Laman Webantu KM2A1: 3510 File Size: 12.3 Kb * |
TJ MT SadK: Apakah Kita Tergolong Sebagai Pembohong Jua? By Sadirah K 3/1/2001 6:35 am Wed |
Fokus Khas: [Pihak kami memohon maaf kerana terlambat menyiarkan rencana ini
serta tidak dapat menyertakan rencana asalnya yang berbahasa inggeris
kerana akhbar Harakah tersebut telah menghilang di kampung.
Rencana terjemahan oleh Pak MT ini jelas menunjukkan bahawa Mahathir
memang tidak bersedia untuk membanteras jenayah korup dalam pimpinannya.
Dia telah menangis dan dia telah berdoa tetapi dia masih tidak muncul-muncul
di mahkamah untuk menyatakan kebenaran. Hanya orang yang bersalah takut untuk
berdepan dengan soalan mudah seorang peguam. Mahathir sudah tewas kerana
tidak bersedia ke mahkamah, malangnya ramai orang masih tertipu dengan
tuduhan dan pujuk-katanya di luar mahkamah. Bayangkan tidak ada sesiapa
pun yang mencabar kenyataan Datuk Shapei Yahya sampai kini - mengapa
Peguam Negara berdiam diri dan tidak mendakwa sesiapa sampai kini?
Apakah Peguam Negara sendiri masih belum cukup belajar lagi atau sudah
menjadi seorang barua terkini? Penterjemah: -MT-
oleh: Sadirah K. Kita telah merdeka selama 43 tahun. Sudah tiba masnya untuk kita
memperbetulkan masalah yang ada dari sudut prinsipnya dan bukan dari sudut
perkauman lagi. Kalaulah BN wujud sebagai sebuah parti yang kuat dan
lebih berdaya daripada komponen parti yang ada, mereka tentu berjaya
memberikan kepimpinan itu. Malangnya mereka telah gagal.
Krisis yang meledak telah melahirkan BA. Inilah peluang kepada generasi
yang ada untuk mengambil peluang melakar sebuah negara baru di melinium
baru. Kita perlu melakarkan asas perjuangan kita dengan garis asas
filosofi yang membawa banyak makna dan nilai harapan kepada semua rakyat
Malaysia. Sebagai satu parti koalisi yang baru BA memang berhadapan dengan cabaran
yang serius belaka. Cabaran ini berbentuk mekanisma, kaedah dan pendekatan
untuk terus berdialog dan berbincang. Mesti ada peraturan untuk membuat
kepastian yang dapat bertahan terhadap tekanan dan propaganda BN.
Kepercayaan dan kejujuran di setiap tahap kepimpinan adalah sesuatu yang
kritikal dalam usaha ini. Semua usaha ini masih di tahap awalan lagi dan
setiap rakyat Malaysia harus berdoa agar usaha itu akan berjaya. Namun,
cabaran untuk melakukan anjakan pradigma daripada pemikiran yang bersalutkan
unsur etnik kepada amalan berprinsip perlu dikongsi-sama oleh setiap ahli
di setiap peringkat. Pemikiran begini mungkin dapat diterima-pakai oleh pucuk kepimpinan di
peringkat atasan, tetapi di peringkat cawangan kita perlu melakarkan satu
hubungan kerja yang rapat di antara parti yang terbabit. Kerana itu kita
dapati ada ahli daripada kaum India dalam DAP yang bercakap mengenai kerusi
untuk orang India. Semangat kerjasama dalam BA akan terjejs kalau pemikiran
yang berasaskan perkauman terus dibiarkan mempengaruhi kenyatakan
berpolitik. Di waktu yang sama seseorang itu tidak boleh dibiarkan terus idealistic
(berangan-angan) dan menidakkan realiti perkauman yang wujud dalam
masyarakat kita. Ini perlu satu kepintaran untuk mengimbangi kematangan
itu. Pucuk pimpinan BA harus menyekat pergandaan keahlian dengan cara
menerima kemasukan kumpulan yang berbentuk perkauman. Mereka harus memberi
penekanan dan fokus kepada memperkuatkan dialog di antara parti dan
perbincangan terhadap isu yang hangat sesuatu masa. Mesti ada usaha untuk
mendidik semua pihak bahawa BA adalah sebuah parti perjuangan yang tidak
berasaskan perkauman. Semua ini memerlukan perdebatan politik berasaskan
fakta dan kenyataan yang mudah difahami oleh rakyat Malaysia.
BA harus bekerjasama dengan 'Suqui' dan kumpulan lain untuk mencerna
fikiran yang proaktif yang dapat menyumbang kepada hubungan baik antara
kaum. Kita telah melihat bagaimana sektor korporat dalam negara dan juga di
arena global yang mampu merobah struktur organisasi mereka untuk menyerap
pembaharuan. Segala faktor yang menjadi unsur perubahan itu boleh berbentuk
dalaman dan juga luaran yang menyangkuti kos teknologi, sumber manusia,
kualiti ataupun pun saingan. Melakukan perubahan untuk mencapai keuntungan
sudah menjadi stail masakini. Organisasi yang tidak mampu melakukan
perubahan itu baik secara dalamannya ataupun pada luarannya akan kekal
menjadi dinasor ekonomi sahaja. Malangnya kita telah selama ini merelakan
keadaan demikian kepada institusi politik negara ini.
Golongan yang memerintah telah leka dan alpa. Strategi mereka yang
berasaskan ketakutan itu yang kerap bersalutkan slogan kestabilan hanya
menjanjikan status quo yang ada. Mereka lebih berminat untuk mengekalkan
kuasa. Krisis yang melanda negara kini, mendedahkan pelbagai kelemahannya.
Kita telah merelakan institusi feudal yang tidak berkenan kepada perubahan.
Kesannya amat jelas sekali. Bahagian ekeskutif kerajaan masih lagi
mengamalkan dasar menekan dengan menafikan penyertaan semua peringkat
dalam proses demokrasi. Imej dan martabat negara telah tercemar di mata dunia disebabkan
nafsu-nafsi seorang pemimpin yang otokrat dan penyokongnya yang tidak
bertulang belakang. Penekanan terhadap kebebesan rakyat dan penggunaan
undang-undang yang drakonian telah membantutkan kreativiti.
Kekuasaan muncul hasil daripada proses perubahan tanpa pembabitan perasaan
takut ataupun penafian yang dogmatik. Ia medapatkan kekuatan daripada
perubahan yang lahir dari dalam diri kita bukan disebabkan gerakan
mengimpikan kebendaan ataupun status social, tetapi disebabkan motivasi
dalaman yang bersangkutan dengan moral dan spiritual.
|