Laman Webantu KM2A1: 3491 File Size: 10.8 Kb * |
TJ MT MGG: Bila Kroni Jual Pegangannya By M.G.G. Pillai 24/12/2000 8:30 pm Sun |
MGG 166 [Rencana ini jelas menunjukkan betapa kroniputra telah memusnahkan
semua syarikat yang diamanahkan kepada mereka. Mereka hanya menambahkan hutang
dan masalah kepada negara tetapi mereka tetap dijaga oleh kerajaan umno dengan
manjanya. Enam syarikat kroni sahaja sudah berhutang 50 Billion! Jumlah ini
akan membenamkan semua institusi perbankan yang ada, malah Petronas pun
akan tercedera dan mungkin terpaksa melelong menaranya jika ia turut serta.
Alangkah mudahnya kerajaan membantu satu dua kroni, tetapi kita heran
kenapa kerajaan begitu kedekut untuk memberi royalti kepada jutaan rakyat Terengganu .. walaupun jumlahnya itu tidaklah sebanyak mana. - Editor]
Penterjemah: -MT-
Bila Kroni Jual Pegangannya Keajaan Malaysia secara berahsia dan sambil menghadapi masalah kekurangan
dana telah bertindak untuk menyelamatkan sebuah syarikat kepunyaan seorang
kroni. Empayar perniagaan Tan Sri Tajuddin Ramli memang banyak berhutang,
tidak diurus dengan baik dan tidak boleh bertahan lama. Kerajaan membeli
sahamnya dalam MAS (Malaysian Airlines) pada kadar RM bernilai RM1.7 bilion,
selepas selesai membantu seorang lagi kroni yang bermasalah di Renong.
Tetapi, sikap membantu Tajuddin Ramli ini mencetuskan banyak soalan
daripada memberikan banyak jawapan. Bagaimanakah pembelian itu akan
dilaksanakan? Apakah pertolongan itu mengambil kira MAS Capital yang
mempunyai pesawat udara semuanya dan bagaimana dengan aset yang lain?
Kenapakah parliamen tidak diberitahu akan perkara ini? Pada 1992 Perdana
Menteri pernah memberiahu semua orang, kalau Tan Sri Tajuddin Ramli tersilap langkah
dia akan jatuh muflis. Jadi, kenapakah dia diselematkan?
Kini, kerajaan akan mengambilalih beban hutang dan menswastakan
pengurusan kepada kumpulan yang sama yang telah merudumkan MAS. Kenapakah
kerajaan berbuat demikian sedangkan ada empat syarikat penerbangan
antarabangsa - KLM, Swissair, Qantas dan American Airline yang berminat,
tidak pula diperjelaskan. Begitu jua dengan tindakan kerajaan membayar
harga saham itu dua kali ganda kadar nilai semasa.
Tetapi Dato Seri Abdullah Badawi ada memecahkan tembelang, secara tidak
disedarinya. Syarikat penerbangan asing mahu menguruskan MAS secara yang
professional. Ini bererti ribuan orang Melayu akan kehilangan pekerjaan
mereka. Ini akan melanggar prasyarat kerajaan. Dengan lain perkataan, MAS
tumbang kerana ketidakcekapan, terlebih tenaga kerja, pengurusan yang
sengkek kerana menanggung hutang sehingga RM 9 bilion.
Yang menjadi lebih menakutkan sekarang ialah terdapat banyak syarikat
pengangkutan lain yang kena senggugut kerana hutang yang membusut. Kini
kerajaan sedang menyiapkan usaha mengambil alih tiga syarikat pengangkutan
bersama hutang berjumlah RM6.2 bilion. Parkmay Bus Services RM1.4 bilion,
Intrakota Bus Services RM800 juta, STAR dan PUTRA sekitar RM4 bilion. Semua
syarikat ini diuruskan sama ada oleh anak-anak ataupun kroni Perdana Menteri
ataupun Menteri Kewangan. Satu jawatankuasa khas sedang membuat kajian
untk menyerap hutang yang membusut itu, menswastakan syarikat yang
senggugut itu untuk diserahkan semula kepada pengurusan yang (seperti
berlaku kepada MAS), menjadi punca kerugian besar tersebut.
Kerajaan masih berlagak sakan seolah-olah negara masih mempunyai longgokan
dana yang berlebihan. Ia telah menafikan hak rakyat Terengganu kepada wang
royalti mereka. Segala dalil yang dikemukannya kenapa Terengganu tidak layak
kepada royalti itu memang tidak boleh dipakai. Kepercayaannya bahawa negara
lebih mudah ditadbir dengan rhetorik yang penuh keangkuhan telah
menyebabkan negara ini tersembam ke jurang kemuflisan.
