tertentu ingin mendapat semua
yang dituntut oleh mereka?" Pelik, bagaimanakah seorang diktator yang telah berkuasa selama 20 tahun lamanya dan
gemar menyebut kemajuan Malaysia yang dilakar mengikut acuan sendiri yang melambangkan
kepintaran seorang insan yang akhirnya bergelar Wira Dunia Ketiga, tiba-tiba mengungkit
nama tiga orang pengasas kemerdekaan itu agar rakyat mesti tenang buat penilaian. Kenapa
tiga nama itu sahaja yang disebut? Apa sudah jadi dengan nama Onn Jaafar, Tun Razak
Husin, Tun Dr. Ismail, Saadon Jubir, Tun Tan Cheng Lok dan banyak lagi seperti Temenggong
Jugah, Tun Mustapha Haron dan sebagainya. Bagaimana pula dengan seorang pengasas UMNO
seperti yang ditulis dalam buku "A New Deal For Asia" di mana pada muka surat 18 ada
tertulis: "I organised the first Kedah Malay Youth Union, and later the Kedah Malay Union, a
political party which evolved into what is today the ruling party of Malaysia , the
United Malays Ntional Organisation (UMNO)"
(Saya telah menubuhkan Persatuan Pemuda Melayu Kedah yang pertama, dan kemudiannya
penubuhan Persatuan Melayu Kedah, sebuah parti politik yang kemudiannya bertukar menjadi
apa yang dikenal hari ini sebagai UMNO.)
Saya mahu rakamkan perenggan yang dimulakan dengan kenyataan di atas dengan
menterjemahkannya terus ke Bahasa Melayu:
"Usaha kami itu berakhir dengan kejayaan juga. Kami telah gunakan rintihan kecilan
yang dicetuskan oleh rakyat setiap hari untuk menggembeling penyertaan mereka
menentang British. Sebagai contohnya, kalau rakyat tidak senang hati dengan kenaikan
harga beras, kami gunakan masalah itu mendapatkan sokongan mereka untuk memperjuangkan
isu yang lebih besar lagi. Akhirnya, British terpaksa melupakan hasrat penubuhan Malayan
Union. Saya beranggapan bahawa berakhirlah perjuangan kami, tetapi beberapa pemimpin
UMNO mula berkempen untuk mendapatkan kemerdekaan. Secara peribadi, saya masih tidak
yakin bahawa kita mampu menguruskan negara kita sendirian. Seperti ketika itu, Malaysia
ialah sebuah negara yang dihuni pelbagai kaum di mana Melayu, Cina dan kaum India
merupakan tiga kumpulan etnik yang besar. Dari segi statistik, orang Melayu merupakan
penduduk yang lebih ramai tetapi dari segi kekayaan dan kuasa ekonomi, orang Cina memang
lebih kuat lagi. Cabaran yang terbesar bagi kami tidak semestinya bagaimana
mengnyahkan British keluar, tetapi bagaimana mengurusakan negara kami yang majmuk itu
selepas tercapainya kemerdekaan."
Sekarang saya ingin rakamkan apa yang ditulis oleh diktator ini pada muka surat 21 hingga 23 dalam buku yang sama:
Alangkah ganjil, ketika Tunku Abdul Rahman memerintah negara ini hinggalah Tun Hussein
Onn, tidak banyak buku yang diharamkan. Akhbar tabloid seperti Watan bebas diterbitkan,
tanpa banyak sekatan. Kempen pilihanraya berjalan hampir sebulan tanpa banyak masalah
dan pertempuran darah. Ketika Tunku memerintah, sesiapa sahaja boleh berbalah di
parlimen ataupun di luarnya tanpa banyak masalah dan bahayanya. Hukum undang-undang ISA
tidak banyak digunakan terhadap ahli pembangkang. Malahan, Tunku kerap berhenti di rumah
pemimpin pembangkang tanpa sebarang temu janji, cuma untuk berbincang tanpa rasmi dan
menghirup secangkir teh atau pun kopi. Kalau ada perkara yang tidak disenangi oleh rakyat
terhadap kerajaan yang memerintah, mereka tulis di akhbar-akhbar ataupun mereka hantarkan
memorandum untuk membantah. Pernah terjadi apabila Tunku atau pun Tun Razak ditahan di
tengah jalan secara bersopan untuk membolehkan rakyat menyerahkan surat bantahan. Tidak
pula rakyat itu ditangkap ataupun ditahan, dibelasah sehingga lebam matanya dan remuk
tulang belakangnya. Tidak ada masalah yang tidak pernah dilalui oleh rakyat Malaysia
dengan pemimpinnya secara bersama. Malahan ketika itu Chin Peng, Rashid Maidin, Shamsiah
Pakeh dan pengikut mereka masih masyhor sebagai petualang negara. Nama mereka bermain di
bibir pemimpin negara dan para bala tentera. Rakyat sanggup bersabar melihatkan keadaan
dharurat negara berubah rupa, tanpa mahu mencetuskan banyak masalah kepada kerajaannnya.
