Laman Webantu KM2A1: 3492 File Size: 14.2 Kb * |
TJ MT MGG: Juadah Berlebihan di Bulan Ramadhan By M.G.G. Pillai 24/12/2000 8:23 pm Sun |
MGG167 [Ramadhan adalah bulan percintaan mahluk dengan tuhan. Malangnya
ramai diantara kita menyintai perut dan mulut sehingga berbelanja
dan makan berlebih-lebihan ketika berbuka. Kita sepatutnya mengawal
makanan, bukan makanan yang mengawal diri kita.
Bagaimana kita mahu mengawal satu negara jika kita masih belum mampu
mengawal satu 'negara' dalam diri kita sendiri. Kita hanya mampu mengawal
keadaan masyarakat yang berada disekeliling kita hanya jika kita mampu
mengawal diri kita sendiri terlebih dahulu.
"He who can control himself, can control others.
He who can manage himself, can manage others."
- Editor] Penterjemah: -MT-
Juadah Berlebihan di Bulan Ramadhan Juadah yang berlebihan bukannya sesuatu yang boleh dikaitkan dengan bulan
Ramadhan. Tetapi di Malaysia, itulah hakikatnya. Kita tidak perlu pergi
jauh untuk mengsahkan perkara ini. Tempoh berpuasa selama 14 jam itu
dianggap satu penderaan yagn mesti berakhir dengan hidangan laksana
bankuet, untuk membolehkan seseorang makan sepuasnya, berbeza daripada
kelazimannya, dan tidak kiralah berapa pula belanjanya. Pengurusan hotel dan
restoren memang pandai mengolah cara memancing pelanggan untuk makan
sebanyak yang mereka mahu dan membayar pada kadar haga setinggi yang mereka
mampu. Berbuka puasa sendirian bukannya stail hidup di Malaysia. Kawan dan taulan
diajak sama dan bil bayaran setakat RM600 sekali makan adalah perkara
biasa. Ada sebuah hotel yang mengenakan caj 'Ramadhan Special' sebanyak
RM400, termasuk sebuah kamar yang selesa untuk anda menginap dan bangun
selesa untuk bersahur keesokan harinya. Ada pula hotel yang mengenakan
harga RM75 satu kepala. Tetapi kebanyakan hotel mengenakan sebanyak RM50
sahaja. Mengikut ajaran Islam inilah masanya seseorang itu bersabar, mengirimkan
syukur kepada Allah yang maha besar, meneguhkan iman dengan penuh kesedaran
apa ertinya satu kelaparan. Sebaliknya ia dijadikan satu majlis dan temasya
untuk menunjukkan kekayaan sesaorang ataupun keupayaan berhutang sambil
menjamu selera secara berlebihan. Kini, ia dijadikan satu dalil untuk
mengadakan parti menjamu selera dengan nama Islam sebagai topengnya.
Mereka yang tidak mampu dengan harga yang tinggi digalakkan pula menikmati
hidangan yang seakan sama dengan harga yang murah lagi di tempat makan yang
kurang bernama. Di situ pun juadah berlebihan memang disediakan. Perkara ini
memang digalakkan secara rasminya. Apabila Perdana Menteri berbuka puasa
bersama menteri kabinetnya memang jelas akan juadah berlebihan yang
disediakan. Malahan Pesta Ramadhan yang diadakan di setiap bulan Ramadhan
adalah testimoni pada galakan ini. Di pesta ini, yang banyak dijual adalah
makanan juga. Ramadhan kini menjadi satu lesen terbuka untuk memperkecilkan nasihat
ajaran agama mengenai makanan. Seorang sahabat yang saya kenal selama 40
tahun, pernah meminta maaf kerana hidangan yang 'tidak seberapa'. Dia
mengingatkan saya hidangan yang diberikannya satu ketika dulu. "Ketika itu
aku masih bekerja lagi." Secara tidak langsung, bolehlah kita katakan, Ramadhan di Malaysia digunakan
untuk menunjuk-nunjuk dan menayangkan wang berlebihan yang diperolehi secara
tidak telus. Para menteri kabinet, menteri besar dan ahli exco, memang
mempunyai elaun keraian. (Satu ketika dulu elaun jamuan raya dan buka puasa
adalah sekitar RM10,000, kini harganya tentu tinggi lagi). Inilah yang
menyerlahkan bibit rasuah. Inilah keangkuhan golongan yang kaya raya tanpa perlu bekerja yang
menggalakkan makanan dan juadah berlebihan itu. Setiap kehendak dan
keinginan ditafsirkan kepada satu harga dan inilah yang membuatkan seseorang
itu mampu menonjol dalam masyarakatnya.