Apa yang berlaku kepada MAS dan juga kepada syarikat pengangkutan yang
lainnya, memang terdapat di dalam semua sektor industri negara. Sistem yang
dirangka ialah menentukan sesiapa yang diberikan hak menswastakan institusi
kerajaan itu menyedut apa juga yang termampu daripada institusi itu dan
membebankan hutang yang ada ke dalam penyata kewangannya. Itu sebabnya
lebuhraya yang berjaya menghisap tol yang tinggi mencapai kejayaannya,
tetapi tidak mencatatkan keuntungan kerana hutang yang menggunung tingginya.
Kita akan terus menyaksikan banyak proses pemulihan itu lagi. Di waktu yang
sama kita boleh lihat betapa Tan Sri Tajuddin Ramli akan tersenyum lega
seperti yang dinikmati oeh Tan Sri Halim Saad dan beberapa kerat insan
lagi. -MGG Pillai- Rencana Asal: The Malaysian government, in secret and without the funds,
rushes in to save yet another crony on the skids. Tan Sri
Tajuddin Ramli's business empire is indebted, mismanaged,
and cannot last. In buying his stake in Malaysian Airlines
at RM8 for RM1.7 billion, so soon after getting Renong,
another crony empire, eases Tan Sri Tajuddin's debt but
raises more questions than answers. How is this going to be
paid for? Does this bailout include MAS Capital, which owns
the planes and other assets of MAS, which is but a shell?
Why was not Parliament informed of this huge payout? In
1992, the Prime Minister told anyone who would listen that
if Tan Sri Tajuddin bungled, he would be a bankrupt. So,
why is he rescued? His Malaysian Helicopter Services bought the MAS stake
in 1993 by exchanging one of its shares for two of MAS.
The MHS shares were pushed up to RM14 and MAS pushed down to
RM7 for this inequitable deal. MHS later became Naluri.
Shares on both shares dropped on the KLSE on the
announcement. The government would now absorb the debt and
privatise the management to the same group that brought MAS
to its knees. Why it bought the stake when four
international airlines -- KLM, Swissair, Qantas and an
American airline -- had shown interest is not explained.
Nor why it paid twice what it is listed on the KLSE. But
the deputy prime minister, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi,
gave the game away. The foreign airlines wanted to run it
professionally and efficiently. That would mean thousands
of Malays would be out of a job, and that runs foul of the
government's social contract, so we are told. In other
words, MAS fell on its knees by inefficiency, overmanning,
shockingly bad management while running up debts of RM9
billion. What frightens more is that besides MAS, other
transport companies are saddled with grossly unrepayable
debt. The government is about to take over another three
transport companies and its RM6.2 billion in debts --
ParkMay Bus Services RM1.4 billion, Intrakota Bus Services
RM800 million, the STAR and Putra light rail transport
betweens them RM4 billion. These are run by either a
sibling or cronies of the Prime Minister and the finance
minister. A special committee looks into taking it over,
absorb the debts and privatise its running back to the same
group, like in MAS, that mismanaged them.
So, the government is in hock for RM15.2 billion at
least from these five companies. Add to the the RM26
billion of Renong's debts, another RM8 billion which
disappeared when a company its chairman bought, on his
account, in the Philippines became bankrupt. Just six
companies have lost RM50 billion. Taking another crony
company at random -- MRCB and its New Straist Times Berhad
owe nearly RM4 billion; Tan Sri Vincent Tan's three Berjaya
companies (there are more unrecorded) RM11 billion. But
more than a hundred (possibly several hundred) companies
quoted on the KLSE have debts in excess of RM1 billion and
technically bankrupt, But the government continues to insist it is flush with
funds. It lies. It denied the petroleum royalty to
Trengganu because it needed the funds. Its creative reasons
why Trengganu is not entitled to to, despite a solemn
agreement that Petronas should pay it the royalties, does
not wash. Its privatisation policies fails to burden the
country into needless heavier unrepayable debt. Its belief
that arrogant rhetoric is better than prudent fiscal
management brings Malaysia to its knees.
What happens in MAS and the other transport companies
is mirrored in every sector. The system was to ensure
bleeding of the privatised institutions by whoever is given
it and the repayment loaded on to the listed company's
balance sheets. So, the hugely successful tolled highways
make money but not a profit because of its huge debts. And
we are not about to see the last of such bailouts yet.
Meanwhile, Tan Sri Tajuddin is off the hook as Tan Sri Halim
Saad, and many more to come. M.G.G. Pillai |