Laman Webantu KM2A1: 3511 File Size: 12.5 Kb * |
Mesti Baca: Awas Pimpinan BA! Ini Jerangkap Samar!! By CDB 3/1/2001 7:38 am Wed |
[Saya kira rencana dari kawan lama saya ini akan membuka satu lebaran
baru dalam perjuangan kita pada tahun baru 2001 ini. Semoga ia dapat
memberi semangat baru kepada penulis lain yang masih 'bercuti' sejak
Ramadhan lagi. Mahathir sudah hampir tenggelam dan dia sudah kekeringan buah fikiran.
Segala sandiwara ciptaannya telah gagal untuk menghidupkan Umno,
sebaliknya ia semakin mengkuburkan Umno sendiri. Pihak BA harus
berwaspada kerana sudah terlalu banyak pihak yang mulia musnah
dan terbakar hangus bila disentuh oleh tangan seekor setan yang
bermaharaja di bumi Malaysia ini. Kini setan itu mahu berjabat
tangan lagi tetapi tangan kirinya masih berisi racun Yahudi.
Mahathir perlu membebaskan semua yang dicengkam oleh tangan kirinya
itu sebelum beliau menghulur tangan 'perpaduan' itu. Tanpa itu,
dia cuma mahu membebaskan dirinya sahaja yang menjadi punca rosaknya
negara dan musnahnya ugama dan nama insan yang telah dinodainya
selama ini. - Editor] Dalam Surah Yunus, Ayat 90, Allah s.w.t. menceritakan tentang kisah Firaun
yang hampir kelemasan setelah tenggelam di Laut Merah akibat mukjizat Nabi
Musa a.s. Di saat-saat hampir tenggelam lemas itu, Firaun yang selama ini
begitu angkuh dan kufur daripada beriman kepada seruan Nabi Musa a.s.
tiba-tiba mengaku beriman kepada Allah s.w.t. dan seruan yang dibawa oleh
Nabi Musa a.s. Allah s.wt. kemudiannya menempelak pengakuan 'beriman' oleh
Firaun tersebut dengan firmanNya yang bermaksud, "Apakah sekarang baru kamu
percaya padahal sesungguhnya kamu telah durhaka semenjak dahulu dan kamu
termasuk orang-orang yang berbuat kerosakan" (Yunus: 91)
Ayat di atas antara lain memberikan kita iktibar dan pengajaran bahawa
seseorang manusia itu, apabila sudah tersepit dan tidak dapat berbuat
apa-apa lagi serta ditambah pula dengan kekuasaan yang hampir musnah, akan
sanggup berbuat apa sahaja untuk melepas atau menyelamatkan dirinya dari
maut atau kemusnahan. Ketika di puncak kuasa, orang yang sama jugalah yang
begitu kejam dan zalim serta sombong takabbur dari tunduk kepada kebenaran
dan keagungan Ilahi. Ketika di puncak kuasalah orang yang sama akan
menggunakan segala kekuatan dan kekuasaan untuk menumpaskan apa sahaja
seruan kebenaran yang dihadapkan kepadanya.
Berhubung dengan ini, saya ingin mengulas mengenai seruan ke arah perpaduan
Melayu yang ditimbulkan oleh Mahathir sebelum Aidilfitri lepas. Setelah
meneliti kenyataan Mahathir itu dan menganalisis semula segala tuturkata
dan perbuatannya selama ini, nyatalah bahawa seruan 'perpaduan' Mahathir itu
tidak lain sedikit pun daripada kisah Firaun yang hampir mati kelemasan
dalam ayat yang saya sebutkan di atas tadi. Dan kebetulan pula, orang yang
menyeru itu pernah mengaku yang dirinya adalah Mahafiraun. Adakah sejarah
Firaun hampir 3000 tahun dahulu berbalik semula pada alaf baru ini? Kenapa
baru sekarang Mahathir beria-ia benar mahukan perpaduan Melayu? Kenapa baru
sekarang Mahathir tiba-tiba tersedar yang orang Melayu sudah tidak bersatu?