Keadaan seperti di Malaysia ini berlaku juga di negara lain. Saya pernah
berada di Pakistan kira-kira lebih satu dekad yang lalu. Yang kaya memang
terlalu kaya dan juadah Ramadhan adalah satu alat untuk mereka memperagakan
kekayaan itu. Tetapi si kaya itu disokong dengan setianya oleh kumpulan
pegawai kerajaan dan mereka yang berada di kelas menengah dan atasan.
Kalau kita menghadiri satu majlis makan yang ditaja oleh kedutaan di sana,
kita akan dapati para hadirin akan meluru ke meja hidangan dan menyapu
bersiah setiap juadah yang dihidangkan sehingga burung unta pun boleh naik
cemburu melihatkan gelagat manusia seperti itu.
Apakah ini cara sebenar orang Malysia berbuka puasa? Saya pernah ternampak
seorang pekerja Melayu berbuka bersama keluarganya dengan menikmati ayam
goreng KFC, memanglah murah cara itu kalau dibandingkan untuk
menyediakannya di rumah sendiri. Makanan digerai memang murah, tetapi kita
mudah terlebih membelinya, "saya tidak mampu itu semua."
Di Malaysia, amalan Ramadhan di kalangan golongan miskin dikaitkan dengan
makanan dan juadah yang berlebihan. Tetapi ada juga pihak yang berbuka
dengan bersahaja. Merka memulakannya dengan memakan manisan, selalunya kurma
ataupun tamar. Kalau tidak sebarang manisan pun jadi, termasuk secangkir
minuman teh. Mereka akan makan juadah yang lebih banyak selepas beberapa
waktu kemudiannya. Orang Indonesia berhenti makan ketika tengah malam dan
berpuasa selama lapan belas jam. Mereka berbuka dengan juadah yang ringan
dan tidak makan apa-apa lagi sehingga tengah malam tiba untuk bersahur.
Berpuasa seperti di bulan Ramadhan memang digalakkan oleh setiap agama.
Orang Kristian mengamalkan 'Lent'. Penganut Hindu berpuasa sebelum dan
ketika mereka meraikan sesuatu majlis agama, dan ketika mereka mahu
melakukan satu perjalanan mengikut istiadat agama. Selalunya mereka berpuasa
selama 14 hari tetapi boleh makan pisang dan susu di sepanjang musim puasa
itu. Namun, puasa yang diamalkan oleh penganut agama lain tidak pula
membabitkan juadah berlebih lebihan yang kita lihat terdapat pada bulan
Ramadhan di Malaysia. Makanan yang dihidangkan dalam upacara keagamaan di
kuil penganut Hindu dan Budhist adalah untuk santapan para pengamal dan
juga golongan yang miskin. Puasa itu sepatutnya diamalkan secara bersahaja. Satu peraturan agama untuk
berpuasa seharusnya tidak dijadikan satu lesen untuk mengadakan alasan.
Tetapi inilah hakikatnya di negara ini. Ramai pegawai profesional Melayu
yang menjadikan puasa itu satu alasan untuk datang lambat bekerja ataupun
melupakan janji mereka. Inilah yang sudah menjadi satu penyakit di negara ini. Alasan keletihan
sudah dijadikan satu unsur yang sengaja diperakui sama ada secara rasmi
ataupun tidak hingga menyebabkan kerja tergendala. Inilah sebabnya tidak
banyak kerja yang diselesaikan pada bulan Ramadhan. Kerajaan semacam
menggalakkan fenomena ini tanpa bertindak ke atas mereka yang sengaja
melakukannya. Ramai orang Melayu yang memberi kepentingan kepada puasa di
bulan Ramadhan itu dari aspek kewujudannya dan bukan dari aspek kerohanian
yang terbit daripada kemunculannya. Tidak hairanlah kalau seorang
brigadier jeneral dan beberapa pegawai kanan satu division angkatan
tentera telah terbunuh di zaman konfrontasi dulu, ketika mereka sedang
berbuka puasa. Al Quran telah mencatatkan beberapa pengecualian ketika seseorang itu
melaksanakan tugas penting yang menyangkuti ajaran agama. Sejak pembunuhan
itu tidak ada lagi episod yang serupa terjadi di negara ini. Ia tidak
mungkin berulang lagi. Tetapi, apakah perlunya kejadian seperti itu berulang lagi? Apakah perlunya
jutaan penganut agama Islam memerlukan keistimewaan dan pampasan khas untuk
hanya berpuasa? Mestikah ramadhan itu terus dijadikan satu alasan untuk
menyediakan juadah yang berlebihan? -MGG Pillai- Rencana Asal: Harakah COLUMN Gluttony At Ramadhan by M.G.G. Pillai Gluttony is not what one associates with Ramadhan. In
Malaysia it is. One need not look far to see why. The 14
hours of fasting is seen as an imposition that must end with
a banquet, to eat as much as one would not at other times,
whatever it costs. Hotels find creative ways to encourage
patrons to eat as much as they can as expensively as
possible. And people do not break their fast alone. They
bring along friends and bills of RM600 a day are common. One
hotel offers a Ramadhan Special for RM400, for which you get
a better-than-average room, the breaking of fast and the
early morning repast before beginning it the next morning;
another offers a Ramadhan buffet at RM75, though most charge
RM50 each. It is an occasion, as Islam requires, a time for
reflexion, thanksgiving to Allah, strengthen one's faith by
knowing what it is to suffer hunger pangs, that faith does
not come easily. Instead it has become an excuse to flaunt
one's wealth, or rather expense account, by turning it into
a gastronomic festival. It is now an excuse to throw
parties in the name of Islam, with a perfect reason to do
so. Those who cannot afford these astronomical prices are
encouraged to gluttony by the smaller and less well-known
establishments with a smaller selection and far cheaper.