Negara telah merdeka selama 43 tahun. Diktator Mahathir telah memegang tampuk kerajaan
lebih daripada 20 tahun. Di waktu itu negara mampu naik membangun dengan menikmati
tempias pembangunan ekonomi rantau Asia yang menjadikan Jepun negara terkaya di dunia dan
diikuti oleh Taiwan, Hongkong dan Singapura. Filipina, Thailand dan Indonesia ikut naik
sama selaras kemajuan tempias yang ada sambil mampu menyediakan tenaga buruh yang amat
diperlukan oleh Malaysia. Burma, Bangladesh, Pakistan dan India malahan juga beberapa
negara di Afrika telah menyumbang kepada bekalan tenaga buruh yang diperlukan, walaupun
usaha untuk merencana kemasukan mereka secara tersusun tidak pernah dilakukan dengan
serius kerana alasan politik yang tertentu dan untuk memperkayakan pemimpin politik yang
tertentu. Tenaga yang mendatang itu bukannya digunakan di tempat yang paling diperlukan
iaitu memerkuatkan industri perladangan dan pertanian ataupun perkilangan kerana itulah
industri yang banyak menyumbang kepada hasil mahsyul negara. Mereka dibawa masuk secara
berleluasa untuk projek mega yang membazirkan wang rakyat jelata. Yang lebih memalukan
banyak projek mega itu diserahkan secara kontrak 'turnkey' kepada para suku-sakat,
jongos dan para kroni. Panduan negara agar kontrak besar diberikan secara tender terbuka
dimansuhkan secara mudah agar kroni yang hanya pandai mengekspot batang penyapu
diberikan tender membuat ampangan haidro. Juruwang bank dan penjual insurans diberikan
kontrak membuat projek tren aliran kotaraya. Wang rakyat jelata dibelanjakan untuk
membina litar lumba yang digunakan hanya dua kali setiap tahun sedangkan kosnya itu mampu
membina projek perumahan untuk rakyat yang berpendapatan sederhana.
Proses menyelamatkan para kroni dengan menggadaikan hak rakyat jelata berjalan terus
walaupun teori pengurusan mengajar kita adalah lebih baik membiarkan projek yang gagal
itu lingkup daripada menyelamat dan mengapongkannya. Diktator Mahathir tidak pernah
mendengar teori itu, kerana kebanyakan projek mega yang gagal adalah kepunyaan
keluarganya ataupun kepunyaan para kroni dan sukusakat yang difaraidkan secara proksi
kepada beberapa orang bukan Melayu yang tergolong dalam Kelab Elit Jin Alam Mahatir
(KEJAM). Penyelewengan Mahathir telah cuba dibenteras oleh Saudara Anwar Ibrahim, tetapi beliau
gagal melaksanakannya. Sebaliknya beliau terjebak dalam satu perangkap yang disediakan
oleh si diktataor tua itu bersama satu kumpulan insan berhati syaitan yang sanggup
membelakangkan Tuhan kerana ketaksuban kepada kekayaan di dunia ini. Ketika kumpulan
insan jahanam ini melakar program menghenyak Anwar Ibrahim ke kancah penghinaan,
Mahathir secara solo mengelilingi dunia dan berucap untuk memperlekehkan George Soros
sebagai penyangak matawang antarabangsa yang menjahanamkan ekonomi Asia Tenggara. Yang
anihnya, hampir seluruh dunia faham dan sedar bahawa Soros bukannya insan yang
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap ekonomi yang merudum secara serentak itu. Kenapakah
Soros dipersalahkan, sedangakan di waktu ekonomi Malaysia menjunam, ekonomi Taiwan dan
Singapura tidak pun terjejas dengan teruknya? Kenapakah kejatuah ekonomi Malaysia
berlaku sama masanya dengan kejatuhan ekonomi Filipina, Indonesia dan Thailand?