Betulkah orang Melayu kini sudah tidak bersatu? Bersatu yang bagaimana pula
yang dibimbangkan sangat oleh Mahathir itu? Sejak bila pula Mahathir mahu
menjadi juara inginkan perpaduan Melayu? Tenat sangatkah orang-orang Melayu
sekarang? Adakah setelah UMNo kalah teruk dalam pilihanraya 1999 lepas maka baru
beliau teringat akan formula perpaduan? Apakah setelah kalah di Lunas maka
baru beliau tercari-cari idea untuk perpaduan? Apakah setelah Suqiu membuat
tuntutan itu dan ini maka beliau rasakan orang-orang Melayu sudah sangat
tercabar dan terancam? Apakah setelah menyedari segala helah dan strategi
politiknya untuk memulihkan semula keyakinan dan sokongan orang-orang Melayu
kepada Umno dan BN gagal, maka beliau mahu mengambil pula pendekatan secara
defensif dengan parti-parti pembangkang?
Kita lihat, dalam mana-mana peperangan, biasanya yang menawarkan perdamaian
adalah pihak yang kalah atau merasakan akan kalah dalam medan pertempuran.
Setelah segala strategi dan taktik perang digunakan tetapi kemenangan masih
belum menampakkan tanda-tanda menyebelahinya, seseorang panglima perang
biasanya akan menawarkan gencatan senjata. Gencatan senjata merupakan
alternatif dalam mana-mana pertempuran untuk mengurangkan kerosakan dan
kematian. Dalam kes UMNo dan BN ini, saya melihat banyak persamaannya antara
pertempuran di medan peperangan dengan 'pertempuran' antara rakyat majoriti
terhadap Mahathir dan UMNOnya. Tahap kebencian rakyat sudah tidak dapat
dibendung lagi terhadap Mahathir dan UMNonya. Setelah merasakan yang rakyat
kini banyak memberikan sokongan kepada pembangkang atau Barisan Alternatif,
Mahathir sudah tidak mempunyai banyak pilihan untuk memulihkan keyakinan
rakyat terhadap kerajaannya. Setelah puas dan 'letih' menyerang dan
menghentam orang-orang Melayu dan Cina, si Mamak Gila itu mencuba pula umpan
ke arah perpaduan. Kononnya orang-orang Melayu sudah begitu meruncing sekali
berpecahnya. Sudah mahu mengaku kalahkah Mahathir?
Jika benar Mahathir sukakan perpaduan orang-orang Melayu, kenapa selama ini
apabila PAS mengajak mengadakan muzakarah sejak sekian lama, tetapi UMNo
tetap menyepikan diri ? Kenapa ada-ada sahaja helah dan alasan untuk
mengelakkan muzakarah tersebut meskipun PAS tidak menetapkan sebarang syarat
yang mesti dipatuhi. Jika benar Mahathir ikhlas untuk menyatupadukan
orang-orang Melayu, kenapa selama ini beliau begitu lancang dan celupar
sekali menghentam parti-parti komponen BA, terutama sekali PAS. Jika benar
Mahathir jujur dalam hasratnya itu, kenapa kini, setelah UMNO dan
kerajaannya berada dalam keadaan nazak, maka baru disuakan niat inginkan
perpaduan? Ingin membincangkan perpaduan? Apakah seruan kepada perpaduan
hanya dibuat setelah menyedari nafasnya sudah tercungap-cungap dan beliau
sudah mati akal untuk mencari formula bagi mengembalikan sokongan
orang-orang Melayu kepada kerajaan dan UMNonya?
Hanya setelah segala isu dan sandiwara yang direkacipta gagal juga
meyakinkan rakyat, maka alternatif terakhir ialah menawarkan 'gencatan'
senjata dengan komponen BA? Hanya setelah sandiwara Sauk gagal? Hanya
setelah Lunas meranapkan segala nafsu buas untuk terus bermaharajalela ke
atas rakyat ? Hanya setelah sandiwara Suqiu hancur hancai? Inikah
'keikhlasan' yang Mahathir mahu pamerkan kepada rakyat? Inikah 'niat murni'
yang Mahathir insafkan setelah hampir 20 tahun merompak dan menyamun wang
dan harta benda rakyat dengan menggunakan segala kuasa dan kekuatan yang ada
padanya? Inikah 'taubat nasuha' yang Mahathir perolehi hidayahnya setelah
habis segala khazanah dan kekayaan negara dimilikperibadikan kepada anak
bini dan para kroninya selama ini?