But make no mistake. They also offer gluttony as the main
course. This is officially encouraged. When the Prime
Minister and his cabinet break fast, it is to partake in a
feast. The Pesta Ramadhan, which are a feature of the
fasting month, sells mostly food. The stalls that open up
during the month, usually illegally, come to sell food.
Ramadhan is now an officially sanctioned licence to ignore
the tenets of the faith, and pig at the dining table. An
friend of 40 years, a retired civil servant, apologises for
the "poor" fare at his table. "I was working then and could
afford a better table", he said as if it explained
everything. In a sense, it does. Ramadhan in Malaysia is to show
off one's usually ill-gotten wealth. When cabinet
ministers, mentris besar. cabinet ministers and state
executive councillors get an official allowance (for cabinet
ministers, it was once RM10,000 for Hari Raya and for
breaking fast, but it must be higher now) it encourages this
nationwide chasing the tail to show one's importance. It is
an arrogance of the newly rich, usually without working for
it, that encourages this deliberate gluttony. Every need
and desire is reduced to a value, and it is this that
determines where one stands in society.
Malaysia is not alone in this. I first noticed this in
Pakistan more than a decade ago. The very rich are very
rich indeed, and gluttony at Ramadhan is one way they tell
the world they are who they are. But they are strengthened
by the civil servants and other denizens of the middle to
upper classes in almost every society where this is all too
prevalent. Walk into any diplomatic function in the
sub-continent, and you find every one rushing for the food
that it is soon picked so clean that the vultures would be
jealous. But is this how Malaysians break their fast? I saw a
Malay labourer, his wife and child break fast with KFC fried
chicken. It was cheaper than cooking at home. Stall food
is cheap but one tends to eat too much and "I cannot afford
that". In Malaysia, even amongst the poor, Ramadhan is
linked to food, lots of it. But non-Malay Muslims break
their fast differently: they eat a sweek fruit, if dates
are unavailable or unaffordable, tea and a savoury. It is
much later that they sit down to a modest meal. The
Indonesian stops eating about midnight and fasts for about
eighteen hours, breaks it with a light meal and eats nothing
until midnight. The Indian Muslim generally is abstemious
about his food during the fast. Fasts like Ramadhan exist in every religions. The
Christians have Lent. Hindus do fast before and during some
festivals and always before and during a pilgrimage, the
most common the 41-day milk-and-banana fast that devotees
undertake pilgrimages. In the other religions, there is no
licence to gluttony as we see amongst Muslims in Malaysia.
The food served on feast days at temples, both Buddhist and
Hindu, are for devotees and the poor. One should therefore take fasts in one's stride. A
religious observation should not be a licence for indolence.
But it has become. One need look far to confirm this.
Proffesional Malays behave as if obligations should not be
met during Ramadhan, and often absent themselves, or turn up
for work late. It is a national disease. This general
tiredness, officially encouraged if not discouraged, makes
it certain that work does not get done and mishaps aplenty.
This is now so prevalent that little gets done during the
month. It should not. But the government encourages this,
by not making examples of those who blatantly flout it.
Somehow Malays in Malaysia believe that the forms of
the Ramadhan fast is more important than observing it for
what it is, as an article of faith. So, it was not
surprising that a Malaysian brigadier and several senior
officers of a Malaysian division in East Malaysia during
Indonesia's confrontation were shot dead during their
evening fast. The Koranic rules have exceptions when doing
one's duty exceeds the rituals and forms of the religion.
Nothing as dramatic has happened since in Malaysia.
Nothing would. But does it need to? When millions of
Muslims believe they should be compensated and allowed
special rules when observing the requirements of their
faith. But this is still no excuse for the annual gluttony
at Ramadhan. Ends |