Mahathir cuba menuduh orang lain kerana kerakusannya. Dia cuba mendapatkan simpati dunia
degan menuduh Soros, tetapi dia hanya ditertawakan sahaja. Taktik memperbodohkan dunia
agar dia dapat gunakan simpati mereka untuk memperkokohkan kedudukannya di Malaysia
menghadapi jalan buntu. Dia tidak mampu mempengaruhi rakyat Malaysia bahawa ekonomi
negara merudum kerana ada sekongkolan di antara Soros dan Saudara Anwar Ibrahim dan kuasa
besar asing seperti Amerika yang telah menghamparkan permaidani merah ketika Anwar
melawat negara besar itu. Tinggallah stategi terakhir yang berasaskan buku '50 Dalil
Kenapa Anwar Tidak Boleh Menjadi Perdana Menteri'
Untuk memahami jalan cerita kerakusan Mahathir untuk terus berkuasa eloklah kita rakamkan
di sini apa yang berlaku satu ketika dulu di mahkamah pada 19 April, 2000 ketika peguam
Gurbachan Singh Deo menyoal Nurazman bin Abdullah @ Baginda anak Minda sebagai saksi
pendakwaan nombor 28 (D28); Baginda (B): Ya, Yang Arif, saya kenal.
G: Apa hubungan kamu dengannya? B: Bekas majikan saya. B: Ya. B: Sejak 1992. B: Ada. B: Pada mulanya ada rancangan antara saya, Datuk S'ng dan Umi membuat projek sekolah.
B: Untuk membekal kasut dan baju (pakaian) seragam.
B: Ya, saya dengan Datuk S'ng, Ummi dan seorang lagi rakan saya
bernama George bertolak ke London. B: Benar. Dari Terminal 1. B: Sebelum saya 'check-in' Ummi telah memberi kepada saya buku ini.
B: Dia kata dia nak tunjuk satu gambar dia bersama dengan Dato' Seri
Anwar Ibrahim dan Shamsidar yang terkandung dalam buku itu.
B: Datuk S'ng dan George hanya tinggal 4 hari dan saya da Ummi 5 hari.
B: Benar. B: Ummi pernah memberitahu saya dan Datuk S'ng ada tiga orang yang
menaja buku ini - Dato Tengku Adnan, Tengku Razaleigh Hamzah dan
Tun Daim. B: Dia pernah menelefon beberapa orang seperti Khalid Jefri dan Tun
Daim, tetapi dia gagal menghubungi. B: Tidak, hanya Khalid Jafri. B: Ya. Ummi ada memberitahu saya ia telah memaksa Azizan mengaku
Yang dia dil**** oleh Anwar. B: Ummi berkata dia sangat benci dengan Anwar Ibrahim dan abangnya
Azmin, oleh kerana mereka berdua tidak pernah beri projek padanya.
Dia benci, itu sebab dia memaksa Azizan untuk mengaku dia dil****.
B: Supaya Anwar jatuh dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.
B: Ya. B: Ummi pernah memberitahu saya, bila Anwar dijatuhkan, dia akan dapat
Projek Iklan di Lapangan Terbang Sepang sebanyak 10 tiang
(papantanda besar), satu papantanda bernilai 1 juta.
B: Ada. Tun Daim akan memberikan projek.
B: Mula-mula dia berkata memang berlaku, 'she wants to convince me. Tetapi oleh kerana
saya sangat rapat dengan dia, akhirnya dia memberitahu saya semua ini direka untuk
menjatuhkan Anwar. Saksi seolah kurang faham maksud soalan itu. Hakim memberitahu Gurbachan bahawa
perkataan 'sangat rapat' itu sudahpun jelas dan dia tidak payah tanya sekali lagi.
Tetapi Gurbachan mengulangi soalan itu sekali lagi.
B: Saya dengan Ummi pernah buat hubungan seks. Itu sebab saya kata saya ada hubungan
rapat. B: Di London. B: Semenjak Jun 1998. B: Umi pernah memberitahu saya bahawa dia akan memberi RM200,000
kepada bekas isteri saya untuk saya berkahwin dengannya.
B: Dia ada beritahu, selepas Anwara dijatuhkan, "kita akan dapat RM10
juta dari projek Sepang." Dia berkata dia janjikan 25% saham dalam
projek Sepang kepada saya. .. GG: Pada masa itu, iaitu Jun 1998, adakah kamu sudah berkahwin?
B: Ya, saya sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak.