Dan adakah ini 'inayah' dan 'petunjuk Ramadhan' yang Mahathir perolehi
semasa bulan puasa baru-baru ini lantas beliau tersedar dari lamunan gilanya
yang merasakan dirinya tetap popular dan masih mendapat sokongan parti,
walhal ulat dalam tahi pun sudah tidak sudi lagi berperdana-menterikan
dirinya yang maha bangsat itu? Maka menjelang sahaja (kununnya untuk
mencari berkat) Aidilfitri lalu dilontarkan ungkapan lunak merdu 'marilah
kita bersatu padu kembali demi kekuatan orang-orang Melayu'? Sejak bila
pulalah orang-orang Melayu berpecah belah hinggakan seolah-olah akan lenyap
dan hancur-leburlah baka Melayu di mukabumi Malaysia ini bak dilanggar garuda
lagaknya? Adakah bila orang-orang Melayu sudah melafazkan 'talak tiga'
kepada Mahathir dan UMNOnya maka Mahathir terhegeh-hegeh mencari 'Cina Buta'
untuk memujuk dan merayu pari-parti komponen BA agar 'kembalilah padaku'?
Alahai!.'jujur' sungguh PM ku ini !!
Bagi saya dan saya yakin majoriti daripada kita akan bersetuju dengan saya bahawa jika benar Mahathir jujur dan ikhlas untuk menyatupadukan kembali orang-orang Melayu dan bukannya suatu helah politik orang yang tersepit dan 'kelemasan', maka perkara-perkara berikut wajib terlebih dahulu beliau laksanakan dengan SEGERA dan TANPA SYARAT, iaitu;
Inilah sebahagian daripada isu-isu besar yang perlu Mahathir berikan
perhatian sebelum beliau layak untuk bercakap dan mengajak pimpinan BA
duduk di meja rundingan untuk membincangkan soal perpaduan Melayu yang
digembar-gemburkannya itu. Bukankah perkara-perkara yang saya sebutkan tadi
itulah yang menjadi asas kepada penentangan dan kebencian rakyat terhadapnya
dan menjadi punca kepada 'perpecahan' Melayu yang dibimbangkan sangat oleh
Mamak Gila itu.? Berhubung dengan 'pujukan' lemak merdu yang dilontarkan oleh Mahathir itu,
ingin saya memberi amaran dan ingatan kepada pimpinan tertinggi BA, khasnya
kepada Ustaz Fadzil Noor dan Kak Wan bahawa ini merupakan suatu
'perangkap' dan jerangkap samar yang amat merbahaya sekali, yang cuba
dipasang oleh Mahathir untuk menyelamatkan dirinya yang sedang kelemasan di
lautan dan gelombang yag diciptanya sendiri. Perbandingannya saling tak
tumpah dengan Firaun yang sanggup mengaku 'beriman' kepada Allah s.w.t.
setelah lemas ditelan Laut Merah dalam kisahnya dengan Nabi Musa a.s.
dahulu, seolah-olah macam Tuhan tak tahu apa yang ada dalam hati perutnya
itu. Ingin saya ingatkan bahawa Mahathir adalah satu-satunya manusia yang
percakapannya tidak boleh dipercayai sama sekali, hatta setengah perkataan
yang keluar dari mulutnya pun. Dan Mahathir adalah selicik-licik manusia
dalam mengatur strategi politiknya. Jika sesuatu itu tidak mendatangkan
sebarang keuntungan atau kejayaan kepadanya, jangan diharap yang manusia
bernama Mahathir bin Mohamed Iskandar Kutty itu akan 'mengalah' kepada pihak
yang lain. Harus diingat bahawa penasihat Mahathir bukan sahaja Yahudi yang
berada di belakang tabirnya, malah para iblis dan syaitan yang berselindung
di sebalik bomoh-bomoh dan fengsui yang menjadi kiblatnya !! Saya bukannya
mahu meragui kebijaksanaan pucuk pimpinan kita, tetapi memberikan ingatan
antara satu sama lain adalah sebaik-baik cara untuk membantu menguatkan saf
perjuangan kita. Barang harus tidak dilupakan bahawa Mahathir adalah
sebesar-besar 'makhluk perosak' di muka bumi Malaysia ini yang tidak layak
sama sekali untuk bercakap atau mengajak kepada perpaduan. Bukankah beliau
yang menjadi bapak perpecahan selama ini dan semenjak dari zaman Tunku lagi?
Pergi jahannam lah dengan si Mamak Tongkang yang dah nak mampuss tu !!
-Cucu Datuk Bahaman-
|