B: Mula-mula kita belum rapat. Akhirnya (apabila) hubungan kami
semakin rapat, saya bertanya dengan Ummi saya mesti diberitahu
sebenarnya apa yang berlaku. Ummi memberitahu saya semuanya direka
untuk menjatuhkan Anwar, untuk mendapatkan projek.
B: 22 Jun 1998 B: Ya, ada. Dia ada menyatakan bahawa dia ada menulis surat kepada Perdana menteri.
Tetapi dia pernah memberitahu saya bahawa kandungan surat yang ditulis itu sudah diubah.
B: Ada. Dato' Aziz Shamsuddin. B: Ya, dia ada memberitahu saya. Pada satu malam dia tak boleh tidur dan menelefon
saya (dan mengatakan) bapa dia menghalau dia dari rumah. Dia memberitahu ini disebabkan
dia memberi "part of the information" (sebahagian dari maklumat) - iaitu gambar - yang
dimasukkan ke dalam Buku 50 Dalil. Bapa dia marah sebab dia bagi information itu dan tak
menganggap dia sebagai anak. B: Bapanya tak anggap dia "sebagai anak dunia dan akhirat" kerana dia
memberi maklumat dalam kandungan buku itu.
B: Kerana dia cuma bagi information. Information itu palsu¡sebab itu, bapa dia tak
anggap dia sebagai anak. G: Adakah Ummi beritahu kamu siapakah di belakang buku 50 dalil?
B: Ummi pernah memberitahu (saya) Perdana Menteri orang yang dibelakang buku itu.
B: Dia memeritahu saya (bahawa) Aziz Shamsuddin dari jabatan Perdana Menteri meminta
dibekalkan 40 buku. B: Ada. Dia berjumpa dengan Tun Daim dan Daim mengarahkannya pergi berjumpa dengan
Tan Sri Basir. Dia (Ummi) beritahu, apabila dia sampai, dia diberitahu Tan Sri Rahim
Tamby Chik sudah menunggu dia di situ.
B: Ada. Dia kata Tengku Adnan, Daim, Rahim Tamby Chik yang terlibat.
Mahkamah ditangguh apda jam 12.00 tengah hari. Pihak pendakwa enggan menyoal baginda
kerana menunggukan Hafilda dipanggil oleh mahkamah. Pihak pembela pula menunggu sehingga
mahkamah memutuskan sama ada Dato' Seri Diktator Mahathir perlu datang ke mahkamah
sebagai saksi untuk memberi keterangannya. Beliau enggan hadir walaupun sudah diberikan
safina sebanyak dua kali. Saya mengajak para pembaca meneliti maklumat yang dirakamkan kali ini. Cuba fikirkan
masak-masak siapakah yang sebenarnya mencetuskan perpecahan di kalangan orang Melayu?
Siapakah yang mencetuskan suasana huru-hara yang menjejaskan pelaburan negara? Sekarang,
kesan semua kerja bajingan ini sudah meletakkan ekonomi negara di satu tahap yang sungguh
menakutkan. Cara memperbaikinya dikatakan terletak kepada perpaduan orang Melayu yang
telah terjejas "oleh mainan politik parti pembangkang dan kerana ketaksuban kepada
fundamental Islam". Inilah mainan Mahathir selama ini. Dia gunakan semua fitnah itu untuk menakutkan orang
Melayu agar bersatu kalau tidak Melayu lemah. Apabila Melayu lemah kaum lain seperti Cina
akan menggugat ketuanan Melayu dan Hak keistimewaan orang Melayu. Inilah putar belit UMNO
dan Mahathir selama ini. Dia masih mahu menipu bangsa Melayu, seperti dia menipu seluruh
dunia bahawa dialah pengasas UMNO.
UMNO dan Mahathir sudah menggunakan segala media perdana untuk mencanangkan usaha
perpaduan Melayu itu. PAS dan Keadilan dikatakan sudah bersetuju dengan isu itu dan
"menunggukan agendanya sahaja". Tetapi sedarkah orang Melayu semuanya bahawa taktik kotor
ini sebenarnya menggugat keharmonian negara kerana sekaligus ia memperlekehkan kewujudan
kaum lain yang selama ini menyumbang terhadap pembangunan negara?
Kini, Mahathir mahukan orang Melayu bersatu setelah 'berpecah'. Siapakah raja pencetus
perpecahan itu? Betulkah Melayu sudah berpecah ataupun hanya UMNO yang berpecah?
-Marhaintua- Bersambung... |